Jalan Jalan Cari Ikan Di Pendas Jenis Jenis Ikan Mayong


 Assalamualaikum WBT
        
CERITA dua minggu lepas jugak ni, Pak Inche hantar kereta ke Pusat Servis Toyota di Medini. Katanya, ada bunyi duk duk gitu setiap kali melalui bumper. Sk menyusul Pak Inche dan jemput dia di pusat servis, kemudian kami bersarapan di sebuah restoran mamak yang baharu di buka di Sunway Iskandar. Pak Inche sarapan Roti Puree dan Sk pilih Tosei Masala. 
        
Gerimis berlarutan di Tanah Jauhar. Sejuk macam winter kat London. Eh, tak mo la bagi perumpamaan macam tu, nanti ada pulak yang perli, pernah ke pergi London masa winter? Mentanglah kita tak pernah pergi London masa winter, kan.. hahahaha. Jangan kata masa winter, musim apapun tak pernah pun  pergi London. Eh, tengok tu.. Pak Inche sambung makan Roti Canai pulak, hurmmm. Lepas makan, Pak Inche kata, jom pergi Pendas. Lagipun lama lagi nak tunggu kereta siap


Maka, Sk pun memandu ke Pendas. Pendas ni dah tak meriah macam dulu, lengang aje. Tengok belangkas, rasa nak aje soh Pak Inche beli tapi tu la, takut tak jadi karang masaknya. Orang kata, belangkas ni, kalau salah masak, nanti yang makannya mabuk


Belangkas di gerai lain pulak. Aaaahhh.. geram jer tengok, terbayang Belangkas Masak Lemak Cili Api.

Ada lokan. Pun rasa nak beli jer, tapi malas pulak nak mengerjakannya. Lagipun dorang ni semua bukan pandai makan lokan


Siput besar tapak tangan, lupa nak tanya, species siput ni. Menurut peniaga, siput ni kena rebus selama sejam, barulah ia akan keluar dari cengkerang, kemudian, bolehlah dipotong-potong dan dimasak ikut citarasa kita. Sk masih ingat masa Majlis Perkahwinan Anak Saudara Pak Inche di Alor Setar, Kedah, mereka menghidangkan sejenis siput yang dimasak sambal. Sedap macam sotong, tapi tu dah siap masak, beranilah Sk makan, hihi


Sk ambil video di atas dan hantar dalam grup whatsapp. Angah tanya, ada tak ikan mayong, kalau ada, tolong belikan seekor. Sk yang dah masuk dan hidupkan enjin kereta, turun semula dan berpatah balik ke gerai ikan tadi. Minta penjual tu pilihkan seekor mayong yang ada telur. Penjual tu tekan seekor-seekor perut mayong, tak silap ada empat atau lima ekor.. semuanya tidak bertelur. Ah, pilih sajalah mana-mana.. mungkin belum musim ikan mayong mengawan agaknya, hahaha. Ikan mayong RM15 sekilo dapat diskaun RM14 sekilo. Sebelum tu, Sk tengok di gerai sebelah, RM18 sekilo


Selepas ditimbang, jumlahnya RM55. Paling surprise, ada telur la rupanya mayong yang Sk pilih tu. Rasa seronoknya dapat ikan mayong bertelur walaupun bukan beli untuk kita. Petang tu, Angah singgah ambil ikannya di rumah dan malam tu dia mesej beritahu ikan dah siap masak, nanti datang ambil. Sk cuma minta simpankan sekeping sebab Sk dah keluar makan. Lagipun Pak Inche mana makan ikan mayong


Angah hantar gambar Asam Pedas Ikan Mayong Bertelur, hehehe. Telurnya direbus dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk asam pedas. Menurut Angah, ikannya sedap betul kerana dari spesies ikan mayong yang isinya kuning yang sukar didapati. Barulah Sk tahu, ikan mayong ni ada tiga jenis warna isinya iaitu kuning, putih dan hitam. Yang paling liat, isinya putih dan paling lembut isinya kuning


Hurmmm.. kalau beli bulat-bulat seekor, cemana nak kenal isinya putih, kuning atau hitam? Caranya ialah dengan melihat pada warna kulit dan muncungnya. Kalau muncung panjang, ikannya putih, putih isinya. Jika muncung panjang, kulitnya hitam, isinya kuning dan jika kulitnya hitam, muncungnya dempak, isinya hitam. Boleh rujuk gambar di atas, tapi yang kat dalam gambar ni tak ada pulak contoh rupa mayong yang isinya putih. Nampaknya lepas ni, kalau jumpa mayong, mesti Sk renung betul-betul, kalau tak, bagi Sk, semuanya mayong, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/jalan-jalan-cari-ikan-di-pendas-jenis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Banyak Cari Beberapa Jenis Toys Ni Untuk Anak Rangsang Perkembangan Dia

Tak Perlu Banyak Cari Beberapa Jenis Toys Ni Untuk Anak Rangsang Perkembangan Dia

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 134 hits
Dalam tempoh tumbesarannya bayi tidak memerlukan terlalu banyak mainan Ibu ayah seharusnya mencari mainan yang dapat merangsang skil serta deria mereka Bayi sukakan aktiviti yang memerlukan mereka menggenggam melempar mengetuk atau memasukk...
Goreng Ikan Keli Tak Meletup Langsung Nak Alih Pun Rasa Selamat Bila Letak Bahan Ni

Goreng Ikan Keli Tak Meletup Langsung Nak Alih Pun Rasa Selamat Bila Letak Bahan Ni

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 283 hits
Bukan sahaja menyiang ikan rasa payah bahkan menggoreng ikan keli juga terasa cabarannya Maklumlah bila terpaksa bertarung dengan minyak panas yang meletup dan merecik keluar Sebenarnya ada tip untuk menggoreng ikan keli agar tak meletup le...
Ger4m Sangat Dia Tak Makan2 Langsung Gelagat Budak Lelaki Meng4muk Mancing Tak Dpt Ikan Raih Perhatian Ramai

Ger4m Sangat Dia Tak Makan2 Langsung Gelagat Budak Lelaki Meng4muk Mancing Tak Dpt Ikan Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 186 hits
Hobi memancing ini adalah hobi yang ramai insan bergelar lelaki suka sejak dari zaman dahulu lagi Hobi memancing ini bukan sekadar hobi bagi segelintir masyarakat tetapi juga menjadi mata pencarian bagi yang tidak berkemampuan juga Ramai ya...
Cara Cara Buat Ikan Bilis Petai Cili Api

Cara Cara Buat Ikan Bilis Petai Cili Api

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 285 hits
Ikan Bilis Petai Cili ApiBahan bahan 1 mangkuk ikan bilis goreng garingBawang Putih Bawang Holand Petai Cili Api Garam Gula Cara cara Panaskan minyak dan tumis bawang putih bawang holand masukkan petai garam gula dan cili api Dah masak semu...
Lirik Lagu Ikan Dalam Kolam Anita Pawez El Corona Gambus

Lirik Lagu Ikan Dalam Kolam Anita Pawez El Corona Gambus

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 150 hits
Bila ingin melihat ikan di dalam kolam Tenangkan dulu airnya sebening kaca
Keh Keh Cap Ayam La Sangat Bakal Kena Siasat Tangkap Ikan Kelah

Keh Keh Cap Ayam La Sangat Bakal Kena Siasat Tangkap Ikan Kelah

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 235 hits
Menurut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 spesies ikan kelah dikategorikan sebagai haiwan terancam di negara ini dan ia antara spesies yang dilindungi Tuan Ibrahim yang sebelum ini memimpin Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sepatut...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm