Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia


Price Catcher KPDN memudahkan pengguna menyemak harga barang terkini di seluruh Malaysia dengan cepat dan tepat.
Melalui carian lokasi dan perbandingan harga antara premis, pengguna boleh membuat keputusan membeli dengan lebih bijak dan menjimatkan.
Apa itu Price Catcher KPDN Price Catcher KPDN ialah sebuah aplikasi rasmi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dibangun untuk membantu pengguna memantau, menyemak dan membandingkan harga barang keperluan harian di seluruh Malaysia.
Aplikasi ini memudahkan pengguna membuat carian lebih 4,000 barangan di pasaran dengan harga terkini, secara mudah, cepat dan tepat.
Melalui Price Catcher, pengguna dapat melihat harga barangan yang dipantau setiap hari, minggu dan bulan merangkumi pelbagai jenis premis seperti pasar basah, pasar raya, pasar mini, kedai runcit serta hypermarket.
Aplikasi ini turut memaparkan harga 480 barangan terpilih secara lebih terperinci berdasarkan lokasi setempat.
Price Catcher KPDN juga memantau 6 kategori utama barangan, iaitu:
Barangan segar Barangan kering Minuman Susu dan barangan bayi Produk kebersihan Barangan berbungkus/tin/pek/kotak/botol Kelebihan Price Catcher KPDN Mudah buat carian harga barang mengikut kategori dan lokasi. Paparan harga disusun mengikut premis yang menawarkan harga terendah kepada harga tertinggi. Ada kemudahan tunjuk arah ke lokasi premis yang dipilih menggunakan Google Maps/Waze. Hasil carian harga boleh dikongsi melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Mudah menyimpan item barangan pilihan di dalam fungsi “Bakul Saya”. Boleh buat perbandingan harga berdasarkan premis dan anggaran keseluruhan harga barangan yang ada dijual di premis tersebut. Cara Menggunakan App Price Catcher 1. Cara Buat Perbandingan Harga Muat turun aplikasi Price Catcher KPDN di telefon masing-masing menggunakan pautan ini: Google Play Store Apps Store HUAWEI AppGallery Buka aplikasi Klik “Mula Sekarang” Sahkan kebenaran untuk akses kepada lokasi anda Klik “Teruskan” Klik “Banding Sekarang” Pilih mana-mana 6 kategori barangan terpilih seperti segar, kering, berbungkus, produk bayi, kebersihan dan minuman. Pilih kategori barang Buat perbandingan harga dari semua senarai pasaraya yang berdekatan dengan anda (dalam lingkungan 10KM radius dari lokasi semasa & berdasarkan kutipan harga KPDN) 2. Cara Kongsi Harga Melalui aplikasi Price Catcher, pengguna boleh berkongsi maklumat harga barangan dengan mudah dan cepat dengan pengguna lain. Berikut adalah caranya:
Klik butang “Jom Kongsi” di halaman utama. Klik “Buka Kamera” untuk mengambil gambar. Isi maklumat dan klik hantar. Perkongsian dipaparkan di kongsi. Muat Turun App Price Catcher KPDN Sertai jutaan pengguna yang menggunakan aplikasi Price Catcher KPDN untuk membuat semakan dan perbandingan harga secara telus. Muat turun secara percuma hari ini.
Google Play Store Apps Store HUAWEI AppGallery Soalan Lazim Price Catcher KPDN 1. Apa itu Price Catcher? PriceCatcher adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan KPDN yang membolehkan pengguna membuat carian dan perbandingan harga barangan terpilih dari premis-premis terpilih di seluruh negara.
2. Bagaimana saya mendapatkan Price Catcher? Anda boleh mendapatkan aplikasi PriceCatcher untuk peranti pintar anda dari Apple AppStore atau anda juga boleh mencuba fungsi yang sama di laman sesawang pricecatcher.infopengguna.com.
3. Adakah perkhidmatan Price Catcher percuma? Ya, aplikasi serta perkhidmatan PriceCatcher adalah percuma.
4. Apakah barangan yang tersenarai di Price Catcher? Kini PriceCatcher menyenaraikan lebih 480 barangan asas harian. Dalam masa yang terdekat, jumlah barangan akan dipertingkatkan untuk merangkumi pelbagai barangan lain juga.
5. Lokasi dan premis perniagaan manakah yang disenaraikan di Price Catcher? PriceCatcher merangkumi lokasi di seluruh negara. Ia meliputi dan mendapatkan data harga dari pelbagai premis perniagaan termasuklah pasar basah, kedai runcit hinggalah gedung-gedung besar.
6. Apakah cara bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan? Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:

– Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
– Mengubah tanggapan negatif kepada positif
– Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan
– Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
– Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
– Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
– Tahu hak dan tanggungjawab pengguna
7. Apakah hak-hak pengguna? – Hak untuk mendapat keperluan asas
– Hak untuk membuat pilihan
– Hak untuk mendapatkan maklumat
– Hak untuk mendapat ganti rugi
– Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
– Hak untuk menyuarakan pendapat
– Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
– Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
8. Apakah perkara yang perlu diteliti oleh seorang pengguna semasa membeli sesuatu barang? 1. Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal.
2. Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang
3. Nama sebutan sebenar barangan yang dijual
4. Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik
5. Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya
6. Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan
7. Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya
8. Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kanak-kanak
9. Bagaimana menjadi pengguna yang bijak? Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:

1. Membeli barangan berkualiti
2. Membuat perbandingan harga
3. Memilih perkhidmatan terbaik
4. Membuat pilihan yang tepat
10. Jika harga barangan tinggi, tidak berkualiti. Apakah tindakan yang perlu dilakukan? Pengguna boleh merujuk kepada KPDN melalui:

1. Talian aduan pengguna (bebas tol) 1-800-886-800
2. Layari portal rasmi e-aduan KPDN https://eaduan.kpdn.gov.my/
3. Whatsapp kepada KPDN di talian 019-848 8000
4. Emel aduan KPDN [email protected]
5. Hadir sendiri ke pejabat KPDN yang berdekatan
6. Surat rasmi ke pejabat KPDN berdekatan
Baca juga:
Harga Petrol Terkini RON95 RON97 Diesel (4 – 10 Disember 2025) Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 “Lokal Lagi Gempak” Dorong Ekonomi & Produk Tempatan Semakan MyKasih – Tarikh Bayaran, Baki, Senarai Kedai & Barang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/price-catcher/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=price-catcher

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

Tuhu Malaysia Cara Daftar Tempah Servis Semak Harga

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 293 hits
TUHU Malaysia kini menjadi pilihan ramai pemilik kereta selepas memasuki pasaran tempatan dengan konsep servis automotif yang moden cepat dan serba digital Melalui aplikasinya pengguna boleh daftar akaun tempah servis jejak status kereta da...
Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi Di Malaysia

Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 163 hits
Cara Pilih Takaful Keluarga Paling Berbaloi di Malaysia Ramai yang sedar tentang kepentingan takaful keluarga tetapi tidak semua tahu bagaimana cara memilih pelan yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan Di Malaysia terdapat banyak pil...
Tajuk Memahami Inflasi Malaysia Oktober Apa Maksud Disebalik Angka Terkini

Tajuk Memahami Inflasi Malaysia Oktober Apa Maksud Disebalik Angka Terkini

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 218 hits
Analisis Inflasi Malaysia Oktober Apa Erti Angka Ini Inflasi pada Oktober 2025 mencatat penurunan kepada 1 3 lebih rendah dari ramalan Bloomberg dan juga menurun dari 1 5 pada bulan September Ini menandakan pencapaian yang luar biasa di man...
Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing

Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 204 hits
Tutorial menghitung diskon dengan benar dan cepat tanpa ribet serta tips belanja hemat agar pengeluaran nggak boncos
Spaylater Motorcycle Semak Kelayakan Cara Mohon

Spaylater Motorcycle Semak Kelayakan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 238 hits
SPayLater Motorcycle ialah kemudahan pembiayaan motosikal baharu yang ditawarkan melalui ShopeePay untuk pengguna di Malaysia Layari untuk membuat semakan kelayakan cara pengaktifan dan dokumen yang diperlukan Bermula awal tahun 2026 penggu...
Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 445 hits
Tarikh Kemaskini 27 November 2025 Sumber MetMalaysia BERNAMA RTM Astro Awani NST IMD JTWCRibut Tropika Senyar kini menjadi antara fenomena cuaca paling luar biasa di Malaysia Ia terbentuk di Selat Melaka kawasan yang hampir mustahil untuk m...
Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Barang Kemas Risau Orang Kampung Mengata

Aliff Syukri Malu Isteri Jarang Pakai Barang Kemas Risau Orang Kampung Mengata

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 209 hits
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi minat mendalamnya terhadap emas hingga sanggup berbelanja besar semata mata untuk memenuhi hobi tersebut Aliff Syukri pernah beli emas RM100 000 Memeti...
Malaysia Dinobatkan Juara Keseluruhan Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke 13

Malaysia Dinobatkan Juara Keseluruhan Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke 13

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 202 hits
Malaysia Dinobatkan Juara Keseluruhan Olimpiad Robot Dunia Buat Kali Ke 13 KUALA LUMPUR 29 Nov Malaysia meneruskan dominasi dalam Olimpiad Robot Dunia apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada final antarabangsa edisi ke 22 kejohana...
Penganiayaan Oleh Penyeludup Orang Rohingya Kini Merebak Ke Malaysia

Penganiayaan Oleh Penyeludup Orang Rohingya Kini Merebak Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 168 hits
Beratus ratus penyeludup manusia dilaporkan telah mengurung orang Islam Rohingya di rumah rumah di utara Malaysia membelasah mereka menafikan mereka makanan dan menuntut wang tebusan dari keluarga mereka menurut laporan terperinci mangsa La...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Positif Dalam Negatif


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar

Quick Healthy Recipes Ebook Free

Untuk Diri Sendiri

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Dilema Data Pencil

Data Raya Dalam Pembangunan Pertanian Pintar Tingkatkan Produktiviti