Makan Ayam Nando S Smoky Peri Peri Lain Betul Rasanya Lah
Hi Korang, 
Ayam Nando's ni rasanya lain sket dari ayam-ayam kat luar sana sebab ramuan PERI-PERI yang mempunyai citarasa Afrika kan, memang tak muaklah kalau di makan. 
Korang suka perisa yang mana? 
Ada Lemon  and  Herba,  Smoky  PERi-PERi,  Sederhana, Pedas  dan  Ekstra  Pedas kan tapi kak lily hanya boleh makan mild je sebab yang hot tuh boleh terbakar bibir ahkak ko ni hauhauahua maklumlah dah tak boleh makan pedas kan.
cantikkan bila dah malam tempat ni
Hari tuh kak lily berkesempatan ke event pelancara menu baru Ayam Nandos ni di Nandos Chinatown, ya ampun sampai 3 tingkat ek, first time ke sini tau.
Bertemakan alam magical so haruslah suasana macam ala-ala Harry Porter sket, ktorang di pecahkan kepada 4 rumah  dan kak lily dapat Rumah Extra Raven Hot bolehlah kan tak kisahlah duduk memana pun janji dapat makan ayammmm
spooky kan setting up dia huahauhauah
Diilhamkan oleh gabungan ajaib wama-warni Afrika, warisan unik dan rasa berasap hasil kaedah memasak terbuka,  maka  Smoky  PERi-PERi yang  'super-natural' terhasil.  la  memberikan  rasa paprika  yang  kaya, manis dan berasap, sedikit rasa limau, gabungan  herba yang menarik dan sememangnya sentuhan Cili Api PERi-PERi  tersendiri  Nando's.  Semua  gabungan  iini memberikan  rasa  berasap  unik  yang  mengimbau suasana  barbeku yang baik.
Jom main teka apa bahan-bahan yang terkandung di dalam ayam ni ek??
memula kak lily panggil chicken wings terbako uauauauuaua
amik ko, segala yang kak lily rasa semua tertulis kan sini
Pada PERi-ometer   Nando's,   Smoky   PERi-PERI   lebih   pedas   daripada   Lemon   and  Herba   (yang  juga mengandungi cili ajaib secara kebetulan) tetapi kurang pedas daripada rasa sederhananya. la sesuai untuk mereka  yang  menggemari  makanan  berperisa  tetapi  tidak  terlalu  pedas  dan  ia  mernperkenalkan  satu dirnensi  baharu  ke rangkaian  rasa ayam  Nando. 
Seriously kak lily gemarkan perisa baru ni, langsung tak rasa pedas sangatlah, bau-bau smoky tuh kuat jugak tapi sedap. 
"Kami mahu memberi peminat kami rasa sesuatu yang ajaib musim  ini dengan ayam PERi-PERi kami yang dipanggang  dengan  api  dan itulah  bagaimana  wujudnya Smoky  PERi-PERi.  Selama  bertahun-tahun  kami telah  mencuba  pelbagai  resipi  yang berbeza  untuk  mencari  rasa istimewa  yang akan  memberi  peminat kami sesuatu  yang  baharu  yang dapat  dinikmati  dan kami  memutuskan  untuk  mencuba  dengan  Smoky PERi-PERi.  la  memberikan  gabungan  rasa hebat  yang menarik  dan unik,  tetapi  sinonim  dengan  Nando's pada masa yang sarna,"  kata  Stephen  Chew,  Ketua  Pegawai  Eksekutif Nando's  Malaysia. 
So korang boleh nikmati Smoky PERI-PERI sebelum ianya berakhir, rasanya while stock last kot. Kan nak Krismas ni so why not kita cuba perisa baru ni ek
inilah dia Smoky Peri-Peri
Cara rerbaik adalah  untuk  meraikan  musim  perayaan dengan  hidangan· Smoky PERi-PERI  untuk 4 dengan hanya  RM99.00.  lni termasuk sajian menyelerakan dengan 4 sajian sampaingan lazat, 4 minuman ringan tanpa had dan Salted Caramel Cake Bites yang baru!
Nando's memberi tumpuan bukan sahaja pada ayam bakar sempurna, tetapi juga perisa dtan sentiasa  bersedia  rnenvahu   cabaran  untuk meningkatkan pengalaman bersantap mereka  ke dimensi yang  lain.  Nando's  bercita-cita  untuk  mengumpul dan  menyajikan  hanya  yang terbaik di  atas  pingga anda. 
Korang boleh LIKE dan FOLLOW social media NANDO’S ni ek 
Website : www.nandos.com.my 
Facebook : https://www.facebook.com/NandosMY/ 
Instagram : https://www.instagram.com/nandosmy/?hl=en 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://www.ciklilyputih.com/2018/11/makan-ayam-nandos-smoky-peri-peri-lain.html