Makanan Yang Boleh Menyebabkan Jerawat Muka
Macam mana cara untuk menghilangkan jerawat dengan cepat dan tak tinggal parut?
Untuk menghilangkan jerawat di muka, sekurang-kurangnya seseorang itu kena tahu apa punca-punca yang menyebabkan jerawat terlebih dahulu.
Makanan Yang Boleh Menyebabkan Jerawat Muka
credit Pic : SUMBER
Jerawat sebenarnya adalah sejenis penyakit kulit. Biasanya jerawat berpunca daripada pelbagai faktor seperti jenis kulit muka, tersalah pakai produk penjagaan muka, masalah hormon yang tak seimbang, keturunan dan kotoran.
Makanan Yang Boleh Menyebabkan Jerawat Muka
Anda pernah tak terfikir yang kemungkinan makanan juga boleh menjadi penyebab jerawat di muka tak pernah surut-surut? Perasan tak, kadang ada yang lepas makan sesuatu kemudian baru tersedar jerawatnya menjadi semakin teruk dan bernanah.
Biasa kan kita dengar,
“Semalam aku makan X, harini naik jerawat batu kat hidung.”
Sebenarnya faktor makanan juga boleh menyebabkan masalah jerawat di muka tak pernah surut.
Jadi kali ini di kongsikan 10 jenis makanan yang perlu dielakkan supaya jerawat semakin mengecut dan cepat-cepat hilang dari muka kita.
1. Ayam Goreng
Ayam goreng memang sedap. Bukan saja ayam goreng KFC, ayam sendiri goreng kat rumah pun sedap!haha
Tapi ia tak elok jika kerap dimakan oleh mereka yang berjerawat. Sebab ayam goreng ni adalah sejenis makanan yang berminyak. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat disebabkan kulit berminyak, makanan berminyak dan berlemak akan membuatkan kilang minyak di dalam kelenjar bawah kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak lagi.
Kita sepertinya memasukkan lagi lebih banyak minyak dan lemak ke dalam badan. Minyak dan lemak yang masuk ke dalam tubuh sukar untuk dicerna lalu masuk ke dalam darah dan digunakan untuk membentuk sel kulit baru.
Masalahnya bukan sel kulit baru yang cantik yang terbentuk sebaliknya jerawat.
Jadi, kesimpulannya bila lebih banyak minyak dihasilkan, maka jerawat akan semakin banyak dan sukar untuk hilang.
2. Donut
Alangkah ruginya kalau tak dapat makan donut JCo, Big Apple, Dunkin Donut dan donut makcik tepi jalan. Sebab donut ni sedap !!!
Kalau dulu setakat makan donut yang disalut dengan gula halus, namun sekarang donut bukan lagi sekadar donut. Ia lebih dari itu tau !! haha
Masalahnya donut juga sangat kaya dengan minyak. Pernah tengok kan cara goreng donut macam mana? Banyak tak minyak yang diperlukan? Iyaa anak-anak. Banyak. Kalau goreng guna minyak yang sikit, tak jadi donut lah jawabnya. huhu.
Bila banyak serap minyak, sudah tentulah ia menjadi makanan penyebab jerawat.
3. Kentang Goreng
Kentang goreng ni sama kes dengan donut dan ayam goreng.
Makanan berminyak kena elakkan. Kalau tak tahan sangat, makan lah. Tapi makan berpada-pada ya. Selagi dapat elak, elakkan. Bila muka dah makin elok nanti, baru lah makan.
Selain jerawat batu dan jerawat pasir, jerawat nasi juga mudah timbul kalau kita gemar makan makanan berminyak ni.
4. Mee Segera
Mi segera atau orang kita lagi suka panggil meggi juga antara makanan pencetus jerawat.
Rasanya semua orang tahu, mi segera mengandungi banyak bahan penambah perisa, bahan awet dan lebih menakutkan lagi ia mengandungi lemak tepu yang sangat sukar untuk dicerna oleh usus. Ia lalu akan masuk ke dalam darah dan menjadi sel baru yang bernama jerawat.
Jika anda mempunyai jerawat yang teruk dan sering pula memakan mi segera, cuba ubah tabiat anda itu dan lihatlah kesannya.
5. Coklat
Biasanya wanita yang dekat nak period sering mencari coklat. Sama lah macam kakda. Bila rasa macam nak makan makanan yang bercoklat, itu tanda dekat nak period lah tu.haha
Coklat ni bagus. Bila makan coklat, ia akan merangsang tubuh untuk menghasilkan hormon penenang. Sebab tu kita akan rasa lebih rileks dan bahagia.
Yang tak baiknya ialah coklat mengandungi gula yang tinggi. Kandungan gula yang tinggi di dalam coklat akan menyebabkan sistem daya tahan tubuh kita menurun. Bila antibodi menurun, bakteria jerawat mudah menyerang dan mulalah muka kita naik jerawat.
6. Minuman Kopi
Minuman yang mengandungi kopi membantu tubuh menjadi lebih segar dan tidak mengantuk. Ini kerana kopi mengandungi Kaffien.
Kaffien di dalam kopi boleh menyebabkan jerawat. Selain itu, kopi juga akan membuatkan mata segar sehingga menganggu pola tidur kita.
Pola tidur yang tidak teratur menyebabkan kulit tidak sihat dan akhirnya jerawat mudah timbul.
7. Produk Tenusu
Susu memang penting untuk tulang, namun jika terlebih ia boleh menyebabkan masalah jerawat.
Biasanya jerawat nasi sering dikaitkan berpunca daripada terlebih mengambil produk tenusu.
8. Aiskrim
Aiskrim seperti yang kita ketahui mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.
Bakteria jerawat mudah hidup dan membiak dalam keadaan bergula. Ini kerana kulit kita kurang kuat untuk melawan serangan bakteria pencetus jerawat yang sememangnya sudah tinggal di dalam liang pori muka.
9. Bijirin Sarapan
Jangan tertipu dengan iklan bijirin sarapan yang sihat.
Bijirin sarapan yang banyak terdapat di pasaraya juga mempunyai gula yang sangat tinggi. Gula pencetus jerawat. Jadi elakkan mengambil gula berlebihan.
10. Kekacang
Jerawat yang disebabkan oleh kekacang lebih kepada jerawat elergik. Macam suami kakda, kalau makan je kacang tanah esoknya mesti naik jerawat. hehe
Jadi kalau dah tahu kita alah pada kekacang, maka elakkan lah supaya jerawat tak timbul.
Kesemua 10 jenis makanan ini hanyalah sebahagian daripada makanan penyebab jerawat. Ini kerana sebenarnya terdapat banyak lagi makanan di luar sana yang boleh saja menjadi punca kepada masalah jerawat yang dialami oleh seseorang.
Jika jerawat anda terlalu teruk, cuba perhatikan apa yang anda makan. Jika anda kerap mengambil salah satu makanan yang ada dalam senarai ini, maka cuba elakkan makanan tersebut buat sementara waktu.
Jika memang benar anda alah terhadap makanan tersebut, beruntunglah anda kerana telah berjaya menemui punca jerawat anda selama ini.
SUMBER
Baca Juga : Antara Sebab-Sebab Perut Anda Cepat Buncit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dakcaii.blogspot.com/2020/05/makanan-yang-boleh-menyebabkan-jerawat.html