Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun


Sekiranya anda terlupa kata laluan ASB (myASNB), jangan risau. Anda boleh reset dan aktifkan semula akaun ASB anda secara online melalui aplikasi myASNB atau melalui portal ASB di pautan berikut: myasnb.com.my/login
Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk dalam tempoh yang lama.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kesukaran untuk menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kerana trafik yang tinggi dan tidak dapat membuat panggilan dalam tempoh waktu bekerja.
Maka untuk memudahkan urusan pelanggan, anda kini boleh mengaktifkannya semula secara online. Nak tahu caranya?
Jom baca perkongsian di bawah.
Apakah myASNB? Bagi yang belum familiar dengan ASB, myASNB adalah sebuah portal dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Ia adalah platform dalam talian yang mudah yang selamat bagi pelanggan ASNB untuk melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga dalam talian di mana sahaja pada bila-bila masa.
myASNB Dengan memiliki akaun myASNB secara online, maka pengguna tak perlulah beratur untuk membuat simpanan pelaburan atau pengeluaran lagi.
Tapi jika ia dah lama tak digunakan, akaun tersebut akan menjadi dorman (tidak aktif) dan tidak boleh diakses secara online.
Bagi yang dah lama tak login, anda juga mungkin dah lupa username dan password.
Anda boleh aktifkan semula portal/app myASNB anda melalui:
1) Reset melalui aplikasi myASNB atau; 2) Emel maklumat peribadi & salinan mykad ke [email protected] atau; 3) Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 03-77308899 atau; 4) Hadir ke cawangan ASNB berhampiran anda Rujuk cara untuk kemaskini kata laluan dan aktifkan semula akaun myASNB seperti yang dikongsikan di bawah.
BACA JUGA: Pengeluaran ASB Secara Online Melalui myASNB
Lupa Kata Laluan ASB – Cara Reset Semula Jika anda terlupa kata laluan ASB, anda boleh rujuk langkah-langkah berikut untuk reset semula password ASB.
Lupa Kata Laluan ASB Buka aplikasi myASNB. Sekiranya anda belum daftar, sila muat turun aplikasi my ASNB di App Store, Google Store atau App Galery. ATAU, anda juga boleh layari portal ASB https://www.myasnb.com.my/login Klik “Lupa Kata Laluan”. Masukkan ID Pengguna & Nombor Kad Pengenalan. Klik “Teruskan”. Mohon dan masukkan SMS OTP. Sahkan akaun anda melalui emel atau jawab soalan keselamatan. Tetapkan kata laluan baru. Selesai. Rujuk video panduan tetapkan semula kata laluan ASB di bawah:
Jika anda mengalami kesulitan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan melalui [email protected]
Lupa ID Pengguna Sekiranya anda lupa ID Pengguna pula, anda boleh rujuk cara dapatkan semula ID Pengguna di bawah:
Lupa ID Pengguna Buka aplikasi myASNB. Sekiranya anda belum daftar, sila muat turun aplikasi my ASNB di App Store, Google Store atau App Galery. ATAU, anda juga boleh layari portal ASB https://www.myasnb.com.my/login Klik “Lupa ID Pengguna”. Masukkan Nombor Kad Pengenalan. Klik “Teruskan”. Mohon dan masukkan SMS OTP. Sahkan akaun anda melalui emel atau jawab soalan keselamatan. ID Pengguna akan dipaparkan. Selesai. Lupa Jawapan Soalan Keselamatan Jika lupa jawapan soalan keselamatan akaun ASB (myASNB), biasanya tiada pilihan untuk reset jawapan soalan keselamatan itu secara terus di portal. Namun, langkah yang boleh diambil termasuk:
Cuba reset ID pengguna atau kata laluan terlebih dahulu melalui pilihan “Lupa ID Pengguna” atau “Lupa Kata Laluan” di laman rasmi myASNB dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan menjawab soalan keselamatan jika masih ingat. Jika benar-benar tidak ingat jawapan soalan keselamatan, langkah terbaik ialah menghubungi pusat khidmat pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau emel ke [email protected] untuk bantuan reset akaun selepas pengesahan identiti. Biasanya pihak ASNB akan membantu reset selepas mengesahkan maklumat peribadi akaun. Adalah disyorkan untuk simpan rekod jawapan soalan keselamatan atau screenshot ketika mendaftar untuk rujukan di masa depan bagi mengelakkan masalah lupa ini.
Jika perlu, boleh juga ke kaunter ASNB atau ejen sah (seperti Pejabat Pos) untuk bantuan lanjut dengan membawa dokumen pengenalan diri.
Cara Aktifkan myASNB Secure myASNB Secure adalah fungsi keselamatan baharu yang lebih selamat dan mudah untuk pengesahan transaksi di portal dan aplikasi myASNB menggunakan Pengesahan Multi Faktor.
Ia memadankan peranti mudah alih (telefon pintar/tablet) dengan akaun myASNB anda. Dengan myASNB Secure, transaksi diluluskan melalui Pengesahan Terus dan Secure TAC (nombor 6 digit yang dijana di aplikasi myASNB).
Ciri ini adalah alternatif kepada pengesahan SMS TAC sedia ada.
Rujuk video di bawah untuk mengetahui langkah mengaktifkan akaun myASNB Secure anda:
Cara Aktifkan Semula Akaun ASB Secara Online (Akaun myASNB Dorman) Selain hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB atau ke Cawangan ASNB, kini anda boleh emel maklumat peribadi anda untuk aktifkan semula akaun myASNB.
Langkah untuk aktifkan secara online:
Sediakan dokumen pengesahan diri Gambar swafoto bersama MyKad Gambar atau salinan MyKad Salah satu dokumen sokongan: Lesen memandu bergambar, Pasport, Penyata bank persendirian, Bil utiliti elektrik, air telefon dan sebagainya. Emel ke 𝗺𝘆𝗮𝘀𝗻𝗯𝗶𝗱@𝗽𝗻𝗯.𝗰𝗼𝗺.𝗺𝘆 Sediakan Dokumen Pengesahan Diri Hantarkan emel kepada [email protected] Bagi anda yang belum mempunyai akaun ASB online, sila daftarkan terlebih dahulu dengan merujuk rujukan berikut: MyASNB – Pendaftaran, Pengeluaran ASB Online, Semakan Baki & Dividen
Cara Buka Akaun ASB Online Tak perlu ke kaunter untuk buka akaun!
Daftar sekarang dengan aplikasi myASNB untuk proses pendaftaran yang pantas dan mudah. Nikmati kemudahan akses kepada pelbagai unit amanah pada bila-bila masa dan di mana jua.
Oh ya, kini anda juga boleh membuka akaun dengan aplikasi Touch N’ Go!
BACA JUGA: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB
Cara Buka Akaun ASB Online Tidak Berjaya Log Masuk ASB Jika tidak berjaya log masuk akaun ASB (myASNB), berikut adalah langkah yang boleh diambil:
Semak semula ID pengguna dan kata laluan sama ada dimasukkan dengan betul, termasuk huruf besar/kecil. Jika terlupa kata laluan, gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di portal atau aplikasi myASNB untuk reset kata laluan melalui nombor telefon berdaftar dan soalan keselamatan. Akaun mungkin menjadi dorman (tidak aktif) jika lama tidak log masuk. Jika ini berlaku, anda perlu aktifkan semula akaun dengan: Menghubungi pusat khidmat pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau Mengemukakan emel dengan dokumen pengesahan diri ke [email protected] Pastikan talian internet stabil dan aplikasi myASNB telah dikemas kini ke versi terbaru. Sekiranya sering gagal log masuk akibat TAC tidak diterima atau sudah tamat tempoh, pastikan nombor telefon berdaftar aktif untuk terima SMS OTP. Jika masih gagal, kunjungi cawangan ASNB atau agen sah untuk bantuan manual dengan membawa dokumen pengenalan diri. Tak berjaya login ASB?
Akaun ASB disekat?
Akaun ASB dibekukan
Rujuk 3 cara ini sekiranya gagal login ASB Maklumat Lanjut Untuk sebarang masalah berkaitan myASNB, anda boleh melayari laman web https://www.myasnb.com.my/ ATAU menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.
Bagi pengguna yang ingin kerapkali menyemak dan mengemaskini akaun ASB online, kini anda juga boleh menggunakan Apps myASNB oleh Permodalan Nasional Berhad dengan lebih cepat secara percuma.
Aplikasi ini boleh didapati melalui pautan berikut:
Google Playstore : KLIK SINI Apple Apps Store : KLIK SINI Soalan Lazim – Lupa Kata Laluan ASB Apa yang perlu dibuat jika lupa kata laluan myASNB? Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di portal myASNB atau aplikasi myASNB. Masukkan ID pengguna dan nombor kad pengenalan, kemudian mohon OTP yang akan dihantar ke nombor telefon berdaftar. Setelah menerima OTP, ikut arahan untuk reset kata laluan baru.
Bagaimana jika terlupa ID pengguna? Klik “Lupa ID Pengguna” di halaman log masuk, masukkan nombor kad pengenalan, mohon OTP, dan sahkan melalui emel atau soalan keselamatan. ID pengguna akan dipaparkan selepas pengesahan.
Apakah ciri-ciri kata laluan baru? Kata laluan baru mesti mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Panjang antara 8 hingga 20 aksara dan tidak boleh sama dengan ID pengguna atau frasa keselamatan.
Bolehkan akaun diaktifkan semula jika sudah dorman? Ya, akaun dormant boleh diaktifkan semula secara online dengan menghantar dokumen pengesahan peribadi melalui emel ke [email protected] atau hubungi pusat khidmat pelanggan ASNB.
Siapa yang boleh dihubungi untuk bantuan jika mengalami kesulitan? Hubungi pusat khidmat pelanggan ASNB di 03-7730 8899 atau emel ke [email protected] untuk bantuan lanjut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-aktifkan-semula-asb/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-aktifkan-semula-asb

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi Mae

Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi Mae

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1027 hits
Maybank memaklumkan bahawa tetapan semula kata laluan Maybank2u hanya boleh dilakukan melalui aplikasi MAE berkuat kuasa 18 September 2025 Menurut Maybank perubahan ini hanya melibatkan pengguna Individu dan Pemilik Tunggal sahaja manakala ...
Cara Terminate Asb Loan Tempoh Penalti Asbf

Cara Terminate Asb Loan Tempoh Penalti Asbf

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2025 hits
Untuk terminate ASB Loan pemohon perlu hadir ke cawangan bank yang menawarkan pinjaman ASB dan mengisi borang rasmi pembatalan Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk portal myASNB di pauatan berikut ASB Loan atau juga dikenali sebagai pinja...
Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 3705 hits
Semakan kelayakan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian Ambilan Tahun 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi SPP di pautan berikut Sekiranya layak calon perlu mendaftar nombor pin kata laluan bermula 17 September...
Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 3148 hits
Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah Memiliki gigi yang sihat dan sempurna sangat penting kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta kualiti hidup seseorang Masalah kehilangan gigi boleh menjejaskan pertuturan serta m...
Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3168 hits
Ramai orang pernah mengalami sakit kepala sama ada ringan atau teruk sehingga mengganggu aktiviti harian Kadangkala ia datang sekejap sahaja namun ada juga yang berlarutan sehingga beberapa jam atau hari Masalah ini bukan sahaja menyebabkan...
Berapa Hari Duit Asb Masuk Akaun Bank Selepas Pengeluaran

Berapa Hari Duit Asb Masuk Akaun Bank Selepas Pengeluaran

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1994 hits
Tempoh duit ASB masuk ke akaun bank selepas pengeluaran dilakukan merupakan antara perkara utama yang sering menjadi pertanyaan ramai Semakan terus boleh dilakukan melalui aplikasi myASNB atau layari portal rasmi di Persoalan ini sangat pen...
Pegawai Imigresen Simpan Duit Rasuah Rm1 5 Juta Dalam Akaun Th Asb

Pegawai Imigresen Simpan Duit Rasuah Rm1 5 Juta Dalam Akaun Th Asb

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1527 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAntara barang kemas dan wang tunai yang dirampas SPRM dalam Op Rebtas yang dijalankan di Kuala Lumpur baru baru ini PUTRAJAYA Seorang pegawai imigresen dikesan menyimpan wang rasuah kira kira RM1 5 juta dalam akaun Tab...
15 Penyebab Bad Mood Tanpa Alasan Dan Cara Efektif Mengatasinya

15 Penyebab Bad Mood Tanpa Alasan Dan Cara Efektif Mengatasinya

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 4732 hits
Penyebab bad mood tanpa alasan bisa datang dari hal hal sepele seperti tidur pola makan hingga lingkungan Artikel ini membahas 15 faktor tersembunyi yang memengaruhi suasana hati plus cara sederhana untuk mengatasinya
Kaki Bengkak Waktu Hamil Doktor Jelaskan Punca Cara Atasinya

Kaki Bengkak Waktu Hamil Doktor Jelaskan Punca Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 7909 hits
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukark...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Pagi Yang Tak Disangka

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Handbag Baru Bonia Paloma Tote Bag Warna Beige

British Iron Our Favorite Norton Customs

Fitri Carlina Bahagianya Aku Sama Kamu Chord

Simbol Kecil Yang Menyimpan Jiwa Asal Usul Dan Makna

Myspr Semak Cara Semakan Pusat Mengundi Prn 2025

Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital