Masalah Hypertensi Memang Buat Anda Risau 5 Tanaman Herba Ini Penawar Tekanan Darah Tinggi
Masalah Hypertensi Memang Buat Anda Risau…5 Tanaman Herba Ini Penawar Tekanan Darah Tinggi
MASALAH tekanan darah tinggi adalah keadaan yang tidak boleh diabaikan. Ini kerana tekanan darah tinggi dapat menyebabkan pelbagai komplikasi berbahaya seperti penyakit jantung dan angin ahmar.
Lebih parah, hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga pesakit tidak menyedari mereka mempunyai masalah itu.
Ini membuatkan hipertensi sebagai silent killer
Oleh itu, ketika membaca tekanan darah sistolik lebih daripada 140mmHg dan diastolik 90mmHg, kita harus memperbaiki gaya hidup agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
Selain ubat-ubatan bagi mengawal tekanan darah, penderita penyakit itu juga boleh cuba tanaman herba dalam memastikan tekanan darah mereka sentiasa dalam keadaan baik.
Namun penggunaan tanaman herba ini sebagai ulam atau masakan perlu dibuat secara berhati-hati dan sebaik-baiknya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
1. Saderi
Saderi sangat terkenal sebagai tanaman herba yang baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Apigenin yang terdapat di dalamnya mampu bertindak sebagai pendinding yang memperlahankan degupan jantung sekaligus menurunkan aliran darah.
Sementara itu, glikosida yang bersifat diuretik dapat membantu buah pinggang mengeluarkan lebihan cecair dan garam dari tubuh yang akan menurunkan tekanan darah.
2. Misai kucing
Misai kucing mengandungi kalium pada bahagian daunnya malah dapat dimanfaatkan sebagai diuretik dan membantu memecahkan batu karang.
Kehadiran inositol serta flavanoid juga menyumbang kepada tumbuhan itu sebagai agen diuretik dan turut membantu merendahkan tekanan darah tinggi.
3. Pegaga
Pegaga banyak digunakan dalam masakan masyarakat Melayu termasuk sebagai ulam. Kajian turut menunjukkan penggunaan pegaga mampu membantu menurunkan kadar tekanan darah.
Kandungan zat aktif iaitu asiatikosid yang terdapat di dalamnya berperanan dalam melancarkan aliran darah.
4. Temulawak
Temulawak adalah tanaman yang secara tradisional digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, termasuk hipertensi. Temulawak terbukti mengandung flavonoid yang memiliki fungsi melindungi endotel vascular.
Hasil kajian turut menunjukkan pemberian temulawak dalam kombinasi dengan misai kucing, saderi, pegaga dan kunyit dapat menurunkan tekanan darah pada tikus yang mengalami hipertensi.
5. Bawang putih
Bawang putih bukan hanya dapat memberi rasa enak pada makanan tetapi ia juga memiliki kemampuan untuk menurunkan tekanan darah dengan membantu meningkatkan zat tubuh dalam badan, iaitu oksida nitrat yang dapat menyebabkan pembuluh darah berada dalam keadaan rileks dan melebar.
Keadaan ini membolehkan aliran darah lebih baik dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Jadi, jangan ragu-ragu lagi untuk memasukkan bawang putih dalam pelbagai masakan anda.
Masalah Hypertensi Memang Buat Anda Risau…5 Tanaman Herba Ini Penawar Tekanan Darah Tinggi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Tiada rundingan ambil alih Sapura – Petronas
Perak tegas tak akan bekal air mentah kepada Pulau Pinang – Saarani
Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
Janji Najib pada orang Cina: ‘Hari bahagia kan kembali’
Rider Foodpanda digantung kerja
Penyanyi nasyid ditahan dalam kes dadah
Malaysia Airlines tawar diskaun
Minta maaf, padam ‘posting’ atau saya saman – Ahmad Said
5 Cara Cegah Jangkitan, Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih
Cuba kebas RM123 juta
Doktor Ukraine arah tentera Rusia yang ditangkap supaya dikasi
Bakal keluar Bersatu, Zuraida kunci mulut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Proton Preve bakal diganti model baru
Wulan Guritno berani berbikini
The post Masalah Hypertensi Memang Buat Anda Risau…5 Tanaman Herba Ini Penawar Tekanan Darah Tinggi appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/26/masalah-hypertansi-memang-buat-anda-risau-5-tanaman-herba-ini-penawar-tekanan-darah-tinggi/