Habis Ratusan Ribu Duit Saraan Keluarga Kwsp Dedah 3 Jenis Penipuan Online


Saban hari, makin ramai jadi mangsa penipuan online  bukan calang-calang orang. Ada yang bergelar pegawai kerajaan, ada juga dalam kalangan golongan profesional. Ramai antara mereka berusia lingkungan 50-an, sedang bersiap-sedia untuk fasa baru dalam hidup bersara. Tapi malangnya, duit simpanan yang sepatutnya digunakan untuk menyara hidup selepas pencen, lesap begitu saja.
Lebih menyedihkan, ada yang habis sampai ratusan ribu ringgit  duit KWSP yang dikumpul selama berpuluh tahun, lenyap sekelip mata kerana terpedaya dengan janji manis scammer.
Justeru, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi laman rasmi mereka tampil memberi peringatan dan berkongsi beberapa panduan penting supaya pencarum tak jadi mangsa seterusnya.
Memahami ancaman Penipuan kewangan dalam talian datang dalam pelbagai bentuk. Kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin terdedah kepada kes penipuan dalam talian, termasuk percubaan pancingan data, penipuan melalui telefon, dan kecurian identiti. Memahami jenis penipuan dalam talian dapat membantu kita melindungi diri dengan lebih baik dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah siber.

3 Jenis Penipuan Online 1. Mesej dan e-mel pancingan data

Berhati-hatilah dengan e-mel atau mesej yang kelihatan seperti datang daripada sumber yang boleh dipercayai, yang meminta anda mengesahkan butiran akaun atau klik pada pautan untuk mengemas kini maklumat. Pautan ini sering membawa anda ke laman web palsu yang direka untuk mencuri butiran log masuk dan data peribadi anda. Taktik ini dikenali sebagai pancingan data (phishing).
2. Penipuan panggilan telefon (voice phishing)

Sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, terutama jika pemanggil mendesak anda untuk memberikan maklumat peribadi, membuat pembayaran, atau mendakwa terdapat isu mendesak dengan akaun anda. Penjenayah siber sering menggunakan taktik tekanan yang memaksa dan mendesak, mencipta keadaan cemas untuk mengeksploitasi kelemahan anda dan akhirnya memperoleh akses kepada data peribadi atau kewangan anda.
3.Penipuan penyamaran
Elakkan daripada tertipu oleh penjenayah siber yang menyamar sebagai pegawai atau penasihat kewangan, atau berpura-pura sebagai pihak berkuasa kerajaan. Mereka mungkin menjanjikan pulangan pelaburan yang tidak realistik, seperti dalam kes penipuan pelaburan FOREX, atau mendakwa terdapat isu mendesak. Penjenayah ini menggunakan teknik psikologi untuk meyakinkan anda bahawa mereka adalah pihak yang sah dan dipercayai, dan mereka akan memanipulasi anda supaya mendedahkan maklumat sensitif atau membuat transaksi kewangan berdasarkan alasan yang tidak jujur.
Amaran penipuan Jika anda menerima kiriman melalui media sosial, SMS, atau mesej WhatsApp yang mendakwa daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sila berhati-hati! Sentiasa periksa sumber panggilan tersebut dan pastikan ia daripada sumber yang sah dan boleh dipercayai.

KWSP telah mengeluarkan amaran tentang penipuan di media sosial berkaitan tawaran pengeluaran awal KWSP dengan jumlah bayaran tertentu. Penjenayah siber mungkin menggunakan dokumen palsu untuk memproses pengeluaran, yang boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko kewangan dan tindakan undang-undang.
Selain itu, KWSP juga telah menjelaskan tentang taktik penipuan melalui SMS di mana ahli menerima mesej yang mengancam untuk menggantung akaun. Mesej tersebut akan meminta anda menghubungi nombor tertentu dalam tempoh 24 jam untuk membatalkan penggantungan. Dalam kes ini, penjenayah siber akan memulakan penipuan melalui perbualan telefon dengan anda.
KWSP hanya menggunakan kod pendek (shortcode) yang mengandungi lima digit seperti 66688 bagi penghantaran mesej rasmi melalui SMS. Ingat, KWSP tidak pernah menghantar mesej rasmi menggunakan nombor telefon peribadi.
Lindungi diri anda Semak kesahihan komunikasi:
Lindungi diri anda dengan memastikan kesahihan sebarang komunikasi yang mendakwa daripada pegawai KWSP. Elakkan memberi maklum balas kepada tawaran mencurigakan atau berkongsi maklumat peribadi dengan pihak yang tidak dikenali. Bagi sebarang pertanyaan mengenai KWSP, anda boleh hubungi melalui saluran rasmi yang disediakan atau klik di sini untuk maklumat lanjut. Biasanya, Pusat Perhubungan KWSP akan menggunakan talian 03-89224000 untuk membuat panggilan keluar kepada ahli atau majikan.
Tingkatkan keselamatan akaun:
Gunakan kata laluan yang selamat dan unik untuk akaun KWSP anda serta aktifkan pengesahan dua faktor (2FA). Kata laluan yang baik perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 aksara, terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil dan nombor. Elakkan mengakses akaun KWSP anda melalui rangkaian Wi-Fi awam yang tidak selamat untuk mengurangkan risiko kebocoran data.
Sentiasa ikuti perkembangan terkini:
Dapatkan maklumat terkini mengenai taktik penipuan terbaru yang menyasarkan ahli KWSP. Kongsi maklumat tersebut dengan keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama membanteras sindiket penipuan dalam talian.
Laporkan aktiviti yang mencurigakan:
Jika anda menerima e-mel, mesej, atau panggilan telefon mencurigakan yang mendakwa sebagai pegawai KWSP, laporkan segera kepada KWSP melalui saluran rasmi dengan klik di sini untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Jika anda menjadi mangsa penipuan dalam talian:
1) Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997;
2) Buat laporan polis. Pastikan panggilan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas insiden penipuan berlaku, dalam waktu operasi NSRC (8 pagi hingga 8 malam, termasuk hujung minggu dan cuti umum). Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Respons Scam Kebangsaan, layari sumber maklumat mereka di sini.
Sumber: KWSP
The post Habis Ratusan Ribu Duit Saraan Keluarga, KWSP Dedah 3 Jenis Penipuan Online appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/habis-ratusan-ribu-duit-saraan-keluarga-kwsp-dedah-3-jenis-penipuan-online/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 349 hits
Impian seorang pegawai bank untuk memiliki sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi kegunaan keluarga musnah begitu sahaja selepas menjadi mangsa penipuan jual beli kereta dalam talian Mangsa lelaki berusia 52 tahun terpedaya dengan iklan ju...
Hiburan Saksi Dedah Serah Duit Dalam Beg Plastik Hitam Guan Eng Didakwa Terima Rm2 Juta

Hiburan Saksi Dedah Serah Duit Dalam Beg Plastik Hitam Guan Eng Didakwa Terima Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 412 hits
Melalui laporan ahli perniagaan G Gnanaraja telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan selepas dia mendakwa dirinya menjadi orang tengah untuk menyerahkan wang sebanyak RM2 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Terda...
Duit Rakyat Tu Muhyiddin Soh Ambik Dari Kwsp

Duit Rakyat Tu Muhyiddin Soh Ambik Dari Kwsp

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 208 hits
Aku dapat gambar ni dari ruangan komen Memang ramai walaun yang main isu ni Rupanya lebai pun sama Tapi aku tak pasti la ni Azhar betul atau Tapi dia kata tu tak tepat Sebab duit ni dari tabung kerajaan Memang dari cukai tapi tak semua kena...
Baru 6 Tahun Tapi Dah Hafal 65 Mata Wang Dunia Ibu Dedah Rahsia Latih Anak Genius

Baru 6 Tahun Tapi Dah Hafal 65 Mata Wang Dunia Ibu Dedah Rahsia Latih Anak Genius

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 453 hits
Bayangkan anak kecil berusia enam tahun sudah mampu menyebut 65 jenis mata wang dunia dengan tepat dan semuanya dilakukan dalam masa hanya satu minit Itulah yang dibuktikan oleh si cilik luar biasa bernama D Devakshean yang bukan sahaja men...
Sebijik Macam Bapak Mk K Clique Dedah Wajah Anak Bawa Ke Pentas Sebelum Potong Kek Ulang Tahun Ke 29

Sebijik Macam Bapak Mk K Clique Dedah Wajah Anak Bawa Ke Pentas Sebelum Potong Kek Ulang Tahun Ke 29

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 375 hits
Selepas hampir setahun menyembunyikan wajah si kecil akhirnya MK K Clique membuat kejutan manis apabila mendedahkan wajah anak perempuannya Aya Rayana Paling manis bapa penyayang itu berkongsi wajah comel Aya bersempena sambutan hari lahir ...
Air Mineral Untuk Susu Anak Boleh Ke Dr Malar Dedah Risikonya

Air Mineral Untuk Susu Anak Boleh Ke Dr Malar Dedah Risikonya

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 351 hits
Air mineral sering dianggap bersih mudah didapati dan kelihatan premium Tapi menurut Dr Malar Santhi dan Dr Kenneth Looi air mineral sebenarnya tidak sesuai untuk membancuh susu formula bayi Kenapa Menerusi media sosialnya Dr Malar yang sar...
Kes Kanak Kanak Dibunuh Jiran Dedah Sering Dengar Tangisan Mangsa Dan Ibu Bapa Bertengkar

Kes Kanak Kanak Dibunuh Jiran Dedah Sering Dengar Tangisan Mangsa Dan Ibu Bapa Bertengkar

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 346 hits
Harian MetroPasir Gudang Saya berjiran dengan tiga beranak berkenaan sejak setahun lalu dan pernah mendengar tangisan mangsa selain bunyi bising ibu bapanya akibat bertengkar mulut kata Kamarudin Abdullah 47 Kamarudin berkata dia terkilan d...
Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

Hiburan 11 Bulan Sorokkan Wajah Anak Mk Akhirnya Dedah Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 321 hits
Melalui laporan Kosmo penyanyi rap dikenali ramai iaitu MK akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya pada konsert Duo Terhangat McDonalds di McDonalds Putrajaya Presint 2 DT semalam Difahamkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin mel...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Delicious Recipe Of Beef Haleem

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melly Lee Kamu Istimewa Chord

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Behind The Scenes Our Honda Cb550 Tracker Project From Start To Finish

Makan Kenduri Di Kampung Belahan Tampok

Ironman Langkawi Syed Saddiq Tamat Perlumbaan Bawah 13 Jam Bawa Pulang Rm1 Juta Untuk Rakyat Muar

Bila Mati Rasa