Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh


Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut ketika Solat Subuh. Apakah hukum jika imam tertinggal doa qunut Subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya, adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi salam?
BACA: Ruqyah Pulangkan Sihir Yang Dituju Kepada Penghantar Dengan Membaca Surah Az-Zalzalah
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Tertinggal Doa Qunut ketika Solat Subuh Pertama sekali, apakah definisi sujud sahwi dan keadaan yang menyebabkan berlakunya sujud sahwi. Menurut kitab al-Feqh al-Manhaji: Al-Sahwu adalah suatu kekurangan yang berlaku pada orang yang sedang solat di dalam solatnya.
Sama ada ia berlaku secara sengaja ataupun secara terlupa dan sujud – tempatnya di penghujung solat – sebagai jabr (suatu yang menguatkan) kekurangan berkenaan. (Rujuk Al-Feqh al-Manhaji (1/172)
Perbuatan sujud sahwi adalah bersumberkan satu kisah masyhur Zul Yadain diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
Beliau berkata: Nabi SAW mengimamkan solat Zuhur atau Asar bersama kami. Kemudian Baginda memberi salam. Maka berkata Zul Yadain kepada Nabi: Solat wahai Rasulullah, adakah kau mengurangkannya? Maka Nabi SAW bersabda: Benarkah apa yang dia katakan? Maka para sahabat pun berkata: Ya. Lalu Baginda melakukan dua solat yang berbaki, kemudian sujud sebanyak dua kali. (Riwayat al-Bukhari – 1169)

Antara sebab yang menuntut kepada sujud sahwi adalah seseorang itu meninggalkan salah satu daripada sunat ab’adh di dalam solat. Sunat ab’adh di dalam solat adalah beberapa perkara berikut:
• Al-Tasyahhud Al-Awwal.
• Selawat ke atas Nabi SAW selepas tasyahhud yang pertama.
• Duduk untuk tasyahhud awal.
• Selawat ke atas ahli keluarga Nabi SAW sesudah tasyahhud akhir.
• Qunut ketika i’tidal pada rakaat kedua solat fajar.

Antara dalil yang menguatkannya adalah satu riwayat daripada Al-Mughirah bin Syu’bah, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada dua rakaat dan masih belum berdiri sempurna maka hendaklah dia duduk. Dan apabila telah berdiri dalam keadaan sempurna, janganlah dia duduk serta dia sujud sebanyak dua kali sujud sahwi.” (Riwayat Ibn Majah – 1208)
Riwayat di atas menunjukkan, sekiranya seseorang terus bangun daripada tasyahhud awal, sekiranya dia berdiri dalam keadaan sempurna, hendaklah dia teruskan dan jangan duduk semula, sebaliknya dia perlu melakukan sujud sahwi.
Berdasarkan beberapa penjelasan dan hujah yang dikemukakan, seseorang imam yang tertinggal atau sengaja meninggalkan doa qunut ketika solat Subuh adalah disunatkan untuk dia melakukan sujud sahwi.

Sekiranya dia tidak melakukannya, tidaklah membatalkan solatnya. Ini kerana sujud sahwi hukumnya adalah sunat apabila berlakunya sebab yang tertentu seperti yang dinyatakan.
Bagi makmum pula, menjadi tuntutan untuknya mengikut imam dalam pergerakan solat.
Sekiranya imam melakukan sujud sahwi, hendaklah dia turut melakukannya.
Namun sekiranya imam tidak melakukan sujud sahwi (apabila berlaku sebab yang menuntut), maka tidak perlu makmum melakukannya selepas imam memberi salam.
Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
The post Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut ketika Solat Subuh. appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/ini-perkara-yang-wajib-buat-jika-terlupa-baca-doa-qunut-ketika-solat-subuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Nak Tanam Pokok Baca Doa Ni Moga Pokok Tumbuh Subuh Dan Hasil Diberkati

Sebelum Nak Tanam Pokok Baca Doa Ni Moga Pokok Tumbuh Subuh Dan Hasil Diberkati

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 1209 hits
Sebelum memulakan kerja dahulukan dengan dengan bismillah dan berdoa Pesanan ini begitu biasa kita dengar sejak kecil lagi Ini kerana kita yakin setiap usaha yang dilakukan jika disertakan doa akan memberikan ketenangan dan jika berhadapan ...
Masyaallah Inilah Jarak Matahari Di Padang Mahsyar Nanti Umat Islam Wajib Baca

Masyaallah Inilah Jarak Matahari Di Padang Mahsyar Nanti Umat Islam Wajib Baca

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 407 hits
Apabila kelak pada hari kiamat matahari didekatkan hingga tinggal berjarak satu atau dua mil mereka dibakar oleh terik matahari sehingga berkeringat sesuai dengan amalan mereka ada yang tenggelam dalam keringatnya sendiri hingga dua tumitny...
Imam Ditetak Selepas Solat Subuh

Imam Ditetak Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 496 hits
IMAM maut selepas ditetak sepupunya sebaik selesai menunaikan solat Subuh berhampiran surau Kampung Mamaitom Tenom pagi tadi Dalam kejadian jam 5 30 pagi itu Platani Ukir 35 yang juga imam surau berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian ...
Wajib Baca Buku Kisah Benar Ini Dedahkan Sikap Busuk Dan Sisi Gelap Segelintir Rakyat Malaysia

Wajib Baca Buku Kisah Benar Ini Dedahkan Sikap Busuk Dan Sisi Gelap Segelintir Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 874 hits
Foto Buku The Chinese DilemmaBaru baru ini dalam aku melayari Facebook tiba tiba aku terbaca satu status yang sangat menarik status itu ditulis oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Joseph Wong berikut adalah statusnya Foto Rupa rupa ...
Dap Halang Solat Subuh Fitnah

Dap Halang Solat Subuh Fitnah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 343 hits
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang membuat satu laporan polis berhubung penularan infografik mengandungi kenyataan berbaur fitnah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow Laporan oleh Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Zahar ...
Masjid Buka 9 30 Pagi Bila Mahu Solat Subuh Soal Najib

Masjid Buka 9 30 Pagi Bila Mahu Solat Subuh Soal Najib

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 391 hits
Datuk Seri Najib Razak turut memuatkan gambar notis operasi bertarikh 24 Disember lalu Foto ihsan Facebook NajibRazakKUALA LUMPUR 29 Dis Datuk Seri Najib Razak menuntut penjelasan berkenaan waktu operasi sebuah masjid di Pulau Pinang Bekas ...
Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

Notis Bertulisan Jawi Waktu Solat Subuh Johor Berubah 8 Minit Bermula Januari 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 557 hits
Ketika hangat isu penolakan tulisan jawi dalam silibus Bahasa Melayu oleh Dong Zong dan sekutunya pentadbiran negeri Johor kekal berpendirian Baru baru ini Jabatan Mufti Johor mengumumkan perubahan waktu solat Subuh di negeri berkenaan dala...
Baca Doa Ini Bagi Yang Selalu Balik Malam Ada Anak Kecil Dalam Rumah Elak Gangguan Jin Dan Syaitan

Baca Doa Ini Bagi Yang Selalu Balik Malam Ada Anak Kecil Dalam Rumah Elak Gangguan Jin Dan Syaitan

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1876 hits
Kebanyakkan ibu bapa yang bekerja biasanya akan pulang lewat ke rumah ada sehingga pukul 12 malam baru sampai ke rumah terutama bagi yang bekerja shift ataupun yang bekerja di bandar bandar besar Apabila anda balik ke rumah di tengah malam ...
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Pembuluh Darah Mata Gadis Remaja Pecah Gara Gara Tahan Bersin Elak Malu

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

Harga Emas Hari Ini Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Parent S Guide To Spanaway Kids Swimming Schools Finding The Perfect Fit

Ahli Parlimen Kota Bharu Sembang Kari Kata Netizen

Ulasan Bailout Sapura Bukti Kasih Madani Kepada Maha Kaya

Suami Ipar Masak Untuk Keluarga Anak Aku Terus Makan Phew

Anggota Jpj Dipenjara Setahun Kena Denda Rm80 000 Sebab Rasuah

Tips Temuduga Kerajaan