Mencari Makanan Melayu Yang Mengimbau Nostalgia Lama Ada Di Seniman Halal Food Cafe


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat korang yang selalu jalan-jalan dan cari makan kat area yang mewah dan juga golongan elite boleh pergi ker Seniman Halal Food Cafe yang terletak di aras empat Pavilion Bukit Jalil. Ini kerana ia tidak menyediakan makanan barat tapi masakan Melayu yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia



Masakan Melayu kat sini juga bukan yang fusion atau juga yang telah diubah ciri kemelayuannya. Ia masih mengekalkan lagi rasa asli masakan Melayu tapi ke tahap yang lebih antarabangsa yang dihidangan dengan konsep yang lebih menarik dan unik. Sesuai dengan kedudukan kafe ini dan juga nama kafe ini garapan kedua-duanya menjadikan satu hidangan yang melengkapi




Ingin mengembalikan kenangan nostalgia lama, Seniman Halal Food Cafe juga memperkenalkan nama didalam set menu dengan mengambil inspirasi daripada filem-filem dan watak lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Nak tahu apa nama yang unik tu boleh baca posting Maha yang telah pergi makan di sana. Memang unik dan menarik sangat.
Set Talam
Seperti mana dalam Set Talam ni sangat begitu kena sekali dengan kafe ini. Talam Set DO, Talam Set RE dan Talam Set ME. Begitu dekat jiwa pemilik kafe ini nak terus mengekalkan nama filem Tan Sri P.Ramlee terus dibarikan nama sebegini rupa. Set Talam ini juadah dalamnya sesuai untuk dinikmati dua orang dengan lengkap ada lauk-pauk, nasi dan juga hidangan sampingannya

Talam Set DO 


Dalam set ini korang boleh dapat lauk iaitu Daging Salai Lemak Cili Padi, Ayam Kunyit Palembang, Sotong Sambal Tumis, Nasi Minyak Pengantin dan minuman Teh Tarik Terbalik. Serta ada keropok ikan juga sebagai hidangan sampingannya

Talam Set RE


Bagi set ini pula yang suka kambing boleh ambil kerana ia ada sekali lauk Kari Kambing Jiwa Kacau, Ayam Masak Kicap Manis, Udang Goreng Halba, Nasi Kukus dan minuman Teh Tarik Terbalik. Juga ada sekali keropok seperti mana yang korang lihat dalam gambar ini

Talam Set ME


Pelengkap set ini pula ada lauk seperti Tulang Sisih Kerutup, Ayam Goreng Pak Kaduk, Ikan Siakap Berlado, Nasi Minyak Pengantin dan minuman Teh Tarik Terbalik serta keropok papadom



Semua set ini bagi Maha dan lengkap lah kalau korang datang makan berdua dating ker atau bawa keluarga boleh order untuk semua tiga set. Teh Tarik Terbalik tu memang teh tarik tu dihidangkan secara terbalik tapi masa nak minum korang kena tuang lah teh tu dalam mangkuk yang disediakan dan masuk semula dalam cawannya baru boleh minuman jangan teguk macam tu jer tumpah nanti hehehe




Selain daripada Set Talam ni ada juga beberapa menu ala-cart lain yang boleh order untuk tambahan banyak pilihan kat sini. Macam Maha suka pada Ikan Siakap Berlado Dengan Petai dan Ikan Siakap Belado (tanpa petai). Dua-dua ini sangat memikat dan kena dengan selera tak begitu pedas dan juga rasa ikan masih lebut walaupun digoreng garing




Kemudian ada juga menu tambahan lain seperti Kerabu Daging Bakar Air Asam Kerisik, Tauhu Sumbat Kejora, Sotong Kangkung Terangkat dan Daging Kerutup. Semua ini menambat selera kalau makan beramai-ramai pelengkap kepada yang utama tadi. Wajib cuba lah ini kerana ia dihasilkan oleh chef yang profesional dan menggunakan bahan semulajadi sepertu daun kaduk, kunyit, lengkuas, bunga telang dan macam-macam lagi untuk mengekalkan rasa aslinya

Mee dan Nasi
Pada yang nak pilihan mee atau juga nasi impit kat kafe ini pun ada juga beberapa yang disediakan dalam bentuk mangkuk untuk satu orang makan. Mangkuk besar bukan kecik tau memang kenyang makan seperti  ada Kuew Teow Beef Terkejut, Mee Kari Udang Bersepai, Mee Rebus Mambang Jingga dan Lontong Kering Wak Labib. Tak tahu kenapa nama mee ni pelik-pelik tapi rasa tak pelik sedap







Seniman Pizza Biso Bonar
Bagi yang nak kurang makan nasi atau lauk pauk ni boleh cuba mereka punya piza. Walaupun ia menggunakan doh piza yang dihasilkan sendiri tapi topping kat atas piza tetap jiwa Malaysia. Ini kerana ada pilihan Sambal Bilis Petai Power dan Kerutup Kambing Mak' Tiri. Ada banyak lagi tapi bagi Maha yang dua ini sangat ngam power giler. 



Doh piza nipis dan rangup serta tak tebal dihias pula atanya dengan lauk dengan rasa Melayu perh tak asing jadi satu gabungan yang sempurnalah untuk piza ini. Piza yang lain ada juga Pizza Ayam Percik Melambang, Pizza Asam Pedas Lautan Gelora dan Pizza Kerabu Ulaman Menjerit

Kudapan Kudapan
Ini pula part untuk pencuci mulut yang ada kat kafe ini. Nama masih kekalkan lagi nama filem zaman dulu kala. Tapi rasa tetap masih sedap dan menarik. Korang boleh cuba mereka punya Keropok Lesong Kepayang, Cucur Bilis Si Tanggang, Roti Jala Sira Durian, Karipuf Cantik Molek, Pisang Sangai Ais Krim, Apam Nangka Madu Tiga dan Churros






Minuman, Jus dan Seniman Mocktail
Bila dah makan kena ada minumankan kalau tidak tercekik lah hehehe. Tadi Maha dah cerita pasal Teh Tarik Terbalikkan. Itu memang kena order sedap minum panas-panas perhhh terangkat. Ada juga minuman kopi dan nescafe yang lain. Tapi yang nak kongsi kat sini pasal Seniman Mocktail



Minuman Seniman Mocktail ini adalah ihlam campuran pelbagai rasa yang segar dan lagi menyegarkan. Ada rasa seperti Mojito Limau, Apricot, Acerola dan Chia Grand Tea, Rose, Lime dan Chia Seed, Blue Curacao, Mojito Markisa, Strawberry & Lemon Cooler dan Lychee Pops. 
Merdeka Special Tiffin Set



Set tiffin edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM75+ sahaja hanya untuk masa sampai 31 Ogos 2022 sahaja. Dengan corak tiffin menggambarkan Malaysia seperti bunga raya, menara Kuala Lumpur dan juga potret Tunku Abdul Rahman, menjadikan ianya cukup esklusif. Didatangkan juga dengan makanan seperti Nasi kuning Mahawangsa, Ayam Rendang Temasek dan Pengat Nangka Madu. Set tiffin ini sesuai dinikmati untuk 2 orang

Sebarang promosi dan juga menu baru boleh layari laman sosial Seniman Halal Food Cafe:Facebook : https://www.facebook.com/SenimanBukitJalilInstagram : https://www.instagram.com/seniman_bukitjalil/Whatsapp : 019-2142578 Lokasi: Seniman Halal Food Cafe Lot 4.31.00, Tingkat 4, Pavilion Bukit Jalil 2









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/09/mencari-makanan-melayu-yang-mengimbau-nostalgia-lama-seniman-halal-food-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seniman Caf Pavillion Bukit Jalil Menawarkan Hidangan Melayu Nostagia Lama

Seniman Caf Pavillion Bukit Jalil Menawarkan Hidangan Melayu Nostagia Lama

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 228 hits
Hi Korang Siapa yang belum pernah lagi ke Pavilion Bukit Jalil Ramai yang bercerita dengan kak lily akan kurangnya restoran yang menghidangkan masakan melayu asli selain daripada medan selera di bahagian bawah Kini korang tak perlu riasu la...
Pelbagai Menu Masakan Melayu Di Restoran Seniman Pavilion Bukit Jalil

Pelbagai Menu Masakan Melayu Di Restoran Seniman Pavilion Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 292 hits
Pelbagai Menu Masakan Melayu Di Restoran Seniman Pavilion Bukit Jalil Assalamualaikum semua Ha kalau u guys datang shopping di Pavilion Bukit Jalil dan ingin makan masakan melayu meh la singgah di restoran Seniman yang terletak di level 4 S...
Setelah Sekian Lama Hidup Dalam Dunia Digital

Setelah Sekian Lama Hidup Dalam Dunia Digital

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 175 hits
Memang lama sungguh aku tak menulis di sini kononnya sibuk dengan urusan lain Padahal inilah tempat aku membina pelbagai projek yang akhirnya berjaya memberikan hasil yang lazat dan ada ketikanya lumayan Tahun 2022 ni aku akan usahakan untu...
Lama Tidak Ada Kabar Ini Perkembangan Penanganan Korupsi Wastafel Di Aceh

Lama Tidak Ada Kabar Ini Perkembangan Penanganan Korupsi Wastafel Di Aceh

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 246 hits
Lama tidak menunjukkan progres berarti usai mencuat ke publik Polda Aceh mengaku masih melakukan cek fisik terhadap kasus dugaan korupsi pengadaan sanitasi dan tempat cuci tangan di Dinas Pendidikan Aceh
Apa Tanda Musim Hujan Lebat Ini 6 Petua Generasi Lama Terengganu Ramal Banjir

Apa Tanda Musim Hujan Lebat Ini 6 Petua Generasi Lama Terengganu Ramal Banjir

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 148 hits
Orang Melayu dahulu sebenarnya mempunyai ilmu berkaitan perubahan alam dihuninya termasuklah tanda musim hujan lebat Menurut Mohd Salleh Mazukhi ilmu kebijaksanaan Melayu terutama orang Terengganu dalam memahami alam sekelilingnya itu bukan...
Sebaik Baik Sedekah Pada Ahli Keluarga Dulu Beli Kereta Baru Dr Say Sedekah Kereta Lama Pada Kakak

Sebaik Baik Sedekah Pada Ahli Keluarga Dulu Beli Kereta Baru Dr Say Sedekah Kereta Lama Pada Kakak

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 274 hits
Amalan sedekah tidak sedikit pun mengurangkan harta yang kita miliki Sebaliknya memang Allah SWT janjikan sesiapa yang rajin bersedekah akan terus dimewahkan rezekinya Berpegang kuat kepada perkara tersebut Dr Say Shazril yang baru baru ini...
Ugut Ahli Parlimen Dan Pejabat Pkr Dibakar Tak Lama Dapat La Cekup Cctv Ada Dan Percaya Polis Akan Dapat Tangkap

Ugut Ahli Parlimen Dan Pejabat Pkr Dibakar Tak Lama Dapat La Cekup Cctv Ada Dan Percaya Polis Akan Dapat Tangkap

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 195 hits
Ahli Parlimen JB diugut bunuh pejabat bahagian PKR dibakar August 28 2022 Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pusat khidmat rakyat Parlimen Johor Bahru dibakar dipercayai akibat khianat dan sabotaj JOHOR BAHRU Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal...
Rakyat Masih Dihidangkan Menu Sama Dan Lama Oleh Ph

Rakyat Masih Dihidangkan Menu Sama Dan Lama Oleh Ph

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 235 hits
aNWAR CAlon PM Ph dengan ubaHSuai logo Ph peluang masih 50 50 kerana umno selepas ini kembali kuat di bawah kepimpinan Ismail Sabri yang lebih bersih Masing masing ada senjata akhir yang masih sedang dicaturkan sebelum tarikh pengundian BN ...
Najib Selamat Tiba Di Penjara Kajang Lama Berdiam Diri Ini Kata Kata Padu Dari Muhyiddin Yassin

Najib Selamat Tiba Di Penjara Kajang Lama Berdiam Diri Ini Kata Kata Padu Dari Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 400 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Penjara Kajang pada 6 05 petang tadi bagi menjalani hukuman 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner