Makin Ramai Pelajar Biadap Dengan Pensyarah Kerana Ai Salah Teknologi Atau Cara Kita Berfikir


Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan pelajar bukan lagi perkara luar biasa. Ia telah menjadi alat harian sama seperti kalkulator, enjin carian atau buku rujukan digital. Namun, kebelakangan ini semakin kerap juga kita melihat video dan cerita pelajar yang berdebat, meninggi suara bahkan memperlekeh pensyarah apabila disoal tentang tugasan yang disiapkan menggunakan AI. Ada yang mempertahankan jawapan AI sedangkan mereka sendiri tidak faham isi ditulis dalam tugasan yang dihantar.
Hakikatnya masalah ini bukan kerana AI itu wujud, tetapi kerana cara manusia menggunakannya. AI tidak pernah memaksa manusia menyalin jawapan bulat-bulat. AI tidak pernah menyuruh kita daripada berhenti berfikir.
Apa yang menjadikan tulisan itu kosong jiwa ialah apabila pelajar hanya menekan butang ‘generate’ dan menyalin semula tanpa faham lalu mendakwa itu hasil kerja mereka. Di sinilah bermulanya hilang adab apabila seseorang merasa cukup hanya dengan hasil segera tanpa usaha dari akal dan hati.
Pensyarah bukan menolak teknologi. Ramai daripada mereka turut menggunakan AI untuk menyemak tatabahasa, mencari rujukan atau merancang pengajaran. Apa yang mereka pertahankan ialah nilai ilmu itu sendiri.
Mereka mahu melihat cara pelajar berfikir dan bukan hanya hasil tulisan. Tulisan manusia ada ‘getar’ pengalaman, ada sedikit kesilapan yang jujur dan ada cara penyampaian yang datang dari hati. Ia punyai ‘roh tersendiri’.
Manakan sama penulisan kita dengan penulisan yang datang dari AI. ‘Hamburan’ dari jiwa dan susunan kosa kata bermakna dititip penuh teliti, bukan sekadar menyusun jargon aneh agar orang yang membaca terasa ‘wow’ dengan hasil akhir.
Tulisan AI boleh dilihat sebagai tersusun dan kemas tetapi sering kali ‘hambar’. Atas kerana itulah pensyarah boleh mengenal pasti perbezaannya walaupun sekilas pandang.
Dalam dunia hari ini, kita tidak boleh melarang penggunaan AI. Ia ada dalam telefon, komputer, kamera, malah dalam cermin mata serta aplikasi harian.
Tetapi kita masih boleh memilih bagaimana ia digunakan. Gunakan untuk memahami, bukan menggantikan pemahaman. Gunakan sebagai alat untuk membantu, bukan sebagai pengganti otak.
Apa gunanya karangan sempurna jika pemiliknya tidak mampu menjelaskan semula isi kandungan apabila ditanya di hadapan kelas? Betul tak?
Masalah menjadi lebih besar apabila pelajar merasakan mereka lebih pintar daripada pensyarah hanya kerana mereka tahu menggunakan teknologi. Di sinilah lahirnya sikap biadab apabila teknologi dijadikan alasan untuk mengabaikan adab.
Pensyarah bukan musuh kemajuan. Mereka hanya mahu melihat kejujuran dalam proses menuntut ilmu. Mereka tidak marah jika pelajar menggunakan AI tetapi kecewa apabila para pelajar tidak lagi mahu berfikir dan tidak menghargai usaha sendiri.
Isu ini bukan tentang menolak atau menerima AI. Ia tentang menjaga nilai ilmu dan maruah seorang pelajar. Dunia akan sentiasa berubah, teknologi akan semakin maju, tetapi adab dan pemikiran asli tetap menjadi asas seseorang manusia berilmu.
AI boleh menjawab, menulis dan merancang, tetapi ia tidak boleh menggantikan kejujuran, rasa hormat dan kemampuan manusia untuk berfikir secara tuntas.
Selagi kita sedar hakikat ini, AI akan kekal sebagai alat. Tetapi jika kita lupa, kitalah yang akan menjadi alatnya.
Yang sekali-sekala menulis,
Arya.
Views: 6
The post Makin Ramai Pelajar Biadap dengan Pensyarah Kerana AI; Salah Teknologi atau Cara Kita Berfikir? appeared first on OMGHACKERS.COM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/makin-ramai-pelajar-biadap-dengan-pensyarah-kerana-ai-salah-teknologi-atau-cara-kita-berfikir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mantik Cara Berfikir Benar

Mantik Cara Berfikir Benar

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 148 hits
Mengikut pengertian bahasa mantik bermaksud Perkataan mantik berasal daripada bahasa Yunani iaitu Logos yang bermaksud kata atau fikiran yang benar Mengikut bahasa Arab ia berasal daripada perkataan Natoqa yang bermaksud berkata atau bercak...
Warga Hat Yai Prihatin Sediakan Bubur Untuk Pelajar Pensyarah Uum Yang Terkandas

Warga Hat Yai Prihatin Sediakan Bubur Untuk Pelajar Pensyarah Uum Yang Terkandas

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 113 hits
Warga Hat Yai Prihatin Sediakan Bubur Untuk Pelajar Pensyarah UUM Yang Terkandas Kawasan tumpuan pelancong di Hat Yai Thailand kini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu sekali gus menjejaskan rutin harian p...
Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 205 hits
Price Catcher KPDN memudahkan pengguna menyemak harga barang terkini di seluruh Malaysia dengan cepat dan tepat Melalui carian lokasi dan perbandingan harga antara premis pengguna boleh membuat keputusan membeli dengan lebih bijak dan menji...
Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

Cara Semulajadi Rawat Rabun Mata Dengan Selamat

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 165 hits
Bila usia meningkat mesti ramai antara kita yang mula rasa mata tak seterang dulu Tulisan jauh nampak blur kena kecikkan mata kalau nak baca papan tanda atau asyik nak tambah brightness bila tengok Sebenarnya ada beberapa cara semulajadi ya...
Diskaun Ihsan Cara Mohon Potongan Khas Pinjaman Kereta

Diskaun Ihsan Cara Mohon Potongan Khas Pinjaman Kereta

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 131 hits
Diskaun Ihsan ialah potongan harga khas yang diberikan oleh bank atau institusi kewangan kepada pelanggan yang ingin menyelesaikan lebih awal perjanjian sewa beli kenderaan khususnya bagi kontrak yang ditandatangani sebelum pindaan Akta Sew...
Petua Cuci Ketuhar Cara Mudah Berkesan Bersihkan Ketuhar Berminyak

Petua Cuci Ketuhar Cara Mudah Berkesan Bersihkan Ketuhar Berminyak

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 155 hits
Petua Cuci Ketuhar Berminyak Dengan Cara Mudah Berkesan Nak tahu cara mudah cuci ketuhar berminyak Maklumlah ketuhar jika selalu guna untuk masak macam macam makanan pasti akan kotor Jika dibiarkan memang susah nak tanggal kesan makanan yan...
Cara Hilangkan Darah Degil Di Tuala Putih

Cara Hilangkan Darah Degil Di Tuala Putih

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 127 hits
Cara Hilangkan Darah Degil di Tuala Putih Cara Hilangkan Darah Degil di Tuala Putih Hari ini kita akan belajar cara yang betul untuk hilangkan kotoran darah pada tuala putih Semua teknik ini mudah praktikal dan berdasarkan sains Jangan pani...
Kelebihan Chia Seed Cara Penggunaan

Kelebihan Chia Seed Cara Penggunaan

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 123 hits
Dalam dunia hari ini semakin menjadi pilihan ramai kerana saiznya kecil tetapi khasiatnya sangat besar Jom kita tengok kelebihan utama chia seed dan bagaimana cara paling mudah untuk mengamalkannya setiap hari Kelebihan Chia Seed1 Chia seed...
Erra Fazira Nikah Dengan Ezwan Zain Dalam Majlis Tema Serba Putih

Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Tiada Prospek Kejayaan Agc Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Rosmah

Irresistible Beef Meatball Recipe No Dairy

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Aku Bukan Ceplos Beebayar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yamaha Lc V8 Upgrade Uma Racing Back Pressure Exhaust Air Filter Tuneboss Ecu

Lazada S Christmas Promotion

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Seni Makan Sedap Ketika Kenikmatan Bertemu Kesukaran Buang Air Besar

Pm Thailand Bubarkan Parlimen Pulangkan Kuasa Ke Rakyat Demi Demokrasi Yang Kembali Seimbang

Pengguna Android Dikesan Jadi Sasaran Perisian Hasad Droidlock