Merdeka Tok Ayah Buah Tangan Hadi Untuk Rakyat Malaysia


MALAYSIAKINI

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencuri tumpuan apabila tampil dalam satu video pendek menceritakan tentang maksud kemerdekaan di hadapan sekumpulan kanak-kanak.

Video selama lebih 3 minit itu menampilkan Abdul Hadi duduk sambil menjawab mesra pertanyaan kanak-kanak berkenaan mengenai erti 'merdeka'.

"Tok Ayah, Tok Ayah, apa itu merdeka?" tanya seorang kanak-kanak perempuan ketika melihat laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman di kaca televisyen.

"Merdeka tu kita berjaya halau Orang Putih yang memerintah kita. Orang Putih datang dengan senapang, dengan senjata, orang kita lawan. Ada yang mati, mati.

"Orang alim kena tangkap. Orang yang kuat agama jadi ketua, lawan. Mula-mula orang orang Melayu Islam lawan. Kemudian Cina dan India pun lawan juga. Sama-sama lawan.
"Akhirnya mereka tak tahan, bergaduh, mereka setuju tinggalkan negara ini," kata Abdul Hadi yang membahasakan dirinya Tok Ayah.

"Tok ayah, Tok Ayah. Masa Tok Ayah kecil dulu Tok Ayah sambut tak merdeka?" Tanya seorang kanak-kanak lelaki yang lain.

“Ye, sambut sebab kita gembira negara kita selamat, orang putih dah balik.

“Masa tu, Tok Ayah sekolah rendah lagi umur 10 tahun,” jawab Abdul Hadi.

Menjawab satu lagi soalan, Abdul Hadi memberitahu bahawa rakyat Malaysia harus menghormati bendera Malaysia.

“Orang zaman dulu sanggup mati pertahankan bendera ini. Bendera ini satu benda mulia pada kita orang Islam pun begitu.

“Nabi kita pun berjuang ada bendera. Bendera ini tanda,” kata anggota parlimen Marang itu.
Seorang kanak-kanak lain kemudian mencelah dengan mengatakan mereka ada diberikan kerja sekolah sempena hari merdeka.

"Nak buat apa eh," tanya kanak-kanak berkenaan.

"Tok ayah ada idea," kata Hadi sambil menunjuk ke arah kanvas, berus dan warna lukisan.
Kanak-kanak berkenaan kemudian dilihat mewarnakan tangan mereka sebelum melekapnya di atas kanvas sambil dibantu Abdul Hadi

Presiden PAS itu kemudian menulis perkataan merdeka dalam bahasa Jawi di tengah-tengah hasil seni itu
Dalam video tersebut Abdul Hadi mengingatkan pesanan Nabi Muhammad bahawa anak-anak adalah seperti kain putih dan ibu-bapa harus mencorakkan mereka termasuk dalam memahami erti kemerdekaan.

“Sekarang ni sampai setengah abad kita merdeka dah. Daripada Malaysia Timur, Malaysia Barat.

“Kita gabung semua sekali berbelas buah negeri dan berbagai kaum, berbagai agama. Islam sebagai agama persekutuan dan kita boleh hidup dalam keadaan harmoni dan aman. Keadaan ini perlu dikekalkan.

“Pertahankan agama, pertahankan perpaduan dan pertahankan kemerdekaan daripada saya Abdul Hadi bin Haji Awang, presiden PAS,” katanya.

Di akhir video berkenaan dipaparkan Abdul Hadi bersama-sama kanak-kanak berkenaan mengibarkan bendera Jalur Gemilang berlatarbelakangkan pusat pentadbiran negara, Putrajaya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/merdeka-tok-ayah-buah-tangan-hadi-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejauh Manakah Pengetahuan Rakyat Malaysia Tentang Merdeka

Sejauh Manakah Pengetahuan Rakyat Malaysia Tentang Merdeka

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 456 hits
Mari kita seluruh warga negara Ramai ramai menyambut hari merdeka Merdeka 31 bulan lapan Lima puluh tujuh hari mulia Negaraku merdeka Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan dan tahun ini kita akan menyambut Hari K...
Rakyat Malaysia Pasang Kamera Dalam Tandas Pesawat United Airlines Dipenjara 2 Bulan

Rakyat Malaysia Pasang Kamera Dalam Tandas Pesawat United Airlines Dipenjara 2 Bulan

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 422 hits
The ReporterMahkamah Houston menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda AS 6 000 terhadap seorang rakyat Malaysia yang didapati bersalah merakam video di dalam tandas pesawat United Airlines dalam penerbangan dari San Diego ke Houston ...
Merdeka Dari Pembaziran Duit Rakyat Ini

Merdeka Dari Pembaziran Duit Rakyat Ini

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 363 hits
Gaji begini berlakukah pembaziran ke atas duit rakyat Bagaimana gaji diPulau Pinang Kelantan Terengganu Ingat Allahyarham Nik Abdul Aziz sebagai MB Kelantan pernah memotong gajinya untuk kemaslahatan rakyat Iklan Rakyat miskin ini peluang k...
Media Antarabangsa Akhirnya Tahu Maksud Nama Pukki Rakyat Malaysia

Media Antarabangsa Akhirnya Tahu Maksud Nama Pukki Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 837 hits
Sumber SportbibleTeemu Pukki seorang penyerang yang sangat berbisa setelah berjaya memjaringkan 5 gol sepanjagng Ogos lalu yang kini bersama pasukan Norwish Norwish kini beraksi di EPL dimana sebelum ini bermain di Liga Championship musim l...
Ini Yang Kita Panggil Tak Ada Otak Netizen Bengang Rakyat Malaysia Tak Peka Golongan Oku

Ini Yang Kita Panggil Tak Ada Otak Netizen Bengang Rakyat Malaysia Tak Peka Golongan Oku

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 489 hits
Semua sudah sedia maklum bahawa terdapat kemudahan awam yang disediakan khas untuk kegunaan golongan Orang Kelainan Upaya Namun malangnya banyak yang telah disalah gunakan oleh orang awam seperti lif tempat meletak kenderaan dan tandas OKU ...
Pokok Merbau Diisytihar Pokok Kebangsaan Malaysia 5 Fakta Rakyat Malaysia Kena Tahu

Pokok Merbau Diisytihar Pokok Kebangsaan Malaysia 5 Fakta Rakyat Malaysia Kena Tahu

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 762 hits
Setisp kita mesti tahu kan bunga kebangsaan Malaysia ialah Bunga Raya Terbaru Pokok Merbau pula telah dipilih sebagai Pokok Kebangsaaan Malaysia Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Masala Vadey Kegemaran Rakyat Malaysia Tak Sampai 10 Minit Dah Licin Pinggan

Masala Vadey Kegemaran Rakyat Malaysia Tak Sampai 10 Minit Dah Licin Pinggan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 596 hits
Kerangupan kacang dhal yang menjadi bahan utama Masala Vadey ni memang jadi kegemaran rakyat Malaysia Tak sampai 10 minit dihidang dah licin pinggan cerita pemilik resipi ini Kathy Kay Sedapnya melangkaui selera rakyat Malaysia tanpa mengen...
Ingatkan Malaysia Je Rupanya Ini Negara Negara Lain Yang Turut Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Ingatkan Malaysia Je Rupanya Ini Negara Negara Lain Yang Turut Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 621 hits
Semalam rakyat Malaysia amat bertuah kerana sekali lagi diberi peluang untuk mengecapi nikmat keamanan apabila kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke 62 Seperti yang kita semua sedia maklum 31 Ogos setiap tahun di tetapkan sebagai Hari Merdeka ...
12 Buah Sekolah Paling Berhantu Di Malaysia Yang Simpan Pelbagai Kisah Misteri

12 Buah Sekolah Paling Berhantu Di Malaysia Yang Simpan Pelbagai Kisah Misteri

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 1481 hits
MEMBESAR di Malaysia bukanlah menjadi sesuatu yang pelik apabila mendengar cerita hantu tentang sekolah yang anda sedang belajar Seolah olah hampir semua sekolah dikatakan berhantu terutamanya tandas pelajar perempuan untuk beberapa sebab t...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku