Berapa Hari Duit Asb Masuk Akaun Bank Selepas Pengeluaran


Tempoh duit ASB masuk ke akaun bank selepas pengeluaran dilakukan merupakan antara perkara utama yang sering menjadi pertanyaan ramai. Semakan terus boleh dilakukan melalui aplikasi myASNB atau layari portal rasmi di www.myasnb.com.my
Persoalan ini sangat penting kerana wang yang dilaburkan dalam ASB tersebut mungkin perlu digunakan apabil berlaku waktu kecemasan.
@ecentral.my Ramai yang tak tahu berapa lama duit masuk ASB ke bank. Mungkin cara nak keluarkan duit ASB online pun masih keliru lagi. Ni panduan paling straightforward untuk korang. #asb #asbonline #asnb #duitasb #simpanan #pelaburan #GayaUntukRaya
♬ Hip Hop with impressive piano sound(793766) – Dusty Sky Apabila anda hendak mengeluarkan wang daripada akaun ASB anda, ini bermaksud anda hendak menjual saham anda dalam ASB.
Anda boleh melakukan jualan balik dalam talian untuk kesemua unit amanah ASB atau sebahagian sahaja mengikut keperluan.
Jom baca info lebih lanjut di bawah.
Pengeluaran Duit ASB ke Akaun Bank Pengeluaran duit ASB sebenarnya adalah proses menjual kembali unit amanah yang anda miliki dalam ASB untuk mendapatkan wang tunai.
Pelabur yang ingin mengakses wang pelaburan mereka boleh membuat jualan balik unit ASB melalui kaunter atau lebih mudah menggunakan platform dalam talian iaitu portal atau aplikasi myASNB.
Selepas transaksi jualan balik disahkan, wang hasil jualan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan bersama ASNB.
Proses ini biasanya mengambil masa antara 1 hingga 7 hari bekerja bergantung kepada kaedah pengeluaran dan ketepatan maklumat akaun bank.
Pengeluaran Duit ASB Kemudahan pengeluaran duit ASB dalam talian ditawarkan untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.
Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.
Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.
BACA JUGA: Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB
Cara Membuat Pengeluaran Duit ASB ke Akaun Bank Anda boleh membuat pengeluaran duit ASB secara mudah dan cepat terus ke akaun bank masing-masing melalui dua kaedah utama iaitu secara dalam talian (online) dan secara offline (kaunter fizikal).
1. Pengeluaran Duit ASB Melalui Portal myASNB
Layari portal myASNB di www.myasnb.com.my Log masuk ke akaun portal myASNB menggunakan ID dan kata laluan. Pergi ke menu Portfolio dan pilih dana ASB yang ingin dikeluarkan. Klik pada pilihan Transaksi > Jualan Balik. Isi jumlah pengeluaran yang dikehendaki (minimum RM100, maksimum RM2,000 sebulan). Semak dan sahkan maklumat akaun bank penerima. Tandakan kotak pengisytiharan persetujuan dan klik Seterusnya. Masukkan kod TAC (kod pengesahan yang dihantar melalui SMS). Setelah pengesahan, wang akan dikreditkan ke akaun bank dalam masa 1 hingga 7 hari bekerja. 2. Pengeluaran Duit ASB Melaui Aplikasi myASNB
Selain portal, pengeluaran duit ASB juga boleh dibuat menggunakan aplikasi mudah alih myASNB yang boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple App Store.
Log masuk aplikasi myASNB atau klik “Daftar Sekarang” sekiranya anda belum mempunyai akaun. Untuk membuat pengeluaran duit ASB, klik “Pengeluaran”. Pilih akaun “Amanah Saham Bumiputera” untuk keluarkan duit ASB. Masukkan nilai/amaun yang anda ingin keluarkan dan klik, seterusnya. Pilih sebab pengeluaran dan klik, Pasti. Semak no akaun dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti. Sahkan dan semak sekali lagi no akaun bank dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti. Klik Benarkan. Transaksi diluluskan. Klik OK. Tempoh masa pengeluaran adalah 3-7 hari bekerja. Klik OK. Pengeluaran selesai.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun myASNB, sila muat turun melalui:
Google Play: KLIK SINI App Store: KLIK SINI App Gallery: KLIK SINI 3. Pengeluaran Duit ASB Melalui Kaunter Fizikal
Sekiranya anda lebih suka berurusan secara langsung atau ingin mengeluarkan jumlah melebihi had pengeluaran online, pengeluaran boleh dilakukan di kaunter ASNB, pejabat pos yang menjadi ejen, atau bank ejen ASNB.
Pergi ke mana-mana kaunter ASNB, pejabat pos atau bank ejen ASNB. Isikan borang jualan balik unit ASB. Serahkan dokumen pengenalan diri yang sah seperti MyKad. Berikan maklumat akaun bank untuk pembayaran atau pilih untuk menerima wang secara tunai jika kaunter menyediakan perkhidmatan tunai. Tunggu proses pengeluaran selesai dan terima resit pengeluaran sebagai bukti. Pengeluaran di kaunter tidak mempunyai had maksimum jumlah dan sesuai untuk transaksi besar. Caj Pengeluaran Tiada sebarang caj dikenakan.
Had Pengeluaran Had Pengeluaran Online (myASNB)
Had minimum pengeluaran jualan balik adalah RM100. Had maksimum pengeluaran jualan balik secara dalam talian adalah RM2,000 sebulan. Had urus niaga maksimum adalah 3 transaksi sebulan untuk pengeluaran dalam talian. Unit jualan balik akan ditolak daripada keseluruhan jumlah pelaburan dalam bulan tersebut. Jika jumlah maksimum pengeluaran dalam bulan tersebut telah dicapai, permohonan pengeluaran tambahan secara online akan tidak berjaya. Wang hasil jualan balik akan dikreditkan dalam akaun bank dalam tempoh 1 hingga 7 hari bekerja, biasanya dalam tempoh satu hari bekerja jika tiada isu. Had Pengeluaran Manual (Kaunter Fizikal)
Tiada had maksimum bagi pengeluaran secara manual di kaunter fizikal, pejabat pos, atau bank ejen ASNB. Sesuai untuk pengeluaran jumlah besar. Had Pengeluaran ASB Online NOTA:
Transaksi pengeluaran hanya dibenarkan untuk akaun pemegang unit sendiri. Akaun bank penerima mesti sama nama dengan nama pemegang unit ASB. Jika berlaku kegagalan pengkreditan wang ke akaun bank, unit akan dikembalikan ke akaun ASB dalam tempoh 10 hari bekerja. Pengeluaran secara online adalah percuma tanpa sebarang caj. Memandangkan unit amanah adalah bentuk pelaburan jangka sederhana dan panjang, pemegang unit digalakkan untuk mengekalkan pelaburan untuk memperoleh manfaat pelaburan dan hanya melakukan jualan balik ketika perlu. Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar. Tempoh Pengeluaran Berbalik pada soalan utama, berapa lama tempoh duit ASB masuk akaun?
Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB boleh mengambil masa 1 hingga 7 hari.
Walaubagaimanapun, ada sesetengah bank memprosesnya lebih cepat dan anda boleh dapat wang anda pada hari bekerja berikutnya.
Tempoh Pengeluaran Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.
Tempoh Pengeluaran Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan. Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:
Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat. Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet). Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan). Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif. Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.
BACA JUGA: Cara Semakan Dividen ASB Secara Online 2025
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Duit ASB Tidak Masuk?  1. Semak Status Transaksi di myASNB
Log masuk ke akaun myASNB melalui portal atau aplikasi. Semak status transaksi pengeluaran di bahagian “Transaksi” atau “Jualan Balik”. Jika status tertera Berjaya, ia bermakna duit sedang diproses untuk dikreditkan. Jika status Tidak Berjaya atau Dikembalikan, duit akan dipulangkan ke dalam akaun ASB dan anda boleh cuba buat pengeluaran semula selepas membetulkan maklumat. 2. Semak dan Kemas Kini Maklumat Akaun Bank
Pastikan nombor akaun, nama akaun bank dan nama pemilik akaun yang didaftarkan di myASNB adalah tepat dan aktif. Kemas kini maklumat di portal myASNB atau kunjungi cawangan ASNB terdekat jika perlu bantuan. Elakkan menggunakan akaun baru yang dibuka kurang dari 24 jam kerana sesetengah bank memerlukan masa untuk aktif sepenuhnya. 3. Hubungi Khidmat Pelanggan ASNB
Jika duit belum masuk selepas 7 hari bekerja dan status transaksi sudah berjaya, segera hubungi pusat khidmat ASNB di talian: 03-7730 8899 (Isnin-Jumaat, 8:30 pagi – 5:30 petang) Sediakan maklumat lengkap seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh transaksi dan bukti transaksi jika ada. 4. Semak Dengan Bank Anda
Pastikan akaun bank tidak mempunyai sekatan untuk menerima kredit dari pihak ketiga. Hubungi bank anda untuk memastikan tiada masalah dengan akaun atau transaksi masuk. NOTA:
Pengeluaran yang dibuat sebelum jam 5 petang pada hari bekerja biasanya akan masuk ke akaun bank esoknya (hari bekerja berikutnya). Jika pengeluaran dibuat selepas jam 5 petang, hujung minggu atau cuti umum, pengkreditan akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya. Jika berlaku masalah, wang akan dipulangkan ke akaun ASB dalam tempoh maksimum 10 hari bekerja. Kelebihan Pengeluaran Duit ASB Secara Online Aplikasi myASNB Pengeluaran duit ASB secara online melalui platform myASNB (portal dan aplikasi mudah alih) memberikan banyak kemudahan dan manfaat kepada pelabur, antaranya:
1. Mudah dan Cepat
Proses pengeluaran boleh dilakukan dalam beberapa minit sahaja tanpa perlu beratur di kaunter atau pejabat fizikal ASNB. Pelabur hanya perlu log masuk ke akaun myASNB dan buat pengeluaran bila-bila masa sahaja.
2. Fleksibiliti
Pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan ada sambungan internet. Sesuai untuk golongan yang sibuk atau sukar untuk ke kaunter fizikal.
3. Tiada Caj
Pengeluaran ASB secara online adalah percuma, tanpa sebarang caj atau yuran tambahan yang dikenakan. Ini menjimatkan kos transaksi pelabur.
4. Had Pengeluaran Terkawal
Had pengeluaran maksimum RM2,000 sebulan bagi transaksi online membolehkan pelabur merancang dan mengawasi pengeluaran mereka dengan lebih berhemah tanpa membahayakan pelaburan jangka panjang.
5. Wang Dipindahkan Terus ke Akaun Bank
Dana hasil jualan balik unit ASB akan dipindahkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh 1 hingga 7 hari bekerja (biasanya satu hari bekerja jika tiada isu). Ini memudahkan akses dana dengan cepat.
6. Keselamatan Terjamin
Transaksi yang dibuat melalui myASNB menggunakan sistem kod TAC (Transaction Authorization Code) yang dihantar melalui SMS ke telefon bimbit pemegang unit, memberikan lapisan keselamatan tambahan untuk mengelakkan transaksi tidak sah.
7. Pengurusan Pelaburan Lebih Mudah
Platform myASNB juga membolehkan pemantauan baki unit dan dividen secara langsung, memberikan kawalan penuh kepada pelabur untuk merancang pengeluaran dan pelaburan semula.
BACA JUGA: Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut dan info terkini, sila layari portal rasmi ASNB di pautan: https://www.asnb.com.my/V2/asnbv2_0index.php
Tel: 03 – 7730 8899 WhatsApp: 6019 – 2235747 Emel: [email protected] Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 8.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan) Jangan lupa muat turun aplikasi myASNB yang terkini untuk pelbagai pembaharuan yang disediakan.
Soalan Lazim – Bila Duit ASB Masuk Akaun Bank? Berapa hari duit ASB masuk ke akaun selepas pengeluaran? Tempoh kemasukan wang bergantung kepada kaedah pengeluaran. Melalui aplikasi myASNB, wang biasanya dikreditkan dalam tempoh 1 hari bekerja sekiranya tiada isu. Ia juga boleh mengambil masa 3-7 hari.
Adakah pengeluaran pada hujung minggu atau cuti umum diproses segera? Tidak. Semua transaksi hanya diproses pada hari bekerja. Jika pengeluaran dibuat pada hujung minggu atau cuti umum, wang akan dikreditkan pada hari bekerja berikutnya.
Mengapa duit ASB saya masih belum masuk selepas 3 hari? Kelewatan boleh berlaku disebabkan maklumat akaun bank tidak tepat, masalah teknikal sistem bank, atau jumlah pengeluaran yang besar. Pelabur dinasihatkan menyemak status transaksi di aplikasi myASNB atau menghubungi ASNB Careline.
Bolehkah pengeluaran ASB dibuat secara tunai di kaunter? Ya, tetapi kebanyakan bank ejen akan mengkreditkan wang terus ke akaun bank berdaftar. Pengeluaran tunai adalah terhad dan tertakluk kepada polisi bank berkenaan.
Dividen ASB dikreditkan terus ke akaun bank atau tidak? Tidak. Dividen ASB dikreditkan ke dalam akaun pelaburan ASB, bukan ke akaun bank. Jika ingin menggunakan wang tersebut, pelabur perlu membuat pengeluaran sama ada melalui kaunter atau myASNB.
Apa yang dimaksudkan dengan hari bekerja? Hari bekerja adalah hari Isnin hingga Jumaat, tidak termasuk cuti cuti umum dan hujung minggu.
Apa akan berlaku jika pengkreditan wang gagal? Jika pengkreditan wang tidak berjaya, unit ASB yang ditebus akan dikembalikan ke akaun pelabur dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan pengeluaran dibuat.
Bagaimana cara semak status transaksi pengeluaran duit ASB? Log masuk ke akaun myASNB melalui portal rasmi atau aplikasi, kemudian semak di menu Transaksi atau bahagian Jualan Balik untuk status terkini.
Adakah pengeluaran duit ASB melalui kaunter fizikal ikut tempoh yang sama? Pengeluaran secara kaunter biasanya diproses di tempat dan wang boleh diterima secara tunai atau dikreditkan ke akaun bank dalam tempoh serupa, bergantung pada pilihan pembayaran.
Berapa bayaran buka akaun ASB? Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.
Bila boleh keluarkan duit asb loan? Perlu diingatkan duit pinjaman ASB itu tidak boleh dibawa keluar sehinggalah habis tempoh pembayaran yang ditetapkan, Jika 20 tahun, maka selepas 20 tahun barulah wang tersebut menjadi milik pelanggan.
Adakah ASB tidak patuh syariah? Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pelaburan yang telah difatwakan sebagai harus dan patuh syariah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan majlis fatwa di semua 14 negeri di Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/duit-asb-masuk-akaun/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=duit-asb-masuk-akaun

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Imigresen Simpan Duit Rasuah Rm1 5 Juta Dalam Akaun Th Asb

Pegawai Imigresen Simpan Duit Rasuah Rm1 5 Juta Dalam Akaun Th Asb

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 1527 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAntara barang kemas dan wang tunai yang dirampas SPRM dalam Op Rebtas yang dijalankan di Kuala Lumpur baru baru ini PUTRAJAYA Seorang pegawai imigresen dikesan menyimpan wang rasuah kira kira RM1 5 juta dalam akaun Tab...
Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3429 hits
Sekiranya anda terlupa kata laluan ASB jangan risau Anda boleh reset dan aktifkan semula akaun ASB anda secara online melalui aplikasi myASNB atau melalui portal ASB di pautan berikut Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk da...
Telefon Awam Ditutup Dua Hari Selepas Insiden Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina

Telefon Awam Ditutup Dua Hari Selepas Insiden Pendedahan Mengejutkan Dalam Inkues Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 6149 hits
Tiada ibu bapa yang mampu membayangkan anak mereka terkandas di asrama tanpa dapat menghubungi keluarga Itulah pendedahan mengejutkan di Mahkamah Koroner apabila saksi inkues kematian Zara Qairina seorang pengawal keselamatan sekolah mended...
Selepas Anak Gagal Ibu Nekad Ambil Ujian Sama Lulus Masuk Sekolah Undang Undang

Selepas Anak Gagal Ibu Nekad Ambil Ujian Sama Lulus Masuk Sekolah Undang Undang

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3556 hits
Selepas Anak Gagal Ibu Nekad Ambil Ujian Sama Lulus Masuk Sekolah Undang undang Seorang wanita di China yang mengalami kecacatan dan kelemahan fizikal akibat kecederaan berpanjangan mencatat sejarah apabila diterima masuk ke sebuah universi...
Cimb Tukar Cara Log Masuk Aplikasi Octo Bermula 24 September 2025

Cimb Tukar Cara Log Masuk Aplikasi Octo Bermula 24 September 2025

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 3039 hits
Pengguna CIMB perlu ambil perhatian kerana bermula 24 September 2025 bank itu akan memperkenalkan perubahan pada CIMB Online Banking Agreement yang melibatkan cara log masuk dan pemasangan aplikasi CIMB OCTO Sebelum ini pelanggan yang mahu ...
Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Di Pahang Dilarang Masuk Tender Ditawarkan Pbt Masing Masing

Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Di Pahang Dilarang Masuk Tender Ditawarkan Pbt Masing Masing

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 2029 hits
KUANTAN Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di Pahang dilarang daripada memasuki tender yang ditawarkan PBT masing masing Pengarah SPRM Pahang Mohamad Shukor Mahmud berkata perkara tersebut dipersetujui menerusi Mesyuarat Kerajaan Negeri Pa...
Didakwa Kerah Umai Dan Amad Masuk Dalam Industri Siti Saerah Dedah Konflik Dengan Bekas Suami

Didakwa Kerah Umai Dan Amad Masuk Dalam Industri Siti Saerah Dedah Konflik Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1512 hits
Penyanyi merangkap pengurus Siti Saerah memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bekas suaminya yang menuduh dirinya mengerah tenaga anak anak Amad dan Umairah bekerja keras demi mencari wang Menurut Saerah atau nama penuhnya Si...
Cara Terminate Asb Loan Tempoh Penalti Asbf

Cara Terminate Asb Loan Tempoh Penalti Asbf

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2025 hits
Untuk terminate ASB Loan pemohon perlu hadir ke cawangan bank yang menawarkan pinjaman ASB dan mengisi borang rasmi pembatalan Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk portal myASNB di pauatan berikut ASB Loan atau juga dikenali sebagai pinja...
Abang Mat Kembali Dengan Levi S Vintage Harga Tak Masuk Akal

Abang Mat Kembali Dengan Levi S Vintage Harga Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 825 hits
Abang Mat Kembali Dengan Levi s Vintage Harga Tak Masuk Akal Kalau nak cakap pasal kerja gila memang ramai orang di dunia ni sanggup buat benda pelik dan luar jangkaan Tapi kisah seorang lelaki Malaysia yang dikenali sebagai Abang Mat ini b...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

Nabila Maharani Titian Tak Bertepi Chord

Cara Lembutkan Ikan Beku Dengan Garam Dan Cuka Petua Cepat Berkesan

Ingat Sikit Dekat Batu Nisan

Pagi Yang Tak Disangka

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ngopi Kangar

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Wanita Dijangkiti Parasit Selepas Percaya Petua Lama Untuk Hilangkan Sakit Belakang