Makruh Solat Ketika Azan


Sebagai Islam, mendirikan solat lima waktu adalah hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman.



Solat itu tiang agama. Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin kehidupan kita di akhirat nanti.

Walaupun ada sebilangan kita yang alpa, namun kebanyakan dari kita masih teguh mendirikan amal ibadat, buat bekalan di hari mati esok.

Terdetik penulis untuk mencoretkan tulisan kali ini mengenai khilafnya kita tentang menjaga solat serta hubungan kita dengan ALLAH.

Mungkin sudah ramai yang tahu, namun masih ada yang khilaf tentang hukum-hukum solat ketika mendirikan solat.

Kisah bermula ketika penulis singgah di sebuah stesen pam minyak di bandar ini untuk mendirikan solat Asar.

Solat Asar pula dilakukan sudah agak lewat kerana terlalu lama tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan.

Tergopoh-gapah penulis mengejar waktu untuk ke ruang solat yang disediakan di stesen minyak tersebut.

Penulis masuk ke ruang solat yang agak kecil. Di dalam bilik solat tersebut, sudah ada dua wanita yang lengkap bertelekung.

Barangkali bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib.

Sebelum menunaikan solat, sempat penulis mengerling ke arah jam yang tersedia. Hanya ada lagi 15 minit sebelum azan Maghrib berkumandang.

Selesai solat Asar disempurnakan, penulis menunggu tibanya azan Maghrib yang bakal berkumandang pada bila-bila masa.

Tidak sampai tiga minit menunggu, azan Maghrib mula kedengaran.

Dua wanita di kiri dan kanan penulis tidak menunggu lama. Mereka bangun dan terus solat sebaik sahaja azan kedengaran.

Penulis yang berada di kedudukan di tengah-tengah antara keduanya hanya diam terpaku. Tertanya-tanya sendiri.

Bukankah solat itu sepatutnya didirikan selepas azan berakhir? Dan apa pula hukumnya mendirikan solat ketika azan?

Ketika itu penulis tersedar. Kita masih khilaf dalam menjaga hubungan kita denganNYA.

Sebagai hambaNYA, kita semua selalu mengambil mudah dalam menjaga kejernihan urusan ibadah kita kepadaNYA.

Beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku, penulis mengambil keputusan untuk menghubungi seorang ustaz bagi bertanyakan perihal tersebut. Dr Mohd Azhar Abdullah namanya.

Beliau yang Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra, menjawab tenang ketika dihubungi untuk menjawab persoalan tersebut.

Menurutnya, antara syarat sah solat adalah solat yang dilakukan sebaik sahaja masuk waktu solat dan mengerjakan solat ketika azan waktu solat baharu sahaja berkumandang menjadikan solat tersebut sah.

Bagaimanapun mengerjakan solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki, manakala wanita pula disunatkan untuk menunggu selesai azan sebelum mengerjakan solat.

“Dari sudut sunnah para sahabat Nabi, solat dilakukan selepas usai azan kedengaran. Mengerjakan solat selepas azan membolehkan kita melakukan beberapa prinsip seperti menjawab azan ketika azan berkumandang dan melakukan solat sunat dua rakaat selepas azan.

“Solat ketika azan adalah makruh bagi lelaki kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan ‘tercicirnya’ lelaki tersebut daripada jemaah yang bakal menunaikan solat bersama.

"Bagi kaum wanita pula, adalah sebaiknya menunggu azan selesai kemudian baharulah solat dikerjakan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, perbuatan solat ketika azan akan menyebabkan hilangnya kemanisan dalam mengerjakan ibadah tersebut.

“Islam tidak menghalang umatnya bersolat ketika azan masuk waktu, namun ia akan menyebabkan makruh. Makruh itu bermakna kita melakukan perkara-perkara yang ALLAH tidak suka.

“Kita akan hilang kemanisan dalam bersolat (sekiranya bersolat ketika azan masuk waktu masih kedengaran). Kita masih peroleh pahala, tetapi pahala itu tidak cantiklah,” katanya lagi.

Jelas beliau lagi, solat yang didirikan dipenghujung waktu sehingga masuk waktu solat fardhu lain juga masih dikira sah.

“Sebagai contoh, kita solat Asar dihujung waktu, tiba-tiba azan Maghrib kedengaran, maka solat kita perlu diteruskan. Tidak ada sebab untuk menghentikan ibadah.

“Solat masih sah sekurang-kurangnya satu rukuk. Solat di akhir waktu itu (sama ada) qada atau tunai adalah sempat rukuk atau tidak pada rakaat yang pertama, jika ia solat Asar n rukuk dan sempat tama' ninah seketika dalam rukuk dan tiba-tiba azan maghrib, maka dikira solat asar sebagai tunai, jika tidak sempat rukuk maka dikira qada,” jelasnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Soalan Yahudi Tentang SolatSembahyang Zohor Sebelum Atau Selepas Solat Jumaat?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2015/09/makruh-solat-ketika-azan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1187 hits
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut ketika Solat Subuh Apakah hukum jika imam tertinggal doa qunut Subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi sal...
Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 439 hits
Seorang jemaah lelaki di Masjid Raya Kota Parepare Sulawesi Selatan meninggal dunia pada rakaat ketiga solat Asar di masjid berkenaan petang semalam Bagaimanapun H Tahir Tenri yang meninggal pada jam kira kira 4 40 petang itu masih belum di...
Tidak Perasan Tompokan Darah Di Pakaian Ketika Solat

Tidak Perasan Tompokan Darah Di Pakaian Ketika Solat

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 486 hits
SOALAN Satu hari selesai sahaja saya solat saya baru perasan pada baju saya ada tompok darah Kemudian baru saya teringat yang sebelum tu saya ada tolong seseorang yang kemalangan Macam mana dengan solat saya ustaz Sah ke tidak Mohon pencera...
Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 459 hits
SOALAN Apakah hukum bagi imam yang terlupa untuk membaca al Fatihah secara jahar pada solat Isyak dengan membacanya secara sirr Adakah imam perlu untuk mengulangnya semula atau menyambung sahaja surah al Fatihah tersebut JAWAPAN Membaca sur...
Hukum Minta Kembali Cincin Dan Gelang Hantaran Ketika Bercerai

Hukum Minta Kembali Cincin Dan Gelang Hantaran Ketika Bercerai

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 439 hits
SOALAN Apa hukumnya suami minta semula cincin dan gelang yang telah diberi dipakaikan ketika akad nikah semasa perceraian Duit maskahwin telah diberi asing mengikut kadar ketetapan negeri Apakah status pemberian barang kemas tersebut Bukank...
Wanita Panik Minyak Petrol Keluar Tak Berhenti Ketika Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak

Wanita Panik Minyak Petrol Keluar Tak Berhenti Ketika Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 532 hits
Wanita Panik Minyak Petrol Keluar Tak Berhenti Ketika Isi Minyak Kereta Di Stesen Minyak Majoriti besar daripada anda semua mesti pernah mengisi kereta ataupun motosikal di pam minyak seperti di Shell dan Petronas kan Mengisi minyak dalam k...
7 Makanan Yang Seharusnya Di Hindari Ketika Perut Kosog

7 Makanan Yang Seharusnya Di Hindari Ketika Perut Kosog

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 587 hits
Sebelum menjalani aktiviti kebanyakan orang mengambil makanan terlebih dahulu Namun jangan mengambil makanan sesuka hati Seperti dikutip dari web GeniusBeauty ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan ketika perut anda kosong 1 PisangBu...
Telur Ayam Menegak Ketika Gerhana Matahari

Telur Ayam Menegak Ketika Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 595 hits
Telur Ayam Menegak Ketika Gerhana Matahari Anulus mejadi salah satu tarikan sempena Program Cerapan Fenomena Gerhana Matahari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Terengganu di perkarangan Wisma Persekutuan hari ini Telur Ayam Menegak Ketika ...
Myanmar Data Lawsuit Hits Telenor Raising Questions For Celcomdigi

Best Beef Tallow Recipe Ideas

Koleksi Video Lawak Kucing Ai

Gambaran Yang Diberi Dalam Keputusan Fifa Tak Tepat Fam

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai Vape Daripada 40 Sen Kepada Rm4 Per Mililiter

Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Masjid Nabawi Pintu 326 Untuk Seminggu

Minimalisme Cara Hidup Ringkas Yang Boleh Buat Hidup Lebih Tenang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Photobooth Kreatif Di Lorong Kecil

Period Incorrect A 1950s Sunbeam S8 Restomod With A Twist

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord