Petang Jumaat, selepas Pak Inche balik kerja, kami memulakan perjalanan ke Melaka. Kali ini, kami memilih makan malam di Asam Pedas Hajjah Mona. Iman rindu dengan kakak tudung serkup, katanya. Suka betul Iman meniru gaya salah seorang pekerja di restoran tu. Tapi Sk rasa, dia salah seorang orang kuat kedai tu, bukan pekerja biasa. Dia sebenarnya lelaki, tapi sebab selalu pakai anak tudung serkup di kepala, kami panggil, kakak tudung, heheh.
Kali ini kami memilih untuk bermalam di Hotel Swan. Sesuai dengan namanya, di lobi banyak sekali perhiasan swan ini diletakkan. Geram pulak tengok angsa-angsa keemasan ni, yang kelihatan begitu jelita sekali.
Setiap nombor bilik mempunyai quote yang berlainan dan kami mendapat bilik dengan kata-kata ini. Hurmmm.. mendalam jugak ayatnya, syukur selalu. Bilik di Swan ini menerapkan ciri-ciri tradisional baba dan nyonya dalam dekonya berdasarkan kepada ciri-ciri perabot dan kemasan lantai di bilik air. Disebabkan kami sampai malam dan keadaan pencahayaan bilik yang agak gelap, Sk tak berminat untuk mengambil gambar. Cuma apa yang Sk nampak, walaupun bilik air cantik tapi tidak dijaga dengan baik. Lantai dan dinding kelihatan agak kusam seolah tidak dijaga dan dibersihkan dengan baik.
Lepas check-out, kami terus menuju ke Roti Canai Kayu Arang untuk bersarapan tapi mak aihhh, punyalah ramai manusia. Yang datang masing-masing dressing dahsyat-dahsyat tau, lalu terpaksa batalkan hasrat makan di situ. Jumpa warung berdekatan, kami singgah jer, janji tempatnya bersih walaupun warung kecik jer, dapat jugaklah makan roti canai walaupun tak dimasak guna kayu arang, hihi.
Sampai di wad Abang Kian, ramai pulak tetamu yang merupakan kawan-kawan beliau. Meriahlah, nampak abang Kian pun ceria. Cuma Kak Ila beritahu, beliau terkejut jugak bila diberitahu ada masalah jantung kerana beliau menjaga pemakanan dan exercise juga.
Inilah Kak Ila, biras Sk, orang Ganu, heheh. Kak Ila ni kecik molek jer orangnya, dulu bekerja namun sanggup melepaskan jawatannya untuk memantau anak-anak yang sedang membesar, ternyata pengorbanan beliau amat berbaloi apabila anak-anaknya semua berjaya dalam pelajaran.
Tersampuk sudah dengan Kerisi Goreng Berlado Kak Shida, Pak Inche asyik tanya, pandai tak SK masak lauk tu. Hahaha.. Mana pernah oi kat rumah Sk ni buat lauk macam ni, kan Pak Inche tak pandai makan. Yang di tahu dan suka, kari, sambal, kari, sambal, haaaaaa.. baru tahu penangan lauk-lauk kampung macam ni. Ni pulak, dah berapa kali dia tanya, apa rasa patin tempoyak? Hari tu suruh rasa, tak berani pulak, hahaha.Kerisi Goreng BerladoIkan Kerisi digaram kunyit dan goreng hingga masak.Sambal Lado5 tangkai cili hidup|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |