Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang



Pengalaman Bersalin Anak Kedua Di Hospital Selayang  |  Sepertimana kinah maklum sebelum ni, alhamdulillah kinah dah selamat bersalin pada 26 Ogos lepas. Lebih awal dari yang dijangka. Malam sebelum nak bersalin tu, sempat jugak pergi beli barang dapur dengan makan pulut ayam.


Agaknya banyak sangat berjalan, tu jalan cepat je bukak. Pagi 26 hb tu, macam biasa lepas hantar yop pergi kerja, kinah terus sarapan pagi. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba perut memulas macam nak buang air besar. Masa tu tak jangka pun nak bersalin ke apa. Kinah terus pergi tandas nak buang air besar la kiranya.

Masa buang air besar, tetiba kinah dengar bunyi aliran air keluar, tapi kinah tak kencing pun. Jadi, kinah abaikan je la. Lepas bersihkan semua, nak pergi dapur tiba-tiba rasa air panas laju je kat kaki. Alamak, air apa ni..... Dalam hati, air ketuban ke ni??

Kinah perhatikan air tu, warna dia agakjernih tak macam air kencing dan kinah tak rasa nak kencing pun. Rasa masanya dah sampai kot ni. Nurse di KKIA pun dah banyak kali pesan jika turun tanda macam ni terus je pergi hospital. Kinah cepat-cepat call yop suruh balik sebab air ketuban dah tumpah. Pakai pad pun dah telap sampai tukar 2 kali. Setiap kali bergerak je, air ketuban makin banyak keluar.

Tak lama lepas tu yop sampai rumah. Mujurlah tempat kerja yop dengan rumah tak la jauh mana dan ada jalan tikus dekat kawasan kilang Perodua tu. Kalau tak, tak tau la apa akan jadi masa tu.

Sampai je kat parking hospital, guard yang jaga parking di dewan bersalin bagitau wad dah penuh. Ahh sudah. Yop kata abaikan je. Apa-apa pun kena pergi daftar dan tunggu dulu untuk buat pemeriksaan. Dah musim Covid ni, Yop cuma boleh hantar sampai depan pintu PAC je. Macam biasa la ada drama sikit depan pintu haha. Masa tu takde rasa sakit sangat lagi. Boleh senyum lagi. Bila sampai giliran kinah untuk diperiksa rupanya jalan dah bukak 3 cm, lepas doktor cek bukaan kali pertama, lama-lama sakit kontraksi makin kerap, nurse nak buat CTG pun kinah dah rasa tak selesa sebab sakit sangat dah. Sejujurnya, kinah tak pernah rasa sakit macam ni. Masa Thahirah dulu, kinah sempat ambik epidural. Tapi masa nak lahirkan Lulu, tak sempat pulak. 

Dah tak tahan dengan sakit kontraksi yang makin kerap, kinah panggil nurse nak bagitau dah sakit sangat ni. Nurse panggil doktor untuk check berapa cm dah buka jalan, rupanya dah 8 cm. Cepat pulak kali ni. Masa Thahirah dulu nak tunggu 8 cm punya la lama. Walaupun dah bukak 8 cm, kinah kena stay dulu di PAC sebabnya labour room penuh. Tak heran la bila guard tadi bagitau wad penuh. Jenuh dah menahan sakit. Peluh tak usah kata, segala bapak peluh dah keluar. Nurse pasangkan kipas pun dah tak ada rasa. 

Sementara tunggu labour room kosong, nurse masukkan tiub kencing, masa mula-mula sampai kinah tak pergi kencing dulu. Pada masa masuk tiub tu takde la rasa sangat ngilu. Conditions kinah pulak masa tu pun tak berapa stabil sebab tekanan darah agak tinggi. Masa tu kinah tak berapa sure dah makan ubat ke belum pagi tu. Pada masa yang sama, doktor tanya kinah makan ubat apa, berapa biji semua. Mujurlah boleh jawab masa tu, dan lepas kinah bagitau kinah ambik ubat apa. Baru pakar decide nak buat apa. So, plan pakar masa tu, kinah kena tambah lagi dos ubat yang kinah makan untuk kurangkan tekanan darah yang makin tinggi. Doktor bimbang, jika tekanan darah tak dapat dikawal, kinah berisiko terkena sawan. Mintak simpang la

Tak lama lepas tu, nurse bagitau labour room dah ready. Jadi, kinah kena tolak masuk ke dalam labour room. Dalam bilik tu agak huru hara sikit, dengan keadaan kinah masa tu tak stabil lagi. Tekanan darah pulak makin tinggi. Kontraksi pun makin kerap, setiap kali kontraksi tekanan darah naik. Kinah cuba teran sambil dibantu oleh beberapa orang doktor dan nurse yang bagi support. Masa nak meneran tu, kinah pegang tangan nurse sekuatnya. Nurse pun merelakan la. Pada masa tu, kinah rasa nyawa dah macam dihujung tanduk. Mulalah fikir apa akan jadi kalau kinah tak survive pada masa tu, apa akan jadi pada Thahirah. Sedihnya alahai masa tu.

Tekanan darah makin tinggi. Mungkin kontraksi yang makin kuat menyebabkan tekanan darah kinah dah cecah 190. Agak tinggi jugak la. Doktor pulak masukkan ubat apa pun kinah tak pasti melalui branula yang dah dipakai. Tiba-tiba kinah rasa macam dah nak terberak tapi tak berdaya nak keluarkan. Penat menahan sakit pun ye jugak. Doktor bagi kata dua, kalau takde progress lagi kena emergency ceaser, kinah kalau boleh tak nak ceaser. Selagi boleh normal, kinah cuba. Tapi kalau dah itu keputusan doktor nak selamatkan kami, kinah turutkan je la. Doktor kata, ok last choice, kena vacum assisted. Nak tak nak kena merelakan demi menyelamatkan dua nyawa dan lega sebab tak payah nak ceaser. Seram oiii.

Alhamdulillah, tepat jam 1.16pm lahirlah seorang bayi perempuan bernama Lulu Nafisah dengan berat 3.05kg.. Kinah dapat dengar tangisannya dan sempat le sekejap skin to skin dengan baby masa mamai tu. Bila baby dah keluar rasa lega. Sementara nurse bersihkan baby, doktor pulak nak jahit episiotomi. Bersalin kali ni jahitan tak banyak, tapi sakit la jugak terutama jahit dibahagian kulit luar tu. Tapi apa-apa pun alhamdulillah semuanya dah selamat.

Walaupun dah selamat bersalin, kena pulak tunggu ward kosong. Bertabah la menunggunya sampai ke petang. Naik kematu baring atas katil bersalin tu sampai kaki dah rasa kejang. Mana taknya dah terbaring je atas tu, tak boleh nak bergerak ke mana, dengan masuk drip air lagi. Tekanan darah pun doktor nak pantau lagi. Mujurlah, selepas Lulu lahir tekanan darah semakin turun dan normal.

Paling kinah tak boleh lupa, pakar bius untuk epidural datang selepas kinah dah selamat bersalin. "Sorry ek, banyak patients tadi". Nampak benor ramai yang bersalin aritu hahaha.

Haaa gitulah pengalaman lahirkan si Lulu Nafisah. Dalam ward, doktor pakar yang datang buat pemeriksaan "haaa i know you, bilik 7 aritu kan? I remember you sebab kaki you"

Apeda doktor tu kaki kita dia ingatnya, Doktor kata dia risau, dengan tinggi kinah, risiko baby besar, dan obesiti lagi menyebabkan kinah high risk, doktor kata kinah kena ambil ubat cair darah untuk 6 minggu. Bayangkan la kena cucuk sendiri selama 6 minggu. Terkejut jugak masa nak discaj aritu, satu beg plastik dibekalkan ubat cair darah. Sehingga kinah menaip ni, masih ada lagi ubat tu. Tempat cucuk tu pun dah mula lebam dan bengkak sikit sampai tak tau nak cucuk mana dah. Nurse ajar cucuk kat perut sebab kat perut ada banyak isi.

Pernah sekali nurse cuba cucuk di peha, malam tu kaki rasa macam sengal je. Sampai susah nak tidur pada malam tu.  Sejak dari tu, kinah tak nak dah cucuk kat peha, cuma cucuk di perut je. Lebih senang.

Apa apa pun terima kasih kepada doktor, dan jururawat di Hospital Selayang kerana layanan yang sangat baik dan sentiasa beri support pada diri ni. Bayangkan lama sangat check in kat hospital tu. Banyak kali merayu dengan doktor, nak balik rumah. Doktor kata, "no, selagi tekanan darah u tak ok, i tak nak bagi balik". Lepas beberapa hari, doktor naikkan dos ubat apa semua, dan tekanan darah pun ok barulah boleh discaj. Seronok dapat discaj, bolehlah berurut dan bertungku masa di rumah nanti. 
Ssbelum terlupa, kinah nak peringatkan korang. Sebelum nak balik tu, pastikan semua dokumen yang nurse bagi tu cukup tau antaranya surat beranak baby ( yang ni kena simpan elok-elok untuk buat pendaftaran di JPN nanti) dan satu lagi surat akuan tarikh bersalin. Hat ni penting untuk diberi kepada majikan korang atau suami korang nanti. Kalau korang nak tau, surat akuan tarikh bersalin ni kinah terlepas pandang, nurse tak bagi pun. Nak tak nak yop kena la pergi semula ke wad mintak pada nurse. Alahai kan dah jadi dua kerja. 
Ok lah setakat tu je la kinah nak kongsi dengan korang pengalaman bersalin di Hospital Selayang. Nanti kinah share gambar Lulu ye.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2020/10/pengalaman-bersalin-anak-kedua-di-hospital-selayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siti Aafiyah Cium Perut Datuk Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua

Siti Aafiyah Cium Perut Datuk Siti Nurhaliza Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 609 hits
Datuk Siti Nurhaliza baru baru ini ada memuat sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mempromosikan produk makanan kesihatan miliknya di ruangan Instagram Yang mencuri tumpuan netizen apabila anak kesayangan Datuk Siti Siti Aafiyah bebe...
Hiburan Bermaksud Memakmurkan Umar Nama Anak Kedua Hafidz Roshdi

Hiburan Bermaksud Memakmurkan Umar Nama Anak Kedua Hafidz Roshdi

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 412 hits
Memilih nama Umar untuk anak keduanya yang selamat dilahirkan pada 9 September lalu pelakon tampan Hafidz Roshdi menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya memaklumkan maksud nama anak lelakinya itu Menurut Hafiz nama an...
Proses Nak Lahirkan Anak Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Biasanya Anak Kedua Lebih Mudah

Proses Nak Lahirkan Anak Kedua Tak Sama Macam Anak Sulung Biasanya Anak Kedua Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 357 hits
Tahniah anda hamil sekali lagi Dah bersedia untuk melahirkan anak kedua Dengar kata proses kelahiran akan lebih mudah benarkah Debaran melahirkan anak kedua Mengetahui anda hamil kembali pasti membuatkan anda tertanya tanya bagaimana proses...
Hiburan Hamil Anak Kedua Scha Alyahya Tak Malu Mengaku Ia Baby Pkp

Hiburan Hamil Anak Kedua Scha Alyahya Tak Malu Mengaku Ia Baby Pkp

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 659 hits
Menerusi program bual bicara Next To Neelofa semalam Scha Alyahya tampil berbicara mengenai berita kehamilan anak keduanya Ujar Scha beliau kini telah memasuki usia lima bulan Isteri kepada pengacara popular Awal Ashari itu mengatakan keham...
Hiburan Tak Akan Berahsia Jika Hamil Anak Kedua Datuk Siti Nurhaliza Pohon Doa Peminat

Hiburan Tak Akan Berahsia Jika Hamil Anak Kedua Datuk Siti Nurhaliza Pohon Doa Peminat

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 350 hits
Jika sebelum ini timbul desas desus yang mengatakan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza sedang hamil gara gara anaknya Siti Aafiyah seolah olah memberi hint bakal menerima adik beliau tampil menjawab spekulasi berkenaan baru baru ini Dat...
Anak Kedua Lebih Naughty Berbanding Anak Pertama Ini Fakta

Anak Kedua Lebih Naughty Berbanding Anak Pertama Ini Fakta

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 292 hits
Sesekali aku ada berkongsikan lifestyle aku bersama Dayyan dan Danish di Facebook dan Instagram Sekadar berkongsi pengalaman membesarkan 2 hero aku ini Dayyan dan Danish
Baru Jer Isteri Ali Selamat Bersalin Dan Anak Diberi Nama Seperti Nama Abam Sekali Ini Respon Emak Ali

Baru Jer Isteri Ali Selamat Bersalin Dan Anak Diberi Nama Seperti Nama Abam Sekali Ini Respon Emak Ali

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 431 hits
Awal pagi ini pelawak Ali Puteh berkongsi berita gembira dan mengucapkan rasa syukur tidak terhingga selepas isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka Isteri Ali Melati selamat nayi lelaki seberat 3 07 kilogram itu dilahirkan pada jam...
Ya Alhamdulillah 31 Minggu Dah Yana Samsudin Bakal Timang Anak Kedua Bulan Depan

Ya Alhamdulillah 31 Minggu Dah Yana Samsudin Bakal Timang Anak Kedua Bulan Depan

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 415 hits
Diam tak diam pelakon Yana Samsudin rupanya sedang berbadan dua dan bakal menyambut kelahiran bayi keduanya tidak lama lagi selepas disahkan hamil lapan bulan Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon Fadzil Zahari dalam sat...
Pengalaman Anak Jalani Pembedahan Buang 5 Batang Gigi Secara Bius Penuh

Pengalaman Anak Jalani Pembedahan Buang 5 Batang Gigi Secara Bius Penuh

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 448 hits
Assalamualaikum Bila dah jadi mak bapak ini macam macam dugaan yang kita akan tempuh tambah pula bila melibatkan anak Fiza mengaku yang Fiza pernah lalai dalam menjaga Thaqif terutamanya bab gigi Pengalaman yang Fiza akan ceritakan ini menj...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization