Kalau Ada Masalah Ini Ketika Berpantang Elakkan Mandi Herba Buat Sementara


Ibu yang sedang berpantang pasti tidak sabar untuk memanjakan diri dengan mandian herba bersalin. Mandian ini menjadi salah satu kewajipan dan diamalkan secara turun-temurun khas untuk pemulihan kaum Hawa setelah 9 bulan mengendong cahaya mata.

9 bulan merupakan satu tempoh yang sangat panjang. Pada waktu ini, ibu dibebankan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kembung perut, sakit badan dan morning sickness yang bagaikan tidak berkesudahan – Ini semua merupakan antara pengorbanan yang terpaksa ibu lalui sepanjang kehamilan.
Jadi, tidak salah jika ibu ingin memanjakan diri dengan mandian herba selepas bersalin. Selain menyegarkan badan, ibu juga boleh membuang segala daki yang melekat pada badan.
Malah, amalan ini juga dikatakan dapat mempercepatkan proses pemulihan, melawan inflamasi dan melegakan badan yang sakit-sakit. Mandian herba bersalin ini selalunya dibuat menggunakan daun kunyit, lengkuas, halia, pandan, serai serta campuran herba-herba lain.
Sebenarnya, mandian ini mempunyai pelbagai manfaat kepada ibu yang baru lepas bersalin. Namun, perlu diingat, mandian ini juga mempunyai risikonya yang tersendiri.
Mandian herba bersalin – Apakah risikonya?
Secara amnya, mandian herba bersalin tidak berbahaya. Malah, ia juga merupakan satu amalan yang selamat dengan kesan sampingan yang amat sedikit. Walau bagaimanapun, masih ada risiko jangkitan di kawasan luka, lebih-lebih lagi jika ibu berendam di dalam tab mandi yang tidak dibersihkan dengan baik.
Namun, perkara ini amat jarang berlaku. Jika ibu alami simptom seperti gatal-gatal atau sakit pada kawasan luka, berhenti mandi herba dengan serta-merta dan dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.
Bagaimana hendak menggunakan mandian herba bersalin?
Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menggunakan mandian herba selepas bersalin. Cara yang paling popular ialah berendam dengan herba ini di dalam tab mandi.
Pada zaman kini, mandian herba boleh dibeli di farmasi atau secara atas talian dengan mudah. Malah, ia juga boleh ditemui dalam bentuk serbuk ataupun bunjut.
Jadi, anda tidak perlu lagi merebus herba di dalam periuk tanah semata-mata ingin mandi herba. Namun, mandian herba tradisional dikatakan lebih baik dan bermanfaat untuk ibu bersalin.
Tetapi, bagaimanakah caranya untuk menggunakan mandian herba ini dengan selamat?
Sebagai panduan, pastikan anda:
Tunggu beberapa hari selepas bersalin sebelum mandi atau berendam di dalam tab. Gunakan air bersuhu sederhana, bukannya air panas. Penuhkan tab mandi dengan 2 hingga 3 inci air. Tukar air jika ia menjadi sejuk. Mandi selama 10 minit. Berdiri perlahan-lahan. Jangan paksa diri jika anda tidak mampu. Biarkan badan kering dan tekapkan badan dengan tuala kering. Jangan lap dengan kasar pada kawasan yang luka. Anda boleh tambah garam atau ubat ke dalam mandian jika doktor memberikan keizinan. Namun, air yang suam sudah cukup untuk memberikan ibu ketenangan dan keselesaan yang diingini. Elakkan mengelap secara kasar pada kawasan vagina. Amalan ini dikhuatiri akan melukakan kulit.
Paling penting, pastikan kawasan mandian bersih daripada sebarang kekotoran.
Sudah pasti anda tidak mahu bakteria atau kuman untuk masuk ke dalam luka dan menyebabkan jangkitan.
Tanda anda TIDAK BOLEH mandi herba
Bukan semua wanita sesuai mengamalkan mandian herba selepas bersalin.
Tidak dinafikan, mandian herba amat bermanfaat untuk melegakan sengal-sengal badan di samping dapat memberikan ketenangan kepada ibu. Kebanyakan ibu tidak mengalami masalah yang serius selepas melahirkan anak.
Namun, ada ibu yang mempunyai jangkitan atau masalah pendarahan yang perlu diperiksa oleh doktor.
Antara simptom yang perlu ibu hamil perhatikan ialah:
Luka jahitan terbuka. Pendarahan yang berat. Kehilangan darah yang banyak. Rasa hendak pengsan. Pening kepala. Jantung berdegup pantas. Demam. Sakit kaki. Gatal-gatal badan. Kesakitan yang semakin teruk. Sembelit. Rasa hendak muntah. Kesemua simptom ini perlu diperiksa oleh pakar dengan lebih lanjut.
Oleh sebab itu, jika anda alami simptom-simptom di atas selepas bersalin, elakkan berendam dengan air herba.
Tip jadikan mandian herba bersalin lebih mengasyikkan
Anda inginkan pengalaman yang lebih mengasyikkan ketika mandi herba? Cuba amalkan tip kami di bawah:
Cuba pastikan kawasan tandas hangat. Pasang lilin untuk jadikan suasana sekeliling lebih menenangkan. Simpan tuala kering berdekatan. Kadangkala, ibu boleh alami pendarahan ringan selepas mandi. Beli tuala murah supaya anda tidak rasa rugi untuk menggunakannya sebagai kain lap. Sediakan air hangat. Jika anda ingin berendam dalam tempoh masa yang panjang, tidak rugi jika anda sediakan air hangat sebagai persiapan. Beri masa kepada diri sendiri untuk bertenang. Minta tolong orang lain jagakan bayi semasa anda sedang menikmati mandian herba bersalin. Gunakan masa ini sebagai me time dan relaks seketika. Tambah garam Epsom ke dalam air mandian untuk lebih manfaat. Amalan mandi herba dapat menenangkan ibu berpantang. Kredit:Hello Doktor

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Kalau Ada Masalah Ini Ketika Berpantang, Elakkan Mandi Herba Buat Sementara appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-ada-masalah-ini-ketika-berpantang-elakkan-mandi-herba-buat-sementara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Hypertensi Memang Buat Anda Risau 5 Tanaman Herba Ini Penawar Tekanan Darah Tinggi

Masalah Hypertensi Memang Buat Anda Risau 5 Tanaman Herba Ini Penawar Tekanan Darah Tinggi

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 181 hits
Masalah Hypertensi Memang Buat Anda Risau 5 Tanaman Herba Ini Penawar Tekanan Darah Tinggi MASALAH tekanan darah tinggi adalah keadaan yang tidak boleh diabaikan Ini kerana tekanan darah tinggi dapat menyebabkan pelbagai komplikasi berbahay...
5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih

5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 312 hits
5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih MEMBUANG air besar atau kecil sepatutnya menjadi rutin setiap individu supaya dapat menjalani kehidupan dengan normal dan sihat Bagi yang gemar menahan kenci...
Hiburan Sangat Tiba Tiba P Emandu Lori Dirakam Baling Botol Berisi Air Kencing Ketika Memandu

Hiburan Sangat Tiba Tiba P Emandu Lori Dirakam Baling Botol Berisi Air Kencing Ketika Memandu

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 204 hits
Tular di media sosial semalam apabila rakaman memaparkan seorang pemandu lori dilihat telah melempar sebuah botol berisi cecair ketika sedang memandu Rakaman dashcam sebuah kereta yang berada di lorong kanan jalan tersebut turut merakam seb...
Doa Ketika Memulakan Kerja

Doa Ketika Memulakan Kerja

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 654 hits
Doa Ketika Memulakan Kerja Mulakan sesuatu kerja itu dengan bismillah dan diiringi dengan doa Walau sekadar satu doa pendek ia mencukupi untuk mengingatkan diri kita bahawa segala sesuatu mestilah kena dengan izin Allah Jika berhasil Allah ...
Kenapa Ya Semakin Susah Tidur Nyenyak Mudah Pula Terjaga Ketika Usia Meningkat

Kenapa Ya Semakin Susah Tidur Nyenyak Mudah Pula Terjaga Ketika Usia Meningkat

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 154 hits
Kenapa Ya Semakin Susah Tidur Nyenyak Mudah Pula Terjaga Ketika Usia Meningkat LEBIH daripada separuh individu berusia 65 tahun dan ke atas mengeluh tentang kesukaran untuk tidur pada waktu malam menurut satu kajian yang dilakukan oleh Univ...
Dr Jelaskan Ini Sebabnya Anak Suka Tarik Telinga Meragam Ketika Tumbuh Gigi

Dr Jelaskan Ini Sebabnya Anak Suka Tarik Telinga Meragam Ketika Tumbuh Gigi

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 418 hits
Bagi anda yang mempunyai anak kecil yang sedang mengalami pertumbuhan gigi jika diperhatikan dengan teliti tentu akan perasan yang anak anda akan suka menarik narik telinga mereka kan Nak tahu kenapa bayi yang mahu tumbuh gigi suka menarik ...
Ketika Pkr Dikhianati Ada Pemimpin Pilih Bercuti Saifuddin

Ketika Pkr Dikhianati Ada Pemimpin Pilih Bercuti Saifuddin

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 146 hits
Ketika PKR dikhianati ada pemimpin pilih bercuti Saifuddin Ketika berlaku pengkhianatan dalam PKR ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang memilih untuk bercuti kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution Ismail Sukarnya KEADILAN bergerak...
Ketika Sampai Pada Titik Jenuh Kehidupan

Ketika Sampai Pada Titik Jenuh Kehidupan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 135 hits
Ketika Sampai pada Titik Jenuh Kehidupan Oleh Rijal Habibulloh Assalamu alaikum Wr Wb Menjalani hidup ini tidaklah mudah tapi apapun yang terjadi harus kita lewati dengan ikhlas sepenuh hati sampai kita kembali kepada sang Ilahi Akan ada sa...
Wanita Tidur Ditinggalkan Kekasih Ketika Serbuan Polis

Wanita Tidur Ditinggalkan Kekasih Ketika Serbuan Polis

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 191 hits
JAKARTA Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang wanita yang tidur di bawah pokok terperanjat apabila dikejutkan oleh anggota polis dan bukan kekasihnya lapor laman berita Detik semalam Video yang dimuat naik ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now