Makan Malam Di Kafe Kebun Dusun Pak Din Yang Baharu


Sebelum gerak balik rumah, rancang nak makan malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din yang baharu. Sebelum ni kami pernah makan malam di Dusun Pak Din (DPD) ditempat lama dalam kawasan taman perumahan.
Lokasi baharu ni lebih luas lagi dan seperti dalam dusun. Sebelah tu macam ada homestay yang sedang membangun. Cantik tu kalau dah siap boleh menginap dan senang nak makan malam di Dusun Pak Din ni sebab waktu mula buka jam 6.00 petang

Untuk datang ke sini kami guna waze je. Jalan nak masuk ke sini agak kecil dan rosak sikit. Berhati-hati kalau datang malam. Kami pergi waktu petang masih terang lagi dan Kafe Kebun Dusun Pak Din baru je di buka. 


Signboard Kafe Kebun Dusun Pak Din menyambut kedatangan tetamu. Tandanya sampai di tempat yang betul.

Oleh kerana baru buka, banyak lagi parkir kosong dan banyak tempat lagi belum berpenghuni. Kami memilih untuk duduk di kawasan sekitar dekat dengan pintu pagar masuk ruang makan dari parkir


Sukalah dengan tema outdoor serba putih ni. Payung outdoor yang easthetic. Kami duduk di kerusi plastik yang biasa tu. Ada jenis-jenis kerusi yang lain. Pilihlah nak duduk di mana yang selesa. Tapi lepas order, jangan bertukar tempat pula. Dah siap reminder pada belakang QR code ni

Sistem pesanan menggunakan QR Code. Bayaran perlu dibuat di cashier nanti sebab dalam apps tu dia pending. Memang kena buat bayaran di cashier kot


Dah buat pesanan, kita cuci mata melihat keindahan Dusun Pak Din. Cantiklah landskap dan hiasan yang disini. Ada macam-macam jenis tanaman di sini. Papan tanda arah ni pun easthetic juga. 

Dihujung sana dapur dan juga cashier. Sebelah kiri atas pun pun ada ruang makan lagi. Menarik juga ruang di situ. Tapi macam untuk tetamu yang datang beramai-ramai sebab lebih daripada 4 kerusi di situ, meja pun meja panjang.

Di sebelah kiri saya ada hiasan basikal yang di cat putih. Menarik juga ni jadikan hiasan daripada terbiar jadi besi buruk kan


Air sirap bandungTak lama menunggu, minuman kami pun sampai. Saya pesan air sirap bandung memandangkan tak ada kopi yang menarik untuk selera saya

Dah lama juga tak minum air manis-manis macam ni. Asyik kopi, kopi dan kopi je kan. Yang bagusnya air sirap bandung dia tak manis. 
Air sirap bandung, RM6

Air mineralEncik suami pesan air mineral. Malas nak minum air manis katanya. Air mineral botol kecil di hantar bersama dengan gelas berisi ais

Air mineral dan ais, RM2

Seafood carbonara pastaBanyak juga pilihan menu pasta. Saya pilih seafood carbonara pasta less spicy. Pasta dia spaghetti. Malas nak pilih extra spicy, risau nanti pedas sangat pula. Less spicy okaylah rasa dia taklah pedas sangat. Pedas dia dari chilli flakes je

Seafood yang segar, 2 ekor udang, sotong ring besar tu dan kupang ditutupi dengan spagettti bawah tu. Rasa sos carbonara yang pekat dan creamy sesekali disulami dengan rasa pedas sikit. Sedap! Sedap yang boleh makan gitu

Seafood carbonara pasta, RM23

Crispy fish & chicken chopEncik suami berkenan dengan menu crispy fish & chicken chop. Ada fish dan chicken chop sekali bawah crispy fish fillet tu. Didatangkan sekali dengan kentang goreng, sos black pepper, sos cili dan mayonaise dan  salad coleslaw

Fish dan chicken chopnya luar crispy, isinya lembut. Sos black pepper dia sedap tapi sikit tak cukup nak makan dengan fish dan chicken tu. Salad coleslaw tu saya tak rasa, saya suruh encik suami habiskan terus. 
cripsy fish & chicken chop, RM22

Dua-dua hidangan tu kami kongsi makan separuh-separuh. Dapatlah merasa, kecuali coleslaw je saya tak rasa. Kedua-duanya sedap lah, tak mengecewakan.  Puas hati. Harga pun standard

Best makan di Kafe Kebun Dusun Pak Din ni. Sambil makan sambil menikmati alam. Ubat nyamuk juga dipasang berdekatan supaya pelanggan tak bergaduh dengan nyamuk. Kipas pun ada disediakan juga. Kotlah panas boleh buka kipas tu


Menjelang gelap, mentol lampu dinyalakan. Cahaya pun samar-samar yang tadi terang bertukar cahaya romantik mentol


Hampir waktu maghrib jomlah pulang. Jangan lupa bayar di cashier. Ni view dari cashier.


mentol yang berbeza di ruangan cashier
Dari cashier kami melalui ruang jalan tengah ni menuju ke jalan keluar Kafe Kebun Dusun Pak Din. Kalau jalan terus bawah tu ada ruangan lagi. Tapi kat situ untuk ruangan orang sambut birthday, anniversary atau ada acara lain gitu

Macam best juga sambut birthday atau anniversary di sini. Kena roger-roger merekalah di instagram Dusun Pak Din. Tengok mereka buat dekorasi pun cantik. 
Selain tu di kawasan bawah tu ada haiwan ternakan macam ayam, itik, angsa, kucing dan arnab. Kalau bawa anak-anak tu dapatlah main kejar-kejar dengan haiwan tu.

Ruangan parkir dia luas, tak gaduhlah nak cari parkir. Mungkin kami sampai masih awal kot. Waktu balik baru saya ambil gambar ni. Di sini ada kemudahan surau dan tandas juga. 

Kesimpulannya, makanan di sini ok sedap dan suasana dia tu mahal. Kena datang awal untuk mudah parkir dan boleh pilih nak duduk dimana. Lagi satu kalau datang awal baru buka ni service dia pun lajulah sikit

Kalau peak hour dan ramai orang saya rasa mesti dapat makanan tu lambat sikit. Tapi mereka ramai pekerja, taklah lambat sangat kot kan. Di media sosial saya tengok pun sentiasa meriah ramai orang datang makan malam di sini. 
Kalau ke Port Dickson tu boleh cuba makan malam di Kafe Kebun Dusun Pak Din ni salah satu tempat makan menarik yang aesthetic

Lokasi Kafe Kebun Dusun Pak DinLot 1372, Jalan Haji Kamit Kampung Baru Si Rusa 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan PD, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu OperasiBuka setiap hari kecuali hari SELASA TUTUP dari jam 6.00 petang sehingga jam 11.00 malam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/kafe-kebun-dusun-pak-din.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Spazzo Artisanal Fresh Pasta Kebun Teh

Makan Di Spazzo Artisanal Fresh Pasta Kebun Teh

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum WBT SELASA lepas PI bertugas di Stadium Sultan Ibrahim Bila PI tak ada Sk dan Iman pun merancang nak pergi makan di Kafe Halaman yang terletak di Kampung Melayu Majidee Sk tak rasa PI suka nak makan kat situ sebab crowded da...
Pendulang Emas Haram Rosakkan Tanah Kebun Harian Metro

Pendulang Emas Haram Rosakkan Tanah Kebun Harian Metro

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 160 hits
Harian Metro Harian Metro Kosmo Digital Sinar Harian suaramerdeka com my
Pelacuran Di Kebun Kelapa 6 Warga Bangladesh Ditahan Polis Simpang Pulai

Pelacuran Di Kebun Kelapa 6 Warga Bangladesh Ditahan Polis Simpang Pulai

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 176 hits
IPOH Polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran melibatkan sekumpulan warga Bangladesh dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan yang dijadikan sarang maksiat di kawasan kebun kelapa Kampung Tualang Tujuh Kampung Kepayang Simpang Pulai pada ...
Awat Pulak Din

Awat Pulak Din

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 104 hits
Saya mengecam sekeras kerasnya pendakwaan YB Hilman Idham Ketua Armada BERSATU di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan Sebagai pemimpin sayap ARMADA yang mewakili anak anak muda beliau berhak untuk...
Maut Tertusuk Pisau Sabit Selepas Motosikal Ke Kebun Sawit Terbabas

Maut Tertusuk Pisau Sabit Selepas Motosikal Ke Kebun Sawit Terbabas

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 251 hits
Maut tertusuk pisau sabit selepas motosikal ke kebun sawit terbabas Foto hiasan TEMERLOH Seorang lelaki Orang Asli maut dalam keadaan tragis selepas lehernya tertusuk pisau sabit dibawa bapanya selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di s...
K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1104 hits
Sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini K Fry Urban Korean tampil dengan menu edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia digabungkan dengan sentuhan unik ala Korea Koleksi istimewa ini dinamakan Cool lah M...
Alonso Beri Nafas Baharu Real Selepas Dimalukan Psg

Alonso Beri Nafas Baharu Real Selepas Dimalukan Psg

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 406 hits
Alonso beri nafas baharu Real selepas dimalukan PSG ALONSO mulakan era baharu bersama Real Madrid FOTO AFP Madrid Bagi Real Madrid permulaan sebenar era baharu ini hadir dengan kekalahan menyakitkan Kekalahan 0 4 kepada Paris Saint Germain ...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital