Mcdonald S Malaysia Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak Mcd Sempena Merdeka


hai assalamualaikum

McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena Merdeka - Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke 62 dan sempena Bulan Merdeka ini, restoran makanan segera yang digemari rakyat Malaysia iaitu McDonald's meraikan  37 tahunnya sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya," Mekdi " sebutan rakyat Malaysia bagi " McD " di samping memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Nasi Lemak McD.


McDonald's Guna Nama Mekdi Dan Perkenalkan Nasi Lemak McD Sempena MerdekaNampak tak perkataan " Mekdi " di belakang nad. Hah!, jangan terkejut, McDonald's tak tukar nama, tapi mereka hanya mengunakan nama samaran itu sempena Hari Merdeka. Macam mana terjadinya perkataan " Mekdi " tu ? Datang dari sebutan orang Malaysia juga la..Selalu kita sebut McDonald's dengan nama pendek sahaja iaitu " McD "..Jadi, McDonald's Malaysia menukar perkataan tu kepada perkataan Malaysia, maka terjadilah " Mekdi "..


Papan Tanda perkataan " Mekdi " ni hanya terpampang di restoran McDonald's Bukit Bintang. Nak tau sebab apa? Sebab McDonalds Bukit Bintang, merupakan McDonald's pertama yang di buka di Malaysia pada tahun 1982. Jadi kalau korang yang lalu lalang dekat sana, bolehla bergambar depan perkataan " Mekdi " tu sebagai kenangan..hehee..

Tak sangka, McDonald's Malaysia dah berusia 37 tahun, dari satu outlet di Bukit Bintang, sekarang dah banyak outlet di seluruh Malaysia. Makanan segera yang menjadi kesukaan orang ramai apabila waktu malas memasak, dan nak cepat..hehee..


"Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald's Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami," kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai



Nasi Lemak McD Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia

Siapa sini suka makan Nasi Lemak? Nad pasti semua orang suka makan Nasi Lemak. Kalau ada orang tanya soalan " apakah makanan kegemaran rakyat Malaysia? "..pasti ramai yang jawab, " Nasi Lemak "..Nasi lemak ni memang dah jadi makanan yang disukai, tidak kira makan waktu pagi, siang atau malam. Nad sendiri, suka makan nasi lemak, dengan sambal yang pedas dan sedap, dengan ada timun, ikan bilis, telur..tengah taip ni pun boleh terliur..hehee.


Disebabkan Nasi Lemak ni, makanan yang  rakyat Malaysia memang makan dan cari, tidak kira di mana pun,  McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Nasi Lemak McD, versi hidangan sendiri yang dicintai oleh ramai rakyat Malaysia. Lebih lagi, Nasi Lemak McD ni akan sentiasa ada.


Nasi Lemak McD datang lengkap dengan beras kelapa wangi, ikan bilis yang rangup , timun segar, dan telur goreng, dihiasi dengan sambal pedas. Korang juga boleh tambah sekali dengan  Ayam Goreng McD dan secawan Ais Limau.


Nad dah rasa sendiri Nasi Lemak McD ni, memang sedap sangat. Bagi nad, Nasi Lemak sedap kerana sambal dia, jadi sambal Nasi Lemak McD memang kena sangat. Semua orang cakap sambal Nasi Lemak McD ni sedap. Rasa pedas tapi tak terlalu pedas. Lagi meriah kalau makan Nasi Lemak McD ni bersama keluarga dan kawan-kawan.



Menyertai Petisyen Di Change.org Untuk Menjadikan Nasi Lemak Sebagai Hidangan Kebangsaan Malaysia

Jadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia.

Nasi Lemak adalah makanan yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia, jadi, McDonald’s Malaysia memerlukan 1 Juta tandatangan daripada anda semua untuk menjadikan inisiatif ini suatu kenyataan sebelum Hari Malaysia (16 September 2019).



McDonald's Malaysia telah memulakan petisyen di seluruh negara di Change.org untuk mengadakan perhimpunan untuk Nasi Lemak untuk diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan Kebangsaan Malaysia.
Jom korang,  beramai-ramai menandatangani petisyen ini demi menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan rasmi Malaysia!


Pakat ajak keluarga, kawan-kawan, sedara mara, pakwa makwa, semua la untuk menjadi sebahagian daripada gerakan ni. Korang boleh klik bit.ly/nasilemakmalaysia


McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal.



- Pilihan menu bercitarasa tempatan: Selain menu utamanya, McDonald's Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra Spicy Ayam Goreng McD. Malah, Malaysia adalah salah satu pasaran pertama di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya. Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

- Penggunaan bahan-bahan tempatan: 80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

- Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia ( hanya untuk restoran yang dimiliki secara terus oleh Gerbang Alaf Sdn Bhd ): McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia, dan syarikat itu komited untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

- Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia: McDonald's Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.

- Aktiviti akar umbi setempat: Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

- Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia: Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Melati menambah, "Walaupun McDonald’s adalah salah satu daripada jenama global terkemuka, McDonald's Malaysia berbangga menjadi sebuah syarikat yang berjiwa Malaysia. Perniagaan kami memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dan memahami keperluan mereka, sama ada melalui menu kami, kerja-kerja amal atau memupuk bakat kami."

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/09/mcdonalds-malaysia-guna-nama-mekdi-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Lemak Mcd Jadi Menu Tetap Di Mcdonald S Malaysia Eh Mcd Ke Mekdi

Nasi Lemak Mcd Jadi Menu Tetap Di Mcdonald S Malaysia Eh Mcd Ke Mekdi

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 845 hits
Assalamualaikum hye korang Dah makan belum Nasi Lemak McD Haa dengar cerita Nasi Lemak dah muncul kembali tapi kali ni sambal dia pergh lagi sedap But one thing nak share dengan korang sebab tengah kecoh sekarang tentang shortform MEKDI Kal...
Mekdi Mcdonald S Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka Sempena Hari Merdeka Dan Hari Malaysia

Mekdi Mcdonald S Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka Sempena Hari Merdeka Dan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1026 hits
Mekdi McDonald s Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka Mekdi McDonald s Malaysia Terima Mekdi Sebagai Sebahagian Dari Identiti Mereka sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Satu M...
Sempena Sambutan Merdeka Mcd Bukit Bintang Sekarang Di Kenali Sebagai Mekdi

Sempena Sambutan Merdeka Mcd Bukit Bintang Sekarang Di Kenali Sebagai Mekdi

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 690 hits
Hello ye Nak jumpa dekat mana Mekdi Ha okay okay Conversation yang biasa antara kita dengan kawan kawan Kalau time aku study dulu ni conversation dengan pakwe hahaha Kemain ye dating dekat McDonald s Konon konon buat study group or assignme...
Nasi Lemak Mcd Dan Extra Spicy Ayam Goreng Mcd Wow

Nasi Lemak Mcd Dan Extra Spicy Ayam Goreng Mcd Wow

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 606 hits
Nasi lemak McD Hari Malaysia Malaysia jom untuk turut serta dalam petisyen menjadikan Nasi Lemak sebagai makanan diiktiraf sebagai simbol makanan Malaysia sila layari http chng it LDfjGDJsQs McDonald s Malaysia Berjiwa Malaysia Sejak pembuk...
Mcdonald S Bukit Bintang Tukar Nama Jadi Mekdi

Mcdonald S Bukit Bintang Tukar Nama Jadi Mekdi

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 588 hits
Restoran makanan segera popular McDonald s meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke 62 dengan menukar nama restoran mereka JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook http...
Nasi Lemak Mcd Atau Kfc Zinger Double Down Mana Yang Sedap

Nasi Lemak Mcd Atau Kfc Zinger Double Down Mana Yang Sedap

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 852 hits
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down Mana Yang Sedap l Assalamualaikum Lately ni kemain meriah iklan dekat tv dok promote 2 menu terbaru McD dsan KFC ni Actually tak lah baru mana sebab dah pernah ada dulu kan Sebab terpengaruh cravin...
Merdeka Tok Ayah Buah Tangan Hadi Untuk Rakyat Malaysia

Merdeka Tok Ayah Buah Tangan Hadi Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 518 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil dalam satu video pendek menceritakan tentang maksud kemerdekaan di hadapan sekumpulan kanak kanak Video selama lebih 3 minit itu menampilkan Abdul Hadi duduk sambil m...
62nd Merdeka New Malaysia Is A Fiction

62nd Merdeka New Malaysia Is A Fiction

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 348 hits
It was the best of times it was the worst of times Mahathir is PM There s disunity in the nation People are wary of their future and the economy I m chugging beers while listening to the Blues Gang sing Apo Nak Di Kato live In 1989 as it is...
Sejauh Manakah Pengetahuan Rakyat Malaysia Tentang Merdeka

Sejauh Manakah Pengetahuan Rakyat Malaysia Tentang Merdeka

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 317 hits
Mari kita seluruh warga negara Ramai ramai menyambut hari merdeka Merdeka 31 bulan lapan Lima puluh tujuh hari mulia Negaraku merdeka Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan dan tahun ini kita akan menyambut Hari K...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1