Makanan Untuk Luka Jenis Makanan Perlu Ambil Perlu Elak
Apabila seseorang mengalami luka, terdapat beberapa makanan untuk luka yang boleh diambil untuk menyembuhkan luka tersebut dengan cepat.
Justeru itu, ketahui makanan yang perlu diambil dan perlu dielakkan berkenaan dengan luka.
Mengenai Penyembuhan Luka
Luka yang terjadi mempunyai 4 fasa peringkat iaitu:
Penggumpalan/pemberhentian darah
Keradangan
Proliferatif
Pemodelan semula
Oleh itu, adalah penting untuk pesakit mengambil makanan yang sesuai bagi memastikan luka yang dialami cepat sembuh.
Jenis Makanan Mempercepatkan Luka Sembuh
Terdapat 10 makanan yang boleh diambil bagi mempercepatkan luka untuk sembuh iaitu:
1- Sayur-Sayuran Berdaun Hijau
Sayur-sayuran seperti bayam, sawi, kailan, dan lain-lain lagi merupakan sayur-sayur yang padat dengan nutrien yang boleh membantu mengurangkan keradangan, menguatkan sistem imun, dan menyembuhkan luka.
Kandungan vitamin C, A, Folat, Selenium, dan Zat Besi adalah antara nutrien yang boleh menguatkan sistem imun, sebagai antioksidan dan menyembuhkan luka yang dialami.
2- Kekacang
Kekacang seperti kacang tanah, kacang gajus dan badam merupakan antara jenis kekacang yang tinggi kandungan protein.
Makanan-makanan ini ini baik untuk diambil sepanjang hari baik membantu meningkatkan proses penyembuhan luka.
Pemilihan makanan seperti ini juga sebagai snek pastinya lebih baik daripada memakan kerepek kentang atau sebarang makanan ringan lain.
3- Daging Lembu atau Ayam
Daging ayam atau daging lembu adalah sumber protein yang mengandungi asid amino seperti arginina dan glutamina yang mempunyai peranan dalam proses penyembuhan luka.
Arginina diperlukan semasa proses keradangan dalam penyembuhan luka, penghasilan kolagen, dan boleh merangsang penghasilan hormon pertumbuhan dan mengaktifkan sel-sel imun.
Glutamina pula boleh mengurangkan komplikasi jangkitan dan mengurangkan keradangan pada luka dan turut menjadi sumber tenaga untuk sel-sel dalam badan.

4- Ikan Berlemak
Ikan berlemak seperti Ikan Salmon, Ikan Sardin, Ikan Patin atau Ikan Keli merupakan antara sumber yang baik bagi mendapatkan asid lemak Omega-3.
Asid lemak Omega-3 dapat membantu menyembuhkan luka, mengurangkan keradangan, dan menguatkan sistem imun.

5- Jambu Batu atau Pucuk Ubi
Jambu batu dan pucuk ubi kayu adalah makanan yang sangat tinggi dengan vitamin C yang memainkan peranan penting dalam proses penyembuhan luka.
Vitamin C juga boleh mempengaruhi pembentukan kolagen, mengawal selia fungsi imun badan dan bertindak sebagai antioksidan.

6- Tiram atau Kepah
Tiram, kepah atau kupang merupakan makanan laut yang kaya dengan mineral zink yang memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan luka.
Zink bertindak sebagai antioksidan serta membantu pembaikan tisu, pertumbuhan tisu dan memodulasi replikasi sel selain turut membantu meningkatkan sistem imun dan mengurangkan keradangan.
7- Kunyit
Kunyit mengandungi sebatian aktif yang dikenali sebagai kurkumin yang mempunyai ciri- ciri antioksidan dan antiradang.
Ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel-sel badan yang sihat serta membantu mempercepatkan luka untuk sembuh melalui pemendekan fasa keradangan.

8- Madu
Madu seperti Madu Lebah Biasa, Madu Tualang, Madu Gelam, Madu Manuka atau Madu Kelulut merupakan makanan yang boleh membantu mempercepatkan luka sembuh.
Kajian mendapati madu boleh membantu penyembuhan luka melalui perangsangan pertumbuhan tisu, mengurangkan pembentukan parut dan meningkatkan epitelialisasi, iaitu proses dimana tisu-tisu kulit bermigrasi ke permukaan kulit untuk menyembuhkan luka.
Selain itu, madu juga bersifat antibakteria yang turut boleh mencegah jangkitan bakteria di kawasan luka.
9- Pegaga
Pegaga atau daun pegaga juga adalah makanan yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mempercepatkan luka untuk sembuh melalui pembentukan kolagen, memulakan fasa proliferatif melalui proliferasi atau migrasi sel-sel tisu fibroblas dan bertindak sebagai antioksidan.
Selain dimakan, daun pegaga juga boleh dijadikan pes untuk digunakan secara sapuan.

10- Hati ayam atau lembu
Hati ayam atau hati lembu adalah tinggi dengan kandungan mineral zink, zat besi, vitamin A dan vitamin B.
Nutrien-nutrien ini diperlukan oleh badan untuk menghasilkan kolagen dan tisu-tisu baru.
Jenis Makanan Perlu Dielakkan
Terdapat jenis makanan yang perlu dielakkan iaitu:
1- Susu
Susu seperti susu tanpa lemak, boleh menjejaskan pengeluaran insulin dan tindak balas keradangan semula jadi badan.
Keradangan atau inflamasi adalah tindak balas pertama badan terhadap sebarang kecederaan atau luka yang berfungsi untuk menghentikan pendarahan dan membantu menghasilkan darah beku.
Jika sistem semula jadi badan terjejas, ia boleh menjurus kepada keadaan keradangan kronik yang mewujudkan beberapa kesan negatif, terdedah kepada jangkitan bakteria dan menjejaskan fungsi imun badan.
2- Rempah
Rempah seperti halia dan kunyit dalam kuantiti yang banyak sebenarnya menghalang badan dari menghasilkan darah beku.
Ini kerana darah beku adalah penting dalam proses penyembuhan luka.
Oleh itu, pesakit disarankan mengambil atau menggunakan rempah ini dalam kuantiti yang sederhana.

3- Gula
Gula menjejaskan tahap kolagen dalam kulit dan kolagen merupakan antara komponen penting dalam proses penyembuhan luka.
Ini kerana kolagen merupakan bahan kimia yang memberikan kulit anda kekuatan ketegangan, tanpanya kulit akan terdedah kepada kecederaan.
Mitos Berkenaan Makanan Menyembuhkan Luka
Berkenaan makanan menyembuhkan luka, terdapat mitos dan fakta yang perlu diketahui umum.
MitosFaktaIkan haruan dan belut sahaja sangat digalakkan supaya luka cepat sembuhSemua jenis protein secara mencukupi – jangan terhadkan kepada ikan haruan dan belut sahajaTelur menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuhTiada kajian menyatakan sedemikian. Malah, telur
merupakan sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineralJangan makan daging ayam betina selepas pembedahanDaging ayam merupakan sumber protein. Tiada larangan untuk mengambilnyaMinum pati gamat atau sapuan minyak gamat pada luka mempercepat penyembuhanTiada kajian yang menyokong penyataan tersebut. Kebanyakan pati tinggi kandungan garamBuah dan sayur tidak digalakkan kerana dikhuatiri elemen sejuknya melambatkan proses penyembuhan lukaBuah dan sayur kaya dengan vitamin dan mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka

Sumber:
https://helomedik.com/makanan-mempercepatkan-luka-sembuh/
https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/tip-penjagaan-luka-pemilihan-makanan/
Baca juga: 5 Tanda Luka Jahitan Bersalin Sudah Sembuh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/makanan-untuk-luka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-untuk-luka