Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah


Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah
Memiliki gigi yang sihat dan sempurna sangat penting kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta kualiti hidup seseorang.
Masalah kehilangan gigi boleh menjejaskan pertuturan serta menyukarkan proses mengunyah makanan.
Selama ini, pilihan rawatan utama hanyalah gigi palsu atau implan, yang kebiasaannya menelan kos tinggi.
Menariknya, saintis di Jepun mendakwa kini sedang menguji sejenis ubat baharu yang mampu mengaktifkan semula tunas gigi tersembunyi di bawah gusi.
Seperti dikongsikan Hello Doktor, ini sekali gus membuka peluang manusia untuk menumbuhkan gigi baharu secara semula jadi.
Penyelidikan Jepun tawar harapan tumbuhkan gigi baharu
Sekumpulan doktor gigi di Jepun, diketuai oleh Dr. Katsu Takahashi dari Institut Penyelidikan Perubatan Hospital Kitano, sedang menjalankan kajian klinikal yang dianggap revolusioner.
Kajian ini menumpukan kepada kemungkinan manusia mempunyai “set ketiga” gigi dorman yang selama ini tersembunyi di bawah gusi.
Menurut Takahashi, dengan menyekat protein yang dikenali sebagai USAG-1 yang biasanya menghalang pertumbuhan gigi tambahan, tunas gigi ini boleh diaktifkan semula.
Hasil awal daripada ujian ke atas tikus dan feret menunjukkan pertumbuhan gigi baharu berlaku tanpa komplikasi besar.
Pada bulan Oktober lalu, pasukan ini memulakan ujian klinikal pertama pada manusia di Hospital Universiti Kyoto. 
Ubat eksperimen ini diberikan kepada orang dewasa yang kehilangan gigi, dengan harapan ia mampu merangsang tumbesaran gigi baharu. 
Takahashi menegaskan bahawa teknologi ini adalah “benar-benar baharu” dalam dunia perubatan.
Jika berjaya, terapi ini berpotensi menggantikan rawatan prostetik seperti implan dan gigi palsu yang selama ini dianggap mahal serta invasif. 
Penyelidik optimis bahawa dalam tempoh sedekad akan datang, pertumbuhan semula gigi secara biologi mungkin menjadi realiti untuk berjuta-juta orang yang kehilangan gigi akibat usia, penyakit, atau kecederaan.
Gigi patah boleh sambung, sejauh mana kebenarannya?
Ramai yang tertanya-tanya, adakah gigi patah boleh sambung semula? Secara tradisional, pergigian moden hanya menawarkan kaedah seperti tampalan, veneer, mahupun implan.
Namun, melalui kajian ini, konsep “sambung” kini berubah kepada menumbuhkan gigi baharu secara biologikal.
Ia bukan sekadar tampalan kosmetik, tetapi menggantikan semula struktur gigi dengan pertumbuhan asli.
Bahaya gigi patah setengah jika dibiarkan Memiliki gigi patah setengah bukan sahaja menjejaskan senyuman, tetapi juga boleh mengundang bahaya kesihatan. Antara risikonya termasuk:
Jangkitan bakteria pada saraf gigi yang terdedah Sakit berpanjangan dan sensitiviti pada bahagian yang patah Kehilangan struktur gusi yang menyokong gigi Risiko gigi lain turut longgar akibat beban kunyah tidak seimbang Kajian ubat baharu ini menawarkan penyelesaian lebih menyeluruh kerana ia membolehkan gigi baharu tumbuh, bukannya sekadar menampal bahagian yang patah.
Apa yang perlu tahu tentang gigi patah separuh
Situasi gigi patah separuh kerap berlaku akibat kecederaan, tabiat menggigit makanan keras, atau kerosakan gigi yang tidak dirawat. 
Dalam kebanyakan kes, rawatan pergigian biasa termasuk tampalan atau crown. 
Namun, jika teknologi Jepun ini berjaya, pesakit yang mengalami gigi patah separuh mungkin tidak lagi perlu menggantikan gigi dengan prostetik, sebaliknya boleh menunggu proses pertumbuhan gigi baharu yang lebih semula jadi.
Kesimpulan
Penemuan ubat baharu oleh penyelidik Jepun memberi harapan besar kepada mereka yang berdepan masalah gigi patah atau kehilangan gigi. 
Dengan kemampuan mengaktifkan tunas gigi tersembunyi, masa depan pergigian mungkin berubah sepenuhnya.
Namun begitu, penting untuk ditegaskan bahawa rawatan ini masih dalam fasa kajian klinikal. 
BACA: Ini Khasiat Air Kelapa Berdasarkan Sains Yang Anda ‘Wajib’ Tahu
BACA: Gula Perang vs. Gula Putih: Apa Bezanya & Mana Lebih Sesuai Untuk Masakan Anda?
BACA: 1 Daripada 3 Kanak-kanak Di Malaysia Berisiko, Ini Antara Tanda Anak Kekurangan Zat Besi
Sumber: Hello Doktor
The post Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/07/saintis-jepun-temui-cara-tumbuhkan-semula-gigi-patah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3377 hits
Sekiranya anda terlupa kata laluan ASB jangan risau Anda boleh reset dan aktifkan semula akaun ASB anda secara online melalui aplikasi myASNB atau melalui portal ASB di pautan berikut Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk da...
Cara Turunkan Kolesterol Secara Semula Jadi Panduan Lengkap

Cara Turunkan Kolesterol Secara Semula Jadi Panduan Lengkap

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 3311 hits
Ramai orang berdepan masalah kolesterol tinggi tanpa sedar Kolesterol yang berlebihan boleh menyumbat saluran darah meningkatkan risiko serangan jantung strok dan penyakit kronik lain Tetapi berita baiknya ada banyak cara turunkan kolestero...
Harapan Baru Buat Anak Istimewa Saintis Jepun Padam Kromosom Punca Sindrom Down

Harapan Baru Buat Anak Istimewa Saintis Jepun Padam Kromosom Punca Sindrom Down

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 2375 hits
Khabar gembira datang dari dunia sains apabila sekumpulan saintis di Jepun berjaya mencipta sejarah dengan memadam kromosom tambahan yang menjadi punca kepada Sindrom Down Penemuan ini dilihat sebagai satu game changer kerana buat pertama k...
Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3087 hits
Ramai orang pernah mengalami sakit kepala sama ada ringan atau teruk sehingga mengganggu aktiviti harian Kadangkala ia datang sekejap sahaja namun ada juga yang berlarutan sehingga beberapa jam atau hari Masalah ini bukan sahaja menyebabkan...
Bahagia Cara Kita

Bahagia Cara Kita

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 735 hits
Monolog Jiwa Bahagia Cara Kita Monolog Jiwa Bahagia Cara Kita Jangan stres Biarkan diri bergerak perlahan tarik nafas panjang Biarkan ketenangan menyapa hati walau seketika Bergembiralah cara kita sendiri Senyumlah walau dunia diam menilai ...
Betul Ke Air Ketuban Dah Pecah Jangan Cemas Ini Cara Nak Bezakan Air Ketuban Air Kencing

Betul Ke Air Ketuban Dah Pecah Jangan Cemas Ini Cara Nak Bezakan Air Ketuban Air Kencing

papar berkaitan - pada 26/8/2025 - jumlah : 1825 hits
Bayangkan anda sedang membeli belah Sedang anda berjalan menuju ke kedai baju lain tiba tiba seluar atau kain anda basah Oleh sebab pundi kencing merupakan mainan pertama anak ketika di dalam perut mungkin anda sering beranggapan anda terke...
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2178 hits
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah Bagi penggemar makanan berempah sotong kari mamak sememangnya antara hidangan yang mampu membuka selera Kari sotong merupakan antara hidangan tradisional yang cukup digemari di...
Dari Sk Magic Ke Sk Intellix Penjenamaan Semula Jejak Langkah Baharu Dengan Ai Esg

Dari Sk Magic Ke Sk Intellix Penjenamaan Semula Jejak Langkah Baharu Dengan Ai Esg

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 590 hits
SK magic Malaysia kini secara rasmi menjenamakan semula syarikatnya sebagai SK intellix Malaysia menandakan perubahan besar daripada sekadar penyedia peralatan rumah kepada platform kesejahteraan berasaskan kecerdasan buatan Nama baharu ini...
7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan

papar berkaitan - pada 24/8/2025 - jumlah : 1221 hits
nbsp DOCTYPE html 7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan Tip 5 Ramai Tak Tahu 7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan Bil elektrik makin naik setiap bulan Jangan risau Dalam artikel ini saya kongsikan 7 cara jimat elektri...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen