Nasi Lemak Mcd Jadi Menu Tetap Di Mcdonald S Malaysia Eh Mcd Ke Mekdi
Assalamualaikum,hye korang. Dah makan belum Nasi Lemak McD? Haa dengar cerita Nasi Lemak dah muncul kembali tapi kali ni sambal dia pergh lagi sedap. But one thing nak share dengan korang sebab tengah kecoh sekarang tentang shortform ‘MEKDI’??
Kalau korang perasan kan, McDonald’s dah guna nama singkatan (yang sebelum ni dikenali sebagai McD )dan sekarang adalah Mekdi, siap papan tanda besar ‘MEKDI’ lagi di restoran McDonald’s di Bukit Bintang yang merupakan restoran McDonald’s pertama di Malaysia. McDonald’s tukar nama papan tanda kepada Mekdi ni sebenarnya sempena sambutan Hari Merdeka, Hari Malaysia dan ulang tahun Mekdi yang ke 37 tahun.
Di sebabkan oleh rakyat Malaysia yang tak putus-putus menyokong McDonald’s, mereka menghargai singkatan Mekdi sebagai singkatan terbaru dan sememangnya ia sinonim dengan jenama McDonald’s. Dah tak boleh kata ni bahasa budak wechat tau, sebab McDonald’s pun setuju dengan ‘Mekdi” hehe. Awesome sangat.Nampak tak McDonald’s memang berjiwa Malaysia, haa ~ Nasi Lemak McD Jadi Menu Tetap di McDonald Malaysia???
The best thing adalah, Nasi Lemak McD kembali lagi, yeahhh haritu makan macam tak puas je, tapi kali ni McDonald’s perkenalkan Nasi Lemak McD sebagai menu tetap dan lebih sedap, yeahhh boleh makan selalu dan tak perlu risau ianya cepat habis :p Rakyat Malaysia memang sentiasa menyokong McDonald’s sebab menu-menu McDonald’s memang selalu bagi tarikan utama, heheh bab makan no 1 ye. Kali ni, McDonald’s memperkenalkan Nasi Lemak McD sempena menyambut bulan kebangsaan. Yehuuuu ! Nasi Lemak memang tak boleh lari dah dari tekak orang Malaysia, ye dak ? Pandangan qaseh, sememangnya tekak orang Malaysia tak boleh lari dari nasi, qaseh kalau tak makan nasi sehari memang pening, jadi walaupun restoran segera, Nasi Lemak memang menu yang terbaik yang perlu ada.
Nasi Lemak McD ni memang lengkap lah dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar, telur goreng dan paling penting sambal dia, ada pedas-pedas sikit haa memang perghhh lapar pulak hoi, haha. So sekarang, Nasi Lemak McD ni menu tetap yang ada, memang sangat sesuai makan bersama keluarga. Kalau nak bagi lagi sedap dan meriah boleh tambah Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau. Perghh ~ sedap memang menyandor ke dinding lah gini gayanya haha. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau. JOM Sertai Petisyen Nasi Lemak Sebagai Hidangan Kebangsaan Malaysia.
Jika korang suka sangat makan nasi lemak, qaseh nak ajak korang semua sertai petisyen di laman web www.change.org.Petisyen ni untuk mengiktirafkan secara rasmi Nasi Lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia nanti. Peminat nasi lemak wajib join petisyen ni, mudah je haaa cuma layari http://chng.it/LDfjGDJsQs dan sign petisyen. McDonald’s Malaysia – Berjiwa Malaysia
Sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang pada tahun 1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan – daripada menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan inisiatif amal. Pilihan menu bercitarasa tempatan:Memang qaseh sokong, semua menu di McD ni boleh di terima tekak dan kena dengan selera rakyat Malaysia Penggunaan bahan-bahan tempatan:Kalau korang nak tahu, 80 peratus bahan-bahan McD adalah dari Malaysia, dari ayam,sayur,sos, memang semuanya bahan segar dan berkualiti dari Malaysia. Restoran didukung oleh tenaga kerja warga MalaysiaBagusnya McD ni telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan menggaji seramai 14000 rakyat Malaysia di restoran McDonald’s yang dimiliki terus oleh Gerbang Alaf Sdn. Bhd. Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia: McD Malaysia telah bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk mengembangkan jenama itu di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak. Kesemua 21 pemegang francais tempatan adalah warga Malaysia, yang mengendalikan lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia. Aktiviti akar umbi setempat:Selain tu qaseh bangga dengan McD bila banyak kegiatan amal yang McD lakukan. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan. Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia:Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McD Malaysia terus menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017. Alhamdulillah, sememangnya McDonald’s Malaysia syarikat yang berjiwa Malaysia, keuntungan yang mereka dapat pun ia tidak melupakan rakyat Malaysia yang selalu menyokong dan segala kegiatan amal itu sangat membanggakan. Semoga McDonald’s Malaysia terus maju jaya. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari, www.mcdonalds.com.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.qasehdalia.com/2019/08/Nasi-Lemak-Mcd-Jadi-Menu-Tetap-di-McDonalds-Malaysia-eh-Mcd-ke-MEKDI.html