 Ahad, 15 September 2024 | Daddy’s Kitchen, Chuping.Kami bawa mereka makan malam di restoran terdekat, kira-kira 4.5 km dari rumah. Biasanya, tempat ini tak ramai pelanggan datang makan. Tetapi kali ini penuh semua meja, mungkin ramai pengunjung dari luar Perlis datang makan. Tambahan pula, ia terletak di jalan menuju ke pintu sempadan Thai di Padang Besar. Kami cuma dapat meja kecil berkongsi enam orang. Syukur jugalah
Ahad, 15 September 2024 | Daddy’s Kitchen, Chuping.Kami bawa mereka makan malam di restoran terdekat, kira-kira 4.5 km dari rumah. Biasanya, tempat ini tak ramai pelanggan datang makan. Tetapi kali ini penuh semua meja, mungkin ramai pengunjung dari luar Perlis datang makan. Tambahan pula, ia terletak di jalan menuju ke pintu sempadan Thai di Padang Besar. Kami cuma dapat meja kecil berkongsi enam orang. Syukur jugalah Isnin, 16 September 2024 | Gua Kelam, Kaki Bukit.Pukul 10 pagi kami sudah berada di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam. Kami nak bawa kakak sekeluarga masuk ke Gua Kelam 1, laluannya mudah dan santai saja. Tetapi Gua Kelam 1 tutup, hujan berpanjangan menyebabkan paras air dalam gua meningkat. Pilihan yang ada - masuk ke Gua Kelam 2 yang lebih mencabar berbanding Gua Kelam 1. Bayaran dikenakan RM10 seorang. InsyaAllah catatannya pada entri khas
Isnin, 16 September 2024 | Gua Kelam, Kaki Bukit.Pukul 10 pagi kami sudah berada di Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam. Kami nak bawa kakak sekeluarga masuk ke Gua Kelam 1, laluannya mudah dan santai saja. Tetapi Gua Kelam 1 tutup, hujan berpanjangan menyebabkan paras air dalam gua meningkat. Pilihan yang ada - masuk ke Gua Kelam 2 yang lebih mencabar berbanding Gua Kelam 1. Bayaran dikenakan RM10 seorang. InsyaAllah catatannya pada entri khas Nampak ramai, sebenarnya lima orang je dalam foto ini.Selain masuk gua, kami bawa mereka masuk ke Rumah Cermin. Bayaran dikenakan RM5 seorang. Rumah Cermin terletak di bangunan yang sama semasa kita mulakan aktiviti eksplorasi Gua Kelam 2 tadi. Seronok jugaklah dapat menguji kecekapan mata dalam Rumah Cermin ni 😄
Nampak ramai, sebenarnya lima orang je dalam foto ini.Selain masuk gua, kami bawa mereka masuk ke Rumah Cermin. Bayaran dikenakan RM5 seorang. Rumah Cermin terletak di bangunan yang sama semasa kita mulakan aktiviti eksplorasi Gua Kelam 2 tadi. Seronok jugaklah dapat menguji kecekapan mata dalam Rumah Cermin ni 😄 Isnin, 16 September 2024 | Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar.Dari Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, kami ke Kangar untuk menikmati hidangan tengah hari. Kalau ikut rancangan awal kami nak bawa mereka naik bot di Tasik Empangan Timah Tasoh, tapi hujan masih belum berhenti. Tak sesuailah
Isnin, 16 September 2024 | Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar.Dari Pusat Eko Pelancongan Gua Kelam, kami ke Kangar untuk menikmati hidangan tengah hari. Kalau ikut rancangan awal kami nak bawa mereka naik bot di Tasik Empangan Timah Tasoh, tapi hujan masih belum berhenti. Tak sesuailah Selasa, 17 September 2024 | Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis.Pagi hari terakhir, hujan masih membasahi bumi Perlis. Sekejap gerimis halus, sekejap lebat. Dengan keadaan cuaca begini, kami memilih untuk ke Muzium Kota Kayang. Saya dan Encik Suami pun belum pernah ke muzium ini 🤭
Selasa, 17 September 2024 | Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis.Pagi hari terakhir, hujan masih membasahi bumi Perlis. Sekejap gerimis halus, sekejap lebat. Dengan keadaan cuaca begini, kami memilih untuk ke Muzium Kota Kayang. Saya dan Encik Suami pun belum pernah ke muzium ini 🤭 Selasa, 17 September 2024 | Wansyah Kitchen, Kangar.Sebelum berpisah, kami menikmati hidangan tengah hari di Wansyah Kitchen. Alhamdulillah dapat juga meja untuk enam orang walaupun perlu menunggu seketika. Beginilah suasana di Perlis pada hari cuti panjang / cuti sekolah, ramai orang di tempat-tempat makan terkenal dan tempat tarikan pelancongan
Selasa, 17 September 2024 | Wansyah Kitchen, Kangar.Sebelum berpisah, kami menikmati hidangan tengah hari di Wansyah Kitchen. Alhamdulillah dapat juga meja untuk enam orang walaupun perlu menunggu seketika. Beginilah suasana di Perlis pada hari cuti panjang / cuti sekolah, ramai orang di tempat-tempat makan terkenal dan tempat tarikan pelancongan| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		