Maxim E Hailing Meraikan Sambutan Hari Malaysia Bersama Anak Yatim
Kuala
Terengganu - Pada Hari Malaysia, wakil Maxim E-hailing Kuala Terengganu mengadakan aktiviti bersama Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah untuk meraikan tarikh keramat
ini dengan anak-anak yatim. Pasukan dari Maxim menyumbangkan barangan keperluan
dan beberapa aktiviti untuk mengukir senyuman.
Pemandu
dan pekerja Maxim meluangkan lebih kurang setengah hari bersama dengan anak
yatim. Anak yatim yang menikmati kegembiraan sempena hari Malaysia harini
sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila pihak Maxim menyediakan hadiah yang
menarik untuk mereka. Sumbangan lain juga dikongsi bersama, dan ianya
berdasarkan keperluan pihak pengurusan anak yatim tersebut seperti bekalan
makanan, alat tulis, buku, dan peralatan eletronik.
Keterujaan
dapat dilihat pada wajah kanak-kanak semasa aktiviti berlangsung. Papan ular
gergasi menjadi tumpuan utama yang membawa kegembiraan, terutamanya apabila permainan
antara anak yatim dan pengurusan Maxim. Bukan itu sahaja, malah wakil dari
Maxim turut berkongsi ilmu tentang keselamatan jalan raya, mengajar tentang
cara melintas jalan, mengenali papan tanda di jalan raya dan pelbagai lagi.
“Menjadi acara tahunan Maxim e-healing untuk menjaga anak yatim sambil
memberi sedikit sumbangan kepada mereka. Ini adalah cara untuk berkongsi kasih
sayang dan menyatakan kebaikan kita kepada mereka yang memerlukan. melihat
senyuman mereka mencuit hati dan itulah matlamat kami dan mungkin pada masa
akan datang program seperti ini dapat diteruskan lagi dan kami berharap agar
ramai yang turut serta bersama kami.” kata Ketua Bahagian Maxim Kuala Terengganu, Afdhaluddin
Abdullah.
Sementara itu, salah seorang wakil dari pengurusan rumah anak yatim menyatakan
kegembiraan dapat menyokong Maxim dalam melaksanakan program positif untuk
masyarakat.
Anak-anak
adalah aset masa depan, kita perlu menjaga hak mereka seperti pendidikan dan
memberi sokongan dari segi keperluan dan emosi. Saya menghargai inisiatif
program dari Maxim hari ini, kerana ini akan membantu mengembangkan pengetahuan
mereka dan pada masa yang sama membawa senyuman. Program ini sangat hebat,
kerana semua orang menikmatinya terutama sejak ia dijalankan pada Hari Malaysia,” kata Ustaz Saiful ketua Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah.
Aktiviti ini telah menjadi tradisi untuk syarikat itu berguna untuk
masyarakat dan mereka yang memerlukan.
Info
Maxim
telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama telah dijayakan
di Kuantan. Kini perkhidmatan kami beroperasi di semua negeri di Malaysia.
Sejak
tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif untuk
menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain, menjadikannya
lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah mencipta
sistem berinovatif untuk mendaftar
bilangan pelanggan tanpa had bagi memproses berjuta-juta tempahan pada setiap
hari. Aplikasi Maxim adalah untuk pengguna manakala Taxsee Driver untuk
Rakan-pemandu, Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang teratas.
Aplikasi
ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App
Market, Vivo App Store and Galaxy Store.
Misi perkhidmatan ini
adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan membantu orang ramai
bergerak ke arah matlamat mereka!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://terengganumyheritage.blogspot.com/2024/09/maxim-e-hailing-meraikan-sambutan-hari.html