Meneroka Pulau Tuba Langkawi Pengalaman Tangkap Bronok



To be honest, ni first time aku dengar pasal Pulau Tuba ni. Sayang pula Pulau Tuba ni tak diketengahkan. Ramai mat salleh je yang suka ke sini sebab dekat sini banyak aktiviti meneroka alam. Takde la pulak tempat shopping ke apa dekat sini hehe. Dan tak la sebesar Langkawi. Tapi kalau korang nak alami pengalaman bersantai santai pusing dalam kawasan kampung, nikmati keindahan flora dan fauna, ha jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Tuba

Pulau Tuba merupakan sebuah pulau yang kaya dengan flora dan fauna ia terletak 5km ke selatan Langkawi. Ia adalah salah satu daripada dua pulau yang didiami di kepulauan Langkawi. Pulau Tuba diberi nama melalui nama akar dari pokok Tuba yang banyak dijumpai di pulau itu. Dari segi geografi Pulau Tuba adalah sebuah pulau pergunungan dengan dataran yang sangat sedikit. 
Selain itu Pulau Tuba mempunyai habitat semula jadi seperti hiidupan liar yang menarik. Jadi, ini menjadikan Pualu Tuba tempat yang sesuai untuk memerhati burung dan "junggle-trekking". Pekara yang paling menarik ialah pergi mendaki melalui hutan tebal dan mendapat gambar tentang cara hidupan liar dan menikmati flora dan fauna. Pulau Tuba boleh di jadikan tempat berehat dan menikmati permandangan tropika yang indah bagi para pelancong. 


Untuk ke Pulau Tuba ni, korang kena naik bot penambang. Tambang hanya RM5 seorang sehala. Dari Langkawi, boleh naik di Jeti Dato Syed Omar.



Jadual perjalanan bot pula adalah seperti berikut :

Langkawi => Pulau Tuba9:00 am, 11:00am, 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm, 7:00pm  
Pulau Tuba => Langkawi9:00am, 11:00am, 1:00pm, 3:00pm, 5:00pm, 7:00pm
So sekarang ni, dah sampai ke Pulau Tuba. Apa aktiviti yang korang boleh buat? Macam aku cakap, untuk korang yang sukakan aktiviti macam hiking dan jungle trekking tu, boleh la dapatkan pakej untuk aktiviti ni. Sebenarnya bila dah sampai sini, boleh je sewa motor untuk pusing pusing. Tapi kalau nak senang, sebaiknya korang dapatkan khidmat guide. Sambil tu boleh la dia cerita kan kisah kisah menarik mengenai pulau ni.




Masa kitorang dekat sana, kitorang sempat singgah ke Pejabat Koperasi BESTUBA. Dekat sini dijadikan bengkel pembuatan kraf. Salah satu aktiviti kraf ialah menganyam mengkuang. Banyak produk anyaman yang dibuat disini termasuklah tikar mengkuang dan beg.


Bukan senang ye proses nak menganyam mengkuang ni. Makan masa berminggu minggu nak siapkan satu tikar tu. Aku tengok pun aku rasa tak rajin nak buat haha. Perlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi


Sebenarnya masa kitorang datang tu, cuaca kurang elok and hujan. So macam terkandas kejap tanpa aktiviti.Lepas hujan dah reda, kitorang terus pusing pusing keliling kampung dan seterusnya dibawa ke Bukit Kecil






Dekat sini, boleh naik beberapa anak tangga untuk tengok formasi batuan yang unik. Tak tinggi pun naik nya. So kalau dah sampai Pulau Tuba, make sure singgah sini ok?


Lepastu, kitorang terus dibawa untuk lunch. Lunch dekat floating restaurant. Best tau. Tapi aku lupa pulakla apa nama restoran ni. Yang bestnya sebelah restoran ni ada floating chalet. Korang boleh la booking untuk menginap dekat sini. Boleh memancing dari luar bilik hehe. Syok ni kalau datang ramai ramai dengan family & kawan kawan




Sepatutnya untuk lunch ni, kitorang dapat try Bronok. Tapi katanya stok bronok takde untuk haritu. Sedih sikit sebab aku dok teringin nak makan tu. Sedap tau masak kerabu. Tapi lepastu untuk menebus kekecewaan, kitorang di bawa tour naik boat and boatman kitorang siap berhenti and turun carikan bronok untuk kitorang tengok sendiri cemana rupanya. Siap berpeluang dapat pegang lagi haha. Comel je rupa bronok ni. Bila pegang tu rasa macam slimey tapi badan dia keras. Cuma rasa berlendir je bila pegang.


Katanya bronok ni memang cara masak yang sesuai, cuma dibuat kerabu je. Sebab kalau dimasak atau digoreng, dia akan hancur. Jadi untuk kekalkan tekstur asal dan kenyal kenyal, selalu di makan raw atau dibuat kerabu.

Takpela, next time datang Langkawi lagi, aku nak make sure dapat merasa bronok tu hehe. Aku suka try try seafood ni. Segala siput aneh aneh tu semua aku teringin nak cuba haha.

So itu jela aktiviti kitorang sepanjang di Pulau Tuba. Seterusnya disebelah petang, baru la kitorang ke Dataran Lang pulak. Ala yang ada burung helang besar tu. Mercu tanda Langkawi. Kalau tak datang sini, tak lengkap la trip korang ke Langkawi hehe






Tak ada bayaran masuk dikenakan pun untuk kesini. Boleh datang, ambil angin dan bergambar. Best datang bila waktu sunset. Cantik sangat! Dataran ni katanya menjadi dataran penting untuk semua acara sambutan besar besaran contohnya sambutan countdown tahun baru dan sambutan hari kemerdekaan.


So selalunya orang datang untuk beriadah dan bersantai je dekat sini. Korang jangan lupa datang sini pulak nanti okay?

Untuk acara penutup belah malamnya, kitorang makan malam di Nam Grill. Restoran ni menyajikan masakan western. Harganya affordable dan katanya antara yang termurah di Langkawi. Uww menarik! Portion pun besar, sedap pun sedap. Yang bestnya chef yang sediakan makanan dekat sini, ialah bekas chef di hotel terkemuka seperti Four Season dan Westin. Patutla masa awal awal dapat makanan, plating dia kemain cantik hehe. Macam serving makan dekat hotel.


Kalau teringin nak makan masakan western bila di Langkawi, boleh consider untuk cuba makan di Nam Grill. Okiee?

Okay setel day 2. Next post aku nak share pengalaman eksplorasi ke Kubang Badak Geotrail pulak. Apa ada dekat sana? Okay jumpa dekat next post :D







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2020/09/meneroka-pulau-tuba-langkawi-pengalaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itinerari Percutian Pulau Langkawi 5 Hari 4 Malam Kuah Cenang Telaga Tujuh Kubang Badak

Itinerari Percutian Pulau Langkawi 5 Hari 4 Malam Kuah Cenang Telaga Tujuh Kubang Badak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 547 hits
Aku daripada masa PKP haritu memang dah pasang niat nak bercuti ke pulau bila dah boleh mula travel semula For now kita start yang dekat dekat dan dalam negara dulu Sekurangnya boleh bantu untuk menaikkan semula ekonomi negara terutamanya d...
Yeay Sekarang Dah Boleh Bercuti Ke Langkawi Pulau Tu Dah Diisytihar Zon Hijau

Yeay Sekarang Dah Boleh Bercuti Ke Langkawi Pulau Tu Dah Diisytihar Zon Hijau

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 228 hits
Jika sebelum ini Pulau nbsp Langkawi pernah menggemparkan negara selepas pernah dilawati oleh pesakit positif COVID 19 namun kini kita boleh menarik nafas lega apabila destinasi pelancongan popular itu telah diisytiharkan sebagai nbsp zon h...
Pengalaman Bercuti Di Genting Highland Setelah Lama Tak Jejakkan Kaki Di Puncak

Pengalaman Bercuti Di Genting Highland Setelah Lama Tak Jejakkan Kaki Di Puncak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 462 hits
Rasanya kali terakhir aku sampai ke puncak Genting Highland adalah waktu waktu belajar mungkin dalam 6 7 tahun lepas Jadi untuk tahun 2020 ni barulah merasa sekali lagi sampai di puncak Genting Highlang dan datang untuk bercuti semata mata ...
Pernah Pungut Tin Tepi Jalan Bersama Bapa Mila Jirin Kongsi Pengalaman Hidup Ketika Waktu Susah

Pernah Pungut Tin Tepi Jalan Bersama Bapa Mila Jirin Kongsi Pengalaman Hidup Ketika Waktu Susah

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 507 hits
Penyanyi dan usahawan kini Mila Jirin 32 ada berkongsi mengenai kehidupan lalu yang serba kekurangan dan susah sebelum dia bertekad untuk memperbaiki taraf hidup keluarganya Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Binti Jirin berkata dia ter...
Kemaskini Mafia Definitive Edition Membawakan Pengalaman Dunia Hitam Putih

Kemaskini Mafia Definitive Edition Membawakan Pengalaman Dunia Hitam Putih

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 237 hits
Permainan klasik yang diolah semula Mafia Definitive Edition telahpun dilancarkan dan 2K membuat pengumuman untuk kandungan baharu melalui kemaskini selepas pelancarannya Kemaskini versi 1 03 akan membawakan mod Noir dimana ianya membawakan...
Pengalaman Pertama Berbekam

Pengalaman Pertama Berbekam

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 555 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Pengalaman Pertama Berbekam Alhamdulillah tercapai jugak hajat Mrs A nak merasa berbekam Dah beberapa kali dengar pengalaman officemate pergi berbekam Depa pun kata best badan...
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang

Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 475 hits
Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang Sepertimana kinah maklum sebelum ni alhamdulillah kinah dah selamat bersalin pada 26 Ogos lepas Lebih awal dari yang dijangka Malam sebelum nak bersalin tu sempat jugak pergi beli barang d...
Wan Sharmila Dilantik Jadi Ikon Misi Bantuan Syria Ini Pengalaman Pertama Saya

Wan Sharmila Dilantik Jadi Ikon Misi Bantuan Syria Ini Pengalaman Pertama Saya

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 289 hits
Pelakon Wan Sharmila mengakui berasa teruja apabila dilantik menjadi ikon Winter Mission 3 0 yang berperanan dalam usaha menyalurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di Syria source
Pengalaman Sewa Bot Di Rompin Memancing Dan Candat Sotong Di Tioman

Pengalaman Sewa Bot Di Rompin Memancing Dan Candat Sotong Di Tioman

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 903 hits
Untuk pengetahuan korang aktiviti mencandat sotong bukan hanya ada di negeri Terengganu sahaja tau Saya dan kawan kawan telah berpeluang melalui pengalaman yang sangat menarik melakukan aktiviti mencandat sotong di kawasan perairan Pulau Ti...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran