Tidak Perasan Tompokan Darah Di Pakaian Ketika Solat



SOALAN:
Satu hari selesai sahaja saya solat, saya baru perasan pada baju saya ada tompok darah. Kemudian baru saya teringat yang sebelum tu saya ada tolong seseorang yang kemalangan. Macam mana dengan solat saya ustaz. Sah ke tidak? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Syarat sah solat ada tujuh. Sah atau batalnya solat adalah bergantung kepada tujuh syarat tersebut. Jika kesemua syarat tersebut dipenuhi maka solat yang ditunaikan adalah sah. Jika sebaliknya, ia menyebabkan solat tidak sah atau kata lainnya batal.

Di antara syarat tersebut ialah memastikan badan, pakaian dan tempat solat bersih daripada najis. Jika ada najis pada mana-mana 3 bahagian yang disebutkan maka solat yang ditunaikan adalah tidak sah dan perlu diulangi semula.

Najis ada dua jenis iaitu darah dan juga selain dari darah. Jika ianya selain dari darah dan boleh dilihat dengan mata kasar tanpa alat bantuan seperti najis anjing maka ianya adalah najis yang tidak dimaafkan. Ini kerana ianya mudah untuk dielakkan. Jika ianya benda yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar seperti habuk rokok. Maka ianya adalah najis yang dimaafkan kerana sukar untuk mengelak daripadanya.

Adapun darah, maka perlu dilihat dan dibezakan. Jika ianya darah nyamuk atau serangga maka ianya adalah najis yang dimaafkan sama ada banyak atau sedikit. Jika tidak ianya akan menyebabkan kesukaran dan menyebabkan orang ramai susah. Adapun darah haiwan seperti lembu, anjing dan lain-lain atau darah yang keluar dari tubuh manusia itu sendiri, jika sedikit maka ianya dimaafkan. Jika ianya banyak maka ia dikira sebagai najis yang tidak dimaafkan. (Rujuk: Al-Mu’tamad Fi Al-Fiqh Al-Syafi’i, 1/200)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika saudara perasan ada tompok darah sejurus selepas menunaikan solat ditambah pula ianya adalah najis yang tidak dimaafkan seperti darah, maka solat yang dilakukannya itu tidak sah dan perlu untuk diulangi semula. Ini kerana sudah menjadi satu kewajipan untuk memeriksa terlebih dahulu kebersihan pakaiannya sebelum menunaikan solat. Ianya juga merupakan syarat sah solat yang mana jika diabaikan boleh membawa kepada batalnya solat.

Imam Al-Ramli menyebut jika seseorang itu solat dalam keadaan tubuh pakaian atau tempat solatnya bernajis dan tidak mengetahuinya ketika permulaan solat kemudian setelah selesai baru dia tahu yang pada pakaian, di tubuh atau tempatnya itu ada najis, maka dia wajib mengganti mengulangi semula solatnya menurut Al-Qaul Al-Jadid. Ini kerana bersuci adalah perkara yang wajib ianya tidak gugur dengan memberi alasan tidak tahu. Beliau menyebut lagi sekiranya dia tahu ada najis pada pakainnya kemudian terlupa maka wajib baginya untuk mengulangi semula solatnya disebabkan dia telah cuai untuk bersuci. (Rujuk: Nihayah Al-Muhtaj Ila Syarh Al-Minhaj, 5/24).

Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan bahawa sekiranya dia tahu pada pakaiannya ada najis, kemudian dia terlupa. Kemudian dia teringat sama ada semasa solat atau selepas, maka batal lah solatnya dan perlu diulangi semula. (Rujuk: Mughni Al-Muhtaj Fi Ma’rifati Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, 1/194)

Adapun jika seseorang perasan ada najis pada pakaian dalam tempoh masa yang lama maka dia tidak perlu mengulangi solatnya. Ini berdasarkan kaedah:

الأصل في كل حادث تقديره بأقرب زمن
“Asal bagi (menetapkan) setiap perkara adalah dengan ditakdirkan dengan waktu yang terdekat.”

Berdasarkan kaedah ini, ianya membawa maksud bahawa jika najis itu didapati dalam tempoh masa yang lama selepas menunaikan solat, maka dia tidak perlu mengulangi solatnya kerana ada kemungkinan najis yang ada pada pakaiannya itu melekat dalam tempoh masa selepas menunaikan solat. Akan tetapi, jika dalam tempoh masa yang lama dia yakin bahawa najis yang ada padanya itu adalah najis yang ada sebelum dari itu dan dibawa ke dalam solat, maka wajib untuk dia ulanginya. (Rujuk: Al-Mu’tamad Fi Al-Fiqh Al-Syafi’i, 1/203)

Kesimpulannya, jika saudara perasan ada darah sejurus selepas menunaikan solat, maka solat yang dilakukan adalah tidak sah dan perlu diulangi semula. Namun jika baru perasan selepas tempoh masa yang lama maka tidak perlu mengulanginya. Sunat untuk ulang semula solatnya. Akan tetapi, jika telah berlalu tempoh masa yang lama dan saudara yakin bahawa najis yang ada pada baju itu ada sebelum saudara menunaikan solat lagi, maka wajib untuk mengulangi semula solat yang telah dilakukan.

Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/tidak-perasan-tompokan-darah-di-pakaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Di Pakistan Kena Bom Ketika Jemaah Sedang Solat 15 Orang Terbunuh

Masjid Di Pakistan Kena Bom Ketika Jemaah Sedang Solat 15 Orang Terbunuh

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 292 hits
Lagi dan lagi orang yang tak bersalah menjadi mangsa dan masjid menjadi sasaran mereka Kita dikejutkan dengan satu letupan bom di dalam sebuah masjid di barat daya Pakistan ketika jemaah sedang solat Hasil dari letupan mengejut itu seramai ...
Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 367 hits
Seorang jemaah lelaki di Masjid Raya Kota Parepare Sulawesi Selatan meninggal dunia pada rakaat ketiga solat Asar di masjid berkenaan petang semalam Bagaimanapun H Tahir Tenri yang meninggal pada jam kira kira 4 40 petang itu masih belum di...
Makruh Solat Ketika Azan

Makruh Solat Ketika Azan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 857 hits
Sebagai Islam mendirikan solat lima waktu adalah hukum yang wajib dipatuhi oleh setiap Muslim yang beriman Solat itu tiang agama Sejak kecil kita diajar untuk mendirikan solat yang akan menjamin kehidupan kita di akhirat nanti Walaupun ada ...
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 727 hits
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut ketika Solat Subuh Apakah hukum jika imam tertinggal doa qunut Subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi sal...
Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

Mak Ayah Paling Bodoh Prank Baling Telur Rosakkan Kek Ketika Hari Jadi Anak Dikecam

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 703 hits
Kanak kanak memang suka sambut birthday kan Bagi ibu bapa yang berkemampuan mereka pasti akan buat parti khas dan menjemput ahli keluarga serta kawan kawan anak untuk sama sama meraikan hari istimewa ini Tetapi lain pula yang jadi dengan se...
8 Kesalahan Yang Tanpa Disadari Kerap Kamu Lakukan Ketika Berolahraga

8 Kesalahan Yang Tanpa Disadari Kerap Kamu Lakukan Ketika Berolahraga

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 178 hits
Sejumlah kebiasaan yang kamu miliki bisa menjadikan olahraga yang kamu lakukan tidak memperoleh hasil yang optimal Bahkan kamu malah bisa mengalami cedera dan hanya memperoleh rasa lelah saja
Kejutan Rare Suami Diam Diam Renovate Rumah Ketika 3 Bulan Isteri Berpantang Di Kampung

Kejutan Rare Suami Diam Diam Renovate Rumah Ketika 3 Bulan Isteri Berpantang Di Kampung

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 546 hits
Rancangan suami cipta kejutan ubah suai rumah secara rahsia ketika isteri menjalani tempoh pantang hampir 90 hari di kampung telah berjaya sehingga menjadi tular di media sosial Seakan akan tidak percaya apa yang dilihat oleh isterinya seba...
Betul Ke Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik Ketahui Apa Fungsi Putih Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

Betul Ke Air Kelapa Boleh Buat Kulit Bayi Anda Cantik Ketahui Apa Fungsi Putih Putih Yang Ada Pada Bayi Ketika Lahir

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 475 hits
Buat golongan wanita yang pertama kali menjadi ibu pasti tertanya tanya lapisan putih yang ada pada tubuh bayi setelah dilahirkan Jangan risau kerana ianya adalah sesuatu yang mempunyai manfaatnya tersendiri kepada bayi anda Menurut perkong...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching