Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe


Encik suami sampai rumah awal lebih kurang jam 6.00 petang macam tu. Ajak makan di luar je lah. Makan malam awal sikit di Rumah Panggung Cafe yang tak jauh dari rumah. 
Rumah Panggung Cafe dengan suasana baruIni kali kedua kami singgah makan di sini. Sebelum ni pernah makan petang. Masa tu masih baru buka lagi dan tak semeriah sekarang ada banyak tempat duduknya. Malam-malam mesti meriah ramai orang lepak mengopi.

Masa kami sampai tak ada pelanggan lain lagi. Ada satu kereta je milik tuan tanah atau pekerja mereka. 
Pintu gerbang buah markisa. Nampak ada beberapa biji berjuntai di atas
papan tanda Selamat Datang
Bila tengok rumah kayu ada beranda ni teringat rumah lama dulu ada beranda, tempat lepak berbual kalau tetamu datang


Kami terus ke kaunter buat pesanan dan bayar terus. Sempat saya potretkan beberapa keping gambar. Mujur tak ada pelanggan lain. Dapatlah ambil gambar elok sikit


Tertarik pula dengan hiasan bunga tahi ayam bersama daun variegated yang tak tahu apa ID dia. Cantik juga dibuat hiasan sebagai penyeri. Petik kat laman je ni sebab nampak banyak pokok bunga di halaman depan rumah berdekatan kawasan parkir.

Total semuanya ada sen-sen. Tapi tuan kedai genapkan jadi ringgit dan diskaun je sen-sen tu. Baiknya tuan kedai tak berkira. Ni untung ke tak ni? 
Dulu tak ada kaunter ni, masa tu kaunter kecil bawah rumah je. Sekarang banyak dah ditambah dan lebih menarik untuk keselesaan pelanggan. Yang penting, lebih easthetic


Saya pilih untuk duduk di hujung sekali. Lebih privacy sikit kan. Musim panas ni air sungai pun macam nak kering dah. Kalau musim hujan ni, air  naik sampai boleh tutup kedai


Kalau air sungai banyak sikit best jugak dengar bunyi air mengalir. Kami tak berduaan, ditemani si calico ni. Baru duduk dia dah datang dekat mengiau. Makanan pun tak sampai lagi, awak dah meminta makanan. 

Duduklah situ dulu. Jap lagi kita bagi makan okay. Maka, terbaringlah dia bergolek atas pasir tu. Sempat pula tu menunaikan hajat di belakang tu. Nasib baik jauh, kalau tidak bau tahi panas. hahaha..

Tak lama tu minuman kami pun sampai lah. Hiruplah dulu kopi hazelnut latte panas kegemaran saya. Dapat cawan kuning lagi. Asal pakai baju kuning je, cawan pun kuning juga. Berjanji ke kita


Sedapnya menghirup secawan latte panas suam gitu di waktu petang ni. Encik suami pesan air spanish latte. Belum sempat memotret dia dah kacau dulu airnya, jadi rupa dia jadi lain dah siap berkacau. 

Air sampai bersama dengan cream cheese garlic bread. Tergoda tengok dalam chiller tadi, terus pesan juga satu buat rasa-rasa sebab tak pernah makan lagi. Masa viral sebelum ni tak sempat nak rasa. Sedap jugalah, sesuai untuk minum petang


Kami pesan 2 set nasi lemak untuk makan malam. Di sini tak banyak pilihan makanan berat cuma ada nasi lemak dan spaghetti carbonara je. Yang lain makanan ringan. Nasi lemak ada dua jenis, ayam berempah atau nasi lemak biasa ada telur goreng.

Nasi lemak lambat sikit sampai sebab ayam tu dia goreng panas-panas. Bukan dah goreng siap-siap. Penantian yang berbaloi sebab ayam rempahnya sedap. Nasi lemak kurang sikit rasa lemak dia. Tak pasti pandan ke atau pewarna sahaja. Tapi okay je nasinya.

Sambal agak cair sikit dan kalau pedas, lagi sedap. 


Terang hampir berubah gelap, tuan kedai buka lampu. Sebelum maghrib kami dah selesai makan dan balik. 

Lokasi Rumah Panggung CafeJln Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasiBuka : 5 hari ( Ahad, Isnin, Rabu, Jumaat & Sabtu) jam 4.00pm - 11.00 pm
Tutup : Selasa & Khamis

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/rumah-panggung-cafe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Nasi Berlauk Mekraa

Makan Malam Nasi Berlauk Mekraa

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1223 hits
Assalamualaikum WBT 15 Mei 2025CERITA tertinggal keretapi ni hehehe Sk tak masak PI belum makan nasi hari tu dan PI kata ada kedai nasi berlauk malam di Kempas Kami guna waze lepas pusing pusing tahulah waze ni kan suka cilok sana sini laaa...
Makan Malam Di Ghanim Kitchen Chinese Muslim Restaurant

Makan Malam Di Ghanim Kitchen Chinese Muslim Restaurant

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1081 hits
Assalamualaikum WBTHARI selasa lepas kononnya nak masak la PI request Kari Sotong dan Ayam Goreng Dah siap rendam dah semuanya lepas tu Sk terbaca kat thread ada yang share Ghanim Seafood Restaurant dah dibuka semula di lokasi yang lain Ked...
Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1571 hits
Selepas membeli kami makan malam di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly Saya cari dalam TikTok tempat makan best di Desaru jumpalah restoran ni Restoran pun dah dekat dan tutup jam 11 30 malam Sempat lagi kalau nak pergi makan Dengan m...
Makan Di Sadiah Cafe Kangar

Makan Di Sadiah Cafe Kangar

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 316 hits
Assalamualaikum WBT SEJAK beberapa hari ni suasana di Tanah Jauhar agak sejuk sikit Ada hari hujan ada hari redup Nak mandi pun air kemahen sejuk macam mandi air perigi hihi Pagi tadi agak mendung sikit ingatkan nak hujan tapi tak jadi rupa...
Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 567 hits
Sebelum gerak balik rumah rancang nak makan malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din yang baharu Sebelum ni kami pernah makan malam di ditempat lama dalam kawasan taman perumahan Lokasi baharu ni lebih luas lagi dan seperti dalam dusun Sebelah tu ...
Kalau Tak Kemas Katil Tak Dapat Apa Mereka Nak Ziha Salleh Didik 2 Anak Lelaki Elak Buli Wanita Buat Kerja Rumah Maya

Kalau Tak Kemas Katil Tak Dapat Apa Mereka Nak Ziha Salleh Didik 2 Anak Lelaki Elak Buli Wanita Buat Kerja Rumah Maya

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1880 hits
HAMPIR sedekad melayari alam rumah tangga penyanyi dan pelakon Ziha Salleh 30 mengakui ia satu tempoh pembelajaran baginya Selain aktif meneruskan kariernya dalam industri seni Ziha tetap tidak lupa peranannya sebagai isteri dan ibu kepada ...
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 1870 hits
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah Bagi penggemar makanan berempah sotong kari mamak sememangnya antara hidangan yang mampu membuka selera Kari sotong merupakan antara hidangan tradisional yang cukup digemari di...
Kampung Sungai Baru Bergolak

Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Justice For Zara Qairina Kampung Sungai Baru

Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Futuromic Lancar Ricoh Gr Iv Di Malaysia Buka Era Baharu Untuk Fotografi Jalanan Padat

Simpan Video Dan Foto Dari Threads Dan Instagram Dengan Mudah

Pvc Folder Menu Printing Pilihan Premium Untuk Restoran Caf Hotel

Warga Asing Agresif Diberkas Jpj

Sedarlah

Bungkusan Disyaki Mengandungi Mayat Ditemukan Di Tepi Sungai