Petua Cuci Ketuhar Cara Mudah Berkesan Bersihkan Ketuhar Berminyak


Petua Cuci Ketuhar Berminyak Dengan Cara Mudah & Berkesan Nak tahu cara mudah cuci ketuhar berminyak? Maklumlah, ketuhar jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan ketuhar tanpa guna banyak tenaga.

Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru. Selain itu, penjagaan ketuhar juga penting supaya peralatan ini tahan lebih lama dan sentiasa selamat digunakan. Bila ketuhar bersih, makanan pun masak lebih sekata dan wangi tanpa bau hangit.
Petua Cuci Ketuhar Berminyak Dengan Mudah Bahan-Bahan: 2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
Cara-Cara Cuci Ketuhar: Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda (redai, tray dan sebagainya).
Campurkan baking soda, air dan cuka ke dalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair atau pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor. (Masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
Sapukan cecair atau pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini. Kalau tidak, mungkin tahap kebersihan ketuhar anda tidak seperti yang diharapkan.
Cukup 12 jam atau semalaman, ambil kain buruk atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan dan spray dengan air bersih.
Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat. Tak perlu beli pencuci yang mahal atau beli ketuhar baru. Cuci ikut cara ni memang sangat berkesan dan memuaskan hati.
Cara Cuci Permukaan Kaca (Pintu) Ketuhar Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap dan bilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
Tips Tambahan Untuk Cuci Ketuhar Supaya Lebih Bersih Selain petua di atas, anda juga boleh lakukan beberapa langkah tambahan untuk memastikan proses cuci ketuhar lebih mudah dan hasil lebih memuaskan. Antaranya:
– Elakkan menggunakan bahan yang terlalu kasar pada permukaan kaca supaya tidak meninggalkan calar.
– Gunakan kain microfiber jika mahu hasil lebih kilat ketika mengelap bahagian luar ketuhar.
– Jika ketuhar mempunyai fungsi steam, hidupkan sebentar selepas dibersihkan supaya wap membantu melembutkan sisa kotoran.
Langkah-langkah tambahan ini bukan sahaja membantu menanggalkan minyak degil, malah menjadikan proses cuci ketuhar lebih cepat tanpa perlu ulang banyak kali.
Peringatan Penting Semasa Cuci Ketuhar JANGAN switch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih sahaja.
Kredit petua: Chef Asma Nordin
Dengan langkah-langkah ini, proses cuci ketuhar bukan sahaja menjadi lebih mudah tetapi hasilnya lebih bersih, selamat dan tahan lama. Bila diamalkan secara berkala, ketuhar anda sentiasa kelihatan seperti baru dan tidak lagi berbau makanan lama. Ketuhar bersih, penyediaan makanan pun jadi lebih terjamin. Tak perlu beli ketuhar baru pun. Jaga dengan baik, ketuhar boleh guna lebih lama. Anda pun boleh hidangkan makanan yang terbaik buat keluarga tercinta. Tak perlu lagi makan dekat kedai. Masak sendiri di rumah, lebih sedap dan berkhasiat.
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Baca pelbagai artikel best di website RASA serta tonton lebih banyak video tip & trik yang mudah dan berkesan di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official . 
Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah & Berkesan!

Cara Hilangkan Kerak & Kesan Hangus Pada Periuk. 6 Bahan Dapur Paling Berkesan!



from RASA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/12/petua-cuci-ketuhar-cara-mudah-berkesan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

Tip Praktikal Tajamkan Mata Pengisar Dengan Cara Mudah Berkesan

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 230 hits
Tajamkan mata pengisar sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka Ramai yang ingat bila blender dah kurang memotong atau mula mengambil masa lama untuk kisar bawang cili atau bahan masakan lain itu tandanya ia perlu diganti Tetapi sebenarnya...
Jangan Panik Ini Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula

Jangan Panik Ini Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 165 hits
Jangan Panik Ini Petua Mudah Halau Semut Dalam Gula Gula merupakan salah satu bahan dapur yang paling kerap digunakan Namun ia juga sering menjadi sasaran semut Tidak kira sama ada diletakkan di dalam bekas kaca plastik atau kotak serangga ...
Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening

Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 186 hits
Petua Mudah Lebatkan Bulu Kening Bila teringatkan tentang kening ada satu cerita ketika sekolah menengah dahulu yang membuatkan saya tersenyum sendiri Ini ada kaitan dengan impian mendapat kening yang hitam dan menawan Nak tahu apa saya dan...
Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 251 hits
Program Discover Your Good at Sentosa menawarkan peluang unik untuk mendapatkan gelang dengan charm eksklusif yang membuka pelbagai keistimewaan di seluruh Pulau Sentosa Menariknya dengan Starter Charm ini anda boleh menikmati pelbagai keis...
Bantuan Tadika Selangor 2026 Cara Mohon Syarat

Bantuan Tadika Selangor 2026 Cara Mohon Syarat

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 255 hits
Bantuan Tadika Selangor adalah skim bantuan yuran tadika yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu meringankan beban ibu bapa membayar yuran tadika Layari untuk maklumat lanjut Bantuan yang diberikan akan disalurkan terus...
Tubuh Parti Baru Tak Mudah

Tubuh Parti Baru Tak Mudah

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 167 hits
Jamzuri ArdaniTubuh parti baru nie tak mudah Hati kena keras Tokoh hebat macam Ku Li dan Tun M pun tersadai bila tubuh 46 dan Pejuang Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang diasaskan oleh tokoh politik veteran Kadir Sheikh Fadzir pun tenggelam Z...
Tawas Selangor 2026 Cara Tebus Rm1500 Untuk Kelahiran 2008

Tawas Selangor 2026 Cara Tebus Rm1500 Untuk Kelahiran 2008

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 245 hits
Tabung Warisan Anak Selangor akan mula menyalurkan pembayaran manfaat bagi kelahiran tahun 2008 pada tahun 2026 Semak kelayakan kemaskini kini maklumat dan pilihan kaedah pembayaran di portal rasmi Yayasan Warisan Anak Selangor Tabung Waris...
Bahaya Kudis Api Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Cara Rawatan

Bahaya Kudis Api Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Cara Rawatan

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 182 hits
Bahaya Kudis Api Ibu Bapa Wajib Tahu Punca Cara Rawatan Kebersihan diri merupakan asas penting dalam menjaga kebersihan kulit Hal ini kerana kulit merupakan lapisan yang melindungi tubuh dari terdedah dengan bahan pencemaran dan juga kuman ...
Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Income Pasif Automatik Cara Jana Pendapatan Tanpa Pantau Chart Setiap Hari

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Gigi Rosak Berkulat Ketahui 8 Punca Utama


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Healthy Low Carb Ground Beef Recipe

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

30 Juzuk Terakhir

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Kasih Suami Jaga Isteri Dalam Pantang Undang Sebak Video Food Festival Kembali Tular