Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald Bantu Kanak Kanak Oku Malaysia


 Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Bantu Kanak-Kanak OKU Malaysia | Bila sebut tentang kanak-kanak OKU hati mula rasa sebak. Sedih itu ada tapi inilah yang dikatakan sebagai ujian. Setidaknya mereka sangat mulia di sisi Allah SWT dan sangat dekat di hati mata masyarakat yang memandang tinggi akan kehadiran kanak-kanak OKU ini.
Antara pihak yang sangat mengambil berat tentang kanak-kanak OKU adalah pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia. 
Buktinya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia telah menyumbangkan bilik terapi sensori khusus untuk kanak-kanak OKU, bukan hanya satu tapi untuk seluruh Malaysia di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. 
Terbaru, pihak Persatuan Kebajikan Ronald McDonald menyumbangkan bilik terapi sensori ini kepada golongan asnaf Perlis dibantu dengan sumbangan zakat korporat Mcdonald's Malaysia bernilai RM100,000.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perlis sumbangan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald atau Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) dibuka secara rasminya pada 28 Februari 2022 yang lalu.  


Bilik Sensori Lengkap Untuk Pembelajaran Yang Terbaik Majlis perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ke 34 di Malaysia ini telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM3.7 juta yang telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak. 
RMSR ini merupakan salah satu dari program RMHC Malaysia yang menyediakan bilik terapi deria dengan peralatan multi-sensori serba lengkap untuk merangsang deria-deria asas seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan dan menghidu bagi meningkatkan perkembangan kognitif dan keyakinan kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran.  

RMSR di A-Heart adalah merupakan sumbangan serta sokongan RMHC Malaysia kepada program pembangunan dan pembelajaran anak-anak berkeperluan khas di Negeri Perlis yang dijalankan oleh A-Heart di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra Universiti Malaysia Perlis.  
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan meningkatkan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran

Dengan pembukaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di UniMAP Perlis, maka lengkaplah rangkaian penubuhan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di setiap negeri di Malaysia

Penyerahan Zakat Kepada Asnaf Perlis Oleh Wakil McDonald’s MalaysiaMajlis hari ini juga menyaksikan acara penyerahan bayaran zakat korporat oleh McDonald’s Malaysia kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM100,000 yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmir bin Jaafar kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Hj Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs

YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada En. Azizul Fitri Ismail, Ketua Unit Strategik dan Pemantauan Inisiatif MAIPs

Selain dari sumbangan zakat korporat, setiap tahun, dianggarkan lebih 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC melibatkan restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara. 
Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah sumbangan pek makanan kepada petugas-petugas frontliner, warga emas di pusat-pusat jagaan orang tua di seluruh negara bersempena tahun baru cina dan tajaan moreh di masjid-masjid berdekatan dengan restoran McDonald’s di bulan Ramadhan nanti. 
“Pelancaran RMSR pada hari ini melengkapkan rangkaian RMSR di seluruh negara dengan  terwujudnya RMSR di setiap negeri di Malaysia, menjadikan RMHC organisasi yang memiliki rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia.  Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak A-Heart dan UniMAP bagi menyediakan kemudahan yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di Perlis ini,”  kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC. 
“Tajaan bilik terapi sensori ini juga dilengkapi dengan latihan untuk pelatih-pelatih kanak-kanak OKU ini agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang bersesuaian untuk kanak-kanak ini.”
“Sumbangan zakat korporat McDonald’s Malaysia ini merupakan tanggungjawab kami sebagai sebuah syarikat 100% entiti milik orang Islam dan tanda penghargaan kami kepada masyarakat atas sokongan kepada perniagaan kami walaupun ketika perintah kawalan pergerakan.”
Kanak-Kanak OKU Sangat Istimewa, Terima Kasih McDonalds Malaysia Sebagai salah seorang warga utara, rasa bangga dan sangat berterima kasih dalam masa yang sama. Bangga itu kerana McDonald’s merupakan antara restoran terbaik yang selalu dikunjungi tak kira masa

Didoakan semoga McDonald terus berkmbang maju dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai golongan dalam negara Malaysia yang kita cintai ini

Teruskan usahamu McDonald’s Malaysia kerana apa yang dilakukan ini merupakan salah satu inisiatif terbaik yang tidak ada tandingannya. Terima kasih sekali lagi atas segalanya. 
Didoakan juga kanak-kanak OKU dapat menggunakan kemudahan yang diberi dengan baik dan seronok belajar dengan apa yang telah disediakan oleh McDonalds Malaysia. 











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2022/03/persatuan-kebajikan-ronald-mcdonald-bantu-kanak-kanak-oku-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rmhc Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Untuk Kanak Kanak Istimewa

Rmhc Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Untuk Kanak Kanak Istimewa

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 703 hits
RMHC Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Untuk Kanak Kanak Istimewa Kanak kanak OKU merupakan golongan yang sangat istimewa Busyra sendiri pandang tinggi pada mereka Bukan kerana Busyra merasa kasihan tetapi busyra kagum dengan semangat j...
Mcdonald S Malaysia Rasmi Restoran Pandu Lalu Tampin Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan

Mcdonald S Malaysia Rasmi Restoran Pandu Lalu Tampin Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 288 hits
McDonald s Malaysia sasar menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dengan menyediakan peluang pekerjaan membantu kanak kanak istimewa dengan perasmian Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald Yayasan Jaafar Ahmad dan meyalurk...
Aplikasi Tip Topp Hab Pemasaran Digital Bantu Usahawan Secara Percuma Utusan Malaysia 18 03 2022

Aplikasi Tip Topp Hab Pemasaran Digital Bantu Usahawan Secara Percuma Utusan Malaysia 18 03 2022

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 181 hits
SHAH ALAM Individu dan syarikat dipelawa memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui pemasaran digital Tip Topp Menurut Presiden Persatuan Generasi Bersekutu Syed Ariffin Abu Thahir aplikasi Tip Topp tersebut dilancarkan secara rasmi ...
Gobind Questions Ag S Silence Over Legal Matters In Malaysia

Gobind Questions Ag S Silence Over Legal Matters In Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 158 hits
PARLIAMENT Gobind Singh Deo has questioned the silence of Attorney General Idrus Harun over several major legal issues involving the country He also questioned what was the status of the attorney general s position as Idrus tenure was suppo...
Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

Unboxing Telefon Pintar Samsung Galaxy S22 Plus Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 282 hits
Permulaan tahun 2022 peminat gajet diperkenalkan dengan Samsung Galaxy S21 Fans Edition Terkini untuk pengalaman yang lebih padu rangkaian jenama telefon antarabangsa dari Korea ini kembali lagi dengan senarai terbaik mereka Galaxy S22 Seri...
Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri

Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 422 hits
Terima Kasih Rakyat Malaysia Made In Gaza Trak Bomba Pertama Buatan Rakyat Palestin Sendiri Dengan kerjasama NGO Cinta Gaza Malaysia bersama sama MyAqsa Defenders Pertahanan Awam Palestin kini akhirnya berjaya memiliki trak bomba pertama bu...
Siapa Yang Sebenarnya Perdana Menteri Malaysia

Siapa Yang Sebenarnya Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 243 hits
Tun Mahathir tahan selama 22 tahun kerana rakyat tidak ragu ragu tentang siapa sebenarnya perdana menteri Tun Abdullah jatuh selepas hanya 66 bulan sebab rakyat kabur tentang siapa sebenarnya perdana menteri Najib Mahathir dan Muhyiddin sem...
Wmoto Scooter Es250i Akan Dilancarkan Di Malaysia

Wmoto Scooter Es250i Akan Dilancarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 305 hits
Peminat moto maxi scooter pasti teruja dengan penampilan scooter baharu WMoto Malaysia dengan pelancaran ES250i tidak lama lagi Ini menjanjikan persaingan diantara Yamaha x max 250 forza 250 dan Modenas Elegen 250 Model maxi scooter WMoto E...
Keluarga Malaysia Pak Long Mail

Keluarga Malaysia Pak Long Mail

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 232 hits
Ini baru betul Keluarga Malaysia More www zunar my keluargaMalysia
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue