Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan


Semakan kelayakan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (e-UKCG) Ambilan Tahun 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi SPP di pautan berikut:  https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/eUKCG  
Sekiranya layak, calon perlu mendaftar nombor pin/kata laluan bermula 17 September 2025 hingga 24 September 2025 di https://ukcg.moe.gov.my/
Ujian eUKCG merupakan penilaian penting bagi calon guru, khususnya graduan bukan pendidikan yang memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 melalui lantikan Contract of Service (CoS) dan pengambilan khas Opsyen Bahasa Melayu.
Calon yang terdiri daripada Graduan Bukan Pendidikan perlu menduduki ujian ini sebelum melalui proses temu duga.
Sila rujuk hebahan di bawah untuk info lebih lengkap. 
Hebahan Semakan Kelayakan eUKCG Ambilan Tahun 2026  PELAKSANAAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU BAGI CALON LANTIKAN CONTRACT OF SERVICE DAN PENGAMBILAN KHAS OPSYEN BAHASA MELAYU JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG9 TAHUN 2025
eUKCG 2025 1. Hebahan pengambilan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 pada 8 dan 12 Ogos 2025 telah menetapkan setiap calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan akan dilantik secara Contract of Service (CoS) dan perlu menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) secara dalam talian sebelum ditemu duga.
2. Sehubungan itu, calon-calon daripada kalangan Graduan Bukan Pendidikan dikehendaki membuat semakan kelayakan menduduki ujian eUKCG melalui pautan berikut:
https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/eUKCG
3. Sekiranya calon disahkan layak, calon perlu melayari laman eUKCG untuk mendaftar nombor pin/kata laluan bermula 17 September 2025 hingga 24 September 2025. Laman tersebut boleh dilayari melalui pautan berikut:
https://ukcg.moe.gov.my
4. Hanya calon yang membuat pendaftaran nombor pin/kata laluan dalam tempoh tersebut akan diberi akses untuk menduduki eUKCG.
5. Keputusan eUKCG tidak akan dimaklumkan kepada calon secara individu, sebaliknya akan digunakan oleh pihak Suruhanjaya sebagai tapisan selanjutnya dalam proses pengambilan.
Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Apa Itu Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)? Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) ialah satu bentuk penilaian secara dalam talian yang diwajibkan kepada calon guru, terutamanya daripada kalangan graduan bukan pendidikan yang ingin memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9.
Ujian ini merupakan ujian psikometrik secara online yang menguji aspek personaliti, integriti, kemahiran asas, kecerdasan emosi, serta ciri-ciri terpuji seorang guru.
Calon perlu menjawab dua bahagian soalan dalam tempoh waktu yang ditetapkan, biasanya 45 minit secara atas talian.
Hanya calon yang lulus eUKCG akan dipanggil ke peringkat temu duga atau tapisan seterusnya bagi memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) atau jawatan PPP Gred DG9.
Ujian ini digunakan untuk memastikan hanya individu yang benar-benar berpotensi, berwibawa dan memiliki personaliti guru akan diterima sebagai pendidik.
Secara ringkas, eUKCG bertujuan untuk:
Menilai personaliti calon bagi memastikan mereka memiliki sifat, nilai dan keperibadian yang sesuai untuk menjadi seorang pendidik. Menguji minat dan kecenderungani sama ada calon benar-benar berminat dan berpotensi dalam bidang perguruan. Menapis kelayakan awal. Hanya calon yang berjaya dalam eUKCG akan layak ke peringkat temu duga. BACA JUGA: Baucar Buku Madani Untuk Guru 2025 – Semakan & Penebusan
Siapa Yang Perlu Menduduki eUKCG 2025? Calon yang wajib menduduki eUKCG 2025 adalah semua graduan bukan pendidikan yang memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan Contract of Service (CoS), khususnya untuk pengambilan khas opsyen Bahasa Melayu.
NOTA: 
Graduan bukan pendidikan bermaksud pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang selain pendidikan, tapi ingin berkhidmat sebagai guru DG9 melalui skim kontrak SPP. Graduan pendidikan termasuk mereka yang sedang mengikuti Diploma Pascasiswazah Pendidikan atau menerima tajaan KPM, TIDAK perlu menduduki eUKCG untuk lantikan ini. Hanya calon daripada kategori graduan bukan pendidikan yang didapati layak selepas semakan kelayakan dan pendaftaran nombor PIN/kata laluan akan diberikan akses menduduki eUKCG secara atas talian dalam tarikh yang ditetapkan. Rujuk cara semakan kelayakan eUKCG di bawah. 
Cara Semak Kelayakan eUKCG & Pendaftaran  Calon yang ingin menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) 2025/2026 perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu sebelum menduduki ujian. 
Proses ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Semakan Kelayakan eUKCG 2025 Layari laman rasmi semakan eUKCG di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/eUKCG  Masukkan nombor kad pengenalan dan kod keselamatan yang dipaparkan.  Klik “Semak” untuk mengetahui status sama ada anda layak menduduki eUKCG. Portal semakan eUKCG 2025 Paparan Kalau TIDAK LAYAK eUKCG
TIDAK LAYAK menduduki ujian eUKCG Sekiranya LAYAK, calon perlu mendaftar mendaftar nombor PIN atau kata laluan bermula 17 September 2025 hingga 24 September 2025 di portal yang sama. 
Rujuk cara-cara mendaftar di bawah. 
Cara Mendaftar Pin/ Kata Laluan Selepas disahkan layak, calon perlu mendaftar untuk menduduki ujian:
Layari portal eUKCG di pautan berikut: https://ukcg.moe.gov.my/  Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan.  Daftarkan nombor pin/kata laluan dalam tempoh yang ditetapkan (17 – 24 September 2025 untuk ambilan 2026). Sahkan butiran pendaftaran dan simpan maklumat rujukan untuk kegunaan semasa ujian. Semak tarikh dan masa ujian dijalankan. Ikuti arahan yang diberikan.  Portal eUKCG 2025 Dari Mana Nak Dapat Pin/Kata Laluan eUKCG? Nombor PIN atau kata laluan untuk menduduki eUKCG akan diperoleh oleh calon yang disahkan layak selepas semakan kelayakan melalui sistem. 
Semak Kelayakan. Jika layak, sistem akan paparkan pautan pendaftaran pin/kata laluan. Simpan maklumat PIN/kata laluan dengan baik kerana ia penting untuk masuk ke sistem ujian atas talian eUKCG.  Calon perlu mendaftar pin/kata laluan dalam tempoh 17 – 24 September 2025. Jika calon gagal daftar dalam tempoh itu, mereka tidak akan dapat menduduki eUKCG.
Tarikh & Pautan Penting eUKCG 2025 Tarikh Penting eUKCG 2025:
Semakan Kelayakan: Dibuka Sekarang Tempoh Pendaftaran Pin/Kata Laluan:  17 – 24 September 2025 (untuk ambilan 2026). Ujian eUKCG (online): Tarikh akan dimaklumkan oleh SPP  Pautan Penting eUKCG 2025:
Semakan kelayakan: https://semakan.spp.gov.my/semakanV2/eUKCG Daftar pin/kata laluan (calon yang layak): https://ukcg.moe.gov.my/  Ujian ini dilakukan secara atas talian. Lokasi ujian adalah bergantung pada individu, yang penting ada akses internet yang stabil. 

Kepentingan eUKCG Kepada Calon Guru eUKCG membantu menentukan sama ada calon mempunyai karakter dan nilai-nilai asas sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Ujian ini menguji kestabilan emosi dan daya tindak calon terhadap tekanan, ciri penting dalam menghadapi cabaran profesion perguruan. Lulus eUKCG merupakan syarat wajib untuk calon graduan bukan pendidikan mengikuti peringkat seterusnya, termasuk temu duga dan penempatan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9. Dengan menggunakan ujian psikometrik atas talian ini, Kementerian Pendidikan memastikan hanya individu yang benar-benar layak dan sesuai sahaja dilantik menjadi guru, mengekalkan kualiti pendidikan negara. Keputusan eUKCG juga menyokong penilaian holistik calon yang bukan hanya berdasarkan kelulusan akademik tetapi juga keperibadian yang diperlukan dalam bidang perguruan Tips Menduduki eUKCG 1. Kenali Format Ujian
Ramai calon masuk ujian tanpa betul-betul faham bentuk soalan. Sedangkan eUKCG menguji aspek kecerdasan emosi, pemikiran logik, sahsiah, serta motivasi menjadi guru, bukan hanya IQ. Jadi, luangkan masa baca contoh soalan atau latihan percuma yang ada di internet. 
2. Tunjukkan Niat & Nilai Murni Seorang Guru
Ada bahagian ujian yang menilai personaliti dan minat mengajar. Jangan jawab sekadar logik semata-mata, tapi fikir sebagai seorang bakal guru. Tekankan nilai sabar, empati, ikhlas, dan disiplin.
3. Jangan Abaikan Soalan Personaliti
Ramai calon anggap soalan ini “mudah” dan jawab laju tanpa berfikir. Hakikatnya, ia paling menentukan sama ada anda sesuai jadi guru atau tidak. Konsistenlah dengan jawapan, tunjuk personaliti yang stabil.
4. Tunjukkan Ciri Guru Positif
Jawapan dalam eUKCG direka untuk menilai sikap positif, empati, kesabaran, keadilan, dan minat mendidik. Pilih jawapan yang mencerminkan etika perguruan seperti sanggup mengajar semua murid tanpa pilih kasih, bersikap terbuka pada kritikan, dan bertanggungjawab.
5. Jawab Dengan Jujur dan Konsisten
Soalan ujian menggunakan corak untuk menguji konsistensi jawapan. Elakkan menipu personaliti atau menjawab tidak konsisten kerana ini boleh menyebabkan kegagalan. Jawablah mengikut personaliti sebenar.
6. Fahami Soalan Dengan Teliti
Ambil masa membaca soalan dan fahami kata kunci atau nada soalan, terutamanya jika ia berbentuk negatif agar jawapan sesuai dengan niat penguji.
7. Persediaan Teknikal dan Persekitaran
Gunakan komputer/storan dengan sambungan internet stabil, pilih tempat yang sunyi dan bebas gangguan, serta log masuk awal ke sistem ujian untuk elak masalah teknikal.
Maklumat Lanjut Bagi sebarang pertanyaan calon-calon boleh salurkan kepada:
Kementerian Pendidikan (KPM) – urusan eUKCG 
03-8312 6731/ 6768/ 6760/ 6733/ 6693 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) – urusan pengambilan
03-8893 4019 / 4020  Soalan Lazim eUKCG 2025 1. Apakah itu eUKCG? eUKCG adalah Ujian Kelayakan Calon Guru secara atas talian yang menguji personaliti, integriti dan kesesuaian calon sebagai guru sebelum layak mengikuti peringkat temu duga atau latihan perguruan.
2. Bagaimana cara semak kelayakan eUKCG? Semakan boleh dibuat secara online di portal rasmi eUKCG di https://ukcg.moe.gov.my dengan memasukkan maklumat diri pada tarikh yang diumumkan.
3. Bila tarikh pendaftaran nombor PIN/kata laluan eUKCG? Pendaftaran dijalankan dalam tempoh tertentu sahaja, contohnya antara 17 hingga 24 September 2025. Hanya calon yang mendaftar dalam tempoh ini dapat menduduki ujian.
4. Di mana calon boleh dapatkan PIN/kata laluan? PIN/kata laluan diperoleh melalui pendaftaran atas talian selepas calon disahkan layak dalam semakan kelayakan.
5. Bila ujian eUKCG diadakan? Ujian akan diadakan selepas pendaftaran PIN/kata laluan, mengikut tarikh ditetapkan oleh pihak SPP/KPM dan diumumkan di portal rasmi eUKCG.
6. Bilakah keputusan eUKCG diumumkan? Keputusan tidak dimaklumkan secara individu, tetapi digunakan sebagai tapisan untuk menentukan calon yang layak ke peringkat seterusnya.
7. Apakah format ujian eUKCG? Format eUKCG biasanya merangkumi:
Bahagian Personaliti – soalan berkaitan sikap, nilai, dan keperibadian.
Bahagian Minat & Kecenderungan – untuk menilai kesesuaian calon sebagai seorang guru.
Bahagian Kefahaman Asas – soalan umum berkaitan pendidikan dan kemahiran berfikir.
(Nota: Format mungkin berubah mengikut ketetapan tahun semasa, jadi calon perlu rujuk hebahan rasmi di portal SPP/KPM.)
8. Apa yang perlu calon buat jika gagal? Calon yang gagal perlu memohon semula dalam pengambilan tahun berikutnya; ujian ini adalah saringan wajib untuk jawatan guru DG9.
9. Jika gagal eUKCG, bolehkah mohon semula? Ya, calon boleh memohon semula pada pengambilan berikutnya jika memenuhi syarat kelayakan semasa. Walau bagaimanapun, kegagalan dalam ujian ini bermakna calon tidak layak ke peringkat temu duga bagi ambilan tersebut.
10. Apa akan jadi jika calon tidak daftar pin/kata laluan dalam tempoh ditetapkan? Calon tidak akan dapat menduduki eUKCG kerana sistem hanya aktif dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, penting untuk daftar dalam tempoh yang ditetapkan (17 – 24 September 2025).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/eukcg-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=eukcg-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 797 hits
Sekiranya anda terlupa kata laluan ASB jangan risau Anda boleh reset dan aktifkan semula akaun ASB anda secara online melalui aplikasi myASNB atau melalui portal ASB di pautan berikut Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk da...
Kelayakan Piala Asia B 23 Harimau Muda Benam Mongolia 7 0

Kelayakan Piala Asia B 23 Harimau Muda Benam Mongolia 7 0

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1068 hits
Kelayakan Piala Asia B 23 Harimau Muda Benam Mongolia 7 0 KUALA LUMPUR 6 Sept Skuad Bawah 23 Tahun negara menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B 23 2026 selepas membelasah Mongolia 7 0 pada aksi kedua Kelayakan Kumpulan F di St...
Baucar Perlindungan Tenang 3 0 Semakan Kelayakan Cara Tebus

Baucar Perlindungan Tenang 3 0 Semakan Kelayakan Cara Tebus

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1831 hits
Bermula 1 September 2025 penerima Sumbangan Tunai Rahmah layak menebus Baucar Perlindungan Tenang PTV 3 0 bernilai RM30 Penerima boleh menyemak kelayakan di dan kunjungi untuk maklumat lanjut Baucar Perlindungan Tenang 3 0 Usaha ini bertuju...
Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak

Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 839 hits
Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak Penduduk di sebuah kampung di Daerah Pacet Kabupaten Mojokerto Indonesia telah dikejutkan dengan penemuan puluhan potongan daging manusia dalam keadaan berselerakan pada Sabtu lalu Tribu...
Mayat Wanita Dikerat 65 Dibuang Dalam Semak

Mayat Wanita Dikerat 65 Dibuang Dalam Semak

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 655 hits
AgensiPOLIS melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat wanita yang dikerat 65 di Dusun Pacet Selatan Jawa Timur FOTO Agensi Jakarta Penduduk di Dusun Pacet Selatan Jawa Timur digemparkan dengan penemuan mayat wanita yang dikerat kepada 65 ...
Pemenang Top Komentator August 2025

Pemenang Top Komentator August 2025

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2763 hits
Assalamualaikum Sampai masa kita umumkan pemenang top komentator untuk bulan August goodbye August sebelum itu SA nak maklimkan sekali lagi contest Top Komentator SA ni dah SA jalankan lama cuma x ingat tahun bila SA mula kan contest ni Seb...
10 Daftar Website Ai Untuk Merubah Gambar Menjadi Video

10 Daftar Website Ai Untuk Merubah Gambar Menjadi Video

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 845 hits
BloggerBorneo com Di era digital saat ini teknologi Artificial Intelligence semakin banyak dimanfaatkan untuk mempermudah pekerjaan kreatif termasuk dalam mengubah gambar menjadi video Proses yang dulunya memerlukan keahlian desain dan wakt...
Pengembara Asing Wajib Daftar Ketibaan Di All Indonesia

Pengembara Asing Wajib Daftar Ketibaan Di All Indonesia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1439 hits
Pengembara asing wajib daftar ketibaan di All Indonesia Penumpang melihat skrin elektronik di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali pada 21 Mac lalu AFP JAKARTA Indonesia mewajibkan semua pengembara antarabangsa untuk melengkapkan p...
Usul Pas Terajui Pn Kerana Akar Umbi Rasa Lebih Berhak Kata Penganalisis

Usul Pas Terajui Pn Kerana Akar Umbi Rasa Lebih Berhak Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 679 hits
Awang Azman Awang Pawi berkata ia juga menggambarkan isi hati akar umbi yang mereka bukan sekadar rakan kedua kepada Bersatu Semalam Pemuda PAS meluluskan usul parti itu memimpin gabungan PN dan menerajui kepimpinan utama negara PETALING JA...
10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Police Urge Public To Stop Speculating On Viral Jpj Foreigner Video

Daerah Pantai Timur Sabah Terputus Bekalan Elektrik

Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

Le Chemin Du Bois Harel By Alta A New Urban Vision In Timber Architecture

Siti Kasim On Kampung Sungai Baru Laws Cannot Be Used As A Tool Of Injustice

Pengalaman Bagaimana Memotivasikan Diri Sendiri Semasa Belajar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Malaysia Sara One Off

Mariam Meenachi

Hak Menulis Di Media Sosial

Izin Untuk Menangis

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Minum Petang Di Toastma Kopitiam