Teringin Ayam Goreng Ayam Texas Melancarkan Ayam Popcorn Buttery Baru Hanya Untuk Masa Terhad
Kita semua sedar bahawa Texas Chicken menawarkan salah satu hidangan ayam goreng terbaik. Hampir semua orang yang pernah merasakan menu mereka tahu bahawa ayam goreng yang mereka hidangkan memang ohsem. Malah, restoran makanan segera yang popular ini hadir dengan pelbagai menu yang berlainan dari masa ke semasa.
Ini Masa Untuk Crunch! Manakan tidak, kepingan ayam daging putih yang digabungkan dengan hirisan keju Cheddar, salad segar, tomato, bawang dan mayo yang dibungkus secara bersama, benar-benar membuatkan diri rasa teringin.
Penghantaran Ayam Texas Memudahkan Urusan Pelanggan
Ayam Texas ini boleh dianggap sebagai salah satu western food near me yang sangat berbaloi untuk dicuba. Ia bukan saja datang dalam pelbagai variasi malah mempunyai servis penghantaran sehingga ke depan pintu rumah oleh team Foodpanda.
Apabila memikirkan Texas Chicken, gambar ayam goreng yang besar, berair dan rangup akan muncul di fikiran. Ini kerana, ramai mengganggap yang Texas Chicken ini tidak pernah gagal dalam menyediakan ayam goreng yang sempurna.
Ayam Texas Asli dan Pedas Texas Chicken memang umph dan kualiti mereka juga sentiasa dijaga.Ayam dipukul dengan tangan dan disiapkan dalam jumlah kecil sepanjang hari untuk membolehkan kita memakannya dalam tekstur rangup dan berjus.
Ayam pedas mereka turut diperap sepanjang malam agar rempah-rempah tersebut dapat bersatu dengan baik untuk memberikan rasa yang lebih puas dalam setiap gigitan.
Ayam Goreng Popcorn Kini Datang Menemui Para Pelanggan
Yang lebih menariknya lagi, kini Ayam Texas sedang hangat memperkenalkan sensasi baru untuk para pelanggan yang diberi nama sebagai Buttery Popcorn Chicken! Memang kita pernah mendengar tentang ayam popcorn, tetapi kombinasi yang tersendiri ini ternyata lebih menyelerakan lagi.
Cuba bayangkan bagaimana rasanya apabila ayam Texas Chicken yang lembut dan berjus dilapisi dengan popcorn rangup! Makin menarik ia dipasangkan pula dengan Biskut Coklat manis dengan rasanya yang tersendiri. Pelik tapi boleh bikin hati rasa meronta untuk cuba merasanya.
Terdapat Hanya Untuk Masa Yang Sangat Terhad
Malangnya, semua perkara baik mesti berakhir. Menu yang menyeronokkan ini juga hanya akan bertahan untuk masa yang terhad atau selagi stok masih ada sahaja. Oleh itu, jika anda benar-benar rasa ingin mencubanya, segeralah berkunjung ke Texas Chicken dengan segera sebelum tawaran ini berakhir. Selain itu, menu ini tidak tersedia semasa waktu sarapan (13:00 - 11:00) di KLIA2.
Selain daripada menu Buttery Popcorn Chicken ini, anda masih tetap boleh menikmati hidangan lain yang ada di Texas Chicken seperti nugget ayam, burger dan juga wrap.
Jika anda sedang mencari bahagian ayam goreng yang senang dimakan tanpa tulang, bolehlah memesan nugget dan tender sama ada dalam bentuk pedas atau asli. Jika suka ayam bersama bun boleh nikmati burgernya yang agak best itu.
Salah satu daripadanya adalah Burger Mexicana hasil gabungan daging ayam, irisan cheddar, salad segar, tomato, bawang cincang, dan mayo. The Spicy Tex Supreme juga ada hasil gabungan daging ayam berjus dengan roti biji bijan. Tidak hanya itu, wrap juga boleh anda nikmati dengan roti tortilla yang lembut.
Sebagaimana yang telah diberitahu tadi, jika ingin memesan ayam goreng ke tempat anda tidak perlu nak pening kepala kerana saat ini sudah ada perkhidmatan penghantaran ayam goreng Texas Chicken melalui servis Foodpanda. Anda boleh membuat pesanan dengan memilih dari hidangan utama dan tambahlah dengan makanan sisi kegemaran untuk pengalaman menikmati ayam goreng yang terbaik.
Dengan adanya servis Foodpanda seperti ini, tak perlu nak buang masa, buang tenaga dan merisikokan diri sendiri. Nak merasa menu terbaru Buttery Popcorn Chicken ini juga boleh. Sesekali manjakan diri dengan servis mudah sebegini, apa salahnya kan?
Tepuk dada tanya selera dan jika sedang mencari lokasi western food near me bolehlah cuba-cuba merasa makanan yang ada di Texas Chicken ini. Selamat menjamu selera dan jangan lepaskan peluang untuk merasanya sementara stok masih ada. Jom makan Texas Chicken!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lyssasecret.com/2020/08/teringin-ayam-goreng-ayam-texas.html