Itinerari Percutian Pulau Langkawi 5 Hari 4 Malam Kuah Cenang Telaga Tujuh Kubang Badak
Aku daripada masa PKP haritu memang dah pasang niat nak bercuti ke pulau bila dah boleh mula travel semula. For now, kita start yang dekat dekat dan dalam negara dulu. Sekurangnya boleh bantu untuk menaikkan semula ekonomi negara terutamanya dalam industri pelancongan. So, haritu aku dah share dengan korang cerita pusing pusing Pulau Pangkor kan? [Baca dekat sini : JELAJAH 3 HARI 2 MALAM DI PULAU PANGKOR, PULAU BEBAS CUKAI ] Amacam? Tak sangka ada banyak aktiviti menarik yang boleh dicuba dekat Pulau Pangkor kan? Baru la percutian tu lebih bermakna. Takde la tersadai dalam bilik hotel takde aktiviti apa nak dibuat hahaha.
So, Pulau Pangkor checked. Pulau Kapas pun dah checked (tapi ni aku tak share lagi itinerari, soon!) Next destination, aku pilih PULAU LANGKAWI!
Langkawi? Apa yang best?Kalau cerita pasal Pulau Langkawi, aktiviti yang biasa kita terfikir nak buat dekat sana mesti antaranya lawatan ke Makam Mahsuri, tengok perusahaan gamat, Beras Terbakar , naik cable car & shopping shopping di Idaman Suri dan Haji Ismail Group kan?
Ya udah udah. Kalau sebelum ni korang dah pernah ke tempat tempat yang aku sebut dekat atas ni, kali ni aku nak share dengan korang, antara aktiviti menarik yang lain yang boleh korang cuba bila ke Langkawi. So next trip ke Langkawi, masukkan aktiviti aktiviti ni dalam korang punya itinerari okay?
Trip aku ke Langkawi kalini ialah anjuran Gaya Travel dengan kerjasama LADA (Langkawi Development Authority) *Lembaga Pembangunan Langkawi. Memang best program program yang disediakan. Thank you so much for arranging this for us.
Okay ni aku share dulu itinerari ringkas untuk aktiviti dan program yang kitorang buat sepanjang 5 Hari 4 Malam di Pulau Langkawi. Boleh la korang jadikan reference.
ITINERARY PULAU LANGKAWI 5H 4M
❏ Day 1
▪ Depart to Langkawi from KL
▪ Meet & Greet with representative from LADA
▪ Check in at Adya Hotel Langkawi (Kuah)
▪ Depart to Royal Langkawi Yatch Club
⇢ Sunset Dinner Cruise Experience
Back to Hotel (Free & Easy)
❏ Day 2
▪ Breakfast
▪ Depart to Jeti Pelancongan Langkawi
▪ Depart to Pulau Tuba
⇢ Exploration Tuba Island
▪ Lunch
▪ Back to hotel
▪ Depart to Dataran Lang
▪ Dinner @ Nam Grill
▪ Back to Hotel
❏ Day 3
▪ Breakfast
▪ Depart to Kubang Badak Biogeotrail
▪ Arrived at Kubang Badak Biogeotrail
- Jeti Nelayan Kubang Badak
- Kampung Siam
- Kebung Arang
- Bukit Manora
- Gua Pinang
- Tanjung Mendidih
▪ Lunch
▪ Depart to Kompleks Kraf Langkawi
▪ Check in at Telaga Terrace Boutique Resort
▪ Depart to Dataran Chenang @ Pantai Chenang for Sunset
▪ Dinner at Telan Station
▪ Back to Hotel
❏ Day 4
▪ Breakfast at hotel
▪ Nature walk @ Telaga Tujuh Jungle Experience
▪ Skycab Langkawi @ Marhaba Restaurant for Lunch
▪ Back to Hotel
▪ Dinner at Nasi Arab Kaki Gunung
❏ Day 5
▪ Breakfast
▪ Depart to Paradise 101
▪ Depart to Langkawi International Airport
▪ Depart to KL
Perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi tu kadang makan masa 20-40 minit. Jadi digalakkan untuk korang sewa kereta bagi memudahkan korang nak bergerak. Takdela jenuh nak tunggu grab atau teksi. At least kalau dah ada kereta tu, boleh sesuaikan dengan jadual perjalanan sendiri. At your own pace orang kata hehe.
Okay next post, aku nak share dulu Sunset Dinner Cruise Experience. Ini seriously terbaik! Memang wajib at least sekali, untuk korang cuba bila ke Langkawi. Baca dekat next post okay?
Related search : itinerari percutian langkawi, senarai aktiviti menarik di langkawi, sewa kereta langkawi, tempat penginapan berbaloi langkawi,homestay murah langkawi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2020/10/itinerari-percutian-pulau-langkawi-5.html