Muka Naik Jerawat Ketika Jatuh Cinta Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu


Jatuh cinta boleh dikatakan sebagai perkara biasa bagi anak muda tidak kira lelaki atau perempuan. Perkara ini melibatkan hati dan perasaan yang kita sendiri merasainya. Namun, apa kaitan jatuh cinta dengan jerawat?. Orang mengatakan bahawa itu adalah satu mitos dan ‘mindset’ kita sahaja. Betul ke?
Benarkah jatuh cinta jadi punca jerawat? Selain daripada perasaan yang bercampur-baur, tubuh juga mengalami banyak perubahan ketika kita sedang jatuh cinta. Salah satunya adalah perubahan hormon.
Berdasarkan kajian dalam jurnal Psychoneuroendocrinology, kadar hormon kortisol dalam tubuh individu yang baru sahaja jatuh cinta cenderung untuk berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak bercinta.
Apakah hormon kortisol? Kortisol ialah hormon yang bertanggungjawab menyebabkan reaksi stres pada seseorang individu.
Jika terdapat peningkatan hormon kortisol, maka ia adalah petunjuk bahawa tubuh badan anda sedang berada dalam keadaan stres yang tidak anda sedari.
Stres pula merupakan salah satu punca jerawat kerana kadar hormon kortisol yang tinggi dalam tubuh badan dapat memicu keradangan pada kulit.
Walau bagaimanapun, stres yang dialami semasa anda sedang jatuh cinta tidak akan berlaku dalam tempoh yang lama.
Stres ini mungkin bersifat ringan dan berlaku dalam tempoh yang singkat, tidak akan menyebabkan keradangan pada kulit.
Antara punca yang menyebabkan anda stres ketika jatuh cinta adalah seperti menunggu pasangan anda membalas chat anda.
Namun ia tidak berlangsung dalam keadaan yang lama kerana perasaan stres itu digantikan dengan perasaan yang gembira ketika mana anda melihat nama pasangan anda muncul dalam notifikasi telefon anda.
Rasa bahagia dalam tubuh manusia pula datang daripada pengeluaran hormon dopamin yang menyebabkan perasaan itu muncul.
Ketika tubuh badan anda dipenuhi dengan hormon dopamin, tubuh tidak lagi melepaskan hormon stres yang boleh menyebabkan keradangan.
Oleh sebab itu, jatuh cinta kebiasaannya tidak menjadi salah satu punca jerawat.
Ini kerana tubuh badan anda sedang sibuk menghasilkan hormon dopamin atau hormon bahagia selagi mana anda sedang gembira bersama pasangan anda.
Punca jerawat yang paling kerap berlaku
Selepas ini, anda tidak lagi perlu percaya jika ada yang mengatakan bahawa jatuh cinta jadi punca jerawat.
Walau bagaimanapun, fenomena ini seringkali ditemui berlaku dalam kalangan remaja. Mengapakah ia terjadi?
Sebenarnya, bukan jatuh cinta yang menjadi punca jerawat dalam kalangan remaja. Ia adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang dialami oleh remaja sewaktu zaman akil baligh mereka.
Akil baligh adalah fasa di mana perubahan hormon sedang berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil untuk menyediakan mereka menjadi seorang dewasa.
Pada waktu ini, jerawat sememangnya akan tumbuh dengan subur tanpa mengira anda sedang jatuh cinta atau tidak.
Selain daripada akil baligh, terdapat juga beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca jerawat. Antaranya ialah:
Liang-liang yang tersumbat Liang kulit yang tersumbat menjadi penyebab utama kepada kemunculan jerawat. Liang kulit menjadi tersumbat apabila kelenjar minyak menghasilkan terlalu banyak sebum atau minyak semula jadi di dalam liang.
Akibatnya, sel-sel kulit yang baharu akan terus tumbuh. Namun, sel kulit mati pula tidak gugur dan cenderung untuk terus melekat.
Sel kulit mati yang masih melekat inilah yang kemudiannya menyebabkan penyumbatan sekali gus membuatkan jerawat muncul.
Jangkitan bakteria
Ketika minyak dan sel kulit yang telah mati menutupi liang-liang kulit, bakteria penyebab jerawat seperti Propionibacterium acnes (P. acnes) akan berkembang biak dengan subur.
Bakteria ini bukanlah sejenis bakteria yang berbahaya, tetapi ia boleh berkembang dengan lebih cepat dan menyebabkan pelbagai masalah pada kulit.
Ia akan memakan sebum lalu memicu respons imun yang menyebabkan keradangan yang berbentuk jerawat.
Faktor-faktor lain punca jerawat Selain daripada faktor-faktor utama yang disenaraikan di atas, terdapat juga beberapa faktor lain yang meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat jerawat.
Antaranya ialah:
Terlalu banyak mengambil gula dan karbohidrat dalam pemakanan harian Sejarah keluarga yang mempunyai jerawat Tahap testosteron yang terlalu tinggi Malas untuk sentiasa membersihkan wajah Jatuh cinta tidak termasuk dalam senarai berikut. Oleh itu, janganlah terlalu risau atau percaya dengan mitos bahawa jatuh cinta boleh jadi punca jerawat.
Sumber: Hellodoktor.com
The post Muka Naik Jerawat Ketika Jatuh Cinta?, Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/16/muka-naik-jerawat-ketika-jatuh-cinta-ini-perkara-yang-anda-perlu-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid Ketika Cari Line Internet

Pelajar Maut Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid Ketika Cari Line Internet

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 328 hits
Seorang pelajar berusia 25 tahun dari Universiti Hasanuddin di Makassar Indonesia disahkan meninggal dunia selepas jatuh daripada tingkat dua masjid di kampungnya ketika mencari isyarat internet Polis tempatan memberitahu bahawa mangsa cuba...
Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Tidak Mahu Jatuh Sakit

Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Tidak Mahu Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 237 hits
Kadangkala kita tidak sedar perkara yang boleh menyebabkan kita sakit kerana tidak mengetahui akan kesannya pada kesihatan Di bawah ini Ohmedia nak kongsi beberapa perkara yang perlu dielakkan supaya tidak mudah jatuh sakitTidur MeniarapPas...
Lee Ikjun Buat Hospital Playlist Lebih Mempersonakan Penonton Jatuh Cinta Dengan Jo Jungsuk

Lee Ikjun Buat Hospital Playlist Lebih Mempersonakan Penonton Jatuh Cinta Dengan Jo Jungsuk

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 393 hits
Hospital Playlist sememangnya merupakan drama perubatan yang lain daripada lain Setiap episod pasti diselitkan dengan isu kesihatan dan juga kehidupan biasa doktor diiringi dengan pelbagai emosi termasuklah kelakar tangisan dan pengajaran h...
Duka Waktu Berbuka Kanak Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Ketika Ibu Turun Ambil Juadah

Duka Waktu Berbuka Kanak Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Ketika Ibu Turun Ambil Juadah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 529 hits
Gambar HiasanKUALA LUMPUR 15 Mei Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang di sini semalam Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya mener...
5 Menu Makanan Malaysia Yang Boleh Bikin Hati Sesiapa Saja Jatuh Cinta

5 Menu Makanan Malaysia Yang Boleh Bikin Hati Sesiapa Saja Jatuh Cinta

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 496 hits
Assalammualaikum Dunia Lama sudah tak bersiaran disini kan Kali ni MD nak share dengan korang semua 5 menu makanan Malaysia yang boleh bikin hati sesiapa saja jatuh cinta bila melihatnya Yes termasuk diri ini hihihi baru tengok je terus ter...
Muka Anak Naik Bengkak Merah Merah Lepas 2 Hari Mandi Air Terjun Ibu Kongsi Pengalaman Anak Diserang Ekzema

Muka Anak Naik Bengkak Merah Merah Lepas 2 Hari Mandi Air Terjun Ibu Kongsi Pengalaman Anak Diserang Ekzema

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 485 hits
Ibu mana yang tidak sedih jika anak anak mereka dalam kesusahan atau kesedihan Ye tambah tambah lagi jika anak yang masih kecil menghidapi penyakit ekzema Sangat membimbangkan jika tidak mendapatkan rawatan dengan lebih lanjut Untuk pengeta...
Jatuh Cinta Dengan Ibu Tunggal Meh Ikuti 6 Tips Dan Panduan Ini

Jatuh Cinta Dengan Ibu Tunggal Meh Ikuti 6 Tips Dan Panduan Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 371 hits
Salahkah jatuh cinta pada seorang ibu tunggal Tak salah Seperti kata pepatah lama cinta itu buta tidak mengira umur keturunan mahupun status Tetapi dalam bab memilih pasangan hidup pastikan ia dibuat dengan panduan yang betul Status ibu tun...
Sungainibong Bangla Putus Kaki Jatuh Dalam Paip Kumbahan

Sungainibong Bangla Putus Kaki Jatuh Dalam Paip Kumbahan

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 606 hits
Mengerikan Malang nasib lelaki Bangladesh yang terjatuh dalam paip kumbahan yang sedang dalam pembinaan di Sungai Nibong Georgetown pada petang Khamis Sinar Harian melaporkan kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 20 an terbabit putus kaki...
Pemerintah Tetapkan Idul Fitri 2020 Jatuh Pada Hari Ahad 24 Mei

Pemerintah Tetapkan Idul Fitri 2020 Jatuh Pada Hari Ahad 24 Mei

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 325 hits
Pemerintah Indonesia melalui Kementrian Agama menetapkan Hari Raya Idul Fitri 2020 Jatuh Pada Hari Ahad 24 Mei Ketetapan itu diputuskan dalam sidang isbat yang dihadiri MUI hingga Komisi VIII DPR Sidang isbat digelar di gedung Kementerian A...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba