Putusnya Doa Seorang Mak


Bila seorang mak sudah tiada, maka akan hilanglah satu keberkatan hidup iaitu DOA SEORANG MAK. Al-fatihah buat mak saya yang telah meninggal dunia pada 11 Disember 2025 yang lalu. Genap seminggu arwah mak pergi ke negeri abadi.

Seminggu kemudian, harini 18 Disember 2025 genap 3 tahun pemergian arwah abah. Mereka pergi pada bulan yang sama, tarikh selang seminggu. Allahuakbar


Kami redha ya Allah. Tiada lagi sakit yang mak perlu tanggung. Rehatlah mak. 
Kehilangan seorang mak sangatlah dirasainya. Mahu je saya menangis. Tapi saya tak boleh menangis sebab mata  masih dalam proses pemulihan. Betapa sakit nak tahan air mata tu keluar. Kadang bertakung juga, sampai masa dilepaskan. 
Hebat perancangan Allah. Mungkin dengan itu, jadikan saya seorang yang lebih kuat menghadapi ujian ini. 
3 hari sebelum mak meninggal, sempatlah saya balik kampung jaga mak. Dapatlah saya teman baring sebelah urut tangan, kaki dan perut. Bersembang, walaupun ringkas je pertuturan. Berjaga sampai pagi sebab mak kejap-kejap terjaga. Tidurnya tak sampai berapa minit. Orang sakit begitulah, susah nak tidur

Masa mak sakit tu, sempatlah kami buat bacaan yassin 3 hari berturut-turut jemput orang kampung sekali. Awal pagi khamis dapat panggilan dari kakak, mak dah tak ada. Permergiannya mudah. Begitulah perancangan Allah. Allah maha mengetahui segala-Nya


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali
Kalau dapat panggilan di luar waktu kebiasaan tu mestilah ada 'sesuatu' berita yang tak sedap didengar

Cepat-cepat kemas barang dan terus balik kampung. Semua urusan terakhir mak, Allah permudah. Selesai urusan mak lebih kurang jam 10 lebih pagi. 
Masa peluk cium mak buat kali terakhir, muka mak tenang je macam sedang tidur. Allahuakbar. 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allaahummaghfirlaha warhamha wa’aafi ha wa’fu anha 
Ya Allah, Ampunilah almarhumah, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya

Doa untuk ibu bapa
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا
Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan (dosa) kedua orang tuaku. Sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangiku di waktu aku kecil

Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِDengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙSegala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙYang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗPemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗHanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙTunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat...آمين
Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah rahsia Allah. Bila tiba waktunya kematian seseorang, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat pun. Kelak, kita akan menyusul. 
Ramai yang ziarah mak dan mengiringi mak sampai ke tanah perkuburan. Terima kasih semua yang terlibat dan memberikan doa serta kata-kata semangat buat kami. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aaamiin..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/12/putusnya-doa-seorang-mak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa

Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 96 hits
Sebuah Unit Kondominium Di Mont Kiara Terbakar Libatkan Seorang Mangsa KUALA LUMPUR 10 Dis Sebuah unit rumah di tingkat 27 sebuah kondominum dekat sini terbakar dalam kejadian malam tadi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Ku...
Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata Di Majlis Perkahwinan Anak

Langkah Perlahan Seorang Ayah Penghidap Parkinson Undang Air Mata Di Majlis Perkahwinan Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 139 hits
MANILA Dalam suasana majlis perkahwinan yang penuh bahagia itu para tetamu tersentuh apabila melihat seorang bapa yang menghidap Parkinson perlahan lahan berdiri dan mengatur langkah menuju ke hadapan demi anak perempuannya Walaupun pergera...
Pengalaman Seorang Wanita Berumur 32 Tahun Dalam Menghadapi Cabaran Kesihatan Reproduksi

Pengalaman Seorang Wanita Berumur 32 Tahun Dalam Menghadapi Cabaran Kesihatan Reproduksi

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 118 hits
Seorang wanita berusia 32 tahun tanpa sebarang sejarah perubatan yang ketara telah dianugerahkan diagnosis endometrioma bilateral dan endometriosis peritoneal setelah mencuba untuk hamil selama tiga tahun tanpa kejayaan Pasangan ini ditawar...
Dua Rakan Maut Seorang Lagi Cedera Motosikal Dinaiki Terbabas

Dua Rakan Maut Seorang Lagi Cedera Motosikal Dinaiki Terbabas

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 124 hits
Dua Rakan Maut Seorang Lagi Cedera Motosikal Dinaiki Terbabas SEREMBAN Dua rakan maut manakala seorang lagi cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Jalan Taman Musytari Batu Kikir Jempol petang semalam Ketua Polis Daerah J...
Kes Tembak Bodyguard Maut Seorang Lagi Cedera Ada 15 Rekod Jenayah

Kes Tembak Bodyguard Maut Seorang Lagi Cedera Ada 15 Rekod Jenayah

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 143 hits
NOR SHAFAWATI YUPKEJADIAN tembakan melibatkan dua lelaki di Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson di sini pagi tadi Foto MEDIA SOSIALSEREMBAN Salah seorang daripada dua mangsa tembak dari dalam kereta di Jalan Rasah menghala ke Pla...
Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri

Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 142 hits
Aksi Berani Tentera Redah Arus Banjir Selamatkan 20 Mangsa Seorang Diri Sersan Satu Giman Syahputra seorang anggota tentera TNI yang bertugas di Koramil 02 Karang Baru Kodim 0117 Aceh Tamiang menjadi tumpuan ramai selepas berjaya menyelamat...
Terima Kasih Mak

Terima Kasih Mak

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 142 hits
Terima Kasih Mak nbsp Bila demam atau tak sihat seluruh badan rasa lemah Tapi bila mak masakan bubur hati terus rasa lega Walaupun Bubur kosong sup kentang dan ayam goreng tapi penuh dengan kasih sayang Kadang kadang ubat terbaik bukan pil ...
Salam Persaraan Cikgu Mak

Salam Persaraan Cikgu Mak

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 182 hits
Salam Persaraan Cikgu MakSinggah menyantuni majlis khas di SMK Damai Jaya petang tadi Mantan bos semasa aku di sini sebagai PK HEM insan yang sentiasa tegas lembut dan penuh hikmah dalam memimpin Tahniah Cikgu Mak atas persaraan yang penuh ...
Nasi Goreng Ala Mak Semah

Nasi Goreng Ala Mak Semah

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 150 hits
Alhamdulillah hari ini saya menyediakan nasi goreng ala ala Mak Semah mak pada Datin Paduka Umie Aida Erma Fatima dan Betty Rahmad Katanya nasi goreng kegemaran Betty masa sekolah Saya biasa masak nasi goreng macam ni tapi bila nampak Mak S...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu