11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang Bujang Nak Cuba


Assalamualaikum semua. Nasi goreng adalah menu yang paling ringkas dan mudah hendak membuatnya. Sebenarnya resepi nasi goreng ini tidak lah ada sukatan yang tertentu. Nasi goreng ini anda boleh buat dengan hanya mencampak-campakkan bahan lebih kurang di dalam kuali sahaja.

Dalam entri kali ini saya akan kongsikan pada anda semua koleksi resepi nasi goreng yang sedap dan mudah yang anda boleh cuba. Lebih-lebih lagi buat anda yang bujang tu. Memasak nasi goreng yang mudah dirumah adalah lebih baik daripada membeli nasi goreng di kedai-kedai atau warung. 
Koleksi resepi ini ada yang saya buat dan ada juga yang saya kongsikan dari bacaan saya di internet. Selamat mencuba resepi-resepi nasi goreng yang sedap dan mudah ini.
Jom tonton - 7 Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Confirm Menjadi
11 Koleksi Resepi Nasi Goreng Sedap, Mudah Dan Sesuai Untuk Yang Bujang-bujang Nak Cuba
1. RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
Bahan-bahan
4 cawan nasi sejuk, dileraikan1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan5 tangkai kacang panjang, potong kecil1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan1 biji telur, dipukul sedikit1 biji bawang besar, hiris
Bahan Tumbuk Halus
4 biji bawang merah2 ulas bawang putih10 biji cili padi merah Thai1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejapSecubit belacan
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna
2. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali
3. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata
4. Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi
5. Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu sedikit
6. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai


2. RESEPI NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan
1 mangkuk besar nasi1 labu bawang besar dimayang1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)2 biji telurSedikit kicap lemak manisGaram secukup rasaMinyak untuk menumis
Cara masak
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya. Siap. Sedap.

3. RESEPI NASI GORENG MENTEGA
mudah dan ringkas, x pyh susah2...yg penting sedap. X caya, cubalah sendiri.. (nasi kegemaran si manja)
Bahan-bahan diperlukan:4 cawan nasi2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)1 biji telur1 sudu kecil lada sulahsedikit garam50 gm ikan bilis (digoreng garing) - optional
Jom tonton - Resepi Nasi Goreng Planta Ala-ala Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah
Cara menyediakan dan memasak:
Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.

4. RESEPI NASI GORENG AYAM KUNYIT
Bahan-bahan nasi goreng
1 mangkuk nasi putih6 tangkai cili kering - dikisar1 biji bawang merah - dikisar1/2 inci belacan - dikisar2 sudu kicap5 biji cili api - diketukGaram secukup rasaMinyak untuk menumis
Bahan-bahan ayam goreng kunyit
200g isi ayam - dipotong dadu2 batang kacang panjang1 biji bawang besar - dihiris1 biji cili besar - dihiris2 sudu serbuk kunyitGaram secukup rasaMinyak untuk menumis
Jom tonton - Resepi Mudah - Nasi Goreng Ayam Kunyit
Cara-cara membuat nasi goreng
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.3. Masukkan cili padi. Kacau.4. Perasakan dengan garam secukup rasa.5. Angkat.
Cara-cara memasak ayam goreng kunyit
1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.3.Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.

5. RESEPI NASI GORENG BELACAN
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi sejuk ~ diperoikan1 biji telur1 sudu besar kicap cair1 kiub ikan bilisgaram dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
1 labu bawang besar ~ ita guna bawang kecik dalam 5 ulas5 biji cili padi5 tangkai cili merah2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut3 cm belacan
Bahan dah pun tersedia.. apalagi yok kita mula memasak
Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam.Ita tak letak garam, ita letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula.

6. RESEPI NASI GORENG BIASA
Bahan-Bahannya
1 mangkuk nasi sejuk2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inciSedikit kobis - dibersihkan dan dipotong nipis2 biji telur2 sudu makan cili kering kisar1 sudu makan kicap lemak masinSedikit garam dan serbuk perasa
Bahan tumbuk
2 ulas bawang putih1 biji bawang besar2 sudu makan ikan bilis
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.5. Masukkan kicap. Gaul rata.6. Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yang tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.7. Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.8. Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.9. Tutup api dan hidangkan.

7. RESEPI NASI GORENG CILI PADI
Nasi goreng kegemaranku.. lagi pedas lagi menyengat!
Bahan-bahan diperlukan:3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)Bahan Kisar (kalau tumbuk lagi bagus)10 biji cili padi1 Biji Bawang Besar2 Biji Bawang Merah3 Ulas Bawang PutihBelacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)1 Sudu Kecil Serbuk KunyitBahan Sampingan:Minyak MasakGaram secukup rasa2 biji telur ayamCara menyediakan dan memasak:Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.Gunakan api besar, masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh nasi di atas bahan tadi. terus kacau hingga rataMasukkan garam secukup rasa bersama kacang panjang. kacau lagi..Masukkan separuh lagi nasi dan kacau sebati sehingga masak.

8. RESEPI NASI GORENG CILI KERING
Bahan-Bahan
1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak2. Bawang besar | ditumbuk3. Bawang putih 3 ulas | ditumbuk4. Belacan sikit5. Ikan bilis tumbuk6. Cili kering 5, 6 helai rebus | ditumbuk7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak apa.8. Garam secubit
Cara-Cara Memasak
1. Dah tumbuk semua bahan² tadi, panaskan kuali, letak minyak.2. Dah panas minyak, tumis bahan² tumbuk tadi sampai garing dan naik bau.3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.4. Siap dan boleh dimakan.

9. RESEPI NASI GORENG IKAN BILIS DAN PETAI
Resipi Nasi goreng Ikan Bilis dan Petai ini bukan sahaja sangatlah simple untuk disediakan, tetapi tersangatlah sedap. Terasa pulak hendak share resipinya yang saya dapati dari blog Azie Kitchen. Oleh kerana ianya sangat mudah untuk disediakan, saya dah membuatnya beberapa kali, memang lazat. Kalau tak percaya, boleh tengok resipi di bawah dan bolehlah cuba membuatnya.
Selamat mencuba ya...
Bahan-bahanNasi putih1 genggam ikan bilis digoreng garing1 gengam petai - hiris dan goreng3 biji telurGaramBahan tumbuk5 tangkai cili merah1 tangkai cili hijau4 tangkai cili padi6 ulas bawang merah4 ulas bawang putihBelacan
Cara-cara
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat tos dan ketepikan.Goreng pula petai seketika dan angkat. KetepikanMenggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.Masukkan telur. Kacau telur supaya bergaul rata dan masukkan nasi putih. Kacau rataMasukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng. Kacau rata.Masukkan garam secukupnyaSedia untuk diangkat dan dihidangkan panas-panas

10. RESEPI NASI GORENG PATTAYA
Bahan-Bahan
Sepinggan nasi putih sejuk1 sudu besar minyak masak1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih di-blend1 mangkuk kecil isi ayam3 sudu besar sayur campur3 tangkai cili padi diketuk1 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu kecil kicap1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos cili2 biji telur ayamGaram & kiub ayam secukup rasa
Cara Membuat
1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.3. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.4. Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.
Proses Membungkus Nasi dengan Telur
1. Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.2. Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.3. Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.4. Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.5. Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

11. RESEPI NASI GORENG TELUR ASIN

Resepi nasi goreng special ni admin dapat dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dah cuba masak, memang sedap!

Bahan-bahan

2 biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - dipotong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas

Cara menyediakannya

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.
SELAMAT MENCUBA...!!!
With LovePapaglamz 
-sekian-
Tagsresepi nasi goreng ayam, nasi goreng kampung resepi, nasi goreng kampung, resepi nasi goreng sedap, resepi nasi goreng simple, resepi nasi goreng telur, resepi nasi goreng mudah, resepi nasi goreng sardin, resepi nasi goreng sotong, resepi nasi goreng belacan, resepi nasi goreng ikan bilis, resepi nasi goreng biasa, resepi nasi goreng pattaya, resepi nasi impit goreng, resepi nasi goreng telur masin, resepi nasi goreng petai,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.papaglamz.com/2020/08/11-koleksi-resepi-nasi-goreng-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Suka Makan Nasi Mama Boleh Cuba Resipi Bebola Keledek Keju Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

Anak Tak Suka Makan Nasi Mama Boleh Cuba Resipi Bebola Keledek Keju Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 714 hits
Anak kalau tak mahu makan nasi mama pasti rasa susah hati Bimbang perut anak sentiasa kelaparan kerana tidak dibekalkan dengan karbohidrat tinggi Sebenarnya bukan nasi sahaja pembekal karbo mama boleh kreatifkan diri dengan mencuba bebola k...
Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

Nasi Goreng Daging Marvelous Mudah Nak Buat Guna Daging Korban Buat Bekal Dalam Perjalanan Kenyang Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 996 hits
Hari Raya Aidiladha memang sinonim dengan ibadah korban sama ada kambing atau lembu Bila pulang ke kampung pasti ada kiriman daging yang akan di bawa pulang ke rumah Kadang bosan dengan menu yang sama seperti rendang dan daging apa kata bua...
Resepi Potato Fritters Rangup Dan Sedap Kudapan Buat Si Kecil Mama Mudah Je Nak Buat Rasa Memang Awesome

Resepi Potato Fritters Rangup Dan Sedap Kudapan Buat Si Kecil Mama Mudah Je Nak Buat Rasa Memang Awesome

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 451 hits
Petang petang buatkan si kecil anda kudapan yang enak air tangan mama tentu mereka seronok Gunakan bahan bahan mudah yang ada di rumah Caranya pun mudah sahaja anak makan tentu tak cukup satu Resepi Potato Carrot Fritters untuk si kecil and...
Resepi Daging Goreng Diet Lebih Sedap Jika Dimasak Begini

Resepi Daging Goreng Diet Lebih Sedap Jika Dimasak Begini

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 561 hits
RESEPI DAGING GORENG DIET LEBIH SEDAP JIKA DIMASAK BEGINIDaging ada bermacam macam cara memasaknya
Resepi Sambal Daging Cili Api Kacang Panjang Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Resepi Sambal Daging Cili Api Kacang Panjang Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 504 hits
Resepi Sambal daging cili api kacang panjang Sekali cuba pasti nak lagi Sambal daging cili apiWah inilah resepi yang ditunggu tunggu seisi rumah memang menyukai daging yang dimasak cara sebegini apatah lagi bila dimakan bersama nasi putih
Resepi Kuih Kole Kacang Sukatan Cawan Yang Sedap Dan Mudah Dimasak

Resepi Kuih Kole Kacang Sukatan Cawan Yang Sedap Dan Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 832 hits
RESEPI KUIH KOLE KACANG SUKATAN CAWAN YANG SEDAP DAN MUDAH DIMASAK Tiap kali balik kampung dapat la tengok proses memasak Kuih Kole Kacang dari mula sampai siap Sampai saya hafal cara cara memasak kuih ni Tapi tak pernah pun buat sendiri se...
Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

Resepi Chicken Bone Broth Untuk Stok Makanan Anak Mudah Je Nak Buat Boleh Kuatkan Antibodi Si Kecil

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 477 hits
Chicken bone broth mudah disediakan dan enak dijadikan bahan rencah sajian bayi Paling win bila ia membantu menguatkan antibodi anak Ibu ibu tentu selektif bab makanan bayi Jadi aspek penyediaan sajian tanpa menggunakan bahan perisa tiruan ...
Resepi Nasi Tomato Ala Dato Rizalman Yang Viral Menu Sedap Pagi Raya Untuk Seisi Keluarga Paling Penting Anak Anak Suka

Resepi Nasi Tomato Ala Dato Rizalman Yang Viral Menu Sedap Pagi Raya Untuk Seisi Keluarga Paling Penting Anak Anak Suka

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 578 hits
Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha Kalau ada mama yang masih buntu nak masak apa untuk juadah di hari raya bolehlah cuba resepi nasi tomato Dato Rizalman yang memang popular Kalau tak sempat untuk juadah hari ra...
Bosan Makan Bijirin Sama Resepi Cereal Pancake Mudah Sedap Boleh Jadi Penganti Paling Win Superdaddy Yang Buatkan

Bosan Makan Bijirin Sama Resepi Cereal Pancake Mudah Sedap Boleh Jadi Penganti Paling Win Superdaddy Yang Buatkan

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 332 hits
Anak anak memang seronok kalau ajak makan sarapan seperti bijirin dan juga susu tapi kadang bosan juga makan bijirin yang sama Apa kata tukarkan bijirin dengan mini pancake seperti yang dikongsikan oleh Super Daddy Encik Khairul Abdullah Co...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching