Mcdonald S Malaysia Rasmi Restoran Pandu Lalu Tampin Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan
McDonald’s Malaysia sasar menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dengan menyediakan peluang pekerjaan, membantu kanak-kanak istimewa dengan perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad dan meyalurkan bantuan kebajikan melaui pembayaran zakat korporat.
McDonald’s Malaysia telah meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran di Tampin, Negeri Sembilan. Selaras dengan insiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke negeri membangun, McDonald’s menyasarkan untuk menyumbang kepada inisiatif Kerajaan negeri ini dengan pembangunan sosio ekonomi negeri dan menawarkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat khususnya di Tampin melalui pembukaan Restoran McDonald’s di Tampin ini.
Restoran ini merupakan restoran ke-15 dibuka di Negeri Sembilan, dengan lokasi yang strategik berdekatan dengan sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan membolehkan aksesibiliti yang mudah bagi pelanggan dari pelbagai kawasan. McDonald’s Malaysia menjangkakan restoran ini bakal menyediakan hidangan saat-saat keriangan kepada pelanggan dari kawasan sekitar. Sejak dibuka pada penghujung tahun 2020, restoran ini telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan, satu angka yang amat membanggakan bagi sebuah restoran yg masih muda.
Majlis Perasmian Restoran Pandu-Lalu McDonald’s Tampin dan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad
Majlis pembukaan rasmi ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin dan telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s. Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu-Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.
"Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia. Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini. Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” kata YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Untuk maklumat semua, Restoran McDonald’s Cawangan Tampin telah mula beroperasi pada penhujung tahun 2020. Bangunan asal restoran ini merupakan Rumah Rehat Tampin yang kemudiannya telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi dijadikan restoran McDonald’s.
Pembukaan restoran McDonald’s di Tampin ini merupakan salah satu dari perancangan di dalam pelan pembangunan yang terkandung di dalam Visi McDonald’s Malaysia 2026 bagi merancakkan pembangunan ekonomi dan juga penawaran pekerjaan untuk komuniti setempat. McDonald’s Malaysia telah merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan baharu di Rembau, Senawang dan Rasah.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR)
Sejak 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama McDonald’s Malaysia telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara. Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald ini adalah kemudahan yang disediakan untuk kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.
Selain dari rekabentuk yang unik, Restoran McDonald’s Tampin ini juga digandingkan dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald – Yayasan Jaafar Ahmad. Bilik terapi sensori ini disediakan khas untuk kanak-kanak istimewa khususnya dari keluarga golongan B40.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif
dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Restoran Pandu-Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad
Majlis Penyampaian Bayaran Zakat Korporat McDonald’s Peringkat Negeri Sembilan
Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan. MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia
menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
McDonald’s Malaysia sebagai sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat.
Untuk keterangan lanjut bolehlah layari
WEBSITE
https://www.mcdonalds.com.my/
FACEBOOK
https://www.facebook.com/My.McDonalds/
#McDonaldsTampin #McDonaldsMalaysia #McDonaldsNegeriSembilan
#Bilikterapisensori #BilikTerapiSensoriRonaldMcDonald #YayasanJaafarAhmad
#RestoranPanduLaluTampin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2022/03/mcdonalds-malaysia-rasmi-restoran-pandu.html