Cara Terminate Asb Loan Tempoh Penalti Asbf


Untuk terminate ASB Loan, pemohon perlu hadir ke cawangan bank yang menawarkan pinjaman ASB (seperti CIMB, RHB, Maybank) dan mengisi borang rasmi pembatalan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk portal myASNB di pauatan berikut: www.asnb.com.my/ASBLoan
ASB Loan atau juga dikenali sebagai pinjaman ASB, ASB Financing, atau ASBF ialah kemudahan pinjaman pelaburan yang ditawarkan oleh bank-bank seperti CIMB, RHB, Maybank dan lain-lain untuk membolehkan pelabur membeli unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menggunakan dana pinjaman bank tersebut, bukan daripada wang sendiri.
Sekiranya anda merasakan bentuk pelaburan ini sudah tidak lagi selari dengan perancangan kewangan, proses untuk terminate ASB Loan boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut prosedur bank.
Rujuk perkongsian di bawah mengenai cara-cara terminate ASB Loan dan info lain yang berkaitan.
Apa Itu ASB Loan / ASBF? Sebelum itu, mari kita ketahui lebih mendalam apa sebenarnya ASB Loan atau ASBF ini.
ASB Loan atau lebih dikenali sebagai ASBF (Amanah Saham Bumiputera Financing) ialah kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh bank untuk membolehkan pelabur membeli unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) menggunakan dana pinjaman.
Dengan cara ini, pelabur dapat memiliki unit ASB dalam jumlah yang besar tanpa perlu mengeluarkan modal tunai sendiri.
Setiap bulan, pelabur hanya perlu membayar ansuran pinjaman kepada bank, sementara dividen ASB yang diperoleh boleh digunakan untuk menampung sebahagian kos tersebut atau disimpan sebagai keuntungan.
Amanah Saham Berhad Bezanya dengan pelaburan tunai biasa, ASBF melibatkan komitmen hutang, kadar faedah dan tempoh pinjaman tertentu.
Oleh sebab itu, sekiranaya anda ingin membuat keputusan untuk terminate ASB Loan, ia perlu dibuat dengan teliti kerana ia pastinya akan memberi kesan kepada kewangan jangka panjang.
Asas-asas Pembiayaan ASB Pembiayaan ASB atau ASB Loan adalah berdasarkan asas-asas berikut:
Kaedah alternatif untuk melabur dalam ASB selain daripada pelaburan secara tunai. Tidak memerlukan bayaran pendahuluan atau sebarang bentuk cagaran. Kemudahan yang ditawarkan oleh ejen-ejen bank ASNB untuk pelabur yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak bank. Dilengkapi insuran/takaful sebagai perlindungan risiko terhadap kematian atau kehilangan upaya. Instrumen pelaburan yang tertakluk kepada kadar pembiayaan dan caj-caj berkaitan. Instrumen pelaburan yang berpotensi membantu anda untuk mencapai objektif kewangan jangka panjang dengan ‘pelaburan paksa’. Risiko ASBF (ASB Loan) Seperti yang kita ketahui, setiap pelaburan pasti ada risikonya. Samalah seperti ASB Loan ini.
Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan penyata pendedahan risiko pembiayaan pinjaman unit amanah sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman bagi tujuan membeli unit amanah.
Antara risiko dan cara menangani yang anda perlu tahu ialah:
ASB Loan vs ASB Manfaat Kuasa Kompaun Dalam pelaburan seperti ASB, dividen yang dibiarkan terkumpul akan menghasilkan “dividen atas dividen”.
Lebih lama tempoh pelaburan, lebih besar kesan gandaan ini.
Contoh mudah: pelaburan RM10,000 dengan pulangan 5% setahun boleh menjadi RM16,470 selepas 10 tahun jika dividen tidak dikeluarkan, berbanding sekadar menerima pulangan tetap setiap tahun.
Kuasa kompaun juga bermaksud simpanan kecil tetapi konsisten mampu berkembang dengan besar jika diberikan masa mencukupi. Semakin awal mula melabur, semakin banyak nilai yang terkumpul hasil faedah berganda dari masa ke masa.
Kuasa Kompaun ASBF Perbezaan Diantara Pembiayaan ASB & Pelaburan Sendiri (Bulanan) Berikut ialah perbezaan ASB Loan dan ASB biasa:
CiriPembiayaan ASB (ASB Loan/ASBF)Pelaburan Sendiri (Bulanan)Modal permulaanBesar, sekaligus (contoh RM50,000 ke atas)Kecil dan konsisten setiap bulan (contoh RM100–RM300)Ansuran/Pelaburan bulananBayaran ansuran tetap mengikut tempoh pinjamanFleksibel ikut kemampuan pelaburPulangan dividenKe atas jumlah unit penuh sejak awalKe atas unit yang terkumpul dari masa ke masaKuasa kompaunMaksimum kerana modal pelaburan besar dari awalPerlahan kerana modal bertambah secara berperingkatRisikoAda risiko kewangan dan kadar faedah berubahTiada risiko hutang, bebas risikoKos tambahanBayaran faedah, yuran dokumentasi dan pengurusanTiada kos tambahanTempoh minimum ikatanAda (biasanya 2 tahun lock-in atau lebih)Tiada, boleh keluarkan pelaburan bila-bila masaSijil/unit ASBDipegang bank sebagai cagaran sehingga lunasMilik sepenuhnya oleh pelabur Tip Pembiayaan ASB 1. Ambil Takaful untuk perlindungan: Perlindungan takaful yang kebiasaannya ditawarkan bersama pembiayaan ASB dapat memberikan ketenangan terhadap sebarang risiko kematian dan kehilangan upaya.
2. Ikut Kemampuan Anda: Selaraskan matlamat pelaburan dengan kemampuan anda. Sediakan bajet untuk bayaran ansuran bulanan ke atas pembiayaan mengikut kemampuan dan komitmen bulanan anda. Jangan bergantung kepada dividen tahunan.
3. Labur dengan disiplin: Disiplinkan diri untuk membayar ansuran bulanan tanpa menggunakan dividen tahunan. Anggap seperti anda membayar ansuran pinjaman kereta/rumah.
4. Kekalkan dividen: Beri peluang pelaburan dan dividen anda berkembang dengan mengekalkan dividen tahunan. Lebih banyak dividen yang disimpan (compounded), lebih besar manfaatnya daripada menggunakannya untuk membayar ansuran bulanan.
5. Ambil kira komitmen masa hadapan: Pembiayaan ASB yang bersifat jangka panjang memerlukan anda mengambil kira komitmen kewangan lain seperti pembelian rumah, kereta atau perbelanjaan keluarga yang meningkat.
6. Terapkan strategi “biarkan pelaburan berkembang”: Antara strategi pembiayaan yang boleh dipraktikkan ialah menetapkan bayaran auto-debit untuk ansuran bulanan. Apabila matang nanti, anda dapat menikmati hasil daripada pembiayaan tersebut.
Perkara Penting Untuk Dipertimbangkan
1. ASBF Bukan Pelaburan Jangka Pendek: Jangan anggap pembiayaan ASB sebagai pelaburan jangka pendek dengan harapan memperoleh nilai serahan (surrender value) yang tinggi.
2. Berpotensi Rendah atau Tiada Nilai: Anda mungkin hanya menerima nilai yang sangat sedikit atau langsung tiada jika menamatkan pembiayaan terlalu awal, khususnya pada peringkat awal pinjaman.
3. Rujuk Bank Anda: Untuk mendapatkan gambaran yang tepat mengenai nilai serahan (surrender value) bagi pembiayaan anda, sila hubungi pihak bank yang menguruskan pinjaman tersebut secara terus.
Cara Terminate ASB Loan Jika anda buat keputusan untuk terminate ASB Loan, anda boleh rujuk cara-caranya berikut:
1. Cara Terminate ASB Loan Maybank Kunjungi Cawangan Maybank: Pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk menguruskan penamatan pinjaman anda. Isi Borang Pembatalan: Anda perlu mengisi borang pembatalan pinjaman ASB di kaunter bank. Tunggu Proses Selesai: Setelah mengisi borang, proses penamatan akan mengambil masa beberapa bulan. Terima Notifikasi Bank: Dalam masa kira-kira 2 minggu, pegawai bank akan menghubungi anda untuk mengesahkan pembayaran baki pinjaman anda. Terima Bayaran Baki: Bayaran baki pinjaman anda akan dikreditkan terus ke akaun anda dalam 24 jam atau dibayar melalui cek dalam tempoh 7 hari. 2. Cara Terminate ASB Loan CIMB Kunjungi Kaunter CIMB: Anda perlu pergi ke kaunter khidmat pelanggan di mana-mana cawangan CIMB yang berdekatan untuk memulakan proses pembatalan.  Nyatakan Tujuan: Maklumkan kepada pegawai bank bahawa anda ingin membatalkan atau menamatkan ASB Loan anda.  Dapatkan Nombor Giliran: Ambil nombor giliran anda untuk berjumpa dengan pegawai bank.  Sediakan Kad Pengenalan: Pastikan anda membawa kad pengenalan (MyKad) untuk tujuan pengesahan identiti.  Isi Borang Pembatalan: Pegawai bank akan memberikan anda borang pembatalan pinjaman ASB untuk diisi.  Tunggu Proses Pengesahan: Setelah borang diserahkan, proses ini biasanya akan mengambil masa sekitar dua minggu.  Terima Baki Bon Pinjaman: Dalam masa tersebut, anda akan dihubungi oleh pegawai bank untuk pengesahan dan pembayaran baki bon pinjaman. Bayaran boleh dibuat secara kredit ke akaun anda (mengambil masa 24 jam) atau melalui cek (mengambil masa 7 hari).  3. Cara Terminate ASB Loan RHB Kunjungi Kaunter RHB: Kunjungi cawangan RHB Bank berdekatan dan berjumpa pegawai bank. Maklumkan hasrat untuk membatalkan atau terminate pinjaman ASB. PIsi Borang Pembatalan: Pegawai bank akan beri borang pembatalan pinjaman ASB untuk diisi. Jika tempoh pinjaman belum sampai 36 bulan, anda mungkin dikenakan denda atau penalti oleh bank, jadi disarankan untuk batalkan pinjaman selepas tempoh ini. Tunggu Proses Pengesahan: Proses pembatalan biasanya mengambil masa kira-kira 2 bulan. Anda boleh menghubungi pihak bank dari semasa ke semasa untuk maklumat status permohonan terminate. Terima Baki Bon Pinjaman: Setelah selesai, dividen yang terkumpul akan tetap milik anda, manakala sijil ASB yang dipinjam akan dipulangkan kepada bank. Dana baki selepas penjualan sijil ASB oleh bank akan dikreditkan kembali ke akaun anda. 4. Cara Terminate ASB Loan Bank Islam Kunjungi cawangan Bank Islam berdekatan dan maklumkan niat untuk membatalkan pinjaman ASB (ASB Financing-i). Anda akan diminta mengisi borang pembatalan (termination form) sebagai tanda persetujuan membatalkan pinjaman. Selesaikan baki ansuran pinjaman dan apa-apa caj atau faedah yang masih tertunggak. Bank akan proses pembatalan dan uruskan pemulangan sijil ASB yang dijadikan cagaran. Proses pembatalan biasanya mengambil masa beberapa minggu bergantung kepada cawangan. Setelah selesai, dividen yang terkumpul dalam akaun ASB adalah milik anda sepenuhnya. Duit nilai baki penyerahan (surrender value) selepas jualan sijil ASB oleh bank akan dikreditkan ke akaun anda. 5. Cara Terminate ASB Bank-bank Lain Secara umumnya, proses membatalkan loan anda dengan mana-mana bank lebih kurang sama iaitu anda perlu melakukannya di kaunter kerana proses sebegini tidak boleh dilakukan secara dalam talian.
Untuk pengesahan, anda akan diberikan borang untuk diisi sebagai tanda persetujuan membatalkan ASB loan.
Walau bagaimanapun, tempoh proses pembatalan mungkin berbeza bagi setiap bank dan untuk maklumat lanjut, boleh bertanyakan lebih terperinci dengan pegawai bank yang anda temui di kaunter bank.
Cara Kira Surrender Value Apa Itu Surrender Value?
Surrender Value ialah nilai wang yang akan diterima oleh pelabur apabila mereka membuat penamatan (terminate) atau jual balik sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dibiayai dengan pinjaman ASB (ASB Financing).
Surrender Value dikira berdasarkan formula:
Surrender Value=Nilai Sijil ASB−Baki Pembiayaan
Di mana nilai sijil ASB ialah jumlah nilai semasa unit ASB yang dimiliki, dan baki pembiayaan ialah jumlah pinjaman yang masih belum dijelaskan kepada bank.
Surrender Value ini adalah jumlah wang tunai yang akan dimasukkan ke akaun bank atau akaun ASB pelabur selepas proses penamatan pinjaman selesai.
Faktor yang Mempengaruhi Surrender Value
Nilai unit ASB semasa: Surrender value bergantung kepada nilai terkini unit ASB yang dimiliki. Semakin tinggi nilai unit, semakin tinggi nilai surrender. Baki pinjaman yang belum dijelaskan: Nilai baki pinjaman yang masih perlu dibayar kepada bank akan ditolak daripada nilai sijil ASB untuk kiraan surrender value. Tempoh pinjaman yang telah dibayar: Lebih lama tempoh pembayaran pinjaman, lebih tinggi jumlah principalnya dan nilai surrender value yang diterima. Kadar dividen ASB: Kadar dividen yang diumumkan oleh ASNB memberi kesan kepada nilai unit ASB dan seterusnya menyumbang kepada jumlah surrender value. Jenis pembiayaan (Islamik atau konvensional): Pembiayaan Islamik biasanya tidak mengenakan penalti jika terminate awal, manakala pembiayaan konvensional mungkin ada penalti yang boleh mempengaruhi jumlah bersih surrender value. Kadar faedah/pulangan bank: Kadar faedah pembiayaan juga mempengaruhi berapa banyak yang perlu dibayar balik, seterusnya mempengaruhi nilai bersih yang diterima semasa terminate. Penalti atau caj lebih awal (jika ada): Jika terminate sebelum tempoh lock-in yang ditetapkan, penalti atau caj tambahan mungkin dikenakan, yang akan menurunkan nilai bersih surrender value. @financialfaiz Replying to @faralonaaaa Terminate ASBF halfway boleh dapat dividen juga ke? #financialfaiz #asbf #dividen #TikTokGuru
♬ Storytelling – Adriel Tempoh Terminate ASBF Setiap bank mempunyai tempoh tertentu untuk peminjam membatalkan ASB loan ini.
Contohnya bagi Bank RHB, notis jualan atas permintaan peminjam selama (1) satu bulan hendaklah dikemukakan kepada cawangan – cawangan yang berkenaan.
Manakala bagi akaun tertunggak selama (2) dua bulan atau lebih, pihak Bank berhak menjual sijil ASB/ASB 2 peminjam tanpa sebarang notis.
Manakala caj pembayaran lewat sebanyak 1% setahun ke atas amaun tertunggak yang dikira secara harian akan dikenakan jika peminjam gagal untuk membayar ansuran bulanan pada 5hb setiap bulan.
Jadi untuk memastikan tempoh pembatalan ini, sila hubungi bank anda masing-masing.
Caj / Penalti Jika Terminate ASB Loan Salah satu perkara paling penting untuk difahami sebelum membuat keputusan terminate ASB Loan ialah caj atau penalti yang mungkin dikenakan oleh pihak bank.
Caj ini berbeza mengikut polisi bank masing-masing, tetapi secara umum ada beberapa jenis kos yang biasa dikenakan:
Shortfall (Baki Hutang Lebih Tinggi dari Nilai Sijil ASB)
Ini bukanlah penalti sebenar, tapi baki hutang yang masih perlu dilunaskan jika nilai sijil ASB kurang dari baki pinjaman akibat tambahan takaful atau faedah. Contoh: Jika pinjaman RM100,000 tetapi baki hutang RM102,000 akibat kos takaful 30 tahun, jadi jika terminate awal kena bayar baki RM2,000 itu. Tiada Penalti Lock-in Period
Kebanyakan bank kini tidak mengenakan penalti atau denda kerana terminate awal atau tiada lock-in period lagi. Caj Pengurusan atau Pemprosesan
Beberapa bank mungkin kenakan caj kecil untuk kos pentadbiran terminate pinjaman. Caj Bayaran Lewat
Jika ada ansuran tertunggak, caj penalti pembayaran lewat dikenakan mengikut peratusan tertentu sehingga hutang diselesaikan. Faedah Harian/ Bulanan
Baki faedah atau kos pembiayaan yang belum dijelaskan juga perlu dibayar sewaktu terminate Soalan: Betul ke ASB Financing ni ada tempoh matang 3 atau 5 tahun ? Maksudnya dalam tempoh tu saya tidak boleh terminate, jika tidak akan dikenakan penalti. Betul ke ?
Jawapan: Dahulu memang ada klausa Lock In Period 2-3 tahun untuk ASB Loan/Financing. Namun bukan lagi sekarang. Sekarang hampir kesemua asbf dari pelbagai bank tiada lagi Lock In Period. Maksudnya boleh terminate anytime walaupun asbf tersebut baru setahun sahaja.
Namun masih lagi ada MITOS yang mengatakan tidak boleh boleh terminate within 3 years.
Sebenarnya mereka tersalah faham. Mereka tertukar dengan *SHORTFALL*.
Apakah shortfall?
Shortfall ialah baki loan asb (asbf) lebih tinggi dari Nilai Sijil ASB. Bila baki loan lebih tinggi, semestinya memerlukan wang lebihan untuk settle kan loan tersebut.
Formula,
Nilai Sijil ASB – Baki Loan
Jika hasilnya ialah *Negatif* , maksudnya ada shortfall lah tu.
Jika anda tidak settlekan baki loan tertunggak (shortfall) tu, nama anda mungkin dalam pemerhatian bank (SAA) dan akan menyusahkan anda untuk apply loan lain di kemudian hari.
Kenapa baki loan boleh lebih tinggi sedangkan saya sudah bayar asbf 1-2 tahun dah ?
The only and one reason is Ambil Takaful dalam ASB Financing.
Jika ambil takaful, bermaksud anda meminjam 208k ASBF. 200k untuk Sijil ASB, dan 8K untuk takaful. 8K tersebut bank telah keluarkan duit untuk membayar kepada pihak syarikat takaful.
Jadi baki loan anda akan berkurang dari 208k kepada Zero. Bukan dari 200k kepada Zero.
Anda memerlukan tempoh 2-3 tahun untuk menjadikan 208k kepada bawah 200k. Sebab tu lah jika anda terminate dalam tempoh setahun je, anda kena shortfall !
Sebab baki loan lebih tinggi dari nilai sijil.
Sumber: Hafiz Kadir
Risiko Terminate ASBF Lebih Awal Yang ni biasanya berlaku kalau ambil takaful tempoh panjang dan terminate terlalu awal. Contohnya bila buat ASBF RM100,000 + takaful 30 tahun.
Total loan jadi lebih kurang RM103,000. Lebihan RM3,000 tu sebenarnya untuk bayaran takaful. Ramai yang tak sedar pun ASBF mereka ada takaful. So boleh cek balik offer letter. Kalau ada lebihan tu maknanya ada lah takaful.
So baki loan akan berkurang dari RM103,000 sedikit demi sedikit apabila bayaran bulanan dibuat. Biasanya ambil masa sekitar 2-3 tahun untuk baki loan kurang daripada RM100,000.
Kalau terminate awal, contohnya ketika baki loan lebih kurang RM102,000 akan ada shortfall. Maksudnya nilai sijil tak dapat nak cover baki hutang sebab nilai sijil hanya RM100,000.
Jadi berlaku shortfall RM2,000.
Itu yang biasanya orang guna bahasa mudah sebagai denda atau penalti. Sebenarnya itu bukan penalti. Itu adalah baki hutang kita.
Islamic Financing tak ada denda kalau terminate awal.
Kalau rajin bacalah syarat-syarat dalam borang permohonan. Benda ni kadang-kadang ada juga banker yang tak faham dan salah cerita kepada pelanggan.
So macam mana nak elak shortfall?
Kita sebenarnya boleh ambil takaful minimum 5 tahun. Untuk sijil RM100,000 nilai bayaran takaful untuk 5 tahun hanya lebih kurang RM620 sahaja.
Jadi total loan sekitar RM100,620. Dalam masa 6 bulan baki loan akan kurang daripada RM100,000. So takda masalah kalau nak terminate awal.
Katakan paling teruk lepas 2 bulan terpaksa terminate, baki loan masa tu lebih kurang RM100,330. Jadi lebih kurang RM330 je shortfall. So bukan masalah yang besar.
Sebab tu saya tak pernah suggest pelanggan saya untuk ambil takaful sampai tempoh yang panjang. Memang kadang-kadang kita plan nak simpan lama, tapi ada masanya kita perlu terminate awal untuk memenuhi keperluan lain.
Sumber: Azizul Al-Habsyie
Risiko terminate ASB Financing (ASBF)
Shortfall (Baki Hutang Melebihi Nilai Sijil ASB). Pembiayaan Islamik biasanya tiada denda terminate awal, tetapi baki pinjaman dan faedah (atau keuntungan bank) yang tertunggak masih wajib dibayar sepenuhnya. Kadar Dividen ASB Boleh Turun. Pengaruh Terhadap Rekod Kredit Jumlah Pulangan Bersih Berkurang Maklumat Lanjut Untuk dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengenai ASBF, anda boleh hubungi PUSAT KHIDMAT PELANGGAN ASNB:
Tel: 03 – 7730 8899 WhatsApp: 6019 – 2235747 Emel: [email protected] Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 8.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan) Portal myASNB: https://www.asnb.com.my/ ATAU https://www.asnb.com.my/ASBLoan.php
Soalan Lazim – Terminate ASB Loan Bolehkah saya terminate ASB Loan sebelum tempoh matang? Ya, kebanyakan bank sudah tidak mengenakan lock-in period, jadi boleh terminate bila-bila masa tanpa penalti. Namun, pastikan tiada baki hutang shortfall. Walaubagaimanapun, sila rujuk ejen dan bank anda.
Bagaimana cara untuk terminate ASB Loan? Perlu pergi ke cawangan bank dan mengisi borang pembatalan. Proses tidak boleh dilakukan secara online.
Berapa lama tempoh proses terminate ASBF? Biasanya mengambil masa antara 2 hingga 5 minggu bergantung kepada bank.
Adakah ada penalti jika terminate awal? Tiada penalti lock-in, tetapi anda perlu melunaskan baki pinjaman sepenuhnya termasuk sebarang shortfall akibat takaful atau faedah.
Apa itu shortfall dalam ASB Financing? Shortfall berlaku apabila baki pinjaman lebih tinggi dari nilai sijil ASB disebabkan kos takaful atau faedah tambahan. Jika ada shortfall, anda perlu bayar tambahan untuk selesai pinjaman.
Bila saya boleh dapat balik surrender value? Selepas proses terminate selesai, biasanya dalam 2-5 minggu, dan wang akan dikreditkan ke akaun bank anda.
Adakah dividen yang diperoleh hilang apabila terminate loan? Dividen atas unit yang dimiliki adalah milik anda dan tidak hilang walaupun terminate, tetapi jika terminate awal, mungkin tidak dapat pulangan maksimum dari dividen jangka panjang.
Apa risiko terminate loan awal? Risiko shortfall, kehilangan potensi dividen lebih tinggi, dan gangguan rekod kredit jika gagal lunaskan baki hutang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/terminate-asb-loan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=terminate-asb-loan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

Lupa Kata Laluan Asb Cara Aktifkan Semula Akaun

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3430 hits
Sekiranya anda terlupa kata laluan ASB jangan risau Anda boleh reset dan aktifkan semula akaun ASB anda secara online melalui aplikasi myASNB atau melalui portal ASB di pautan berikut Akaun myASNB akan menjadi dorman jika tidak log masuk da...
Tata Cara Shalat Bagi Yang Tidak Mampu Berdiri Menurut Mazhab Syafi I

Tata Cara Shalat Bagi Yang Tidak Mampu Berdiri Menurut Mazhab Syafi I

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 1863 hits
Shalat adalah tiang agama yang wajib dijaga oleh setiap muslim dalam keadaan apa pun Rincian jumlah rakaat sujud takbir hingga tasbih telah dijelaskan oleh para ulama sebagai bentuk perhatian terhadap kesempurnaan ibadah ini Namun syariat j...
Kaki Bengkak Waktu Hamil Doktor Jelaskan Punca Cara Atasinya

Kaki Bengkak Waktu Hamil Doktor Jelaskan Punca Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 7909 hits
Kaki bengkak semasa mengandung kerap berlaku ke atas ibu hamil Ia adalah perkara normal yang disebabkan oleh perubahan hormon yang mendadak semasa mengandung Masalah bengkak kaki menyebabkan ramai ibu hamil berasa tidak selesa dan menyukark...
15 Penyebab Bad Mood Tanpa Alasan Dan Cara Efektif Mengatasinya

15 Penyebab Bad Mood Tanpa Alasan Dan Cara Efektif Mengatasinya

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 4732 hits
Penyebab bad mood tanpa alasan bisa datang dari hal hal sepele seperti tidur pola makan hingga lingkungan Artikel ini membahas 15 faktor tersembunyi yang memengaruhi suasana hati plus cara sederhana untuk mengatasinya
Cara Dapatkan Lossless Audio Di Spotify

Cara Dapatkan Lossless Audio Di Spotify

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2959 hits
Spotify Lancar Penstriman Muzik Lossless untuk Pengguna Premium Selepas bertahun tahun menunggu Spotify akhirnya memperkenalkan penstriman muzik berkualiti tinggi lossless sehingga 24 bit 44 1 kHz dalam format FLAC untuk pelanggan Premium F...
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 4922 hits
Mudah Je Lelaki Tunjuk Cara Kosongkan Air Dalam Mesin Basuh Rosak Mesin basuh merupakan salah satu peralatan elektrik yang menjadi keperluan penting dalam setiap rumah Lebih lebih lagi ia sangat membantu dalam meringankan kerja harian Denga...
Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 6341 hits
Teringin makan murtabak mi segera Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah senang sesangat rupanya Orang orang bujang mesti suka ni bahan asasnya hanya mi segera telur Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je Kalaua nak tahu macam mana m...
Resipi Telur Puyuh Simple Tapi Meletop Cuba Dua Cara Ni

Resipi Telur Puyuh Simple Tapi Meletop Cuba Dua Cara Ni

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 4132 hits
Telur puyuh ni saiznya kecil je Walaupun kecil tapi sedap sungguh rasanya Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan Apa kata kali ni kita ubah sikit Jom RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh Tak susah pun Senan...
Printing Packaging Marketing Material Cara Mudah Naikkan Imej Bisnes Anda

Printing Packaging Marketing Material Cara Mudah Naikkan Imej Bisnes Anda

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 4625 hits
Dalam dunia bisnes yang penuh persaingan imej produk dan jenama memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pelanggan Antara cara paling berkesan adalah melalui printing packaging dan marketing material yang direka dengan design profe...
Ceo Petronas Mandi Champagne

Petua Dulu Dulu Orang Lelaki Kekal Bertenaga Dari Pagi Sampai Malam

From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Pagi Yang Tak Disangka

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Polis Melaka Siasat Pacuan Empat Roda Tampal Pelekat Tulisan Hebrew

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mengidam Terung Pipit

Dim Sum Discovery By Canning Pengalaman Makan Belajar Dalam Satu Tempat

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Beli Handbag Baru Bonia Paloma Tote Bag Warna Beige

British Iron Our Favorite Norton Customs

Fitri Carlina Bahagianya Aku Sama Kamu Chord