Pengalaman Sewa Bot Di Rompin Memancing Dan Candat Sotong Di Tioman




Untuk pengetahuan korang, aktiviti mencandat sotong bukan hanya ada di negeri Terengganu sahaja tau. Saya dan kawan-kawan telah berpeluang melalui pengalaman yang sangat menarik melakukan aktiviti mencandat sotong di kawasan perairan Pulau Tioman. Bagi saya sendiri, pengalaman candat sotong di Pulau Tioman ini adalah lebih menyeronokkan kalau nak dibandingkan dengan pengalaman saya candat sotong di Terengganu pada beberapa tahun yang lalu.
MAT ROMPIN BOAT CHARTER
Aktiviti mencandat sotong ini telah kami lakukan bersama seorang pengendali bot memancing yang berpengalaman dan terkenal di Rompin iaitu Mat Rompin Boat Charter! Oleh sebab itu, trip kami bukan bermula di Mersing, tapi dari Rompin, Pahang.
Bertolak dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala RompinKami memulakan trip mencandat sotong dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin dengan menaiki bot yang dikendalikan Mat Rompin Boat Charter. Bot ini diketuai oleh seorang Tekong atau dipanggil Captain Mat Rompin yang telah berpengalaman selama 13 tahun serta sangat arif dengan lubuk-lubuk ikan dan sotong di sepanjang perairan Rompin-Tioman

Sejujurnya kami berenam bukanlah dari yang jenis suka memancing atau mencandat sotong. Hanya sekadar trip untuk merasai pengalaman. Jadi semuanya zero dalam ilmu memancing dan candat ni. Tapi, itu tidak menjadi alasan untuk kami tidak dapat memancing ikan atau menaikkan sotong apabila candat di jatuhkan ke dalam laut. Ini kerana, Mat Rompin Boat Charter memiliki 2 orang pembantu atau disebut 'Deckhand' bagi membantu segala urusan di atas bot seperti mengikat umpan, mengajar pelanggan cara memancing / candat dengan betul dan menaikkan hasil tangkapan.
Selain dari itu, bot mereka mempunyai sonar dan radar Garmin yang baik untuk mengesan lubuk ikan dengan lebih efektif. Jadi tidak hairan lah kan, kami yang zero ilmu tentang memancing dan candat ni boleh dapat hasil yang lumayan kan

Untuk pengetahuan korang, bot yang kami naik ni  mempunyai spesifikasi 45 kaki panjang dan 12 kaki lebar serta keluasannya mampu memuatkan kapasiti pemancing seramai maksimum hingga 7 orang. Jadi termasuk captain dan "Deckhand" jadilah 10 orang

MEMANCING IKAN MAHI-MAHI, TENGGIRI DAN KEMBONG
Memandangkan kami bertolak awal pagi dan masa perjalanan menaiki bot dari Jeti Tok 4 Sungai Puteri, Kuala Rompin menuju ke Pulau Tioman hanya memakan masa tiga (3) jam sahaja. Maka dalam perjalanan sebelum sampai ke Pulau Tioman untuk check in hotel, kami mengambil peluang untuk memancing ikan

Captain dan 2 deckhand membantu mengajar teknik memancing yang betulWalaupun kami ni hanyalah biasa-biasa, tapi hasil kami cukup luar jangkaan. Alhamdulillah. Yang lebih teruja lagi, saya sendiri berpeluang menaikkan ikan mahi mahi. Memang tidak di sangka-sangka

Rezeki dapat peluang naikkan ikan Mahi-mahiIkan kembong paling banyak kami pancing. Selain itu ada banyak jenis ikan lain lagi termasuk tenggiri dan macam-macam lagi. Paling banyak angkat ikan kembong, Kak Ros lah sampai lekat panggilan #RatuSangkut oleh kami. Memang berbisa tangan dia. hehe
Kak Ros bersama hasil tangkapan ikan kembong dan ikan tenggiriSiapa yang tak seronok kan kalau pancing asyik mengena je. Sekali pancing, 3-4 ekor ikan dapat. Yang paling best, ikan tu kami siang dan terus masak atas bot tu jugak untuk makan tengahari kami. Dah jimat kos makan tengahari. Menarik bukan? 
Masak hasil tangkapan (ikan kembong)Lepas puas memancing ikan dan waktu dah agak petang, kami meneruskan perjalanan kami yang berbaki sejam lebih lagi menuju ke Jeti Kampung Juara untuk checkin di The Barat Resort Tioman dan bersiap-siap untuk aktiviti candat sotong pada waktu malam nanti

CANDAT SOTONG DI PERAIRAN PULAU TIOMAN
Masa yang di nanti-nantikan sudah pun tiba, sebagai persediaan kami makan ubat mabuk dahulu sebelum kembali ke bot untuk aktiviti candat sotong. Lokasi kami mencandat tidaklah terlalu jauh dari Pulau Tioman, hanya mengambil masa berbelas minit perjalanan dari jeti

Sebelum aktiviti mencandat dilakukan, captain dan 2 orang pembantunya akan membuat persediaan termasuk joran dan pemasangan dua biji lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt di kiri kanan bot. Lampu LED ini dikatakan berfungsi sebagai pemikat sotong, mempunyai sinaran lampu led berwarma hijau  yang sangat efektif untuk memikat sotong untuk mendekati area spot memancing yangg mengunakan lampu led ini

Lampu hijau LED berkuasa 3000 Watt diturunkan ke dalam lautPengalaman saya candat sotong di Terengganu sebelum ni hanya menggunakan mata candat dan tali pancing tanpa joran. Untuk aktiviti candat sotong bersama Mat Rompin Boat Charter ni, kami menggunakan joran. Dari segi teknik candat sotong tu sama, iaitu dengan cara menenggelamkan menenggelamkan candat sehingga ke dasar laut

Teknik mencandat sotong menggunakan joranBatu ladung dan candat yang digunakan sebagai pemberat dibiarkan di dasar, hanya tali pancing dihenjutkan dengan cara mengendur serta menegangkannya secara kerap. Apabila terasa berat (candat mengena sotong), tarik atau gulung tali joran secara sederhana. Elakkan menggulung tali joran secara laju atau kasar, juga tidak boleh terlalu perlahan hingga sotong mampu melepaskan diri. Sebaliknya tips candat sotong yang betul adalah dengan menggulung tali joran secara sederhana, tenang dan steady

Kak Ros dengan hasil tangkapan pertamanyaPada awalnya, sotong agak susah untuk mengena candat kami. Tapi setelah beberapa ketika berusaha, Kak Ros jadi orang pertama yang berjaya bawa naik sotong ke atas bot. Selepas dari itu, nasib menyebelahi kami. Hasil yang kami dapat pada malam tu boleh dikatakan lumayan. Dalam tempoh tak sampai 2 jam, kami berenam berjaya menaikkan banyak sotong dari jenis "Sotong Torak" dari pelbagai saiz

Azmi bersama hasil tangkapannyaSaya pun nak tunjuk jugak hasil tangkapan sayaSebahagian dari hasil tangkapan pada malam tu

Sambil kami sedang seronok mencandat sotong, ada yang dah mula siapkan sotong untuk di masak. Menu untuk makan malam kami sudah semestinya berasaskan sotong fresh. Tak mewah pun, cuma resipi maggi sotong je. Tapi dia punya nikmat, Allah je tahu. Next time nampak gaya kena prepare untuk masak resipi tomyam sotong la kot hehehe


Selepas kenyang makan maggi sotong hasil tangkapan kami, kami meneruskan aktiviti mencandat sotong sehingga puas. Malam tu juga kami ditemani oleh sekumpulan ikan lumba-lumba berenang-renang berhampiran dengan boat kami. Tak sangka kat Tioman ada banyak ikan lumba-lumba

Semua hasil tangkapan kami pada petang dan malam disimpan dalam ice box untuk kami bawa balik ke Kuala Lumpur. Penat tu ada, tapi perasaan gembira dan seronok tu kami rasa lebih dari segalanya. Alhamdulillah, trip kali ni berjalan dengan lancar. Semuanya sporting dan mudah bicara

PAKEJ SEWA BOT MAT ROMPIN BOAT CHARTER

Amacam aktiviti kami, best bukan? Kalau korang pun nak cuba aktiviti macam yang kami dah lalui ni atau ada merancang untuk bercuti ke Rompin atau Pulau Tioman ; korang boleh cuba ambil pakej memancing laut bersama Mat Rompin Boat Charter. Insyaallah akan puas hati

Berikut saya sertakan 6 pakej memancing yang boleh korang pilih mengikut citarasa dan kesesuaian dengan korang :

PAKEJ 1
-Memancing di area Kuala Rompin sahaja.(memancing balik hari)
-Sewa bot RM 1900 per/day.
-Start pancing pukul 8 pagi - 5 petang.

PAKEJ 2
-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam & tidur di Chalet Tioman.
-Harga RM 4600 (tak termasuk sewa chalet)

PAKEJ 3-Memancing Bottom Fishing 2 hari 1 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa di dalam bot)
-Harga RM 5500 untuk 2 hari 1 malam.

PAKEJ 4
-Memancing Bottom Fishing 3 hari 2 malam tidur di dalam bot.
(memancing sepanjang masa dalam bot)
-Harga RM 7500 utk 3 hari 2 malam.

PAKEJ 5
-Pakej Candat Sotong Panjang
-Memancing start pukul 3 petang dan balik pada keesokan paginya.
(memancing 1 hari 1 malam)
-Harga RM 2200

PAKEJ 6
-Pakej Mancing Sotong Mengabang 1 Hari
-Start pancing pukul 8 pagi-5 petang.
-Pancing Sotong Mengabang Area Kuala Rompin sahaja.
-Harga RM 1900
Jangan lupa bawa tong untuk isi hasil tangkapan korang. Semua hasil tangkapan korang sudah semestinya korang boleh bawa balik

Kalau korang berminat untuk mencuba mana-mana pakej yang ditawarkan, korang boleh sahaja menghubungi Captain Mat Rompin menerusi:-
NO. TEL / WHATSAPP: 019-923 2683 FACEBOOK / FB PAGE: Mat / Mat Rompin Boat Charters
candat sotong 2020, candat sotong terengganu, candat sotong pulau tioman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2020/10/pengalaman-sewa-bot-di-rompin-memancing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Yang Susah Saat Pandemi Pria Ini Malah Manfaatkan Insentif Prakerja Untuk Sewa Psk

Banyak Yang Susah Saat Pandemi Pria Ini Malah Manfaatkan Insentif Prakerja Untuk Sewa Psk

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 218 hits
Pemerintah beberapa waktu lalu meluncurkan kartu program kartu prakerja yang bertujuan untuk melatih keterampilan masyarakat yang sedang mencari kerja Melalui program ini peserta yang terdaftar dalam kartu prakerja akan mendapat uang insent...
Duit Sewa Rumah Tiket Kapal Terbang Hangus Keputusan Saat Akhir Susahkan Mahasiswa Ipt

Duit Sewa Rumah Tiket Kapal Terbang Hangus Keputusan Saat Akhir Susahkan Mahasiswa Ipt

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 358 hits
SHAH ALAM Keputusan mengejut Kementerian Pengajian Tinggi untuk menangguhkan kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah koronavirus di semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara menimbulkan kemarahan ramai semalam Susu...
Enam Bot Nelayan China Ditahan Masuk Perairan Malaysia Tanpa Kebenaran

Enam Bot Nelayan China Ditahan Masuk Perairan Malaysia Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 286 hits
Enam bot nelayan China ditahan masuk perairan Malaysia tanpa kebenaran Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Oct
Ekoran Terdesak 2 Ekor Anak Kucing Nekad Terjun Lalu Berenang Ke Arah Bot Pemancing Untuk Menyelamatkan Diri

Ekoran Terdesak 2 Ekor Anak Kucing Nekad Terjun Lalu Berenang Ke Arah Bot Pemancing Untuk Menyelamatkan Diri

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 411 hits
Buat golongan pemancing di luar sana sudah pasti anda semua mengharapkan hasil ikan pada ketika itu bukan Namun lain pula halnya yang berlaku pada dua orang pemancing bernama Jason Frost dan Brandon Key yang memancing di Warrior River Alaba...
Bot Nelayan Guna Peralatan Tidak Berlesen Ditahan

Bot Nelayan Guna Peralatan Tidak Berlesen Ditahan

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 589 hits
SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang di kedudukan 2 1 batu nautika timur Pulau Jerejak pukul 6 petang semalam kerana disyaki melanggar syarat lesen IHSAN MARITIM MALAYSIA GEORGETOWN Agensi ...
Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Terkandas Pulang Ziarah M Daud Kilau

Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Terkandas Pulang Ziarah M Daud Kilau

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 434 hits
Susulan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi seluruh negara ramai pelajar yang terkandas source
Hiburan Pelajar Terkandas Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Balik Semula Ke Rumah

Hiburan Pelajar Terkandas Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Balik Semula Ke Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 486 hits
Gara gara pengumuman saat akhir penangguhan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi seluruh negara rakyat Malaysia dilihat telah berganding bahu membantu pelajar yang tidak bernasib baik dari segi kewangan da...
Pengalaman Pertama Kali Buat Pico Laser Di Dr Chong Clinic Shah Alam Serius Tak Sakit Pun

Pengalaman Pertama Kali Buat Pico Laser Di Dr Chong Clinic Shah Alam Serius Tak Sakit Pun

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 870 hits
Dah lama sebenarnya sis pasang hasrat nak try buat Pico Laser Kebetulan ada member bagi tahu Dr Chong Clinic tengah buat promosi kaw kaw sempena Ulang Tahun Ke 4 Rugilah katanya rugi kalau sis tak rebut peluang baik ini Mana taknya sebelum ...
Insafnya Seorang Gangster Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Ahli Kongsi Gelap Sebelum Memeluk Islam

Insafnya Seorang Gangster Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Jadi Ahli Kongsi Gelap Sebelum Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 585 hits
Che Yin Wei atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah mungkin kelihatan seperti orang biasa yang menjalani kehidupan lebih baik selepas memeluk agama Islam tetapi di sebalik wajah tenang tersebut ada seribu kisah menarik dari individu yang b...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor