6 Pilihan Ayam Goreng Sedap Rangup Di Kuala Lumpur
Sejujurnya, siapa yang boleh menahan ayam goreng keemasan yang rangup tu kan? Ayam goreng menu sepanjang zaman sesuai untuk semua peringkat umur dan hampir semua orang menyukainya. Ayam yang digoreng hingga sempurna, beraroma, rangup di bahagian luar, berjus dan lembut di bahagian dalam memang sangat best.
Di Malaysia ada banyak restoran yang menyajikan ayam goreng. Dan ada yang terus sedap dimakan begitu saja dan ada juga yang enak dimakan dengan nasi. Malaysia yang pelbagai kaum turut membuatkan menu ayam goreng ada pelbagai jenis
1. Table & Apron
Table & Apron adalah restoran dan kedai roti, tetapi ramai yang pernah berkunjung dan mengatakan yang mereka menyajikan antara ayam goreng yang terbaik di KL. Kulit ayam yang rangup dan beraroma memang boleh bikin penggemarnya suka. Tak hairanlah kenapa kedai ini sentiasa sesak dan seringkali ramai yang membuat tempahan supaya tidak pulang dengan kekecewaan
Address: 23, Jalan SS 20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor Operating Hour: 11:30 a.m.-4 p.m., 6 p.m.-10 p.m. (Closed on Mondays)
2. Chir Chir Fusion Chicken Factory
Chir Chir adalah restoran gabungan untuk makanan gourmet Korea dan juga Barat. Di sini ada juga hidangan ayam goreng Korea yang tidak kurang hebatnya di KL. Tidak ada tempat lain yang menyajikan ayam goreng Korea bersama kentang atau spageti seperti Chir Chir. Unik tapi dapat memenuhi kehendak citarasa pelanggan. Antara menu popular di sini adalah Ayam Madu Mentega dan banyak lagi
Address: Lot 1.108.00, Level 1, Pavilion Elite, Pavilion Kuala Lumpur. 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Operating Hour: 10 a.m.-10 p.m. (Daily)
3. Familia Fried Chicken
Ayam goreng pinggir jalan ala Melayu memang lain daripada yang lain. Sebab itu, Familia Fried Chicken agak istimewa. Mereka mempunyai sesuatu yang istimewa dengan menara ayam yang tinggi.
Empat peringkat makanan goreng yang sukar untuk di tolak. Ada ayam goreng goreng, kentang goreng, dan nachos yang semuanya disiram dengan sos mayo dan keju. Ini boleh dikatakan sebagai salah satu sajian ayam goreng yang agak unik dengan tarikannya yang tersendiri di KL
Address: Stadium Kampung @ Laman Selera Kg Baru 53800, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Operating Hour: 6 p.m.-1 a.m. (Daily)
4. Ne Ne Chicken @ Starling Mall
Walaupun ada banyak pilihan untuk ayam goreng Korea di KL, masih banyak yang akan mengunjungi ayam Ne Ne. Ayam goreng ini sangat berbeza dan antara menu yang paling mendapat sambutan adalah hidangan panas Freaky mereka
Ne Ne turut terdapat di Genting Highland dan bila dapat makan makanan yang pedas di tempat bercuaca sejuk, memang satu kombinasi yang sangat baik dan padu.
Address: Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor. Operating Hour: 10 am.-10 p.m. (Daily)
5. Restoran ZK
Sebuah restoran mamak yang terkenal dengan kari kepala ikan, inilah dia Restoran ZK. Sebuah restoran yang yang tidak kurang hebatnya untuk rasa ayam goreng yang sebenar di KL. Ayam goreng madu merupakan satu kelebihan yang ada di restoran ini. Rasanya tidak terlalu manis, tetapi sebati dengan jus daging ayam yang lembut
Address: 76, Jalan Kampung Attap, 50460, City Center, Kuala Lumpur. Operating Hour: 11 a.m.-4 p.m. (Daily)
Walaubagaimanapun, tatkala terfikir tentang ayam goreng sudah tentulah kfc malaysia tak boleh dilupakan. Ayam goreng KFC sudah lama terkenal bukan saja di Malayasia tetapi di seluruh dunia. Jadi tak hairanlah kenapa ayam goreng KFC sentiasa mendapat perhatian
Gabungan rempah ratus ayam goreng KFC ini juga sangat kena dengan citarasa ramai orang dan untuk menikmati ayam goreng KFC, tanpa perlu ke premis mereka juga boleh. Salah satu daripadanya dengan menggunakan servis penghantaran makanan melalui Foodpanda.
Di mana saja dan pada apa jua ketika, team delivery Foodpanda sentiasa siap sedia untuk pengemar makanan seperti kita. Nak makan ayam goreng KFC dengan mudah boleh terus tiba di rumah tanpa perlu bersusah payah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2020/08/6-pilihan-ayam-goreng-sedap-rangup-di.html