Rekabentuk Unik Berinspirasi Bumbung Panjang Tarikan Baru Di Mcdonald S Tampin


Rekabentuk Unik Berinspirasi Bumbung Panjang Tarikan Baru di McDonald's Tampin | Sebut sahaja McDonald’s, mesti terbayang burger Big Mac kegemaran, tak lengkap tanpa fries dan Oreo McFlurry, fuh, terus terliur. 
Memang comfort food rakyat Malaysia lah, dari pagi sampai ke tengah malam boleh dinikmati; tak kiralah bila tak larat nak masak, ada tetamu mengejut, atau nak suprisekan birthday anak, memang McDonald’s pilihan selamat dan dapat buat semua orang happy! 
Pelajar pun suka lepak sambil order segelas hot latte sampai ke tengah malam sebab wifi percuma, kan? Siapa je tak pernah buat macam tu masa bergelar student, kehkehkeh. 
Teruja betul bila dapat tahu cawangan ke-15 McDonald’s di Negeri Sembilan telah dibuka di Tampin. Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin ini terletak di sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan tau, memang strategik untuk meluaskan aksesibiliti pelanggan dari pelbagai kawasan. Selepas ini, McDonald’s Malaysia juga merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan di Rembau, Senawang dan Rasah. Excitednya

Yang lebih menarik perhatian adalah, pembukaan McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke arah negeri membangun.  
Dengan pembukaan cawangan ini, McDonald’s Malaysia berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dan menawarkan pekerjaan kepada komuniti setempat khususnya di Tampin. 
“Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia.  Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini.  Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” kata YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, pembukaan McDonald’s Tampin telah selamat disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu  YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun pada 8 Mac 2022. 
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.
Tahu tak yang bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin yang telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s.  Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan. 
Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad.
Sejak 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara. 
Justeru itu, McDonald’s Tampin ini bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang unik, malah tarikan utama di Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin adalah ianya dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR)  – Yayasan Jaafar Ahmad.  
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) ini disediakan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. Harapnya, kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh masyarakat. 
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. 
Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.  MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Walaupun McDonald’s Malaysia adalah sebagai sebuah organisasi yang besar dan gah, namun ternyata ia sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat. 


Follow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.noormaizan.com/2022/03/rekabentuk-unik-berinspirasi-bumbung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcdonald S Malaysia Rasmi Restoran Pandu Lalu Tampin Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan

Mcdonald S Malaysia Rasmi Restoran Pandu Lalu Tampin Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 309 hits
McDonald s Malaysia sasar menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dengan menyediakan peluang pekerjaan membantu kanak kanak istimewa dengan perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Yayasan Jaafar Ahmad dan meyalurk...
Rating Military Prosecutor Doberman Terus Cipta Rekod Baru

Rating Military Prosecutor Doberman Terus Cipta Rekod Baru

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 170 hits
Drama memang best pun tapi naskhah thriller pastinya membuatkan ramai yang berdebar debar menantikan episod seterusnya Sama seperti Military Prosecutor Doberman yang sudah memasuki 4 episod kini Lakonan mantap Jo Bo ah dan Ahn Bo hyun merup...
Lirik Aku Baru Bondan Prakoso

Lirik Aku Baru Bondan Prakoso

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 305 hits
aku yang dulusang juara yang jumawakan kurayakan kemenangandi atas kekalahanaku yang dulusang penentu kebenarantanpa ruang warna berbedahanya hitam dan putihnamun hidup bukanlah sekadarkemenangan mengalahkan menyalahkankubuka hati kubuka pi...
Hiburan Kerajaan Perlu Perkenal Undang Undang Baru Halang Individu Lompat Kerja Dengan Kerap Fmba

Hiburan Kerajaan Perlu Perkenal Undang Undang Baru Halang Individu Lompat Kerja Dengan Kerap Fmba

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 195 hits
Pengerusi The Federation of Malaysia Business Association Abdul Malik Abdullah menerusi laporan menggesa kerajaan untuk memperkenal satu sistem atau undang undang bagi menghalang para pekerja dari melompat dari satu pekerjaan ke satu pekerj...
Corak Segi Tiga Baru Bitcoin

Corak Segi Tiga Baru Bitcoin

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 213 hits
Bitcoin berubah sedikit dalam beberapa jam terakhir Ia didagangkan pada 39 204 semasa penulisan Tindakan harga gagal mengesahkan pertumbuhan selanjutnya oleh itu kecenderungan harga kekal menurun Dalam jangka pendek BTC USD membangunkan cor...
Saudara Baru Ayline Dari Kristian Katolik Kepada Islam Kini Tak Sabar Nantikan Ramadan Pertama

Saudara Baru Ayline Dari Kristian Katolik Kepada Islam Kini Tak Sabar Nantikan Ramadan Pertama

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 193 hits
Kini seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid 19 Malah sejak itu ramai dilihat terkesan dan menerima akibat daripada penularan pandemik tersebut dalam menempuhi kehidupan seharian COVID 19 bukan hanya memberi implikasi kesihatan ...
Lagu Baru Tulus Hati Hati Di Jalan Pecahkan Rekor Indonesia Di Spotify Global

Lagu Baru Tulus Hati Hati Di Jalan Pecahkan Rekor Indonesia Di Spotify Global

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 325 hits
Hati hati di Jalan menjadi lagu Indonesia pertama dalam sejarah yang masuk Top 50 Global Spotify Chart
Hiburan Baru Seminggu Lampu Check Engine Naik Tuntut Keadilan Wanita Beli Kereta Baru Rupanya Bekas Eksiden

Hiburan Baru Seminggu Lampu Check Engine Naik Tuntut Keadilan Wanita Beli Kereta Baru Rupanya Bekas Eksiden

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 170 hits
Mana mana individu pasti akan berasa berang ataupun kecewa jika kereta idaman yang dibeli menggunakan duit titik peluh sendiri musnah akibat dari kesalahan orang lain Seperti yang terjadi pada seorang wanita di TikTok ini beliau meluahkan r...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik