Warga Hat Yai Prihatin Sediakan Bubur Untuk Pelajar Pensyarah Uum Yang Terkandas


Warga Hat Yai Prihatin, Sediakan Bubur Untuk Pelajar & Pensyarah UUM Yang Terkandas
Kawasan tumpuan pelancong di Hat Yai, Thailand kini dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu, sekali gus menjejaskan rutin harian penduduk serta pelancong yang berada di kota tersebut.
Situasi itu turut dikongsi orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang sedang bercuti di Hat Yai, apabila video dan foto keadaan banjir mula tular di media sosial.
Dalam masa yang sama, beberapa pelancong dilaporkan terkandas di hotel masing-masing berikutan paras air yang meningkat dan kesukaran untuk keluar ke kawasan lain
Warga Hat Yai masak bubur untuk pelajar, pensyarah Menerusi hantaran Universiti Utara Malaysia (Official FB) di Facebook, warga tempatan di Hat Yai menunjukkan keprihatinan luar biasa dengan segera tampil menghulurkan bantuan kepada pelajar dan pensyarah universiti yang terkandas akibat banjir.
Pihak universiti turut mengucapkan terima kasih kepada warga Hat Yai yang sudi menyediakan bubur nasi sebagai sarapan untuk para pelajar dan pensyarah di Wangburapa Grand Hotel.
“Jasamu tetap kami kenang seumur hidup,” ujar pihak UUM.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan keadaan banjir di Hat Yai, Thailand semakin buruk apabila air mula mencecah paras sebuah bangunan hari ini.
Perkara itu dikongsikan oleh pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Mimi Nadzirah Afiqah Md Suhaimi, 21, yang masih terkandas di Hotel Wangburapa Grand bersama 35 pelajar lain dan empat pensyarah universiti tersebut.
“Paras air semakin naik sampai tingkat satu dan bot sukar nak datang ke tempat kami kerana air deras dan tinggi, ini menyebabkan kesukaran kepada kami dan juga pihak-pihak yang nak menyelamatkan kami.
“Keadaan pelajar dan staf UUM masih selamat dengan sumber makanan terhad,” katanya menerusi pesanan WhatsApp yang dikongsikan oleh universiti itu kepada media hari ini.
Beliau berkata Konsulat Jeneral Malaysia ada menghantar bekalan makanan namun terhad dan terpaksa berkongsi sesama mereka.
Semalam, UUM memaklumkan bahawa operasi pemindahan 40 individu termasuk pensyarah universiti itu ke tempat selamat ditangguhkan ekoran hujan lebat di Hat Yai.
Menurut UUM, koordinasi antara Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan pihak berkuasa tempatan di Hat Yai akan dilaksanakan secepat mungkin apabila hujan mulai reda.
Seramai 40 pelajar serta pensyarah pengiring daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) berada di Hat Yai bagi mengikuti Program Pertukaran Budaya Thailand-Malaysia 2025 dan terkandas sejak 22 Nov lepas akibat banjir.
BACA: “Boleh Rosakkan…” Mat Saleh Kongsi Pengalaman, Dedah Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia Sumber: Universiti Utara Malaysia (Official FB)
The post Warga Hat Yai Prihatin, Sediakan Bubur Untuk Pelajar & Pensyarah UUM Yang Terkandas appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/25/warga-hat-yai-prihatin-sediakan-bubur-untuk-pelajar-pensyarah-uum-yang-terkandas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 000 Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Di Hat Yai Semua Dilaporkan Selamat

4 000 Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Di Hat Yai Semua Dilaporkan Selamat

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 213 hits
4 000 Rakyat Malaysia Terkesan Banjir Di Hat Yai Semua Dilaporkan Selamat SONGKHLA 22 Nov Kira kira 4 000 rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda namun semuanya dilaporkan selamat menuru...
Over 1 200 Malaysians Rescued From Flood Hit Hat Yai

Over 1 200 Malaysians Rescued From Flood Hit Hat Yai

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 218 hits
Residents are rescued on a boat in flood waters in Hat Yai in Thailand s southern Songkhla province on November 26 2025 as severe flooding affected thousands of people in the country s south following days of heavy rain AFP PICPUTRAJAYA Mal...
Wisma Putra Urges Malaysians Abroad To Register Travel Plans After Successful Hat Yai Evacuation

Wisma Putra Urges Malaysians Abroad To Register Travel Plans After Successful Hat Yai Evacuation

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 138 hits
WISMA Putra has called on Malaysians travelling overseas to register with the nearest embassy or via the MyWorld Alert app citing worsening regional weather risks The appeal follows the successful evacuation of over 600 Malaysians stranded ...
Banjir Hat Yai Tindakan Staff Hotel Ini Buat Pelancong Malaysia Terharu

Banjir Hat Yai Tindakan Staff Hotel Ini Buat Pelancong Malaysia Terharu

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 203 hits
Banjir Hat Yai Tindakan Staff Hotel Ini Buat Pelancong Malaysia Terharu Kawasan pelancongan Hat Yai Thailand dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan ramai yang terkandas termasuk rakyat Malaysia Insiden itu menyeb...
Netizens Hearts Go Out To A Poor Stranded Husky In The Hat Yai Flood

Netizens Hearts Go Out To A Poor Stranded Husky In The Hat Yai Flood

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 166 hits
THE monsoon season never fails to capture the imagination of Malaysians Photos and videos of people evacuating and places being inundated by deep water are already rife on the cyber space The number of people displaced by the ongoing floods...
Pelajar Disyaki Toreh Bapa Direman 3 Hari

Pelajar Disyaki Toreh Bapa Direman 3 Hari

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 143 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pelajar berusia 17 tahun direman tiga hari untuk siasatan kes mendatangkan kecederaan terhadap bapanya Ketua Polis Wangsa Maju Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada...
Ramai Terhibur Pelajar Lelaki Ni Tak Henti Bercakap Sampai Petugas Hilang Sabar

Ramai Terhibur Pelajar Lelaki Ni Tak Henti Bercakap Sampai Petugas Hilang Sabar

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 167 hits
Ramai Terhibur Pelajar Lelaki Ni Tak Henti Bercakap Sampai Petugas Hilang Sabar Dalam kehidupan harian kita sering berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang aneh dan menguji kesabaran kita Ada individu yang pendiam dan lebih selesa berkom...
Lelaki Bersenjata Culik 25 Pelajar Perempuan

Lelaki Bersenjata Culik 25 Pelajar Perempuan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 105 hits
KOSMOGambar menunjukkan Sekolah Menengah Komprehensif Perempuan Kerajaan di Maga negeri Kebbi Mustapha IbrahimABUJA Sekurang kurangnya seorang guru terbunuh manakala 25 pelajar diculik kumpulan lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah sekolah...
Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Ft Mufti Draws 7 Guidelines Of Dos And Don Ts For Muslims Who Wish To Join In Christmas Do

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buasir Otak Tv Roblox Ambil Lesen Belajar Memandu Live

Santai Di Kopi Fatt Choi Tenom Sabah

Kerja Pejabat Makin Banyak Tapi Kudrat Makin Kurang

Kinohimitsu Memperkenalkan Glow Grow Duo Ritual Persediaan Kecantikan Untuk Musim Perayaan Yang Bakal Tiba

Percetakan 3d Dan Serat Kenaf Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Beli Kacang Pistachio Dan Kacang Gajus Murah