Pelbagai Menu Masakan Melayu Di Restoran Seniman Pavilion Bukit Jalil
Pelbagai Menu Masakan Melayu Di Restoran Seniman, Pavilion Bukit Jalil | Assalamualaikum semua... Ha, kalau u guys datang shopping di Pavilion Bukit Jalil dan ingin makan masakan melayu meh la singgah di restoran Seniman yang terletak di level 4. Sis dah try beberapa menu yang ada kat sini. So, ayuh sis kongsikan dengan uols semua
Biasanya restoran makanan melayu yang terletak di dalam Shopping Mall mesti dah diolah citarasanya. Pelbagai hidangan melayu fusion ditawarkan untuk menarik pelanggan tetapi tidak di Restoran Seniman di mana hidangan masakan melayu masih dikekalkan rasa mahupun penggunaan bahannya. Kalau makan tu memang teringat la masakan mak kat kampung. Pengalaman Chef yang pernah bekerja di restoran melayu terkemuka menjadikan keaslian resepi tetap dijaga sama seperti resepi nenek moyang kita dahulu
Di Restoran Seniman menawarkan pelbagai menu masakan melayu dari pembuka selera, menu utama (lauk pauk) hingga la ke pencuci mulut. Semuanya sedap-sedap belaka, memang secukup rasa dari segi pedas, masam, masin dan manisnya. Tapi kan yang buat sis lebih tertarik adalah nama-nama menunya. Memang catchy apabila menggunakan nama-nama klasik dan ada sesetengahnya diambil dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Ok, ni sis kongsikan senarai menu yang ada :
Talam Set 'Do Re Mi'• Talam Set 'Do' - Daging Salai Lemak Cili Padi, Ayam Kunyit Palembang, Sotong Sambal Tumis, Nasi Minyak Pengantin, Minuman Teh Tarik Terbalik• Talam Set 'Re' - Kari Kambing Jiwa Kacau, Ayam Masak Kicap Manis, Udang Goreng Halba, Nasi Kukus, Minuman Teh Tarik Terbalik• Talam Set 'Mi' - Tulang Sisih Kerutup, Ayam Goreng Pak Kaduk, Ikan Siakap Berlado, Nasi Minyak Pengantin, Minuman Teh Tarik Terbalik
Menu Utama• Daging Kerutup• Ikan Siakap Berlado• Ikan Bakar Bujang Lapok• Lontong Kering Wak Labib• Mee Kari Udang Bersepai• Mee Rebus Mambang Jingga• Kuey Teow Beef Terkejut
Pembuka Selera• Tauhu Sumbat Kejora• Kerabu Daging Bakar Air Asam Kerisik• Sotong Kangkung Terangkat
Pencuci Mulut• Pisang Sangai Ice Cream• Churros with caramel & choc dip• Apam Nangka Madu Tiga• Roti Jala Sira Durian
Minuman• Teh Tarik Terbalik• Smoothies - 🍹 Berry Berry🍹 Peach 🍹 Mango🍹 Aloe Lychee🍹 Aprikot, Acerola, dan Chia 'Cik' Keboom'• Seniman Mocktail - 🍹 Mojito Limau🍹 Apricot, Acerola dan Chia Grand Tea🍹 Rose, Lime dan Chia Seed🍹 Blue Curacao🍹 Mojito Markisa🍹 Strawberry & Lemon Cooler🍹 Lychee Pops
By the way, ada juga menu western iaitu pizza tapi ni versi pizza melayu di mana toppingnya menggunakan bahan-bahan seperti petai tau. Ha, unik kan. Sis pun tak sangka petai boleh diletak atas pizza. Sedapppp...Korang kena try sendiri kalau nak tau macam mana rasa dia. Tapi buat yang tak makan petai, masih ada pilihan pizza yang lain. Nah senarai pizza yang ada kat restoran Seniman ni :
Seniman Pizza Bisa Bonar• Daging Salai Lomak Berapi• Ayam Percik Melambang• Asam Pedas Lautan Gelora• Sambal Bilis Petai Power• Kerutup Kambing Mak' Tiri• Kerabu Ulaman Menjerit
Ha, menarikkan semua menu kat sini. Jujur sis cakap semua menu yang disediakan di sini memang kena dengan citarasa sis. Eh, semua menu ni bukan sis sorang je yang makan ye. Of course la sis makan dengan kengkawan sis. Kalau sis sorang mau meletop perut.. hahahhaha.. Dan yes, kawan-kawan sis pun cakap semua menu sedap. Sampai licin la kami makan. Memang puas hati tau makan kat sini.
Ohyaaa, kalau sesiapa berkesempatan untuk datang esok, sempat grab promosi istimewa sempena Hari Merdeka 🇲🇾. Set tiffin edisi terhad (2 orang makan) dengan corak identiti Hari Merdeka. Dalam tiffin ada Nasi kuning Mahawangsa, Ayam Rendang Temasek dan Pengat Nangka Madu. Harga RM75 (tarikh promosi 13 Ogos hingga 31 Ogos 2022)
So, guys kalau datang shopping di Pavilion Bukit Jalil, meh la try makan di Restoran Seniman ni. Nah sis kongsikan info mengenai restoran ni :
RESTORAN SENIMANLot 4.31.00, Level 4Pavilion Bukit JalilPersiaran Jalil Utama57000 Bukit Jalil
Waktu OperasiDibuka setiap hari Isnin hingga AhadDari pukul 10.00AM hingga 10.00PM
Telefon/TempahanPhone : +60 19-214 2578Email :
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2022/08/restoran-seniman-pavilion-bukit-jalil.html