Pengalaman Bercuti Di Genting Highland Setelah Lama Tak Jejakkan Kaki Di Puncak



Rasanya kali terakhir aku sampai ke puncak Genting Highland adalah waktu waktu belajar, mungkin dalam 6-7 tahun lepas. Jadi untuk tahun 2020 ni, barulah merasa sekali lagi sampai di puncak Genting Highlang dan datang untuk bercuti semata-mata.
Sebelum ini, aku ada kongsikan dimana tempat penginapan yang aku ambil bersama keluarga adalah di Windmill Premium Suites yang berada di kawasan Gohtong iaitu jauh lagi daripada puncah Genting itu sendiri. Duduk dibawah lebih banyak pilihan untuk makan atau tempat-tempat menarik lain. Lagi pun nak naik atas kan ada Cable Car, tak perlu driving pusing-pusing pun.

Jadi aku dan keluarga datang sini untuk bercuti sambil merasai cuaca yang sedikit sejuk daripada di bawah terutamanya waktu malam. Jadi di Genting Highlang, tarikan utama adalah di Sky Avenue untuk shopping, Skytropolis Indoor Theme Park dan Genting Premium Outlet disamping merasai pengalaman menaiki gondola kereta kabel.
BACA : Pengalaman Bercuti Di Perth, Australia
Kami datang pada hari Ahad dan orang tak ramaip un dan tak perlu beratur pun masa nak naik gondola cable car. Inilah kelebihan datang bukan hujung minggu. Avoid crowd supaya mudah patuhi SOP semasa musim COVID-19 ni kan.
Merasa Naik Kereta Kabel, Genting SkywayRasanya ini adalah tarikan utama kami bila datang di Genting sebelum ini iaitu nak naik kereta kabel. Anda boleh naik Genting Skyway ini di 3 destinasi iaitu di GPO (Gohtong Jaya), Chin Swee Temple dan juga Sky Avenue. Tapi stesen Chin Swee Temple tutup pukul 8 malam manakala kedua stesen lain tutup pukul 12 malam.

Anda boleh dapatkan tiket Cable Car dengan harga RM9/sehala untuk dewasa manakala RM16 untuk pergi balik. Anda boleh beli di kaunter, kiosk tiket atau secara online di Klook.
Pada hari tersebut, kami naik di GPO dan parking kereta di sana dengan rate RM3/sejam. Jadi anda boleh atur perjalanan, bila nak naik dan bila nak turun. 




Perjalanan kereta kabel mengambil masa 10 minit bermula daripada GPO sehingga ke puncak Sky Avenue. Dalam masa perjalanan tersebut, anda boleh la nikmati pemandangan alam semula jadi daripada tempat tinggi. Kami naik sebelum gelap, jadi masih dapat lagi lihat view Genting Highland.
Skytropolis Indoor Theme ParkJadi jika anda akan mendarat di tingkat 3 (kalau tak silap) di Sky Avenue. Untuk pergi ke Skytropolis Indoor Theme Park, anda perlu turun ke tingkat bawah, barulah sampai. Benda wajib sampai sini bukan main permainan sebenarnya tapi adalah bergambar di depan pintu gerbang dia je. Cakap jujur, main permainan disini agak pricey sikit. Kalau nak murah, mungkin boleh dapatkan pakej melalui Klook atau Traveloka atau mana-mana syarikat yang menawarkan promosi.

Biasanya harga satu permainan lebih daripada RM10, jadi kalau dah main 5 permainan dah RM50 kan. Better anda beli pakej lebih jimat dan boleh main banyak permainan.
Antara permainan yang disediakan adalah Jumping Spurs, Loop de Loop, Boo Boo Bump, Ride ‘Em Round, Skyscraper, Tea Cups, Bumper Boss, Sky Towers dan banyak lagi. Boleh tengok senarai penuh di Resort World Genting.

Outdoor Theme Park tak siap lagi tau, tak tahu la bila siap. Tak boleh main roller coaster lagi la sambil sejuk-sejuk.
Boleh la jalan-jalan sekitar sini untuk shopping ke, cuci mata, dan sebagainya. Jika dah sampai puncak, mesti nak merasa cuaca sejuk ala oversea kan. Lagi-lagi kalau waktu malam. Sebenarnya untuk keluar daripada Sky Avenue agak rumit, dia tiada pintu khas keluar masuk. Jadi kalau anda nak keluar, better tanya pekerja di sana je, mereka akn tunjuk.

Tapi untuk awal, kalau anda nak keluar dan nikmati udara segar dari puncak Genting, anda perlu masuk Skytropolis Indoor Theme Park dan jalan terus sampai hujung dan belok kiri. Kemudian anda akan jumpa esclator dan panjatlah sampai ke tingkat atas dan barulah jumpa pintu keluar masuk. Dari situ, boleh la nak acah-acah sejuk oversea sikit. Masa aku datang malam tersebut, cuaca sekitar 20°C. Boleh la kan.

Selain daripada indoor games, ada the void, big top video games, snow world, genting bowl, live entertainment dan banyak lagi. Boleh explore sendiri. Besar tempat tu.
Jadi kami kena turun ke Gohtong sebelum pukul 12 tengah malam, jadi kami turun jam 9 malam. Kami berada di sana kurang lebih 3 jam sahaja. Penat juga jalan. Jadi kami ambil Kereta Kabel dan terus turun GPO. Dah sampai bawah, barulah cari makan dan pulang ke tempat menginap lebih kurang pukul 10.

Cari Bunga Di Genting Strawberry Leisure FarmHari terakhir sebelum pulang, singgah di Genting Strawberry Leisure Farm. Masuk RM15 seorang. Tarikannya lebih kepada bunga-bunga dan strawberry je la. Jadi masuk sini, boleh la tangkap gambar dan bunga-bunga. Mak-mak suka la sini. Sekadar meneman sahaja.



Pekerja sini cakap, nak tengok strawberry, datang bulan November ke atas kot. Masa aku datang, strawberry baru nak bercambah. Sedih.
Dah settle sini, barulah pulang ke tempat asal. Sekian...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2020/10/pengalaman-bercuti-di-genting-highland.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bercuti Dan Menginap Di Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands

Pengalaman Bercuti Dan Menginap Di Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 405 hits
Negara kita sekarang ni tengah buat Perintah Kawalan Pergerakan angkara Covid 19 Eyza pun tak pasti bila semua ni akan berakhir Eyza rindu Malaysia yang dulu Yang bebas ke sana ke mari Rindu nak travel macam dulu dulu Mudah mudahan semua ni...
Hiburan Kaki Calar Balar Kena Batu Karang Ketika Bercuti Ramona Zam Zam Ucap Padan Muka Buat Diri Sendiri

Hiburan Kaki Calar Balar Kena Batu Karang Ketika Bercuti Ramona Zam Zam Ucap Padan Muka Buat Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 1073 hits
Pelakon cantik Ramona Zam Zam dilihat telah memuat naik perkembangan terkini kakinya yang tercedera ketika bercuti di sebuah pulau di Johor baru baru ini Jelas Ramona kecederaan itu berlaku ketika dia sedang menaiki tangga dari laut untuk n...
Setelah Lama Berdiam Diri Akhirnya Balu Abam Muncul Kembali Buat Sesuatu Apa Yang Dia Buat Sangat Mengejutkan Warganet

Setelah Lama Berdiam Diri Akhirnya Balu Abam Muncul Kembali Buat Sesuatu Apa Yang Dia Buat Sangat Mengejutkan Warganet

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 280 hits
Isteri kepada Abam Siti Norhidayah Mohd Ali menjelaskan tujuan memiliki kedai sendiri adalah untuk mencari premis yang selesa dan praktikal untuk berniaga berbanding gerai sebelum ini
Pembaharuan Lesen Kereta Motosikal Persendirian Boleh Dilakukan Secara Online Tak Lama Lagi

Pembaharuan Lesen Kereta Motosikal Persendirian Boleh Dilakukan Secara Online Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 369 hits
Mesti susahkan kalau nak pergi ke JPJ semata mata nak renew lesen memandu tambah lagi sekarang ni kita kena jaga penjarakkan sosial disebabkan pandemik yang berlaku Kalau korang nak tahu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia baru je mengumumk...
Baloh Jembal Harga Murah Makan Nasi Ulam Budu Di Restoran Berkonsepkan Istana Lama

Baloh Jembal Harga Murah Makan Nasi Ulam Budu Di Restoran Berkonsepkan Istana Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 784 hits
Kalau ada yang bertanya kat mana restoran yang best untuk dikunjungi kalau berada di sekitar Kota Bharu ni Saya sendiri dengan bangga hati mencadangkan Baloh Jembal Sebuah restoran yang sangat unik menghidangkan makanan yang sedap dalam sua...
Umno Masih Tak Boleh Keluar Kerangka Lama Abang Besar

Umno Masih Tak Boleh Keluar Kerangka Lama Abang Besar

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 407 hits
BANGI 15 Safar 1442H Sabtu Konflik antara UMNO Barisan Nasional dan Bersatu yang membibit lama sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah bermula dilihat semakin menghampiri tahap krisis Dinamika hubungan politik UMNO Bersatu memperlihatkan UMNO ma
Jangan Malu Menahan Kentut Terlalu Lama Boleh Mendatangkan Bahaya

Jangan Malu Menahan Kentut Terlalu Lama Boleh Mendatangkan Bahaya

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 351 hits
Siapa sangka bahawa jika kita menahan kentut boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan Ya kerana kentut sebenarnya adalah perkara yang semulajadi kepada setiap manusia via blogspot com Satu kajian yang telah dikeluarkan oleh Perpustakaan Per...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket