Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah



SOALAN:
Apakah hukum bagi imam yang terlupa untuk membaca al-Fatihah secara jahar pada solat Isyak dengan membacanya secara sirr? Adakah imam perlu untuk mengulangnya semula atau menyambung sahaja surah al-Fatihah tersebut?

JAWAPAN:
Membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat merupakan salah satu daripada rukun solat. Barangsiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah pada mana-mana rakaat, maka tidak sah solatnya berdasarkan satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.” [Riwayat al-Bukhari (756) dan Muslim (900)]

Membaca al-Fatihah termasuk dalam lima rukun qauli yang wajib dibaca oleh seseorang yang mendirikan solat, seperti yang disebutkan di dalam banyak kitab fiqh, antaranya:

القَوْلِيَّة، وَهِيَ خَمْسَةٌ: تَكْبِيرَةُ الإِحْرَام أَوَّلُ الصَّلَاة، وَقراءة الفاتحةِ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ وَقِرَاءَةُ التَشَهُّد وَالصَّلَاةُ عَلَى النَّبِي والسَّلامً آخِر الصَّلاة، ثلاثتها فِي القَعدةِ الأَخِيرَةِ
“(Rukun) Qauliah, mempunyai lima: Takbiratul Ihram pada awal solat, membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat, tasyahud dan selawat ke atas Nabi SAW serta salam, ketiga-tiganya pada duduk yang terakhir.” (Rujuk Safinat al-Solah: 44)

Selain itu, solat dari sudut kekuatan bacaannya dibahagikan kepada dua, iaitu:

1. Solat yang dibaca surahnya dengan suara yang kuat (jahar), iaitu solat Subuh, Maghrib dan Isyak serta solat Jumaat.

2. Dan solat yang dibaca surahnya dengan suara yang perlahan (sirr) iaitu solat Zohor dan Asar.

Jika diperhatikan pada rukun solat tersebut, rukun membaca al-Fatihah tidak diikat (qoid) sama ada dibaca secara perlahan (sirr) ataupun kuat (jahar). Justeru, ia tidak menjejaskan sahnya solat jika seseorang itu membacanya secara sirr pada solat jahriyyah atau sebaliknya, walaupun dalam keadaan menjadi imam, kerana ia bukan rukun solat.

Adapun al-jahr wa al-israr (meninggikan dan memperlahankan suara), ia termasuk dalam perbuatan sunat haiah. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi menjelaskannya dengan berkata:

فالسنة الجهر في ركعتي الصبح والمغرب والعشاء ، وفي صلاة الجمعة ، والإسرار في الظهر والعصر ، وثالثة المغرب والثالثة والرابعة من العشاء وهذا كله بإجماع المسلمين مع الأحاديث الصحيحة المتظاهرة على ذلك
“Disunatkan untuk meninggikan suara pada dua rakaat terawal solat Subuh, Maghrib, Isyak dan solat Jumaat. Manakala, sunat untuk memperlahankan suara bagi solat Zohor dan Asar serta rakaat ketiga dan keempat solat Maghrib dan Isyak. Hal ini berdasarkan ijma’ para ulama’ dan juga hadith-hadith yang sahih yang menunjukkan kepada perkara tersebut.” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3:344)

Justeru, meninggalkan al-jahr dan al-israr (الجهر و الإسرار) tidak menjejaskan sahnya solat dan tidak perlu untuk sujud sahwi sama ada secara sengaja atau terlupa.

Oleh itu, jika sekiranya imam terlupa membaca secara jahar dalam keadaan masih di awal surah dan sebelum rukuk, maka hendaklah dia mengulanginya bacaannya kembali. Namun, jika sekiranya imam sudah tunduk untuk rukuk, maka tidak perlu untuk mengulanginya kembali. Hal ini seperti yang disebut di dalam kitab Hasyiah al-‘Adawiy ala’ syarh al-Khurasyi:

قَوْلُهُ: وَتَذَكَّرَ ذَلِكَ قَبْلَ الانْحِنَاء قَيَّدَ بِذَلِكَ؛ لِأَنَّهُ إِنَّمَا يُعِيدُ القِرَاءَةَ لِتَحْصِيلِ السِرِّ، أَو الجَهْر، إِذَا كَانَ قَبْلَ الانْحِنَاء. فَإِن انْحَنَى، فَاتَ
Kata Syaikh: “Seseorang imam tersebut teringat sebelum dia tunduk untuk rukuk.” Syaikh meletakkan qoid berikut kerana apabila imam mengulanginya kembali sebelum tunduk untuk rukuk, maka dia mendapatkan bacaan yang afdhal sama ada secara sirr atau jahar. Namun jika sekiranya imam sudah tunduk untuk rukuk, maka dia sudah terlepas perkara tersebut. (Rujuk Hasyiah al-‘Adawiy ala’ syarh al-Khurasyi, 2:34)

Disamping itu juga, disunatkan untuk membaca secara jahar dalam solat jahriyyah walaupun mendirikan solat secara bersendirian. Imam al-Nawawi menambah:

وأما المنفرد فيسن له الجهر عندنا وعند الجمهور
“Adapun jika solat secara bersendirian, maka disunatkan juga baginya untuk membaca secara jahar di sisi mazhab Syafie dan jumhur ulama’.” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 3:344)

Kesimpulan

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa membaca surah al-Fatihah merupakan rukun solat yang jika sekiranya tertinggalnya maka batallah solat tersebut. Namun, jika imam hanya terlupa membacanya dengan suara yang kuat (jahar) dalam solat jahriyyah, ia tidak menjejaskan sahnya solat tersebut.

Hal ini kerana hukum membaca sirr atau jahar hanya sunat dan cara yang afdhal sahaja. Oleh itu, jika sekiranya imam terlupa ketika di awal surah dan belum tunduk untuk rukuk, maka hendaklah dia mengulanginya semula. Namun, jika imam sudah tunduk untuk rukuk, maka tidak perlu untuk bangkit mengulanginya kembali kerana dia sudah terlepas perkara tersebut dan dalam keadaan ini solatnya masih juga sah.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-imam-membaca-al-fatihah-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Wudhu Dan Solat Bagi Pesakit Buasir

Hukum Wudhu Dan Solat Bagi Pesakit Buasir

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 475 hits
SOALAN Saya mempunyai masalah buasir Saya telah mandi dan mencuci habis kawasan dubur saya kemudian saya berwudhu untuk mendirikan solat Masalah saya ialah ketika solat saya terasa ada cecair keluar dari punggung saya Apa yang perlu saya la...
Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

Hukum Mengerjakan Solat Istikharah Secara Berjemaah

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 331 hits
SOALAN Bolehkah solat istikharah dilakukan secara berjamaah JAWAPAN Istikharah membawa maksud menuntut bantuan dalam melakukan pemilihan Dari sudut seseorang menuntut supaya diberikan kesungguhan ke arah sesuatu perkara yang terpilih di sis...
Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

Pemergian Yang Dicemburui Lelaki Ini Meninggal Dunia Ketika Rakaat Ketiga Solat Asar

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 399 hits
Seorang jemaah lelaki di Masjid Raya Kota Parepare Sulawesi Selatan meninggal dunia pada rakaat ketiga solat Asar di masjid berkenaan petang semalam Bagaimanapun H Tahir Tenri yang meninggal pada jam kira kira 4 40 petang itu masih belum di...
Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid

Lelaki Curi Beg Abang Grabfood Ketika Solat Maghrib Di Masjid

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 794 hits
Sis tak faham betul dengan orang yang sanggup mencuri di dalam masjid Tak takut Allah ke Haih banyak lagi cara kalau nak cari duit tau Bukannya pergi mencuri barang orang Kesian dekat orang tu penat mencari rezeki yang halal untuk menyara k...
Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 589 hits
Solat itu tiang agama jadi beri tahu pasangan masing masing agar sentiasa taat dan patuh perintahNYA Setiap gerakan di dalam solat itu ada sebabnya salah satunya ketika sujud punya 1001 kelebihan yang tersembunyi First awareness of the body...
Hukum Membaca Bismillah Sebelum Membaca Tasyahud Dalam Sholat

Hukum Membaca Bismillah Sebelum Membaca Tasyahud Dalam Sholat

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 527 hits
Membaca tasyahud atau tahjiyyat termasuk rukun dalam shalat Umumnya kita tidak membaca basmalah sebelum membaca tasyahud Namun bagaimana hukumnya jika kita membaca basmalah sebelum membaca tasyahud Membaca basmalah sebelum membaca tasyahud ...
Hukum Mufaraqah Dalam Solat Berjemaah

Hukum Mufaraqah Dalam Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 493 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan mufaraqah Panduan ini akan membincangkan perkara berkaitan mufaraqah dalam solat berjemaah Dalam artikel ini Ia juga menerangkan segala perkara yang harus dilakukan oleh makmum dalam solat Isi Kandungan MAKSUD...
Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat Di Atas Bot Ketika Memancing

Bagaimanakah Cara Untuk Melakukan Solat Di Atas Bot Ketika Memancing

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 695 hits
Assalamualaikum w b t Saya ingin bertanya berkenaan panduan solat di atas bot memancing yang kecil Umum mengetahui ramai rakyat Malaysia yang menjadikan aktiviti memancing sebagai hobi Sebagai contoh situasi keluar memancing di laut dalam a...
Beg Pemandu Lori Dicuri Ketika Jemaah Sujud Solat Maghrib

Beg Pemandu Lori Dicuri Ketika Jemaah Sujud Solat Maghrib

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 523 hits
Astro Awani Polis mendapati jenayah itu dilakukan seorang lelaki yang telah mencuri beg tersebut ketika mangsa dan jemaah yang lain sedang sujud Foto Facebook ThisIsAmpang KUALA LUMPUR Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlib...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord