Hukum Minta Kembali Cincin Dan Gelang Hantaran Ketika Bercerai



SOALAN:
Apa hukumnya suami minta semula cincin dan gelang yang telah diberi/dipakaikan ketika akad nikah semasa perceraian? Duit maskahwin telah diberi asing mengikut kadar ketetapan negeri (RM300). Apakah status pemberian barang kemas tersebut? Bukankah ia hak mutlak isteri? Untuk pengetahuan, perceraian adalah dengan kebenaran mahkamah dan ketika bekas suami minta adalah ketika saya dan bekas suami sepakat untuk berpisah; sebelum saya memfailkan permohonan cerai fast track di mahkamah. Adakah amalan minta semula pemberian ketika akad nikah merupakan salah satu adat negeri memandangkan bekas suami bukan orang Selangor seperti saya tapi Melaka. Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Kami tidak menemui apa-apa dokumen perundangan yang meyakinkan dan menyokong kenyataan bahawa menjadi adat sebahagian negeri untuk memberikan semula pemberian ketika nikah kepada suami. Tetapi kami sebutkan di sini dalam bab pertunangan, Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa:

“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam mahkamah.”

Memandangkan isu di sini melibatkan perkahwinan dan perceraian, kami tidak bahaskan perihal balasan dalam pertunangan. Berikut kami nyatakan perbandingan “adat” tersebut dengan beberapa konsep dalam hukum hakam pernikahan.

Tiada pampasan ke atas wanita

Daripada satu sudut, adat berkenaan jika dipaksakan ke atas pihak perempuan, maka adalah salah satu bentuk bid’ah yang munkar. Ini kerana mengikut hukum Syarak, pihak lelakilah yang sepatutnya memberikan pampasan mut`ah kepada isteri dan bukannya daripada isteri yang telah ditalakkan. Firman Allah SWT:

لَّا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدَرُهُ مَتَاعًا بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِينَ
“Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah: 236)

Kata ulama', ayat ini memiliki empat dalil:

Arahan yang membawa kepada mewajibkan;Kadar dan penentuan kadar hanya pada perkara yang wajib dan tidak pada perkara sunat.Itulah adalah hak, maka ia adalah wajib ditunaikan.Frasa “`ala al-muhsinin”, “‘ala” di sini ialah huruf al-ilzam, untuk mewajibkan.
Firman Allah SWT:

وَلِلْمُطَلَّقَاتِ مَتَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ
“Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 241)

Ayat ini mengandungi huruf lam al-tamlik, yang membawa kepada pemilikan, dengan kadar yang mengikut uruf. Maka tidak dikadarkan perkara yang tidak wajib, melainkan perkara itu wajib jua. Oleh itu, siapa yang menegahnya adalah orang yang bukan bertaqwa, justeru, memberinya adalah kewajiban. [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (3/184)]

Dengan dalil ini, jelaslah bahawa kewajiban memberikan pampasan perceraian bukanlah tanggungjawab bekas isteri sebaliknya adalah pihak suami.

Menuntut kembali pemberian adalah diharamkan

Berkata ulama', tidak dihalalkan kepada pemberi untuk meminta pulang barang yang telah diberikan, melainkan al-asl (bapa, ibu, datuk, dan nenek) meminta daripada al-far’ (anak dan cucu), dan pemberian yang bersyarat.

Dalilnya ialah daripada Ibn Umar dan Ibn Abbas radhiallahu `anhuma bahawa mereka membawa suatu kes kepada Rasulullah SAW yang kemudiannya bersabda:

قَالَ لَا يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُعْطِيَ عَطِيَّةً أَوْ يَهَبَ هِبَةً فَيَرْجِعَ فِيهَا إِلَّا الْوَالِدَ فِيمَا يُعْطِي وَلَدَهُ وَمَثَلُ الَّذِي يُعْطِي الْعَطِيَّةَ ثُمَّ يَرْجِعُ فِيهَا كَمَثَلِ الْكَلْبِ يَأْكُلُ فَإِذَا شَبِعَ قَاءَ ثُمَّ عَادَ فِي قَيْئِهِ
“Tidak halal bagi seorang laki-laki yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya kembali, kecuali orang tua mengambil apa yang dia berikan kepada anaknya. Dan permisalan orang yang memberi suatu pemberian kemudian mengambilnya seperti anjing yang makan, maka setelah kenyang ia muntah kemudian menelan muntahannya kembali.” [Riwayat Abu Daud (3539) dan al-Tirmidzi (1299). Al-Tirmidzi mensahihkannya]

Ulama' fiqh berkata, memakan muntah semula adalah haram maka begitu jugalah perangai buruk siku. [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (3/184)]

Mahar dan cerai secara khulu’

Suami hanyalah boleh meminta balik pemberian yang diberikan ketika nikah jika tuntutannya itu adalah cerai secara khulu’. Menurut Imam al-Nawawi “khulu`” bermaksud pembubaran perkahwinan dengan suatu balasan, menggunakan lafaz talak atau khulu’. [Rujuk Minhaj al-Tolibin (ms. 226)]

Firman Allah SWT:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا فِيمَا افْتَدَتْ بِهِ
“Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa -mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).” (Surah al-Baqarah: 229)

Perceraian secara khulu’ perlu mempunyai sighah ijab dan qabul antara suami dan isteri yang ingin bercerai itu, seperti lafaz suami: “Aku ceraikan dikau dengan balasan gelang hantaran”, kemudian jawab isteri: “Aku terima”, atau isteri menyebut: “Ceraikan aku, nanti aku berikan balik gelang hantaran”, kemudian dijawab oleh suami: “Baik, aku ceraikan kau”. Jika sah ijab qabul itu, maka sahlah talak khulu’ dan wajiblah isteri itu serahkan balasan yang diminta.

Manakala mahar, itu menjadi milik mutlak pihak isteri. Memintanya kembali tanpa sebab khulu’ adalah haram dan berdosa. Allah SWT juga mencela para suami yang menarik kembali mahar yang telah dia berikan kepada isterinya. Allah SWT berfirman:

وَإِنْ أَرَدْتُمُ اسْتِبْدَالَ زَوْجٍ مَكَانَ زَوْجٍ وَآتَيْتُمْ إِحْدَاهُنَّ قِنْطَارًا فَلَا تَأْخُذُوا مِنْهُ شَيْئًا أَتَأْخُذُونَهُ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا (20) وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا (21)
“Jika kamu ingin menggantikan isteri kamu dengan isteri yang lain (menceraikan isteri pertama dan bernikah lagi), sedang kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak (mahar), maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya walau sedikitpun. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata? Bagaimana mungkin kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebahagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri? Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” (Surah al-Nisa: 20–21)

Kesimpulan

Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami berpendapat seperti berikut:

Kami tidak mengetahui adat setempat yang mewajibkan isteri memulangkan kembali hadiah yang diterima semasa pernikahan pada waktu perceraian. Sekiranya adat itu wujud sekalipun, maka hukumnya adalah tertakluk kepada keredhaan bekas isteri dan ihsannya, bukannya kewajiban. Ini kerana adat tidak boleh menghalalkan perkara yang haram, dan mengharamkan perkara yang halal.Jika pemulangan hadiah itu adalah balasan dalam cerai khulu’ maka itu diharuskan kerana sifatnya adalah harta. Justeru, isteri wajib memulangkan untuk menguatkuasakan sighah cerai khulu’. Jika tidak dipulangkan, maka tidak berlaku cerai khulu’.Mahar tidak boleh dituntut oleh pihak suami sama ada dalam perkahwinan atau selepas perceraian, kerana itu adalah isteri yang diiktiraf berdasarkan nas al-Quran. Penggunaan harta mahar oleh suami tertakluk dengan budi bicara dan ihsan pihak isteri. Apatahlagi merampas balik harta mahar itu adalah diharamkan.Secara asasnya, apa-apa pemberian sudah termeterai pemilihan milik apabila berlakunya qabdh (penerimaan barang). Justeru, tidak halal bagi seorang pemberi untuk buruk siku meminta kembali barang yang diberikan melainkan dalam kes-kes yang tertentu.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada pihak penanya. Wallahua`lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-minta-kembali-cincin-dan-gelang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Lelaki Pakai Gelang

Hukum Lelaki Pakai Gelang

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 816 hits
Ada ke suami abang ayah adik lelaki rakan lelaki yang pakai gelang macam ni Kalau ada tanggal dan tinggalkanlah ia Tak bermanfaat Bahawa Rasulullah s a w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat dar...
Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

Hukum Imam Membaca Al Fatihah Secara Senyap Ketika Solat Jahriyyah

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 361 hits
SOALAN Apakah hukum bagi imam yang terlupa untuk membaca al Fatihah secara jahar pada solat Isyak dengan membacanya secara sirr Adakah imam perlu untuk mengulangnya semula atau menyambung sahaja surah al Fatihah tersebut JAWAPAN Membaca sur...
Tanam Anak Ketika Gerhana Matahari Cincin

Tanam Anak Ketika Gerhana Matahari Cincin

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 400 hits
NEW DELHI Sekumpulan ibu bapa di India yang percaya dengan ritual penyembuhan bertindak menanam anak mereka hidup hidup ketika fenomena gerhana matahari cincin pada Khamis lalu Kira kira 10 kanak kanak dicampakkan dalam lubang sebelum lumpu...
Guru Tabika Disamun Ketika Dalam Kelas

Guru Tabika Disamun Ketika Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 527 hits
MERSING Seorang guru wanita cedera di bahagian hidung selepas diserang dan disamun seorang individu di sebuah tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat di Felda Tenggaroh 1 di sini petang tadi Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing Asisten Superinten...
Pakar Sosial Media Kongsikan Cara Bagaimana Untuk Sentiasa Ada Posting Di Sosial Media Walaupun Ketika Sibuk

Pakar Sosial Media Kongsikan Cara Bagaimana Untuk Sentiasa Ada Posting Di Sosial Media Walaupun Ketika Sibuk

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 207 hits
Hari ini sudah 27hb Disember Lima hari lagi menuju 2020 Kebiasaannya saya sudah susun nbsp content nbsp mapping untuk penulisan tahun hadapan Saya beritahu serba sedikit mengapa saya sentiasa ada posting untuk ditulis 1 80 posting saya adal...
Kepalabatas Mangsa Mati Lemas Ketika Mengail Udang Ditemui

Kepalabatas Mangsa Mati Lemas Ketika Mengail Udang Ditemui

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 402 hits
Jasad pemuda yang lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua rakannya karam sewaktu mengail udang di Sungai Muda dekat Kepala Batas Pulau Pinang berjaya ditemukan petang Selasa Mayat Muhammad Najmi Mohd Lazim 22 tahun dari Kampung Ekor Kuci...
Wanita Berak Tepi Highway Ketika Trafik Sesak

Wanita Berak Tepi Highway Ketika Trafik Sesak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 1427 hits
Tidak tahan ingin membuang air kecil mahupun besar mungkin menjadi mimpi ngeri bagi segelintir pengguna jalan raya ketika terperangkap dalam trafik sesak Baru baru ini tular video menunjukkan seorang wanita membuang air besar di tepi lebuh ...
Cara Shalat Rawatib Ketika Jamak

Cara Shalat Rawatib Ketika Jamak

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 250 hits
Cara Shalat Rawatib Ketika Jamak Apakah ketika kita melakukan jamak shalat kita tetap disyariatkan mengerjakan shalat rawatib bakdiyah dan qabliyah Lalu bagaimana tata cara urutannya Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ...
Ngeri Atlet Patah Kaki Ketika Pertandingan 100 Meter

Ngeri Atlet Patah Kaki Ketika Pertandingan 100 Meter

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 550 hits
Menjadi atlet banyak risiko kecederaan lebih lebih lagi apabila atlet tersebut berkaitan dengan acara pecut Ketika berlari badan kita terutamanya otot dan tulang mendapat hentakan dan tekanan yang berterusan Apabila gerakan tubuh kita tidak...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp