Pantau Anak Demam Lebih Tiga Hari Padu Nasihat Doktor


Risaukan apabila anak demam lebih tiga hari. Apabila bagi ubat demam, masih tidak kebah demamnya. Jangan ambil mudah mengenai ini, hanya dengan memberi ubat demam sahaja. Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka. Jalan terbaik adalah segera membawa anaka berjumpa doktor.
Ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi (ENT) moga menjadi panduan bersama supaya ibu bapa memantau kesihatan anak-anak.
KENAPA PESAKIT PERLU BERJUMPA DOKTOR?
“Doktor, anak saya sudah tiga hari demam, sakit tekak dan hari ini tak boleh makan, bahaya tak doktor?”
“Ibu saya dah dua bulan ada ketulan kat leher dia, tekan tak sakit, kena buang tak, doktor?”
Soalan-soalan seperti ini bukanlah jarang untuk saya temui. Setiap hari saya terima puluhan mesej di sini dan di emel berkenaan soalan-soalan seumpama ini. Saya akan jawab secara ‘general’ segala masalah yang dialami.

Perlu diingatkan, semua diagnosis secara tepat perlu kepada beberapa langkah yang mesti dilakukan. Kemudian, diagnosis tepat kepada pesakit dapat dikenalpasti.
Doktor perlu menjalankan langkah seperti berikut
1. History taking
Sejarah lampau pesakit perlu diketahui. Apa pesakit ada? Kencing manis, darah tinggi, serangan strok beberapa tahun lepas dan lain-lain. Ini semua penting supaya dokor dapat melakukan rawatan yang tepat dan wajar kepada pesakit.
Gejala dan simptom terkini pesakit juga perlu diketahui secara terperinci. Ini perlu supaya kami mampu mendapatkan diagnosis tepat kepada pesakit.
2. General examination
Doktor perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada pesakit. Ini termasuk keadaan keseluruhan pesakit seperti bagaimana pesakit mampu berjalan, menggunakan kerusi roda, cara pesakit bernafas, dan banyak lagi. Tanpa melihat sendiri keadaan pesakit, doktor tidak mampu melakukan kesemua ini.
3. Local examination
Apabila pesakit mengadu mengenai masalah telinga, tekak atau hidung contohnya. Doktor akan memeriksa lebih terperinci bahagian ini. ‘Local examination’ perlu dilakukan selepas doktor melakukan ‘general examination’ kepada pesakit. Pemeriksaan pada tekak contohnya, doktor perlu melihat warna tekak, apa-apa pembengkakan pada kawasan tekak, sekitar gigi, bagaimana pula struktur sekitar tonsil dan banyak lagi.
Doktor juga perlu melakukan ‘palpation’ untuk mengenalpasti lebih terperinci ciri-ciri sesuatu penyakit. Pembengkakan pada leher contohnya boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, kebarangkalian kanser, ketumbuhan benign dan berbagai-bagai lagi. Kesemua ini memerlukan pemeriksaan secara dekat oleh doktor.
4. Keputusan ujian darah dan lain-lain
Selepas memeriksa keadaan fizikal pesakit, seterusnya doktor akan mendapat idea tentang penyakit yang dialami oleh pesakit. Dari sini, kami akan melakukan beberapa ujian yang perlu. Ini seperti ujian darah, x-ray, skan dan lain-lain jika perlu. Namun, ada sesetengah kes hanya memerlukan diagnosis secara klinikal terhadap pesakit.
Oleh itu, jika anda ada sebarang masalah, jangan ragu-ragu mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak semua persoalan saya mampu jawab secara terperinci. Menjadi kesalahan bagi mana-mana petugas kesihatan melakukan konsultasi dan memberi diagnosis di media sosial tanpa melakukan pemeriksaan.
Moga tulisan saya ini bermanfaat. Sebarkan info ini semoga lebih ramai mereka yang kita sayang dapat berjumpa doktor selepas ini. Jom!
*Gambar menunjukkan beberapa jenis pembengkakan pada leher. Ia memerlukan pemeriksaan oleh doktor di klinik atau hospital.
Sumber:Dr Ezairy M.Sallih
The post Pantau Anak Demam Lebih Tiga Hari, Padu Nasihat Doktor appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pantau-anak-demam-lebih-tiga-hari-padu-nasihat-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik Rumah Tangga Anak Jadi Mangsa Padu Nasihat Peguam Ni

Konflik Rumah Tangga Anak Jadi Mangsa Padu Nasihat Peguam Ni

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 161 hits
Bila hubungan suami isteri mula goyah sering kali anak anak yang terpaksa menanggung beban emosi yang berat Konflik dalam rumah tangga bukan saja merosakkan ikatan antara pasangan tapi turut memberi kesan mendalam pada jiwa anak anak Sebaga...
Doktor Kongsi Umur Sesuai Untuk Anak Makan Coklat Jangan Main Bagi Je

Doktor Kongsi Umur Sesuai Untuk Anak Makan Coklat Jangan Main Bagi Je

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 161 hits
Siapa yang tak suka coklat kan Sedap yang teramat Coklat berkhasiat mengandungi lemak sihat serat zat besi magnesium dan zink tapi ia juga mengandungi kafein dan perangsang lain yang memberi kesan kepada perkembangan kanak kanak dan sistem ...
Dia Introvert Tak Reti Berparti Individu Dedah Sikap Fattah Amin Lebih Suka Duduk Rumah Layan Anak

Dia Introvert Tak Reti Berparti Individu Dedah Sikap Fattah Amin Lebih Suka Duduk Rumah Layan Anak

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 265 hits
Sejak berita mengenai Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya Fattah Amin aktor tersebut teruk dikecam ramai kerana ada dakwaan mengatakan dirinya berlaku curang terhadap aktres terbabit
Warga Asing Ditahan Bersama 30 Anak Buaya 14 Kura Kura Lebih Rm1 8 Juta

Warga Asing Ditahan Bersama 30 Anak Buaya 14 Kura Kura Lebih Rm1 8 Juta

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 172 hits
FMT ReportersHarga jualan seekor anak buaya julung julung adalah RM60 000 manakala kura kura Indian Eyed RM1 350 seekor Anak buaya julung julung dan kura kura Indian Eyed yang dirampas semalam PETALING JAYA Polis menumpaskan satu sindiket p...
Tiga Hari Berturut Turut Makan Kenduri Kahwin

Tiga Hari Berturut Turut Makan Kenduri Kahwin

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 190 hits
Tiga Hari Berturut turut Makan Kenduri Kahwin Syukur Selesai majlis kenduri Kahwin Selamat tiga hari Berturut turut Majlis siapa majlis Nona ke Hehehe Aamin lah kalau majlisku tapi bukan Selamat Pengantin Baru kepada yang baru berkahwin bul...
Elfira Loy Sanggup Berbelanja Lebih Hantar Anak Ke Sekolah Dipercayai Risau Kes Penderaan

Elfira Loy Sanggup Berbelanja Lebih Hantar Anak Ke Sekolah Dipercayai Risau Kes Penderaan

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 199 hits
Kes penderaan melibatkan kanak kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai Semuanya bagi memastikan k...
Sayu Ibu Al Fateh Kongsi Kronologi Hari Kejadian Di Penghujung Nyawa Pun Anak Mummy Berjuang

Sayu Ibu Al Fateh Kongsi Kronologi Hari Kejadian Di Penghujung Nyawa Pun Anak Mummy Berjuang

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 134 hits
Pemergian anak comel Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak kanak di Alor Gajah Melaka pada 6 September lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat kedua ibu dan ayahnya Genap tujuh hari pemergiannya ibu Al...
Tak Sunyi Pun Saya Lebih Bahagia Rita Rudaini Janji Dengan Anak Anak Tak Akan Kahwin Lagi

Tak Sunyi Pun Saya Lebih Bahagia Rita Rudaini Janji Dengan Anak Anak Tak Akan Kahwin Lagi

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 146 hits
Melalui laman YouTube tular temubual Berita Harian bersama pelakon jelita Rita Rudaini yang mengakui dirinya tidak tolak bertemu jodoh namun lebih selesa hidup bersama dua orang anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna...
Wanita Panik Hamil Benih Anak Sulung Rayu Doktor Gugurkan

Wanita Panik Hamil Benih Anak Sulung Rayu Doktor Gugurkan

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 103 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita menjadikan menjadikan anaknya sebagai konten Point of View di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami Meskipun mempunyai pertalian darah namun netizen beranggapa...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas