Lunch Dengan Asam Pedas Kepala Ikan Siakap
Baca : GAMBAR LOKASI ....
Lunch Dengan Asam Pedas Kepala Ikan Siakap. Ikan siakap ikan faveret saya, samada masak berkuah atau goreng kunyit. Saya suka semuanya. Korang pun suka ke? Hari ni saya masak asam pedas kepala ikan siakap guna pes asam pedas Adabi je. Senang sangat! Hehe.. korang jangan malas macam saya tau.
Oh ya, kalau nak guna pes asam pedas Adabi kena tambah cili lagi sebab pes dia kurang pedas. Bagus untuk masak asam pedas bagi orang yang tak kuat pedas. Dan jangan lupa ketuk kan serai sikit. Baru lah harum asam pedas korang.
Bahan-bahan:
Kepala dan isi ikan siakap - dalam 4 ketul2 pek Perencah asam pedas Adabi - saiz kecil2 batang serai - diketuk2 cawan airGaram dan gula secukupnyaDaun kesumTomato dan bendi, jika ada
Cara-cara penyediaan asam pedas kepala ikan siakap
1. Panaskan minyak. Tumiskan perencah asam pedas adabi bersama serai. Tumis hingga naik bau @ garing. Kemudian masukkan 2 cawan air. Biarkan mendidih. Kalau pekat sangat, boleh tambah air lagi
2. Masukkan daun kesum dan bendi. Perisakan dengan serbuk perasa, garam dan gula secukupnya
3. Akhir sekali masukkan ikan dan kacau perlahan. Biarkan masak dalam 2 minit. Ikan siakap ni isi dia lembut. Jadi, kena hati-hati sikit
4. Bila dah masak, hidangkan dengan nasi putih panas.
Saya goreng tauhu dan makan dengan sambal kicap. Memang yummy!! Kadang ratah macam gitu je, pun sedap
Masak guna perencah sedia dimasak memang menjimatkan masa. Ia bagus untuk orang yang bekerja atau pelajar yang duduk menyewa. Dengan persediaan yang minima dah boleh masak lauk yang agak berat. Saya memang sentiasa ready dengan pelbagai perencah untuk memudahkan urusan di dapur.
Sambal kicap tu style orang Johor.. hehe, iya lah saya kan orang Johor. Mestilah style saya. Betul tak?
Saya memang mudah, masak satu lauk utama, 1 sayur @ ulam dan menu sampingan lain. Dah berselera makan. Paling selalu ada ialah telur dadar @ telur mata. Happy semua
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2023/02/lunch-dengan-asam-pedas-kepala-ikan.html