Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku Mak Mak Jangan Selalu Stres Okay
Tekanan boleh menyebabkan masalah darah beku berlaku. Eh, takutnya! Jangan main-main dengan bab tekanan dalam hidup ya!
Tekanan atau stres memang perkara normal dalam kehidupan hari ini. Semua orang akan mengalaminya sama ada disebabkan oleh masalah hubungan, keluarga, kerjaya ataupun kewangan.
Tetapi mungkin tak ramai yang tahu, tekanan boleh menyebabkan darah beku. Stres merupakan satu tindak balas normal manusia kepada apa-apa jenis permintaan ataupun ancaman.
Apabila badan mengesan sesuatu bahaya, stress akan mengambil alih dan membuatkan kita lebih fokus, bertenaga dan berwaspada.
Tindak balas yang dikenali sebagai fight-or-flight response ini juga bertanggungjawab menyelamatkan kita ketika dalam kecemasan.
Walaupun stres mampu memberi semangat kepada kita untuk lebih fokus tetapi tidak semua orang mampu menghadapi banyak tekanan dalam kehidupan.
Golongan wanita terutama para ibu antara yang ramai menghadapi tekanan kerana bebanan pelbagai tugasan di rumah dan di tempat kerja bagi yang bekerja. Ada yang kurang tidur atau tak dapat tidur malam atau hilang selera makan jika mengalami tekanan perasan terlalu teruk.
Photo by Anna Shvets
Lama kelamaan, stres ini akan mempengaruhi kesihatan, mood, produktiviti dan kualiti hidup seseorang. Lebih teruk lagi, stres yang berlarutan dalam jangka masa yang terlalu lama boleh mengakibatkan masalah depresi.
Stres boleh menyebabkan darah beku?
Kegelisahan dan depresi yang berlarutan dalam satu jangkamasa yang lama juga telah terbukti dapat meningkatkan risiko penyakit sakit jantung.
Tambah lagi, masalah kegelisahan dan depresi yang berlaku secara serentak, ditambah lagi dengan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan tidak bersenam, sudah pasti akan menyebabkan kesihatan seseorang itu jadi merosot.
Selain itu, perlu diingat bahawa ada di antara kita yang tidak mampu untuk mengawal stres dengan baik.
Disebabkan setiap individu mengalami stres dengan intinsiti yang berbeza, ada individu yang boleh diserang ketakutan yang amat sangat dan serangan panik akibat stres yang melampau.
Saintis di Univerisity of Bonn telah melakukan kajian terhadap 31 orang subjek yang mengalami masalah kegelisahan. Subjek ini kemudiannya di bandingkan dengan individu yang sihat dengan umur dan jantina yang sama.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati bahawa individu yang menghidap masalah kegelisahan dan mengalami stres berpanjangan mempunyai darah yang lebih pekat berbanding individu yang sihat.
Saintis juga mendapati ada sedikit perbezaan pada sistem pembekuan darah milik pesakit anxiety dan juga manusia biasa.
Sistem pembekuan darah boleh berfungsi secara dua hala dan saling mengimbangi satu sama lain. Sistem koagulasi badan bertindak untuk membekukan darah untuk mengelakkan pendarahan berlebihan.
Dalam masa yang sama, sistem koagulasi juga akan melakukan proses fibrinolysis iaitu sebuah proses yang membantu darah mengalir dengan lebih baik dengan cara menguraikan darah beku dalam salur darah.
Walau bagaimanapun, dalam kalangan pesakit yang mengalami kegelisahan dan depresi, proses fibrinolysis tidak dapat dijalankan secara normal.
Pesakit yang mempunyai masalah ini lebih berisiko untuk mengalami darah beku dalam saluran arteri. Keadaan ini mungkin merupakan jawapan kepada mengapa pesakit anxiety lebih berisiko untuk meninggal dunia akibat sakit jantung.
Namun, ini tidak bermaksud semua pesakit yang mengalami stes ataupun kegelisahan berpotensi untuk mengalami serangan jantung.
Jangan pandang remeh stress yang dihadapi
Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk sesi konsultasi.
Doktor boleh membantu anda mengenal pasti punca stres dan cara yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan tekanan perasaan yang anda alami.
Kajian membuktikan bahawa stres yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda menghidap penyakit kardiovaskular.
Jika anda dapati diri anda sering rasa tertekan, cuba redakan stres yang anda alami dengan melakukan aktiviti yang sihat. Jika anda mempunyai hobi, luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang anda sukai.
Lakukan senaman yang boleh menenangkan seperti yoga, brisk walking, jogging ataupun senaman lain.
Sumber: Hello Doktor
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To BeDaftar di SINI
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik sahaja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk mendapatkan e-book istimewa ini!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
The post Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku, Mak-Mak Jangan Selalu Stres Okay! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tekanan-boleh-sebabkan-darah-beku-mak-mak-jangan-selalu-stres-okay/