Terlebih Susu Boleh Menyebabkan Kurang Zat Besi Anak 2 Tahun Ke Atas Jangan Lebih 700ml Sehari


Susu diketahui mempunyai banyak manfaat. Selain kaya dengan kalsium, susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein, karbohidrat, lemak dan vitamin.

Walau bagaimanapun, adakah kebarangkalian susu boleh membahayakan kesihatan jika diambil terlalu banyak?
Berikut merupakan alasan mengapa minum susu terlalu banyak boleh memberi kesan buruk, sama seperti jika tidak minum cukup susu:
Berat berlebihan dan obesiti
Menurut kajian yang dijalankan selama 3 tahun dalam kalangan kanak-kanak sekolah, mereka yang diberikan 3 gelas susu atau lebih setiap hari adalah lebih berat daripada kanak-kanak yang minum susu dalam jumlah yang lebih rendah.
Kajian menunjukkan bahawa penambahan pengambilan susu; tidak kira susu skim atau lemak penuh, tiada kaitan dengan kawalan berat badan, tetapi dikaitkan dengan obesiti kanak-kanak.
Kajian membuktikan bahawa walaupun tiada hubungan antara kenaikan berat badan dan lemak tenusu, namun kandungan kalsium dalam produk tenusu sebenarnya menggalakkan kenaikan berat badan.
Kekurangan zat besi dan anemia
Minum banyak susu boleh menyebabkan kalsium yang ada dalam susu, menghalang penyerapan dan penghasilan zat besi. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa paras zat besi kanak-kanak menurun dengan drastik selepas minum susu berlebihan.
Tambahan pula, memandangkan susu merupakan minuman yang tinggi tenaga yang menggalakkan kekenyangan pada tempoh yang lama, maka kanak-kanak yang minum terlalu banyak susu akan rasa kenyang sehinggakan mereka tidak mahu makan sebarang jenis makanan.
Kekurangan zat besi menghalang pengeluaran darah dan penghantaran oksigen, yang akan mengganggu prestasi kognitif dan perkembangan kanak-kanak.
Kekurangan zat besi yang berpanjangan menjurus kepada anemia, iaitu keadaan yang menimbulkan pelbagai bahaya pada kesihatan seperti lemah fizikal, kesukaran memberi tumpuan, sakit dada, tekanan darah rendah, dan peningkatan kecenderungan kepada jangkitan.
Pengambilan kerap dan berpanjangan untuk makanan yang tinggi tenaga, tetapi rendah serat seperti susu boleh membawa kepada sembelit atau pergerakan usus terbantut disebabkan kurangnya pengambilan serat – komponen penting untuk pergerakan usus yang sihat dan normal bagi semua peringkat umur individu.
Kanak-kanak yang kuat minum susu juga selalunya terlalu kenyang untuk makan makanan serat lain. Selain itu, prosedur pempasteuran atau UHT (Suhu Ultra Tinggi) juga dipercayai memusnahkan semua enzim yang diperlukan untuk susu dicerna dengan betul dalam tubuh.
Intolerans laktosa dan alahan
Jumlah susu yang boleh diminum oleh kanak-kanak bergantung kepada berapa banyak laktosa yang boleh dihasilkan. Sesetengah kanak-kanak mungkin boleh minum beberapa gelas susu sehari, sementara sesetengah yang lain hanya boleh minum beberapa hirupan susu sahaja.
Tanda-tanda intolerans laktosa termasuklah kejang dan kembung perut, serta cirit-birit. Sementara, alahan protein susu boleh menyebabkan simptom yang teruk seperti muntah-muntah, gatal, berdehit, atau juga anaphylaxis – masalah dengan pernafasan.
Pengambilan susu: Berapa banyak yang dianggap terlebih susu?
Kajian dilakukan oleh Canadian Institutes of Health Research dan St. Michael’s Hospital Foundation terhadap 1311 kanak-kanak sihat di Toronto, yang berusia lingkungan umur 2 hingga 5 tahun.
Pemerhatian kajian adalah pada paras vitamin D dan zat besi dalam sampel darah kanak-kanak, di samping memantau jumlah susu yang mereka ambil setiap hari, penyelidik menyimpulkan bahawa kanak-kanak disarankan minum susu sebanyak 500 mililiter setiap hari untuk mendapatkan paras zat besi dan vitamin D yang secukupnya.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh minum susu lebih daripada 700 ml setiap hari.
Sumber: Hello Doktor
The post Terlebih Susu Boleh Menyebabkan Kurang Zat Besi, Anak 2 Tahun Ke Atas Jangan Lebih 700ml Sehari appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terlebih-susu-boleh-menyebabkan-kurang-zat-besi-anak-2-tahun-ke-atas-jangan-lebih-700ml-sehari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

Doktor Saran Ibu Bapa Atur Jadual Tidur Anak Kurang 30 Minit Boleh Beri Kesan Besar

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 514 hits
Menurut portal MyHealth bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari 2 hingga 4...
Lebih Kurang Saya Dengan Mokhtar Anak Senik Serupa Tapi Tidak Sama

Lebih Kurang Saya Dengan Mokhtar Anak Senik Serupa Tapi Tidak Sama

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 530 hits
Sebelum saya bandingkan kita baca dulu apa kata Mokhtar anak Senik Saya tak pandai nak bercakap atau berbuat sesuatu kalau tak dikaitkan dengan agama Sbb setakat yg saya mengaji kat pondok beratapkan rumbia dan bertiangkan batang nibong tia...
Bahaya Face Mask Untuk Budak Bawah Umur 2 Tahun Boleh Menyebabkan Kesukaran Bernafas Pakar Jepun

Bahaya Face Mask Untuk Budak Bawah Umur 2 Tahun Boleh Menyebabkan Kesukaran Bernafas Pakar Jepun

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 708 hits
Bahaya Face mask untuk budak bawah umur 2 tahun boleh menyebabkan kesukaran bernafas Pakar Jepun Dalam risalah yang dikeluarkan kepada orang awam badan perubatan Jepun mengingatkan bahawa bayi akan mengalami peningkatan beban pada paru paru...
Elak Karies Gigi Jangan Biarkan Anak Tidur Sambil Minum Susu

Elak Karies Gigi Jangan Biarkan Anak Tidur Sambil Minum Susu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 469 hits
Ibu bapa cenderung mengabaikan kebersihan gigi anak anak terutama sekali bayi yang baru mula tumbuh gigi susu Hal ini kerana anggapan gigi susu yang tidak kekal menjadi pegangan mereka Namun sebenarnya penjagaan gigi untuk bayi dan kanak ka...
Kecil Lagi Mana Boleh Tidur Asing Seawal 4 Tahun Anak Dah Berani Tidur Sendiri Sebenarnya

Kecil Lagi Mana Boleh Tidur Asing Seawal 4 Tahun Anak Dah Berani Tidur Sendiri Sebenarnya

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 490 hits
Semasa anak masih kecil kebanyakan ibu ayah akan membenarkan mereka untuk tidur sekali bersama kita Sehinggalah mereka sudah besar sedikit baharulah kita melatih mereka untuk tidur dan mempunyai ruang privasi sendiri Sekiranya ibu ayah meng...
Ramadan Tahun Ini Penuh Makna Buat Rita Rudaini Anak Anak Ajar Anak Takbir Raya Usaha Rita Memang Boleh Dipuji

Ramadan Tahun Ini Penuh Makna Buat Rita Rudaini Anak Anak Ajar Anak Takbir Raya Usaha Rita Memang Boleh Dipuji

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 490 hits
Sejuk perut ibu mengandung orang kata kalau anak anak yang dibesarkan menjadi insan yang baik dan mempunyai akhlak yang mulia selain cemerlang dalam akademik Mungkin itulah yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini yang mempunyai dua orang a...
Tidak Tukar Nombor Telefon Lebih 10 Tahun Tanda Anda Seorang Yang Boleh Dipercayai

Tidak Tukar Nombor Telefon Lebih 10 Tahun Tanda Anda Seorang Yang Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 612 hits
Siapakah di sini yang tidak pernah tukar nombor telefon melebihi 10 tahun Jangan katakan sepuluh tahun setiap kali kuota habis ada yang sudah menukar nombor telefon Dalam keadaan seperti ini mahu tidaknya menukar nombor telefon kerap kaliny...
Huawei Dijangka Melancarkan Telefon Skrin Boleh Lipat Lebih Mampu Milik Tahun Ini

Huawei Dijangka Melancarkan Telefon Skrin Boleh Lipat Lebih Mampu Milik Tahun Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 387 hits
Dua peranti boleh lipat Huawei Mate X dan Mate Xs mempunyai rekaan yang amat menarik Walaupun ramai yang menyuarakan hasrat ingin memilikinya harga jualan kedua dua peranti yang melangkaui RM10 000 membantutkan hasrat ini Kini kedengaran ur...
Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Building An Online Marketing Plan

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perempuan Melawan Lara

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

How To Make Japanese Mayonnaise

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Akui Penat Dengan Running Man Sebelum Ini Ji Yeeun Dedah Banyak Terima Mesej Cacian