Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly


Selepas membeli kopi di Stesen Petronas Desaru, kami makan malam di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Saya cari dalam TikTok tempat makan best di Desaru, jumpalah restoran ni. Restoran pun dah dekat dan tutup jam 11.30 malam. Sempat lagi kalau nak pergi makan.Dengan menggunakan perkhidmatan waze, sampailah kami di lokasi. Jalan nak sampai ke sini sikit punya seram, jalan masuk ke dalam tak ada lampu. Mujurlah tak jauh sangat. Kita dah risau dah. Dahlah dekat nak tengah malam kan.
Di sebelah kiri laluan ada kolam ikan boleh bagi makan, kena bayarlah tapiMasa sampai hanya ada dua tiga buah kereta. Jomlah kita masuk ke restoran cepat. Nanti lambat-lambat tutup pula. Perut pun dah meminta-minta ni. Nampak gayanya macam kami pelanggan terakhir.
Menarik suasana di Restoran Terapung Saefood Bujang Firefly ni dihiasi dengan lampu warna-warni dan dibina atas sungai


Ruang makan dia luas dan banyak kedai makan. Restoran ni popular di Desaru, itu yang ramai pelanggan datang makan malam di sini. Tengok tempatnya pun kita dah tahu ramai orang datang sebab banyak tempat makannya


Selain tu tempat ni juga tempat tengok kelip-kelip atau kunang-kunang dalam english firefly. Sebab tu namanya firefly. Tapi Bujang tu tak tahulah sempena nama apa. Bukan bujang senang kan? Terapung tu sebab restoran ni didirikan atas air. 
Ada platform tempat untuk boat bawa penumpang tengok kelip-kelip pada waktu malam. Teringin nak tengok kelip-kelip. Nak ada pengalaman tu tapi tak berani pula dah malam-malam ni. Kita ni dah lah paranoid dan aquaphobia. Lupakan saja hasrat tu

Mungkin kalau masih awal malam tu boleh jadi pergi juga tu. Masa pun tak mengizinkan. Jadi kita makan-makan je lah di sini.


Saya pilih untuk duduk di bahagian yang terapung dekat dengan tepi air. Seram pula tengok air sungainya tu. Tenang tapi jangan disangka air yang tenang tu tenang. Eh, silap peribahasa. Nak kata ada buaya macam tak

Oleh kerana kami ni pelanggan terakhir. Boleh lah pilih nak duduk dimana. Meja pun tak ada untuk duduk berdua. Bantailah pilih meja yang besar untuk keluarga. Kami buat pesanan di kaunter dan pilih pakej Set A, RM83

Pakej Set ATeh O ais x 2Nasi putih x2Tomyam campurKangkung belacan, kami tukar kailan ikan masinSiakap tiga rasa, kami tukar siakap bakar sambalSotong goreng tepungTelur dadar
Senang dah ada pakej macam ni. Boleh tukar menu juga. 
Teh O aisTak lama menunggu minuman pun sampai, pesan ais kosong sekali. Air teh O ais pun ngam tak manis sangat. 

Service laju sebab tak ada pelanggan lain. Pelanggan yang ada dah hampir siap makan. Adalah dalam tiga keluarga macam tu. Makanan pun sampai serentak semuanya kecuali ikan siakap bakar sampai lewat sikit

Bila tiba makanan rasa macam banyak sangat lah pula nak makan berdua. Kalau tahu order ala carte je tadi. Surprisingly, kami makan habis ye. Masing-masing lapar. Mujurlah porsi nasi dia kecil

Tomyam campurSaya suka betul dengan rasa tomyam dia. Lain dari yang lain rasa tomyam yang pernah saya cuba. Kuah pekat, rasa pedas manja-manja je, masam dia tak berapa sangat ada manis sikit. Tak macam tomyam Thai tapi sedap

Isi tomyam dia menimbun ye. Puas hati makan, semuanya segar-segar. 

Sotong goreng tepungSotong goreng tepung sedap rangup. Isi sotong pun tak liat. Pandai tukang masak ni masak. Kalau liat, saya nak makan pun susah dengan braces ni. Tapi ni okay, mudah kunyah tak liat. Banyak pula tu porsi dia. Kami meratah je lepas habis nasi


Telur dadarTelur dadar dia tanpa garam rasanya. Saya suka kalau telur dadar tanpa garam atau perasa. Suka rasa aslinya sebab yang lain pun dah berasa kan. Kat rumah pun kalau masak telur mesti tanpa perasa. Sedap

Kailan ikan masinKailan ikan masin tak masin sangat. Ditaburi dengan bawang goreng. Sayur kailan yang segar, sedap mengunyah sebab rangup. 

Ikan siakap bakar sambalWatak utama dalam hidangan makan malam kami. Ikan siakap bakar sambal dengan isinya yang sangat lembut juicy. Bakar tapi macam makan ikan  di stim pula. Saya suka kalau ikan bakar tu ada hangus-hangus sikit dan rasa smoky baru best. 
Tapi kalau bersambal macam ni pun okay je dah sedap dah. Makan aje lah. Dah makan baru perasan ada limau. Terlupa nak perah. Penangan lapar sampai tak perasan ek



Sebelum makan tadi nampak boat lalu, bergoyang kejap tempat kami makan ni dek kerana gelombang air dari boat tu . Ambil peluang ambil gambar kejap. Tak ramai yang tengok kelip-kelip. Tak pasti berapa harganya. 

