Enaknya Sajian Iftar Citarasa Nismilan Di Klana Beach Resort Port Dickson Negeri Sembilan Buffet Ramadhan 2022
𝗠𝗼𝗵 𝗽𝗼𝗶𝗲 𝗯𝘂𝗳𝗳𝗲𝘁 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 "𝗖𝗜𝗧𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗡𝗜𝗦𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡" 👍🤤🔥Klana Beach Resort Port Dickson
Puas betul pekena kibas golek, rendang itik, udang masak lemak cili api, rendang maman, dan kids corner turut disediakan khas untuk kanak-kanak.
Mana-mana preview buffet ramadan yang juju pernah pergi, inilah salah satu destinasi buffet yang menyediakan sajian kibas golek.
Rasanya lagi power dan juicy isi dagingnya. Wallaaa! Lain dari yang lain, sangat istimewa.😋Promo beli awal, harga murah dan berbaloi.
Dari KL ke sini cuma mengambil masa 1 jam lebih sahaja.
Bagi anda yang tinggal di Negeri Sembilan, Seremban, Melaka dan dimana sahaja anda berada marilah berkunjung ke Klana Beach Resort di Port Dickson sambil iftar dan berjalan-jalan.
Sambil bawa keluarga berjalan-jalan ke Teluk Kemang, apa kata book terus awal-awal penginapan di resort ini sekali pakej berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson, menariknya resort ini berhadapan dengan laut.
Memang tenang dan mempersona permandangan waktu senja. Suami dan penulis blog. Suami sendiri suka tempat ni, bersih dan kemas. Kawasan resort ini sungguh privacy ya.
Sejuk dan nyaman angin sepoi-sepoi pantai PD, pasti orang tua kita semua suka tatkala berbuka puasa.
Kemudahan / solat terawih / solat berjemaah Makluman terbaru, solat terawih juga sepanjang bulan ramadan 2022 turut diadakan disini ya. Ada imam khas yang akan lead nanti. Barakallah.
Ruang yang luas di sini, bebas anak-anak berlari hehe. Juju suka sebab kat sini bersih, stafnya peramah dan tak lekang dengan senyuman.
Kawasan parkir kereta cukup luas, ada ramai sekuriti juju perhatikan mereka mengawal di sekeliling resort ini.
Jadi kita dan keluarga rasa selamat kerana kenderaan pun diparkir berhampiran tempat beriftar.
Khemah transparent dengan lampu bergemerlapan. Ia dipasang sepanjang iftar berlangsung.
Memang cantik, cukup romantik. In love!
Signature dish :1. Kibas golek2. Rendang maman3. Sambal jawa4. Rendang itik5. Masak lemak pucuk paku6. Pucuk ubi tempoyak7. Daging masak hitam8. Ayam masak merah9. Udang masak lemak cili api10. Pelbagai aneka pencuci mulut11. Kids corner turut disediakan.12. Deretan air
Pelbagai menu lain
Ini baru sebahagian juju tulis tau, ada bermacam lagi citarasa nismilan disediakan ya.
Nak rasa apam balik, kuewtiaw goreng panas², dan murtabak pun ada.
Ya, rasa macam mini bazar ramadan tau. Dengan harga sekepala yang cukup murah, memang Klana Beach Resort la juju pilih.
Hasil pemerhatian, ia sangat menepati kehendak temanya CITARASA NISMILAN. 😍
Gambar menu menyeluruh beserta video lain klik👉 SINI
Penginapan di Klana Beach Resort pun tidak kurang hebatnya. Selesa dan bersih.
Sambil nak tunggu waktu berbuka puasa, boleh berehat di bilik dulu bersama keluarga mahupun rakan taulan.
Boleh berjalan-jalan menikmati panorama diwaktu pagi sehingga lewat petang kerana resort ni berhadapan dengan laut Port Dickson.
Memang indah dan sangat cantik.Pakej ramadhan 2022 turut jua disediakan bersama penginapan. Boleh lihat pamplet diatas juju snap khas buat anda.
Moh poie tempah sekarang, jangan lama-lama.
Psssttt! Teringat-ingat si rendang maman tu tau sedap sungguh, cepat betul licin. Pedas fuhhh baru citarasa nismilan!
Mula buffet :𝟱 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟮
Tempahan Awal : 𝗥𝗠𝟱𝟱 ✅Kanak² / Warga Emas : 𝗥𝗠𝟯𝟬 (𝟱-𝟭𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻)✅Dewasa (Normal Price) : RM68 nettKanak-Kanak 4 tahun kebawah: Tidak dikenakan bayaran
Tel: 06-6487888
📱 Tempahan di Whatsapp: https://wa.me/60166619030https://wa.me/60166619050
FB: klanabeachresortpdIG: klanabeachresortpdEmail:
[email protected]: www.klanabeachresortpd.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2022/03/enaknya-sajian-iftar-citarasa-nismilan.html