Kami makan dengan pace yang sederhana, makan sambil menikmati suasana. Tapi taklah terlalu santai berleha-leha walaupun masa masih banyak lagi belum jam 11.00 malam. Ada masa setengah jam lagi

Tapi kita faham lah masa-masa nak tutup kedai ni kan. Lepas kami balik mesti mereka terus tutup kedai punya. Makanan pun sampai cepat dan kami pun ambil masa tak lama untuk makan. Sebelum balik jangan lupa bayar di kaunter tadi

Jomlah kita check in hotel. Badan pun dah penat. 



Laluan keluar menuju ke pintu gerbang utama. Hati-hati lalu di sini. Papan dia bukan rapat-rapat. Tersandung atau ada barang jatuh naya ni


Nak juga bergambar depan Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly tanda hadir. Alhamdulillah berselera kami makan, makanan sedap dan berbaloi. Lain kali boleh datang lagi. Tapi entah bila. Ini pun kebetulan Encik Suami outstation

Tak tahu nak makan di mana kat Desaru ni, silalah singgah makan di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly. Berbaloi kalau makan ramai-ramai ni. Harga murah dan makan pun sedap

Lokasi Restoran Terapung Seafood Bujang Fire FlyBandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor Darul Ta'zim.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/restoran-terapung-seafood-bujang-firefly.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Hajadi Ta Am A W R R Seremban

Makan Di Restoran Hajadi Ta Am A W R R Seremban

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1333 hits
Assalamualaikum WBT KALAU dari negara Johor nak sampai ke Perthlis ambil masa sampai tiga hari singgah sampai tiga negeri tapi boleh pulak kalau nak balik Johor terus balik Lebih kepada risaukan anabul yang ditinggalkan entah cukup ke tidak...
Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1317 hits
Encik suami sampai rumah awal lebih kurang jam 6 00 petang macam tu Ajak makan di luar je lah Makan malam awal sikit di Rumah Panggung Cafe yang tak jauh dari rumah Rumah Panggung Cafe dengan suasana baruIni kali kedua kami singgah makan di...
Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids Bermula Lewat Malam Ini Mysa

Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids Bermula Lewat Malam Ini Mysa

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 690 hits
Kemuncak Fenomena Hujan Meteor Perseids Bermula Lewat Malam Ini MYSA KUALA LUMPUR 12 Ogos Fenomena hujan meteor Perseids dijangka mencapai kemuncaknya lewat malam ini hingga awal pagi esok dengan sehingga 100 meteor berpotensi kelihatan di ...
Makan Makan Di Anjung Senibong Seafood Sempena Hari Jadi Indah

Makan Makan Di Anjung Senibong Seafood Sempena Hari Jadi Indah

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 2817 hits
Assalamualaikum WBT 22 Ogos 2025 merupakan hari lahir Indah yang ke 18 SANAH HELWAHIndah Nur ZahirahBARAKALLAH FII UMRIKSemoga Allah melimpahkan rahmat Nya dan mengurniakan keberkatan dalam setiap usahamu Hidup bahagia dan selamat selamanya...
Makan Malam Nasi Berlauk Mekraa

Makan Malam Nasi Berlauk Mekraa

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1323 hits
Assalamualaikum WBT 15 Mei 2025CERITA tertinggal keretapi ni hehehe Sk tak masak PI belum makan nasi hari tu dan PI kata ada kedai nasi berlauk malam di Kempas Kami guna waze lepas pusing pusing tahulah waze ni kan suka cilok sana sini laaa...
Mengeteh Malam Merdeka Di Restoran Thoufeeq

Mengeteh Malam Merdeka Di Restoran Thoufeeq

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3563 hits
Assalamualaikum WBT SALAM Kemerdekaan ke 68Malaysia MADANI Rakyat DisantuniDARI tengahari Sk tanya PI nak masak apa nak masak apa Tapi PI kata tak yah masak Nanti petang keluar makan Tengahari PI mengulang makan nasi goreng Itu yang agaknya...
Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 659 hits
Sebelum gerak balik rumah rancang nak makan malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din yang baharu Sebelum ni kami pernah makan malam di ditempat lama dalam kawasan taman perumahan Lokasi baharu ni lebih luas lagi dan seperti dalam dusun Sebelah tu ...
Makan Malam Di Ghanim Kitchen Chinese Muslim Restaurant

Makan Malam Di Ghanim Kitchen Chinese Muslim Restaurant

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1335 hits
Assalamualaikum WBTHARI selasa lepas kononnya nak masak la PI request Kari Sotong dan Ayam Goreng Dah siap rendam dah semuanya lepas tu Sk terbaca kat thread ada yang share Ghanim Seafood Restaurant dah dibuka semula di lokasi yang lain Ked...
Singapore S Success A Lesson Malaysia Can No Longer Ignore

Rm250k Penalty Per Aerotrain Breakdown Should Have Been Imposed From Outset Not After Almost 2 Dozen Disruptions

Malaysia Needs To Adapt To Hybrid Security Threats Immediately

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Stop Pr Spin And Call Trade Deal What It Truly Is Muda

Digital Health School Malaysia Study Health Tech At Rumc

Hiburan Kes Adik Dikel R Abang Sendiri Suspek Mungkin Terpengaruh Video Game Alami Halusinasi Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Secawan Teh Tarik Di Riverside Cafe Wtckl

Restoran Syaffa Katering Keningau Hidangan Istemewa

Easy A Recipe For Beef Enchiladas

M Sians Spooked By Pasir Gudang S Legally Naive Jual Negara Drama

Nayla Fardila Feat Jasun Marju Pelampiasan 2 Chord

Nilai Jiwa 2 Sabar Tenang Dalam Ujian Redha Dalam Luka